Friday, November 5, 2010

:: Bila Berbicara Tentang Hati ::

Assalamualaikum pembuka bicara semanis kata...bagaimana khabarnya iman kita semua saat dan tika ini?? Baru tadi melihat celoteh ustaz zamri, "selalu kita dengar, tepuk dada tanya selera, tapi yang sebenarnya, tepuk dada tanya iman"....tepuklah dada, tanyalah iman kita akan khabarnya, sihatkah 'dia', sakitkah 'dia'....

Sekali ada 'suara' yang jawab kan, "saya sedang nazak di dalam ni", agak2 apa respon kita tatkala ini?? Amik, cabut dan buang sebab seram ada suara yang jawab atau menangis teresak2 kerana tidak amanah dalam 'menjaganya'....astaghfirullah...ampunkan hambaMu ya Muhaimin.

Sekali lagi, terasa jari jemari ini sungguh tak layak untuk menari di atas keyboard ini buat kesekian kalinya lantaran panahan dosa yang kian menghentam. Siapa kinah untuk berkata itu ini, sebab akhirnya, segalanya dipalitkan buat diri kinah sendiri, Allah nak uji balik kan. Moga kinah tsabat di medan ini. Doakn kinah...

Buat insan bernama sahabat yang sudi berkunjung ke teratak buruk kinah ni, sekalung penghargaan yang tak terhingga, jauh di sudut hati kinah mengharapkn kehadiran sahabat2 sekeliling sebagai 'pengingat' diri kinah yang sering alpa.



Petang tadi, menyaksikan kinah dan keluarga menonton rancangan Al-Kuliyyah di tv3. Tajuk pada petang tadi, 'ubat hati'...tu yang entry kali ini berbunyi mcm tu, mesti ada yang dah fikir kinah masuk bab lain kan.

Sahabat,

Selalu kita dengar, malah kerap kali kita dengar, ayat yang berbunyi,

Hadith keenam dalam himpunan al-Arba’in al-Nawawiyyah ada menyebut daripada Abi Abdullah al-Nu’man bin Basyir, beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya “ingatlah dan bahawasanya dalam jasad manusia itu ada seketul daging yang apabila baik daging tersebut, maka baiklah jasad keseluruhannya, dan jika rosak daging tersebut maka akan rosaklah jasad keseluruhannya, itulah dia HATI” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Sungguh, terasa tak layak untuk menaip entry ini...kinah terlalu jahil untuk ini...ampunkan kinah. Rasanya shbt2 jauh lebih mantap dan hebat dari kinah kan...insyaAllah.

Andai hati kite ini boleh dikeluarkan dan tengok betapa hitam ke putih ke hati tu, pasti ramai manusia di dunia ini yang pasti menemui erti taubat dalam erti sebenar...masakan tidak, 'kesedaran' yang diraih, atau bahasa kasarnya, 'rasa insaf' yang menulusuri dalam diri kadang kala bermusim dan bersifat sementara...dan kinah tak nafikan, kinah salah seorang dari insan golongan sebegini.

Masa dengar ceramah, insaf kejap, rasa diri ini jahil sangat, baca article tentang kiamat, pun insaf kejap...baca tafsir ayat itu ayat ini, insaf kejap...ya Rahim, istiqamahkan kami dalam taliMu ini.


Tiap hari dalam lafaz solat,
Malah lima kali sehari semalam,
Ku titipkan doa agar
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus",
dan Engkau perkenankan doa itu,
Dengan menghadirkan aku di jalan ini,
Tapi apa yang kuperlakukn pada,
Pada daging yang seketul ini,
Aku sirami dengan air mata dunia,
Aku basahkan dengan tawa yang tiada penghujung,
Aku curahkan dengan kemaksiatan...
Apa yang dah hambaMu ini perlakukan??
Istiqamahkan hmba Ya Malik...

Merahnya hati ini....sehangat cinta kita pada DIA dan kekasih DIA kah?? Tepuk dada tanya iman..sakinah, sedar diri!!

Petang tadi, dalam rancangan tersebut, kinah tersentap tentang satu istilah, iaitu 'istidraj'... bagi yg dah memahami istilah tersebut takpe, tapi kinah yang buta arab ni tersentap sangat dengan tafsir yang ustaz tu huraikan.

Menurut satu laman web ni, kinah kongsikan makna perkataan ini,

Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!

Ya Allah!! speechless kinah. Fahaman kinah, bukti kesenangan yang Allah kurniakan pada 'seseorang' tu, bukan lg tnda kasih sayang atau apa, tapi tanda Allah MURKA!! Apakah aku tergolong dalam golongan ini??? Tepuk dada, tanya iman...di mana taraf kita..

Saat ustaz tu menghuraikan tentang istidraj ni, kinah teringat soalan seorang sahabat kinah masa sama2 menuntut di matrik dulu. Soalan dari sahabat sama praktikum...Dia ada meluahkan pada kinah bahawa, mengapa rumetnya yang tidak solat, yang tidak begitu amalkan agama dalam kehidupannya, boleh dapat pointer taraf dekan la...sedangkan shbt kinah tu alhamdulillah insyaAllah solat tak tinggal, jaga pergaulan tapi masih rendah pointer.

Saat soalan tu diajukan buat kinah, kinah sendiri terkedu. Apa lagi, ayat yang biasa kita dengar la jadi jawapan kinah saat tu. "Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan sesuai dengan kesanggupan hambaNya"....kinah tahu, kinah masih tak mampu memujuk sahabat kinah dengan kata2 tu. Kinah harap shbt kinah tu dengar Al-Kuliyyah petang tadi...

Bukan kinah mendoakan rumet dia tergolong dalam insan yang dimurkai tu, ya Allah, bukan itu. Cuma bagi kinah sedikit sebanyak menjadi pengajaran dan peringatan bersama.

Siapa sangka kan ujian kesenangan yang didatangkan utk kita, rupanya bukan lagi ujian kesenangan yang biasa2, tapi itu tanda keMURKAan Allah!!

Sahabat rasa tak apa yang kinah rasa tatkala ini, kinah tak tahu macam mana nak melampiaskan rasa yang ada dalam hati ini. Dua ujian yang selalu ditimpakan buat manusia adalah ujian kesenangan dan kesusahan, dan ujian kesenanganlah yang paling susah....

Dalam kes tersebut, ujian kesenangan yang Allah turunkan itu masih dalam lingkungan kasih sayang, uji untuk hambaNya kembali berfikir dan bersyukur, tapi andai tergolong dalam golongan ini??? subhanallah.....lindungi kami ya Wasi'

Saat itu juga kinah terfikir. Andai sakit yang ditakdirkan untuk aku ini benar2 penghapus dosa2 kecil aku, redhakan hati aku seredhanya ya Allah. Jangan terbit sekelumit rasa kesal atau timbul keluhan atas 'kesakitan' yang kurniakan ini.....jagalah hati ini, jagalah mulut ini dari meluah rasa keluh.

Payahnya menjaga yang satu ini....kinah nak amik sepotong kata2 shbt kinah, "bukan senang, tapi tak susah"..renungkan bersama.

Bila berbicara tentang hati, memang tiada penghujunganya. Dan setiap dari kita pasti merasai seribu satu rasa yang berbeza kerana kita mempunyai hati yang berbeza, tapi empunya hati yang sama. Siapa kita, siapa kita selama ini, siapa kita hari ini, siapa kita akan datang, segalanya terletak pada kita mendidik seketul daging itu. Semoga kita semua dalam peliharaanNya....

Akhirul kalam, kinah tinggal petikan hadis ini buat renungan bersama....

Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah dinyatakan, bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya “sesungguhnya Allah Taala tidak melihat kepada jisim dan rupa paras kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati dan amalan-amalan kamu” (Riwayat Muslim).

Salam renungan dari meja penulis...sejuta kemaafan penulis pohonkan dari sahabat semua, tegurlah saat penulis terbungkam pada pentas dunia ini....

(selingan-lirik lagu utk kita recall semula harga sebuah kasih sayang yang lahir dari hati)

p/s : doakan kinah dipermudahkan perjalanan pulang ke hutan ilmu
doakan jua bonda kinah sihat, yang tiada sakit setelahnya...amin

1 comment:

  1. salam...setuju dgn apa yg diperkatakan...
    kita sering melihat bhawa hanya kita yang seolah2 tidak mampu memiliki segala seperti yang di miliki oleh insan lain...tetapi di sebalik semua itu..tersembunyi suatu hikmah di mana kita atau sesiapa pun tidak mengetahuinya malah sering tercari2 dimana kita akan memperolehi sedangkan ianya menjadi rahsia Allah S.W.T...
    *jadi: Doa + Usaha+ Tawakal+baiki hubungan ngan Allah n Manusia= muslim/muslimah yg mantop*insya Allah...he3

    ReplyDelete

Jom berkongsi