Monday, October 11, 2010

:: I = Saya ??? U = Awak?? ::

Kerap kita mendengar hidup ini umpama roda, up and down. Once u'r up, one day u will in the other side rite...hukum karma, yup, thats the proper word.

Dan kinah, dua2 situasi pernah kinah rasai...baik ketika di atas, dan sudah jelas, ketika berada di bawah. Siapa kita hari ini, adalah implikasi kita yang lepas kan...

Ntah kenapa jari ini terasa ingin menari atas keyboard ni sedangkan kerja yang bertimbun masih setia menanti. Alhamdulillah, dengan izin Dia, kinah dah boleh on9 direct dari laptop kinah sendiri tanpa ada masalah internet apa2 dah, cuma kinah masih tak boleh download apa2 bahan sbb ada masalah dgn downloader.

Salam kedamaian pada angin yang terus sudi menyapa diri...assalamualaikum dari meja penulis.

Malam yang menjadi saksi malam ini, terasa cemburu dengan kinah sebab mata kinah ni seperti didodoi oleh malam agar melelapkan diri, namun iltizam kinah untuk publish satu entry dalam blog kesayangan ini mengatasinya....hehehe.

Seperti biasa, kinah tak tahu nak tulis apa sgt sebenarnya, tapi ada la satu, dua point yang bermain dalam kepala ni. insyaAllah kinah cuba ceritakan satu persatu.

cuba baca tajuk entry ni betul2....

Apa yang ada dalam fikiran shbt2??? org kata, hati perempuan ni terletak di mulutnya....dan kinah, akui kebenaran tu plus ditambah dengan hati perempuan mcm kinah ni di penulisannya..sebab kinah lbh suka menulis dlm melontarkan kata2.

Sebut tentang kata2, baru2 ni ada seorang shbt kinah, muslimin la membuat pengakuan, bahawasanya kinah agk 'garang' dalam meeting, tapi di luar kinah agk berbeza...kinah dah biasa dengan kata2 tu. Siapa yang pernah ber'meeting' dengan kinah, tahu la kot serius ke tak kinah masa meeting...hehe, muka kinah dh memang semula jadi 'garang', ikut air muka mama kinah rasanya...

Haish, apakah yang hang mengarut ni sakinah...

Kembali ke tajuk.

Ada satu hari tu, kinah tengok tibi (nama manja televisyen), then kinah dapat idea untuk create sumtin base on their words. But, actually, not create, juz gaining the idea to share in dis blog.

Pernah tak terbit rasa bangga dalam diri shbt2 untuk bergelar seorang anak melayu?? dalam bahasa sopan, pernah rasa bersyukur tak???

Kinah sedang berbicara tentang bangsa, bukan agama...perlu jelas tu. Let us go deeper and narrow on what im going to share.

Dalam cerita omputih tu, macam biasa la, perbualan antara anak beranak apa semua tentang aktiviti picnic mereka.

Apa yang buat kinah terlintas adalah, lenggok bahasa mereka membahasakan ayah ibu mereka atau mana2 insan yang lebih tua atau shbt2 mereka.

Mengapa kinah berkata begitu??? jeng2...

Sebelum tu, meh nak tanya, berapa bhsa yang shbt2 kuasai?? 3, 4??? kinah bm fluent, bi tengah2, arab basic hbs la (sbb blajar sekerat jalan je kn), mandarin mmg dh bertahun tinggal, france pun dh bertahun tinggal...semua basic la...xde niat nk tunjuk kinah tahu byk bahasa ni, saje nk cerita2 kan.

Teringat kinah masa short sem dulu, ada satu group ni present berkenaan ulasan buku, di mana kami perlu mencari sebuah buku yang berkisarkan tentang sejarah pemikiran dan group anak teruna ni telah memilih buku 'rich dad, poor dad' lebih kurang macam tu la tajuknya....

Apa yang berjaya terakam dalam fikiran kinah hingga kini adalah soalan yang dilontarkan oleh 1st presenter group tu.

"Jika seseorang tu menguasai 3 bahasa, ia di panggil, trilingual"

"Jika seseorang tu menguasai 2 bahasa, ia dipanggil bilingual"

"Jika seseoarang itu hanya menguasai 1 bahasa sahaja, dia akan di panggil apa???"

Cuba shbt berfikri sejenak...kalo kuasai 1 bhsa, kita akan di panggil apa....

"They are called AMERICAN"....juz becoz of only possess one language, we are likened to those people...

Adakah isitilah itu sangat 'merdu' untuk didengar???bagi kinah, terasa sangat la geram.

Apa yang buat kinah lagi geram tapi bersyukur dilahirkan sebagai kaum melayu adalah bahasanya....ada beberapa perkataan yang sgt2 buat kinah rasa bertuah dapat menguasai bahasa melayu...

Dalam cerita omputih yang kinah katakan tu tadi, tentang cara anak2 panggil mak ayah mereka. Selalu kan kalau kita bercakap dlm BI, semua insan tu kita akan panggil 'U'...even dia ayah ke mak ke pensyarah ke atau sesiapa...melainkan nama insan itu menjadi sebutan.

Contoh, nak tanya mak kita, ada nampak barang kita kat mana2 tak, "mom, have U seen...."

Kan perkataan U digunakan...

Kalau ditranslate dlm bhsa kita ayt tu, "mak, AWAK ada nampak....."

Sangat tak best kan...ni kalau org TESL ke ESL baca entry kinah ni mesti kinah kena hentam.

Kinah bukan nak kecikkan skop bahasa tu, cuma kinah nak merungkai betapa indahnya sebenarnya bahasa melayu yang kita ada hari ini. Jangan cepat melatah....tapi, andai ada pihak yang nak tegur penulisan kinah ni, kinah alu2kan. Ni kan tempat berkongsi ilmu....insyaAllah kita amik mana yang baik.

Bila semua insan di panggil 'U', dah tak terasa istimewa nya kedudukan seseorang tu. Tapi betul, tak bermaksud dengan panggil 'U', respek kita pada orang tu berkurang atau sama level dengan orang lain, cuma spt yg kinah cakap tadi, kinah cuma nak berkongsi point kenapa kinah rasa bertuah dapat menguasai bahasa melayu ni.

Mcam dalam bhsa Arab, setiap jantina tu ada sebutan tersendiri kan...dengan panggilan yang berbeza utk 'kuantiti' orang tu plak. Sgt detail. Bak kata ustaz Hamdi, ustaz yg ajar kinah bhsa Arab masa F1 dulu, bhsa Arab ni, antara 5 bhsa paling susah dlm dunia...antara sebabnya, mcm nilah, sgt detail dlm 'mencirikan' panggilan seseorang tu.

Dan bhsa surat cinta kita dalam bhsa Arab kan....bertuah kita sekali lagi...syukur alhamdulillah.

Bila direnung balik, kinah tak tahulah shbt2 dpt tangkap ke tak isu yang kinah nak ketengahkan dlm entry ni, tapi harap2nya dpt la....

Apapun, dah lama kinah tak petik mana2 tafsir atau hadis utk dimuatkan dlm enty, dan kali ni, satu ayt yg sgt famous......

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah sleain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. jila salah seorang di antara mereka atau tiap-tiap kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kedua-duanya perkataan "AH" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia"
[Al-Isra' : 23]

Cantik kan hidup kita ni sebenarnya....dari sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecil perkara Allah dah susun untuk kita...segalanya terpulang pada kita je mcam mana interpretasi benda tu.

Buat shbt, kinah takde niat nak perlekehkan bhsa mana2 bangsa atau apa sekalipun, cuma kinah nak bawa kita merenung sebentar dan bersyukur dengan apa yang kita miliki, Namun, jangan biarkan diri ini terus dalam comfortable zone....bak pesan shbt kinah buat kinah.

Shbt, diri yang menulis entry ini penuh dengan kelemahan, kinah perlukan teguran+peringatan dari insan sekeliling...kinah terlalu KAYA dengan kelemahan....harap sudi kiranya shbt2 peringatkan kinah, tegur kinah salah silap kinah, dan segalanya berkenaan yang perlu diperbetulkan. Kinah sangat terbuka untuk menerima teguran ni semua...insyaAllah.

Moga apa2 yang kinah kongsikan dapat dimanfaatkan bersama. Ampun dan maaf dari meja penulis....

p/s : tengah count down utk presentation proposal...doakan kinah dn shbt2 lain...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi