Monday, February 21, 2011

:: Hakikat Mengingati Dia ::

Subhanallah, alhamdulillah, Allahu akhbar...

3 kali kalimah serangkai yang menjadi pelengkap dalam zikir fatimah, yang sangat2 dituntut buat umat Islam untuk sama2 mensucikan hati.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kalam ini dibuka dengan lafaz yang mulia, assalamualaikum wbt kinah ucapkan buat semua yg sudi berkunjung ke teratak buruk kinah ni...wardatul shauqah @ mawar berduri...

Sebut tentang wardatul shauqah, terasa nak berkongsi sedikit bagaimana ilham ini timbul. Memandangkan kinah bukan dari golongan yg sekolah agama, maka bahasa arab bukanlah bahasa yang terlalu sinonim dengan kinah, tapi ada juga la pernah belajar masa di peringkat PMR dulu.

Mawar berduri, suatu simbolik yang kerap menjadi simbolism buat anak2 gadis dewasa ini dalam menjadikannya sebagai salah satu peringatan buat diri. Mawar, sekuntum bunga yang cantik tapi terhias dengan duri2 pada dahannya sebagai benteng dirinya...cukup indah ciptaan Allah. Teringat kata2 sahabat kinah, hidup ini penuh dengan suratan takdir yang pelbagai macamnya, sebab Dia nak kita cari yang tersirat...tapi, carilah yang tersirat itu dengan ikhlas, redha dan segalanya demi Dia, insyaAllah mampu berdepan dengan apa pun.

Kinah mengharapkan, andai suatu ketika nanti, atau pun saat ini, segala kekurangan, kelemahan kinah tolong la tegur. Ayat yang selalu kinah ulang pada sahabat2 sekeliling, andai suatu hari nanti, kalian melihat kinah bukan lagi kinah yang sekarang, tolong jangan malu atau segan untuk tarik kinah kembali ke pangkal jalan. Andai terlihat kinah sedang berbuat maksiat di tepi jalan, tolong tarik ke jalan yang benar semula, kinah mohon....

Hari ini kita boleh berkata, "aku nak perbaiki diri aku sebab aku tak nak jadi macam sekian...sekian... pada masa akan datang" tapi, siapa kita utk kita tahu siapa kita pada masa depan kan, maka tolong ingatkn kinah.

Maafkan kinah sebab jauh terpesong kejap dari tajuk. Mukhadimah sikit tadi, perencah hidup skit....

Sebut tentang zikir, kinah percaya, shbt2 yang berkunjung ke teratak kinah ni jauh lebih arif utk bercerita tntg ini, dan sungguh kinah tak layak utk hal ini. Namun, sebab tak tahu kinah kena tahu kan, dan apa yang kinah tahu, kinah cuba kongsikan sedikit ilmu Allah yang dipinjam ini.

Andai seseorang yang meninggal dunia, tatkala di tanya sakit apa, mungkin lebih sinonim dengan 3 serangkai (skait jantung, darah tinggi, kencing manis)...kinah tak menafikan alasan2 lain, cuma itu yang the most popular kan...

Begitu juga hidup berzikir....3 serangkai yang menjadi pembuka entry tadi, zikir fatimah. Adik beradik yang 'perfect' di mata kinah.

Kinah nak berkongsi beberapa ilmu yang kinah kutip dalam sebuah buku yang pernah dihadiahkan dari seorang sahabat yang amat kinah sayang, buku bertajuk 'Hadis-hadis Penenang Jiwa' nukilan Rashidy Jamil Ar Rashid.

Dalam bab yang ke 5, dikongsikan tentang ZIKRULLAH. Pada permulaan bab tersebut, telah dikongsikan sebuah hadis yang bermaksud :

" Tidakkah kamu mahu mengetahui bahawa sebaik-baik amalanmu, paling bersih di sisi Tuhanmu, paling tinggi di dalam darjatmu, paling berharga dari emas dan dirham atau lebih berharga daripada kamu memerangi musuhmu sehingga kamu sama ada dibunuh (dalam peperangan itu)?" Lantas para sahabat bertanya : " Apakah amalan itu ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah, "zikrullah"

Allahu akhbar!!!

Jika di tanya apa erti zikrullah, kinah bukan orang yang tepat untuk menjawab soalan itu, Penafsiran secara tepat, memang kinah tak mampu untuk menghuraikannya. Namun, sefahaman kinah atau seingat kinah, ia bererti lebih kepada membawa kepada kita mengingati Dia...yang sebenarnya boleh diinterpretasikan dalam pelbagai bentuk...

Pesan seorang sahabat kinah, bukti apa lagi yang kita nak untuk buktikan Allah itu Maha Pemurah?? Sebab, terlalu banyak cara yang Dia ajar untuk kita cari pahala, jalan untuk mendekati Dia, tapi kenapa masih, kenapa masih wujud golongan2 yang meragui akan pemurahnya Allah....

Astaghfirullah...ampunkan hamba ya Allah..

Antara lain, huraian yang turut terkandung dalam buku ini, pengajaran berkenaan zikir.

"Zikir, merupakan penghubung antara makhluk dan khalik. Ia merupakan lambang kehambaan insan di dalam membina ketaqwaan dan sifat taqarrub pada Rabb. Zikrullah, adalah kekuatan dalaman yang mampu menjana kemantapan peribadi seseorang muslim. Melalui zikrullah, Allah SWT menjanjikan pada hambaNya yang berzikir akan rahmatNya serta ketenangan yang hakiki di dalam kehidupan.

Zikir yang sebenar adalah zikir yang mampu memberi kesan terhadap keperibadian seseorang. Hatinya menjadi bersih dan tenang. Keyakinan terhadap Allah bertambah di dalam dirinya kesan hubungan batinya dengan Allah SWT. Istiqamah dapat dicapai olehnya sehingga dapat dilihat dalam bentuk pengiltizamannya terhadap amalan-amalan fardhu, wajib, subat dan juga adab-adab yang digariskan oleh Allah.

Hamba yang memahami tujuan dan hakikat kehidupan yang singkat ini pasti akan sentiasa memenuhi setiap hembusan dan tarikan nafasnya dengan zikrullah semata-mata. Ia bertujuan agar hatinya sentiasa berhubung dengan Allah SWT yang telah mengurniakan kehidupan bukan sahaja di dunia ini bahkan akhirat beserta nikmat yang kekal dan disediakan untuk mereka yang sentiasa mentaati serta mengingatiNya, "

Turut dikongsikan sebuah kisah pembangun jiwa berkenaan kelebihan berada dalam golongan yang menghiasi diri dengan zikir....

Sesungguhnya Allah SWT mempunyai satu kumpulan dari malaikat yang sentiasa mencari-cari kumpulan manusia yang memenuhinya dengan majlis zikirullah dan ilmu. Mereka melebarkan sayar-sayapnya untuk menaungi serta mendoakan kesejahteraan. dan Allah SWT bertanya kepada para malaikatNya (sedang Allah Maha Mengetahui ):

" Apakah yang hamba-hambaKu lakukan?"

Malaikat menjawab, " Mereka mensucikanMu, membesarkanMu dan memuji-mujiMu"

Allah berfirman, "Apakah mereka melihatKu?"

Jawab malaikat, " Tidak! Mereka tidak pernah melihatMu ya Allah. "

Allah bertanya, " Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihatKu"

Jawab malaikat, " Jika mereka melihatMu pasti mereka lebih beribadat dan memujiMu serta bertasbih padaMu"

Allah bertanya lagi, "Apakah yang mereka minta (di dalam majlis zikir itu?)"

Jawab malaikat, " Mereka memohon syurgaMu"

Maka Allah berfirman, " Apakah mereka pernah melihat syurga ?"

Jawab malaikat, " Tidak! mereka tidak pernah melihat syurgaMu ya Allah"

Allah bertanya, " Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka melihat syurgaKu?"

Jawab malaikat, " Jika mereka melihat syurgaMu pasti mereka lebih berusaha dan lebih keinginan untuk mendapatkannya,"

Allah bertanya lagi, " Daripada apakah yang mereka minta perlindungan (di dalam majlis zikrullah mereka itu?)"

Jawab malaikat, " Mereka memohon dilindungkan dan dijauhkan dari nerakaMu"

Maka Allah berfirman, " Apakah mereka pernah melihat neraka?"

Jawab malaikat, " Tidak! Mereka tidak pernah melihat nerakaMu ya Allah"

Allah bertanya, " Apakah yang akan berlaku sekiranya mereka dapat melihat nerakaKu?"

Jawab malaikat, " Jika mereka melihat nerakaMu pasti mereka akan bertambah takut dan lebih menjauhkan diri darinya,"

Maka Allah berfirman kepada malaikat, " Bersaksilah kami bahawa Aku telah mengampuni mereka!"

Kemudian sebahagian malaikat berkata, " Tetapi ya Allah, si Fulan yang berada di dalam majlis itu bukanlah datang untuk berzikir tetapi semata kerana satu hajat yang lain"

Jawab Allah, " SESUNGGUHNYA MEREKA SEMUANYA YANG DUDUK DI DALAM MAJLIS ITU TIDAK AKAN SEKALI-KALI DIKECEWAKAN DARI RAHMAT DAN NIKMAT MAJLIS ITU"

Subhanallah...Betapa penyayang dan murahnya keampunan dan rahmatNya terhadap hamba-hambaNya yang sentiasa mengingatiNya. Mereka tetap dimuliakan Allah SWT dengan kemuliaan yang tiada tandingan.

Bila di recall tentang zikir, kinah teringat amanat seorang yang kinah sanjung dan dari pembacaan article2 dari pelbagai sumber. Amalan membaca zikir fatimah sebelum tidur, moga2 hari yang mendatang akan dipermudahkan oleh Allah hendaknya insyaAllah.

Jom sama2 kita praktikkan!!!



Sahabat. diri yang menaip entry ini adalah insan yang kerdil, penuh dengan dosa....hari ini tangan ini menaip perkongsian ini, moga2 satu hari nanti ia sama2 menjadi peringatan bersama. Tolong ingatkan empunya diri ini agar sama2 mengamalkan apa yang dikongsi di sini...perubahan memerlukan istiqamah yang bertapakkan keyakinan yang tinggi pada Dia.

Ya Allah, Engkau yang memegang hati-hati ini, jangan Kau bolak balikkan hati ini dari mengingatiMu....cairkan hati ini agar rindu padaMu ya Rahim...

Sahabat, maafkan kinah, salam zikrullah dari meja penulis..

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi