Thursday, October 21, 2010

:: Wangi Haruman Mehnah ::


Salam kedamaian salam muhibbah...

Terasa rindu pada blog tak mampu diungkap dengan kata2, biar ia tempat meluah rasa berkongsi cerita cuma, namun seribu satu pengajaran ku kutip untuk menjadi terbiah buat diri.

Tiap bait kata2 yg dilafazkan pasti berbalik pada diri sendiri jawapan itu bukan, segalanya tercatat sudah hukum karma alam...tujuannya, bukan untuk mengaibkan si pemberi 'nasihat' cuma sebagai peringatan agar implementasi kata2 bukan sekadar seperti haruman yang lalu dibawa angin, tapi kekal bersemadi di dalam nadi...

Tiada siapa pernah menduga, siapa kita, apa akan terjadi pada kita, di mana kita atau apa2 sahaja soalan yang berbentuk akan datang...sebab, segalanya dimiliki oleh DIA Maha Mengetahui.

Pernahkah terfikir oleh seorang manusia untuk 'terpilih' dalam ujian yang hebat ditanggung rasanya....mungkin jauh sekali untuk menerima hakikat itu, tapi lazimnya, kita semua sudah sedia maklum penterjemahan yang disediakan buat kita semua...

Duduk termenung aku sendiri,
Terasa sepi dari rindu padaMU ya Allah,
Sungguh,
Haruman ini haruman syurga,
Yang bisa membuatkan aku tersenyum bangga,
Kerana terpilih untuk mehnah ini,
Biar aku terasa sakit di sini,
Agar tak terhutang di titian sirat nanti...
Segalanya demi haruman ini....

Selalu terlafaz, setiap yang berlaku ada hikmahnya....tapi, tepuk dada tanya diri, kata2 itu adakah sedalamnya dihadam atau sekadar meniti di bibir sebagai pelengkap bicara??

Jika ditanya pada diri ini, ku akui, selama ini kata2 itu selalu menjadi penghias bicara sahaja, namun ku alpa dalam mendalami maksud tersirat yang sebenar, kerana ku pasti, segalanya akan membawa diri ini lebih dekat dengan Dia...

Jika dibaca dari tajuk, sudah tentu dapat dihidu ada sesuatu yang tak kena dengan diri kinah bukan...memang, iman tengah turun naik sekarang ni...moga kinah istiqamah!!

Orang kata, kalau ada masalah, cuba buka tafsir, buka je muka surat berapa pun, insyaAllah akan ada jawapan masalah kita dalam tu...kinah sekali lagi mencuba petua ini, dan hadiahnya

"Maka, tetaplah kamu pada jalan yang benar sebagaimana diperintahkan kepadamu dan juga orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya DIA Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" [HUD 11: 112]

Tak cukup dengan itu, DIA tambah lagi peringatan buat kinah,

"Katakahlah : Bahawasanya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, maka tetapkanlah pada jalan yang lurus menuju kepadaNYA dan mohon ampunlah kepadaNYa. Dan kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang mempersekutukannya" [FUSSILAT 41:6]

Ya Allah...terlalu indah sebenarnya hidup ini jika disandarkan sepenuhnya pada DIA, tapi mengapa aku mudah alpa dari Al-Haq ini???

Macam2 perkara ligat berputar di benak memoriku kini, satu persatu mengambil tempat untuk diputarkan kembali sejarah diri masa lalu..

Aku bermula dengan seorang insan biasa, malah hingga ke hari ini...sejarah yang membawa aku mengenal Tuhan bermula ketika disekolah asrama...gara2 sebuah peraturan, kini bertukar sebuah kesedaran demi sebuah 'keselamatan'...

Tersungkur sebentar aku dengan mehnah ini, terasa terpalit dari ampunan dosa silam. Namun, Allah itu Maha Pengasih, pintu taubat sentiasa terbuka utk hambaNYA seperti aku.

Terasa sebak tatkala tangan, lidah dan minda ini membaca, menghayati dan meneliti doa rabitah yang tersedia di depan mata ini...subhanallah, terima kasih ya Allah kerana pernah menghadirkan aku dalam kalangan sahabat yg bertemunya kami adalah keranaMU, berpisah kami jua keranaMU...

"Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi perintahMu,
bersatu memikul beban dakwahMu,
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
kekalkankan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan yang benar.
Penuhkanlah hati ini dengan chaaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap,
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan
serta keindahan tawakal kepada Mu,
Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentangMu....
Jika Engkau menakdirkan mati, maka
matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada
dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini"
AMEEN...

Mehnah ini medan tarbiah, mehnah ini medan rindu...rindu seorang Pencipta pada makhluknya untuk mendengar rintihan doa seorang hamba yang terus meletak bergantung harap hanya pada YANG SATU...dan sungguh, baru ku sedar, aku juga rindu untuk bermadu kasih denganMU...

Assalamualaikum iman...bagaimana iman hari ini?? iman sihat?? Aku doakan agar kau terus sihat dan bertambah sihat....

Alangkah indahnya jika dapat bertanya khabar seperti itu pada iman, namun, hakikatnya kita jauh lebih mengetahui bentuknya bukan...

Subhanallah....terima kasih Ya Rabb.

Buat insan bernama diri, sedarlah kini, bahawa pintu keampunan masih sedia menanti untuk dipenuhi oleh insan yang selalu berpenyakit hati...

Jangan dicalari rasa 'hormat' pada takdir, kerana ia hadir bagi menyelak tabir yang kian menutupi rasa ikhlas yang konon selalu terlafaz dibibir...

Biar hadirnya mehnah ini, mampu membuatkan insan bernama diri ini menyujud kembali dengan sebenar-benar rasa cinta yang sudah lama menyepi menghilangkan diri...

Moga perasaan itu hadir bukan saat ini sekadar cuma, moga kekal hingga ke alam barzakh sana..

Ya Allah, teguhkan pendirian kami, satukanlah hati kami di jalan yg Engkau redhai, pertemukanlah kami dalam keadaan yang mulia, tunjukkanlah kami jalan yang lurus tanpa tergoda pada permata dunia yang menghiasi...

Kuatkan insan bernama diri ini ya Rahman....

Salam kemaafan dari meja penulis...sekadar coretan buat muhasabah diri, sudi kiranya shbt menegur kekhilafan penulis...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi