Saturday, October 30, 2010

:: Islam Pun Ada MEGA SALE ::


Assalamualaikum wbt...

Segala puji dan syukur buat DIA Maha Memberi, moga iman hari ini terus dan terus bertambah... 1st, jom sama2 kita perbaharui iman pada hari ini dengan mengucapkan kalimah syahadah dengan sebenar2 pengertian.

Sekarang kan musim exam, kat kampus laen kinah tak pasti la, ada yang mula lepas cuti deepavali tak terkecuali yang mula kepas raya haji, tapi kampusku yang disayangi ini sudah seminggu memulakan sesi peperiksaannya, dan kinah??? kuang2...

Sabtu ahad (30 & 31 okt) adalah antara hari yg paling mencabar utk kinah sebab kinah ada 2 paper yang kaw2 perlukan hafalan pada sbtu dan ahad paper yang kaw2 punye rumus dan pengiraan yang sgt terbaek...sampai tahap tepon ayah nangis2...adui sakinah ni. Sabar je la, ujian sangat kot, mana tak, sampai migraine kinah balik exam petang sabtu tu, tapi senyum tetap senyum kan.

Sahabat, ada satu hari tu, kinah dengar IKIM..ada hikmah speaker laptop kinah tak boleh berfungsi, maka kinah banyak luang masa dengar IKIM lately ni. Then, dalam satu sesi tu dj dia ada baca fadhilat tentang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Dari situ Allah mengilhamkan kinah untuk menaip entry ni.

Ilham tu Allah bagi dah lama tapi amik masa juga untuk kinah kumpul material mcm hadis2 yang berkaitan...ye la, kinah kan sangat tak arif bab2 ni tapi takpe, mana yang tahu kinah cuba kongsikan....jemput tambah atau tegur apa2 yang patut ye...


:: MEGA SALE ::

Kadang2 terlintas dalam hati, berapa kali dalam hidup ni selama kinah hidup, terbit rasa bersyukur dilahirkan sebagai seorang Islam. Dan in case pernah rasa 'bersyukur' tu, sedalam mana kinah betul2 mengertikan perasaan tersebut....sebab, andai benar kinah menikmati perasaan tu betul2, dah tentu kinah boleh jadi seorang hamba yang jauh lebih baik dari sekarang, maka terbukti, kinah selama ni sekadar melafazkan sahaja, ampun Ya Rahim...

Duhai sahabat, apa yang terlintas dalam fikiran sahabat tatkala mendengar istilah ini?? Y.E.S?? Year End Sale kah??? Atau discount yang berlambak2?? Apa yang terlintas??

Jika mega sale dunia hari ini ada musim nya, mega sale dalam Islam takde musim, sentiasa terbuka...takde limit masa pun...

Jika mega sale dunia ni perlu dibayar dengan duit dunia, tapi mega sale dalam Islam hanya perlukan sebuah keikhlasan mungkin...

Kinah nak kongsikan apa sebenarnya mega sale yang kinah maksudkan dalam entry kali ini...apapun, antara lain kinah nak cakap juga, percaya atau tidak, Islam sememangnya mendahului segalanya. Islam dah mulakan MEGA SALE ini beribu tahun yang dahulu lagi...

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Daripada Ibn Abbas daripada Rasulullah menurut apa yang diriwayatkannya daripada Tuhannya, katanya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan segala kebaikan dan segala kejahatan. Kemudian Dia terangkan yang demikian itu, maka sesiapa yang bercita-cita dengan kebaikan, kemudian dia tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya (kebaikan itu), kemudian dia mengerjakannya, Allah tuliskan kebaikan itu (sebagai balasan) di sisinya sebanyak 10 kebaikan hingga 700 kali ganda hingga sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika dia bercita-cita dengan satu kejahatan kemudian tidak mengerjakannya Allah tuliskan di sisinya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita dengannya, lalu mengerjakannya, Allah tuliskan kejahatan itu dengan balasan satu kejahatan saja.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Subhanallah...itu contoh MEGA SALE pertama yang kinah nak kongsikan. Betapa hebatnya Allah, betapa pemurahnya Dia, biarpun hanya sekadar niat untuk membuat sebuah kebaikan, tapi telah tercatat satu pahala.....

Mana nak cari mega sale macam ni...

Mana nak cari kat dunia ni mega sale yang, baru niat nak beli tapi tuan kedai tu bagi free kat kita...ada ke???

Ya Allah, nikmat apakah lagi yang hambaMu ini dustai?? terlalu jahil diri ini.

Imam Al-Ghazali dalam tulisannya ada menyatakan: "Sesungguhnya badan anak Adam diibaratkan seperti jala untuk mengusahakan amal-amal yang baik, apabila dia berjaya dalam tugasnya di dunia ini kemudian mati, maka sudah mencukupi bagi dirinya, tidak memerlukan kepada jala itu lagi, iaitu badan yang dipisahkan oleh kematian. Kematian akan melenyapkan keinginan kepada dunia, apa yang diinginkan adalah amal salih untuk menjadi bekalan kuburnya. Jika bekalan itu berada di sampingnya, terasalah kekayaannya. Sebaliknya, jika ia tidak mempunyainya, malang baginya dan dia akan minta untuk kembali ke dunia untuk mendapatkan balik bekalannya."

Terasa sebak membaca kata2 keramat ini. Tak tergambar dek kata2 betapa diri masih lagi miskin....bagaimana ya Allah untuk aku tidak tergolong dalam insan yang ingin kembali ke 'dunia' mencari jalanya itu???

Sakinah, Allah dah bagi jawapan siap2 dah....

"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu nabi dan orang yang siddiqin (amat benar dalam imannya) dan orang yang syahid serta orang yang soleh. Dan amat eloklah mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang yang taat)." (Surah an-Nisa', ayat 69).

Taat kepada Allah. Yup, that's the answer...taat kepada kekasih Dia juga merupakan salah satu bentuk kita taat kepada Dia juga bukan...Lagi pun, tingkat cinta kita yang pertama adalah DIA, yang kedua plak kekasih Dia, maka taat kepada kekasihNya adalah salah satu cara kita mencari 'cinta' atau saham kita di akhirat kelak.

Sahabat, MEGA SALE yang kinah nak bawa kita 'shopping' seterusnya adalah berkenaan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW...kinah sangat yakin, ramai di antara kita yang dah arif tentang fadhilat berselawat ke atas baginda...teramat kan.

Tapi, sejauh mana kita aplikasi dalam kehidupan...adakah sekadar menjadi pelengkap kepada bacaan lepas solat berjemaah atau terus disebut dalam sehari...sekali lagi kinah terkena batang hidung sendiri...bagaimana syafaat yang didamba itu akan diperoleh andai ingatan kita pada kekasihNya itu pun bermusim...istiqamah sakinah!!!

Kita selawat sekali pada Nabi, tapi balasan yang kita dapat, masyaAllah tak terjangkau dek akal fikiran, tapi kita masih mencemari hati ini dengan mengingati perkara yang tak sepatutnya...

Duhai diri, ingatlah.....

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!, jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras" [Ibrahim : 7]

Apa yang ada syukurilah...jangan meminta yang berlebihan, siapa kita untuk meminta berlebih2 sedangkan apa yang kita 'bagi' pada Dia tak setimpal dengan yang kita 'minta', bersyukurlah...

Akhirul kalam, kinah titipkan fadhilat berselawat yang tak tahu nak cakap apa dah, bagi yang dah pernah jumpa ni recall semula, bagi yang belum pernah terbaca ini, bacalah dengan hatimu...moga ia benar2 meresap ke dalam diri...

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 Xsehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalanharian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita "

Fadilat Selawat - untuk renungan

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. Mengapa kita tidak berebut lagi MEGA SALE ini yang tak pernah ada penghujungnya???

Betapa indahnya Islam, betap Allah dan Nabi teramat sayangkan kita...

Salam muhasabah dari meja penulis....

1 comment:

Jom berkongsi