Thursday, February 3, 2011

:: Catatan Sebuah Jalan Pulang : PART II ::

Jam 8.15 pagi.

Kenapa berderet kereta di tepi jalan ni, tak terkecuali lori2 yang menghiasi gigi2 jalan. Owh, mungkin mereka ada upacara apa2 kot dalam hutan tepi ni. Intralog kinah di dalam hati.

Dan......dari jauh, kinah ternampak sesuatu..kinah mengamati dengan sebetul2nya dan amat2 kenal itu. BANJIR!!!! Air melimpah2 di atas jalan....ya Allah. Nak gugur jantung kejap. Tersenyum kinah....bukan disebabkan tak pernah tengok air banjir, tapi macam mana diri ini hendak pulang ke kampung??? ujian utk diriku....

Nak keluar, takut....kaki dah menggeletar, sebab sangat ramai manusia dan kinah seorang diri. Sakinah, kau tak pernah sorang kan, kau ada Allah, ingat tu!!! ye, aku ada Allah....

Menggelabah cari hp, telefon sahabat2 yang ada, bagaimana jalan alternatif yang boleh kinah lalu. Ujian sgt, ada shbt yang tak angkat call, last2 hntr je msj pada mana2 shbt2 yg difikirkan blh membntu...mgkn mereka masih terlena saat itu barangkali.

Akhirnya, panggilanku berjawab oleh seseorang. Beliau mencadangkn utk kinah kembali ke kuala lumpur sahaja. Dalam hati, mengapa tidak kinah lalu senawang pula...erm, akan ku cuba.

Maka, dengan senyuman yang mencari keredhaan itu, kinah patah kembali ke arah melaka dan seterusnya ke negeri sembilan...seorang diri. Dalam tempoh itu, sempat berhenti di stesen minyak untuk topup minyak..full tank, dan tak sedar, kinah dah habis duit...dalam tangan hanya ada RM8 dan dalam bank kinah dah tak boleh keluarkan sebab dah capai tahap minimum utk simpanan. Ya Allah!! tersenyum lagi.

Bagaimana mungkin utk aku pulang dengan wang di tangan hanya RM8 sedangkan tol yang akan aku lalu confirm 2,3 kali ganda dari yang itu. Andai betul aku dapat lalu senawang, tiada apa yang dapat ku risaukan kerana tolnya hanya RM5.60 dari sini. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya.

Masa berganti masa....biarpun volume radio terpasang pada kadar yang tinggi, sedikit pun tak mengganggu fikiran, kerana risaukan cuaca+jalan banjir+duit takde lebih menguasai diri.

Ku lihat kiri...ku lihat kanan...alam yang setia menemani manusia semakin 'terpencil' mungkin. Tapi, siapa aku untuk mengatakan semakin nipis hutan itu, bukannya aku kerap kali lalu di situ. Namun, apa yang pasti, takungan air di bahu jalan seperti tunggu masa untuk memuntahkan diri di atas jalan raya...

Kalau air tu nak naik atas jalan pun, tolong lah naik lepas aku lalu, tolong lah...itu je yang bermain dalam fikiran kinah. Ampunkan hamba Ya Muhaimin.

Digagahkan diri mencari exit senawang. Sangat berhati2 mencari exit senawang sebab dulu pernah terlepas exit ni masa nak ke progrm di pahang...kena gelak dengan YDP kinah masa tu, haish. Sabar2.

Alhamdulillah, exit senawang berjaya ditemui. Sesampai je di senawang perlahan2 mengingat kembali jalan nak balik pahang, kelam kabut kinah telefon shbt kinah yang selalu lalu di situ, mana tidaknya, kinah confius simpang kat situ....belasah punye belasah, terdetik dalam hati.

Apa jalan di bahagian muadzam sana tak banjir ke?? Bukan ke tempat itu selalu dikunjungi oleh tetamu2 banjir itu?? erm, kinah perlukan sebuah kepastian dalam kembara ini.

Dua org shbt kinah bertanyakan akan hal ini. Shbt2 yg kerap menggunakan jalan ini sbg laluan utk mereka pulang. dua2 memberi feedback yang baik, insyaAllah aku boleh lalu..nekad kinah.

Sesampainya di bahagia Ulu Bendul, mengapa tidak aku mencari balai poilis terdekat pesan abah dahulu. Bertanyakan pada pihak berkuasa akan keadaan semasa. Sangat berhemat kinah pandu tatkala itu, mencari balai polis berdekatan untuk mendapatkan sebuah kepastian.

bertemankan hujan rintik2, keadaan jalan yang agak licin dan berlopak2, bukanlah teman yang baik untuk saat itu. Diri yang keseorangan dengan keadaan sekeliling yang amt2 kinah tak biasa, bukanlah keadaan yang membina utk diri. Kugagahkan jua...sakinah kuat!!!

Balai Polis Terichi (betul ke eja nama tempat tu, kalau salah betulkan kinah). Alhamdulillah, Allah permudahkan kinah. Nak jadi kebetulan plak, akak yang jaga kaunter tu orang pahang, orang jerantut, dia baru sahaja pulang dari jerantut malam semalam.

"Akak baru je balik semalam dik, semalam jalan ok lagi takde plak air naik kat mana2, tapi tak tahu la plak hari ini macam mana."

"Dah tu, akak rasa boleh ke saya lalu ye"

Kinah memulakan bicara dengan memperkenalkan diri tentang kembaraku yang bermula awal pagi lagi dan baru bertanya akn keadaan jalan. Setelah akak tu tanya pihak sana pihak sini, ini jawapanya....

"Akak nasihatkan adik patah ke kuala lumpur untuk balik pahang...sebab, banyak kawasan yang dalam pengawasan 24jam dijangka banjir, sebab kat sana pun hujan tak berhenti"

Senyum. Senyum dan senyum.....

Aku kena patah ke KL la sekarang ni?? maknanya, aku kena balik lalu high way pantai timur?? Jalan yang biasa aku lalu?? Aku akan lalu bangi la maknanya???

Ya Allah, hikmah apa yang Kau sembunyikan untuk diri ini....

Jujur kinah cakap, masa tu, awan diri sudah sarat dengan air mata yang tunggu masa untuk menyembah bumi, mungkin selaju air hujan yang sejak tadi tiada henti berteman rumput hijau dahaga air rahmat itu atau mungkin awan sarat ini dapat dibendung lagi??

Dalam senyum saat itu, tak sedar, titisan mutiara ini memilih untuk mengalir jua. Mungkin sudah sampai tempoh 'matang'nya barangkali.

Ya Allah, masih ingat pada kata2 mutiara yang pernah aku selami suatu ketika dulu...wanita yang cantik di mata Allah adalah wanita yang tetap tersenyum tatkala ujian melanda diri. Izinkan aku menjadi wanita itu, terlalu sedikit ujian ini jika dibandingkan yang lain.

Pada yang satu pihak lagi, bermain dalam fikiran. Mengapa terlalu sukar perjalananku utk pulang kali ini?? Mengapa sedari tadi aku mencari jalan pulang dan akhirnya aku perlu kembali ke KL, andai aku tahu awal2, tak perlu aku turun smpai ke johor....

Astaghfirullahal'azim....peperangan dalam diri bermula.

Ku capai hp, dikhabarkan pada shbt2 terdekat...kinah maklumkan bhwa kinah kena patah ke KL untuk balik ke pahang. Bukan tidak ingin di khabarkn pada org tuaku, tapi tak nak mereka risau keadaan anknya sorang ini.

Mencari alternatif utk jln pulang ke pahang....

Tanpa sedar, baru teringat....duit memang betul2 dah takde ni. RM8, memang tak cukup. Andai kinah betul2 balik lalu high way pantai timur tu, jumlah tol adalah lebih kurang RM30, ya Allah mana aku nak cari...nak pinjam dgn shbt2 di bangi, siapa je yg ada, shbt2 lain boleh dikatakan semua dh balik. hadirkan aku buah fikiran ya Rahman.

Seorang shbt kinah ada maklumkn, yg lebuhraya KESAS yang kinah lalu ni agk makan tol....dgn tak pernah lalu l/raya tu, risau sangat akn tembus ke mana...shbt kinah mengkhabarkn akn tembus ke kajang, kalau kajang takpe la, tak risau sangat (tp dlm hati, Tuhan je yg tahu).

Saat itu jam 11 lebih. Mengikut perkiraan awal, pada jam sekitar itu, kinah sepatutnya sudah berada diperkarangan di rumah. Tapi, Allah Maha Mengetahui.

Satu demi satu tol kinah lalu di l/raya KESAS. Biarpun tolnya hanya sekitar RM0.90, RM1.00 tapi sedikit demi sedikit, duit dalam beg duit semakin habis. Ya Allah, izikn hambaMu pulang ke rumah untuk bertemu keluarga tercinta.

Tapi ya Allah, andai benar bukan hari ini harinya untuk aku berjumpa dgn keluargaku, aku redha...aku akan bermalam di bangi sahaja. Itu nekad kinah. Lebih 5 jam memandu tanpa henti, tak terasa mengantuk pun, bukan tak rasa, tak sempat nak rasa mengantuk pun sebab perasaan risau lebih menguasai diri.

Di kira semula duit, ada dalam RM4++...tak pernah kinah berada dalam keadaan ini. Sungguh, tak tahu nak gambarkan perasaan tu macam mana.

Andai 2,3 lepas kinah sibuk berprogram di matrik melaka, berkongsi apa yang ada bersama adik2 yang menyambut kami dengan penuh lapang dada, apa salahnya andai saat itu kinah menyusun kata menutur bicara memohon yang terbaik dari Yang Esa. Terlalu sedikit kiriman ujian untuk diri, terlalu cepat aku gelabah mencari jalan mengakhiri, sedangkan aku tahu, masa dan kesabaran sudah pasti menjadi kunci hati penguat jiwa!!! SABAR sakinah....

Shbt kinah bertnya, bagaimana dengan duit, apa2 maklumkn lah pada dia....mana mungkin untuk kinah mengalah, apa lagi 'meminjam' duit shbt...itu akan kinah elakkan. Tapi, bagaimana kinah nak balik????? Memang betul2 takde duit, dalam bank pun dah memang tak boleh keluarkan....ya Allah, sakinah kuat!!!

Diselongkar segenap pelusuk kereta comelku itu mencari duit2 yang terselit...terhuyung hayang kereta..kiri..kanan..tengah jalan..sebab tangan dan mata terkapai2 mencari duit2 terselit. Nasib baik tak banyak kereta.

Hasilnya, jeng2.....subhanallah....tiada yang kutemui...senyum sakinah!!! Innalillahi wainna ilaihi raji'un.

Dia yang memegang hati ini, Dia yang menciptakan alam ini. Segalanya tentang Dia.

Tergerak nak buka beg duit kembali, ku singkap satu persatu poket yang ada, kinah temui kad touch n go kinah....erm, sebulan lebih kad tu tak digunakan. Argh, andai aku guna, apa masih ada duit ke dalam kad ini?? kalau takde, mesti aku malu di tol nanti sebab terpaksa reverse kereta segala bgai...persetankan perasaan itu, mengapa tidak engkau mencuba dahulu baru kau tahu berapa jumlah yang ada di dalam itu.

Masih terngiang kisah shbt kinah menceritakan kisah shbtnya yang terpaksa reverse kembali kereta dipandu beliau lantaran kredit dalam kad tersebut dah habis. Kinah amat2 ngeri andai peristiwa itu terpaksa kinah pula yang mengulanginya.

Selagi tak cuba, kinah takkan tahu.

Letak je kad tu pada kotak dia, mata kinah terpejam erat, sangat takut2, dibuka sebelah mata... RM32. 80....ya Allah!!!!! subhanallah, walhamdulillah..allahu akhbar. Menangis lagi daku saat itu, aku boleh balik rumah.....

Terima kasih ya Allah. Tiada apa lgi yang perlu dirisaukan. InsyaAllah segalanya akan menjadi lancar.

Lepas satu persatu sign board yang kinah baca, mencari yang menghala ke cheras dan kuantan...alhamdulillah, sedikit sebanyak jalan kinah dipermudahkan. Jam ketika itu 12.30 t/hari. Macetnya jangan cakap, lunch hourkan. Tapi, sedikit sebanyak kinah dan berasa lega sangat. Jalan yang kinah lalu tu pernah kinah lalu bersama pok su kinah, jalan tu akan tembus ke lingkaran tengah...

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

~bersambung ke part III~

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi