Sunday, February 13, 2011

:: Kembara CINTA ::

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ku buka sidang coretan khalifah kerdil ini... Coretan yang sumber ilhamnya datang dari pencipta khalifah kerdil ini. Hanya dipinjam baut sementara...


Sekali lagi, mata ini masih terbuka, telinga masih mendengar, mulut masih mampu menutur bicara, hidung masih sudi membau rasa, apatah lagi tangan dan kaki yang menjadi anggota utama, masih diberi izin untuk beribadah kepadaNya.


Semalam, kelmarin merupakan sejarah...tapi, sedar atau tidak, sejarah itu yang menjadi tempat utama khalifah kerdil ini mempelajari erti hidup seorang hamba. Ntah kenapa, akhir2 ini kinah terasa kinah bukan lagi yang dulu, sangat2 berbeza. Apa mungkin itu tandanya aku semakin jauh dari DIA?? Tanyalah pada DOKTOR wahai khalifah kerdil akan sakitmu ini..


Sebulan yang lepas, kinah dan beberapa sahabat2 seperjuangan diberi peluang untuk mengikuti sebuah program yang dianjurkan kami sendiri atau lebih tepat sahabat2 Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang UKM, program Kembara Taman Negara...sebulan lebih program itu berlalu, nak diupdate prgrrm tersebut, tapi masih bertangguh-tangguh.


Sekali dengar, program itu mungkin lebih kepada rekreasi mungkin dan kinah tak menafikan hakikat itu. Lebih kepada berbentuk hari keluarga kepada kami...dengan kehadiran sahabat2 dari fakulti pengajian islam majoritinya, agak membuatkan kinah segan, sebab kinah bukan dari golongan itu....apatah lagi mendapat khabar ada salah seorang muslimin yang menjadi peserta program adalah lepasan Darul Quran, sungguh kinah segan yang amat.


Boleh dikatakn, 70% program di sana adalah program yang melibatkan dengan air, dan macam2 gelagat yang dapat dipertontonkan. Biarpun boleh dikatakan peserta semua adalah berusia 20-25 tahun, tapi perangai tak ubah seperti kanak2 yang dah lama tak jumpa air.


Petang pertama kami sampai, ada sesi rapid shooting. Mendengarkan nama itu, kinah tak membayangkan apa2, sekadar sesuatu pergerakan yang cepat mungkin itu telahan kinah...dah nama budak fizik, kepala pun tak lari berfikir dalam radar itu.


Dalam bot tu, setiap dari peserta duduk berpasang-pasangan sebab seat pun memang muat2 utk dua org, tapi takdir Allah kinah sorang2, sikit pun tak terasa ke apa, bila mati pun kita sorang2 je kan.


Perjalanan untuk pergi ke kampung orang asli petang itu dihiasi dengan 'perlawanan' antara bot2, berlawan untuk basahkan bot yang masing2 cuba lintas...pelbagai cara digunakan, ada yang menggunakan dayung, ada yang guna selipar malah tak terkecuali menggunakan tangan sendiri untuk percikkan air pada bot sebelah lagi. Kreatif sungguh mereka ini.


Sejuk jangan cakap, menggigil....tapi, tak sedar, dalam 'kebasahan' terkena air itu, ada air lain yang turut membasahi kinah. Mutiara jernih yang selama ini kerap menjadi teman setia kinah. Ada sahabat yang menggelarkan kinah ratu air mata, tersenyum kinah mendapat gelaran inofficial tu.


Terlihat di kiri dan kanan tersusun kemas pokok2 yang berzikir dalam diamnya, bertafakur dalam lambaian daunnya, terlihat jua burung2 yang terbang dengan iringan doa utk makhluk yang ada, sebuah perjalanan yang tidak sama sekali membosankan.


Bila dah nama naik bot, perkara utama yang menangkap perhatian kinah adalah sungai itu sendiri...biar sungai itu kuning kerana tercemar dek rakusnya manusia yang 'gila' untuk mendapatkan hasil bumi, tapi sungai itu masih sudi 'mendidik' hati2 manusia yang melihat dengan mata hati.


Biarlah sahabat lain dengan 'excited' bermain air, tapi sungai itu seperti 'excited' nak mengajar kinah. Mengajar erti kebesaran Allah yang tak pernah berpenghujung.


Satu je surah yang bermain dalam kepala kinah tatkala itu, Ar-Rahman...surah yang menceritakan segenap kebesaran Allah yang ada, dan "Nikmat tuhan kamu yang mana lagi yang kamu dustakan" itulah ayat yang kerap kali diulang dalam surah itu...


sakinah, nikmat apa lagi yang kau dustakan setelah segala nikmat ini dibentangkan depan mata kau sendiri???


Tersenyum.....andai dalam Ar-Rahman dinyatakan berkenaan air masin dan air tawar di laut tidak bercampur, seperti ada benteng yang memisahkan antaranya namun tidak terlihat benteng tersebut, dan sungai itu memperlihatkan kinah perkara yang hampir sama.


Dua arah arus air sungai yang berbeza mengalir, dan bertemu di satu tempat tapi tiada benteng yang nyata menjadi pelukis garis sempadan..apakah itu?? Subhanallah....


Di tengah2 'kesibukan' air sungai itu mengalir dari hulu ke hilir, tiba terlihat 'sekumpulan' air sungai yang membentuk 'halaqah'....apa yang terbayang di minda sahabat?? Bahasa kita, mungkin memanggilnya pusaran air.


Andai di terang secara saintifik, kinah pasti ada hujahnya...paling basic, mungkin berlaku disebabkan berbeza tekanan dari permukaan dasar atau keadaan sekeliling. Tapi andai di terang secara sains Illahi, sampai kiamat takkan ada hujah yang mampu mematahkannya..


Ya Allah, khalifar kerdil ini banyak dosanya, jika dihimpun, lebih rasanya dari timur ke barat dunia ini...malah tingginya menggunung lebih tinggi dari angkasaraya yang Dia ciptakan tak bertongkat ini....tapi, Allah tuhan kita yang terkenal dengan sifat Rahim ini masih sudi 'mempertontonkan' sebuah lagi kehebatan ciptaanNya.


Bila kami berjalan di dalam hutan, redupnya alam tak mampu digambar dengan kata2. Terima kasih pokok2 sebab masih sudi meneduhkan kami dalam kembara kami di bumi ini.


Teringat kata2 seorang sahabat kinah, "Kinah, perasan tak rendangnya pokok2 tu seperti ada dua tangan manusia dari kanan dan kiri yang seolah2 dalam keadaan mendoakan"


Tersentap!!


Mungkin benar telahan sahabat kinah, pokok2 ini tiada hentinya akan zikir mereka kepada makhluk yang selalu 'tak sedar' diri bahawa hidup manusia ini adalah bersifat sebuah pinjaman dan kinah khalifah kerdil salah seorang darinya.....


Kinah dah lupa hari ke berapa kami ada melakukan sedikit pendakian ke sebuah destinasi yang kinah sifatkan cukup indah.


Perjalanan pendakian itu yang pada asalnya berkumpulan besar, lama kelamaan menjadi pecahan2 kecil kerana bergantung kepada keupayaan fizikal masing2 dan kinah diberi keizinan oleh Allah untuk berjalan bersama seorang sahabat ni. Kami bertuah sebab kami berdua berada di tengah2, jauh di depan dan belakang kami ada dua kumpulan besar, maka jarak pemisah kami agak besar dan itu satu peluang. Banyak yang kinah kongsikan bersama sahabat itu siapa kinah di zaman silam malah hingga hari ini.


Pengembaraan yang sarat dengan peringatan dari sahabat buat khalifah kerdil ini. Menangis?? tidak sama sekali, hanya sebak di dada yang ada.


Sesampai di destinasi kami, ketika itu barulah air mata mengalir. Subhanallah walhaldulillah wala ilaha illallah allahu akhbar....tak tergambar dek kata2 betapa indahnya pemandangan alam dari tempat tersebut.


ya Allah, hamba kerdil ini bertambah2 berhutang denganMu...


Sakinah, manusia yang banyak dosa ini masih lagi diberi kesempatan untuk melihat kebesaran Allah yang SATU itu!! Kekasih jenis apa kinah ni yang biarpun 'hamba'Nya masih berbuat silap, tapi Dia tetap berkongsi kasih sayangnya bersama hambaNya. Bukankah Dia adalah kekasih yang paling mulia??


terduduk kinah di batu2 bukit itu sambil memerhati semut2 kecil yang melalui depan kaki kinah dengan tenang. Argh, semut yang kecil ini sampai dulu dari aku di bukit ini...cemburu kinah. Derupan angin yang menyapa kami menyapu air mata kinah. Kerahan tenaga yang diguna untuk pendakian tersebut hilang seketika....terbuai dek indahnya ciptaan Tuhan itu.


Hari terakhir kami di Taman Negara, kami diberi kesempatan untuk naik 'canopy walkway'...sebuah jambatan gantung yang panjangnya kinah tak pasti tapi telah diistiharkan terpanjang di dunia setakat ini. Jambatan gantung yang digantungkan pada pokok2 yang ada pada ketinggian 50 m dari tanah, gayat?? jangan cakap, kinah memang gayat orgnya, naik tingkat4 masa sekolah suh pandang bawah pun dah gayat.


Tapi, sebuah lagi kembara yang andai berjalan dengan hati, berzikir dengan hati, melihat dengan hati, insyaAllah kinah percaya, sahabat2 akn merasai 'hutang' kita dengan Allah semakin besar....terlalu HEBAT ciptaan DIA!!!


Bagi shbt yang mengenali, mungkin tahu kinah ni macam mana orangnya, tak reti duduk diam, sekejap ke sana sekejap ke sini, tapi 'alam' ini banyak mengajar kinah untuk lebih menghargai 'sakinah'....


Persetankan apa yang kinah coretkan kali ini...coretan yang mungkin lebih bercorak sebuah luahan yang ntah apa2....tiada ayat2 penyokong dari Al-Quran atau hadis sebagai penguat hujah seperti blogger2 lain, tapi, kembaralah di bumi ini sementara masa masih ada. Terlalu banyak khazanah alam yang boleh sama2 kita ambil iktibar.


Sahabat, kinah perlukn shbt2 semua di sisi untuk terus kinah bina jati diri kinah sebagai muslimah sejati. Peringatkan kinah andai kinah berubah suatu ketika nanti, tarik lah kinah saat kinah bukan lagi begini di hari muka...pimpinlah kinah....


Salam kekhilafan dari khalifah kerdil buat semua....


~Sebahagian dripada laluan alam~

~antara aktiviti terakhir kami sebelum pulang : bamboo rafting~

~semasa di kampung orang asli dan mereka tengah berlatih menyumpit~

~sebahagian daripada pemandangan yang terdapat di sungai Tahan, Taman Negara~

~antara pemandangan dari pendakian kami~

p/s : sumer gambar, dari ydp kinah

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi