Wednesday, February 2, 2011

:: Catatan Sebuah Jalan Pulang : PART 1 ::

[entry ni panjang yg amat, tak tipu...]

Kembara hari ini kembara selamanya,
Dalam mencari empunya dunia,
Bumi Tuhan luas terbentangnya,
Segalanya demi mengenal pencipta.

Dalam hati ada taman,
Dalam hati ada rindu,
Andai diri dirasakan keseorangan,
Jangan lupa kekasih YANG SATU.

Bila mentari muncul lagi,
Pasti menyinar sinar sang suria,
Tertanya pada diri sendiri,
Bilakah tibanya kembali pada YANG ESA.

Kulihat kanan kulihat kiri,
Subhanallah, hebatnya alam ciptaan Ilahi,
Tepuk dada tanya diri,
Apakah kalimah syukur masih menghiasi??

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, ku buka sidang catatan ini dengan pantun pengingat diri dalam diari seorang anak pengembara. Assalamualaikum wbt.

31 Januari 2011...kembarku bermula. Ntah mengapa seusai solat subuh pagi itu, terasa kedinginan yang melampau, mungkin angin dingin di luar masih tersisa pada diri ini. Cuaca yang sentiasa mendung menjadi teman sehari-hari sudah tentu akan meninggalkan jejaknya pada tubuh setiap hamba yang menghuni di bumi sementara ini.

Kembara yang bermula dengan MICET, UniKL di melaka, tempat bermalamnya kinah di kolej sahabat lama yang kinah kenali semasa menuntut di matrik melaka dulu menjadi tempat persinggahan sementara kerana kinah baru selesai prgrm Sireh Pulang Ke Gagang di matrik melaka sehari sebelumnya. Keadaan kesihatan yang tak berapa mengizinkan untuk memandu dalam jarak jauh membuatkan kinah berfikir untuk bermalam di situ.

Namun, terkandung seribu hikmah yang tiada siapa menyangka. Ukhwah yang terpisah dek jarak dapat dirapatkan malah, bertambah kenalan2 baru saat sahabatku itu memperkenalkan kinah pada sahabat2 di kolejnya. Segan bercampur malu, ramuan rasa yang terkandung saat diperkenalkan pada shbt2 Islamic Civilization Club (ICC) yang sedang melangsungkan majlis penutup bagi prgrm Imam Muda.

Sebuah program yang sangat2 kinah kagum. Mantap sahabat2 di sini.

Kami sama2 menghabiskan masa bersama2 pada malam itu. Pada asalnya, hanya ingin makan2 di alor gajah, tapi disebabkan dah dekat dengan pengkalan balak, maka kinah memutuskan untuk menghirup angin pantai di waktu malam. Tempat yang kami tuju, sebuah chalet yang pernah menjadi saksi reunion sahabat2 NTP 07/08 berhampiran dengan teluk gong. Chalet yang sungguh mendamaikan jiwa.

Biarpun hanya tidur di chalet kayu, berkipaskan kipas biasa, namun memori bertadarus menghadap pantai, bersolat berlantaikan pasir pantai, beratapkan langit malam dan ber'air cond'kan angin pantai, subhanallah.....harga segunung emas tak mampu membayar yang satu itu. Nikmat yang Kau pinjamkan itu terlalu berharga.

Pagi itu, perjalanan bermula. Kisah perpisahan sementara dua orang sahabat yg bertemu dan berpisah keranaNYA insyaAllah bermula....

Pagi2, maka kena lah alas perut. Dalam mencari stesen minyak berdekatan utk keluarkan duit, sambil2 tu mencari kedai makan yang buka....tapi, Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Yang kinah berjumpa hanyalah kedai yang membuatkan minimuan sahaja, maka ku pesan sahajalah sebungkus air untuk di minum di dlm kereta.

Destinasi, rumah ayah bonda yang tersergam indah di bumi Pekan, Pahang sudah semestinya.

High way menghala ke Johor itu amanat yang dipesan buat kinah. Sign board satu persatu dibaca dengan teliti. Tangkak, ye, itu exit yang perlu kinah alert. Dari melaka, turun ke johor sedikit demi sedikit. Musafirku bermula...apa yang menanti, tiada siapa yang tahu.

Perjalan yang betul2 bermula jam 6.45 pagi itu setelah ditambah di tolak, jam 11 pagi nanti akan sampainya ke laman rumah ayahanda bonda.

Tiada apa yang pelik berlaku di kiri kanan jalan, sekadar berjumpa dengan manusia yang berbagai ragamnya yang sama2 membayar 'road tax' untuk berjalan di bumi ini. Disebabkan hari itu adalah hari bekerja, maka jumlah pengguna jalan raya pagi itu agak sederhana dan alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Seingat kinah, pesan seorang sahabat kinah, sesampainya kinah di exit tangkak nanti, terus je amik jalan ke segamat...sebahagian perjalanan yang perlu kinah tempuh untuk balik ke pahang. Amanat itu kinah pegang.

Berbekalkan kan seplastik air panas dalam kereta, hanya itu yang menjadi alas perut pagi itu. Apapun, alhamdulillah..masih ada reseki utkku isikan ke dalam perut ini. Nak berhenti tepi jalan, takut sebab kinah sorang2 je dah la perempuan....erm....

Jalan punye jalan, bertemu dengan pekan tangkak, tempat yang sinonim dengan jual kain2 dan langsir yang murah2. Pekan ini pernah kinah jejaki beberapa tahun yang lalu bersama keluarga saat kami baru pindah ke rumah sekarang ini. Tiada apa yang berjaya menarik perhatian kinah. Sekadar bandar yang sibuk dan udara yang dah tercemar di pagi hari.

Sign board ke segamat kinah temui, syukur alhamdulillah....kiranya aku tidak sesat kan, itu terdetik dalam hati. Tapi, pada masa yang sama, tetap terselit kerisauan kerana di kiri kanan hanyalah ladang2 kelapa sawit segala bagai, moga2 tiada apa yang berlaku.

~bersambung part II~

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi