Tuesday, June 30, 2009

**Bertuah punya Melayu atau melayu yang bertuah??**

Salam...post kali ni lain mcm skit bunyinye kan... Al-kisah, cetusan idea untuk post ni adalah pantulan daripada perbualan abang dengan mak saya pada suatu petang.

**Kerana dia cina...**

Mama memulakan kisah anak kawan mama yang berbangsa cina. Baru2 ni, anak dia mendapat 11A dalam SPM dan sekarang ni sedang menyambung pelajarannya di tingkatan 6 di SM Ahmad, Pekan.

Ibu mana yang tak seronok bile anak dapat 11A dlm SPM...percaya atau tak, anak dia tidak ditawarkan ke mana2 pun untuk sambung belajar selapas SPM tu. Jauh sekali nk dapat tawaran ke matrikulasi mahupun asasi...Habis semua permohonan dia dah buat dulu, tapi apa yang dia ada sekarang??

Sy tanya la, "Mama takkan la tawaran ke oversea pun tak dapat??". Memang dia tak dapat mana2 tawaran langsung.

Hati seorang ibu, mak dia gi 'panjat' putrajaya taw untuk memohon ke matrikulasi la, nak gi oversea la..mcm2 pejabat mak dia 'panjat'. Tapi, kesudahan yang dia terima, tawaran ke form6 yang menjengah...

Kes ni sampai ke mak sy sebab mak budak tu berjumpa mak sy untuk meluahkan apa yang dia rasa. Dia kecewa sebab kenapa bangsa lain tidak dapat peluang yang adil...nak kata trial anak dia x ok, terlebih ok masalahnya...kokorikulum anak dia pun mantap.

Saya tak nak komen dari segi politik mahupun apa, cuma anak2 Melayu ni sedar tak yang dengan mudah je anak2 Melayu ni berpeluang masuk ke IPT atau matrikulasi. Antara orangnya tentulah sy sendiri yang diberi peluang untuk menjadi pelajar matrikulasi.

Adakah anak Melayu sedar???

**RM100,00 setahun**

Ni al-kisah sambung belajar kat oversea. Ada la seorang doktor ni yang merupakan graduan sebuah universiti dari Australia ni menceritakan kisahnya...

Dia pergi sana under family, family dia fully support dia kat Australia. Kire private la ni kan. Dia amik medic kat sana, jadi boleh bayang kan kos yang perlu ditanggung.

Untuk yuran sahaja, RM100,00 setahun yang perlu dibayar. Ni baru yuran, belum lagi kos sara diri di sana, tempat penginapan lagi, yuran2 tambahan tak termasuk tu....amik medic...

Bukan setahun, bukan 2 tahun, tapi bertahun2...alhamdulillah, sekarang dia dah pun bergelar seorang doktor, maknanya dia manfaatkan masa yang ada di sana.

Harap2, akan lebih ramai anak Melayu yang akan bergelar seorang doktor muslim yang sejati...

Bak kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, 'kita kalau boleh nak melahirkan lebih ramai golongan PROTAZ...' seimbang agama dan professionnye...

**Cuci kereta pun halal**

Ni kisah hampir 3 minggu lalu. Sy hantar kereta untuk di cuci kat kajang. Boleh di katakan sy selalu je hantar ke kedai yang berbeza utk cari servis yg terbaik.

Tapi, kali ni, kedai ni dah memikat sy dengan kesungguhan pekerja dia yang semestinya bukan rakyat Malaysia.

Tengok dia cuci kereta pun sy boleh nak menangis. Tepi tempat cuci tu ada kedai makan, sy minum air kat situ sambil menghadap ke tempat cuci.

2 orang take over part cuci, 2 org lagi part servis dalam. Ketelitian dan kesungguhan dia org yg memikat sy.

Serius, ni kedai yg ke berapa ntah sy hntr, tp ni la yg paling sy puas hati servis dia. Ada seorang pekerja ni, time dh siap tu, dia panggil sy, 'adek...ini kereta sudah siap, boleh la tengok...'

Sy pun tengok2 n terus masuk kereta. Dia ketuk tingkap kereta, 'adek..tak nak komen apa2 ka?? tengok dulu mana yang tak bagus....'

Lepas tu dia bagi air, sy x amik, takut....hihi...

Dalam perjalanan sy nk jemput kawan sy di stesen komuter, sy teringat pengusaha car wash kat area umah sy...

Anak2 muda Melayu yg kerja...percaya atau tak, mereka memilik ijazah....sy teman siapa tak ingat pergi situ...tp banyak kawan sy yg berbual dgn mereka, sy mendengar je...

Kebenaran yg benar, "Adik cari la car wash lain, mn nk jmpa budak mlyu...dh la ada ijazah..adik esok, kalau dh ada ijazah, jgn la segan nk kerja mcm nie...mn nk cari keje skrg..."

Ini kisah masa sy habis SPM...tp sekarang????

Sy tak taw siapa sy akn datang...adakah masih sama seperti hari ini, lebih baik atau lebih buruk...memang tak tau..harap2 tidak mendatangkan fitnah kepada Islam...doakan lah sy mahupun seluruh umat Islam agar sama2 terus dan terus menegakkan Islam.

**sejarah itu satu pengajaran**

Mak sy selalu ingatkan tentang kisah lalu, tentang orang Melayu....perjuangan, semangat, sifat berdikari.....

Tapi, hari ini....sedihnya melihat keadaan sekeliling..melayu seolah mahu 'membunuh' melayu sendiri. Nama asal negara kita, Tanah Melayu, tp di mana Melayu??

Jangan kata plak, sy menghasut perkauman, jangan salah faham. Cuba fikir semula sebelum melabel sy sebegitu.

Motif utama sy, bersyukurla kerana kita dilahirkan sebagai anak Melayu di bumi yang cukup tenang ini....dilahirkan dalam beragama Islam...

Jangan persiakan apa yang kita ada...tp, ingatlah, kita sememangnya tak pernah memiliki apa2 di dunia ini sebab kita 'dimiliki'.....

Maafkan tutur bicara dlm post kali nie....

Sunday, June 28, 2009

**Memiliki atau dimiliki??**

Ya Rabb, hambaMu ini tidak memiliki,
kerana kami dimiliki...

Ya Rabb, kami memiliki dosa menggunung,
tapi kami dimiliki oleh Maha Pengampun...

Ya Rabb, kami hanya memiliki cebisan ilmuMu,
kerana semua itu dimilikiMu...

Ya Rabb, kami memiliki taubat yang tak tertunai,
tapi kami dimiliki oleh Engkau Maha Pemberi Hidayah...

Ya Rabb, kami memiliki maksiat yang tak terkata banyaknya,
tapi kami dimiliki oleh Engkau Maha Penyayang...

Ya Rabb, kami memiliki harta dunia yang sementara,
tapi kami dimiliki oleh Engkau Yang Maha Kaya...

Ya Rabb, kami memiliki kegusaran hati tak menentu,
tapi kami dimiliki oleh Yang Maha Memelihara...

Sungguh,
kami tidak memiliki apa-apa di dunia ini,
kerana kami dimiliki pencipta hakiki...
itu lah hakikat duniawi dini hari
yang semakin lama luput dari memori
insan berlagak suci di bumi ini...

**Perjalanan pulang lagi...**

26 Jun 2009, jam 8 pagi sy dan ara mula bertolak dari UKM untuk pulang ke rumah kami setelah 6 minggu berperang untuk short sem kali ni.

Kami bertolak awal kerana menjangkakan kesesakan lalu lintas sewaktu nak keluar dari bandaraya Kuala Lumpur nanti, ye la sebab time mcm ni org nk pergi kerja kan.

Kami keluar dari keadaan tk breakfast, sebab konon nk rest kat tengah jalan je nanti.

Kami berhenti di Genting Sempah untuk breakfast terlebih dahulu. Erm..sasaran sy untuk tidak makan nasi lemak sebab takut mengantuk semasa drive..

Tapi nampak nya tak boleh nak elak juga sebab ternampak sotong..maka makan la nasi lemak sotong dengan horlick panas (tu je air yg sy boleh minum time breakfast).

Kami sambung lagi perjalanan merentasi bukit bukau yang boleh tahan berliku. Antara persoalan yang bermain di fikiran ialah simpang mana satu yg patut sy masuk kalau sy nk ke lipis. Sebab ada banyak simpang nk ke lipis.

Bukan apa, ada rumah sahabat di sana dan juga sahabat2 lame SBPIK yang belajar di lipis. Tp bukan itu objektif post kali ni.

Lebih kurang 11.30 kami sampai di tol gambang, sy dan ara berehat sebentar disitu. Terasa badan lenguh ni perlu direhatkan sekejap. Ada peristiwa yang dah berlaku di situ..hanya kami je yang tahu...

Sebaik sahaja jam 12 t/hari, sy menghantar ara ke hentian gambang, family dia akan amik dia dari situ sebab sy ingin ke matrikulasi gambang kerana ingin menunaikan janji.

Lebih kurang 10 minit dari traffic light tu, sampai la sy ke matrik gambang. Adik sy, mufidah dah menanti di pintu pagar. Mukanya banyak berubah, org dh besar kan..

Setelah itu, sy bertemu dengan adik sy yg sebenar, Ainshah yang sedang menanti sy. Setelah parking kereta, sy bergerak menuju bilik tetamu di blok dia.

Kebetulan, terdengar pengumuman yang akan di adakan tazkirah di bilik study blok pada jam 12.45 t/hari tu. Sy mengambil keputusan untuk bergerak ke situ...melepaskan rindu pada matrik dlu.

Memang menarik. Antara part yang paling lawak, bile dah habis tazkirah tu. Ada la seorang adik ni promote, ada lagi mana2 pihak yang volunteer untuk memberi tazkirah pada masa akan datang.

Xde sape pun yang volunteer, dan tibe2....adik tu point ke arah sy, dia tanya sy sama ada nak bagi tazkirah ke tak...apa lagi, tersenyum lebar la sy....ada ke saya yg di point nye??adui...

Adik sy memang dh tersenyum..dia kenal la kakak dia ni..

Sy ambil kesempatan tu untuk perkenalkan diri sy...bukan la untuk bermegah diri, tp sekadar niat untuk menjalin ukhwah. Mereka mostly terkejut sebab mcm mn sy boleh 'tersesat' kat situ.

Dek ilmu yang terlalu sedikit, amalan yang tak seberapa, sy kongsikan beberapa point yang terlintas di fikiran.

Antara point yang sy sentuh adalah ceramah Ustaz Hasrizal hari tu, sebab setiap point tu masih segar dalam fikiran.

Sy ulas sedikit demi sedikit cuma berdebar juga la time tu. Dah lama tidak 'mengetuai' tazkirah, sebab di ipt kebanyakkannya sy cuma pendengar dan memberi maklum balas yang minimum, tidak seperti dulu.

Terasa sayu hati ini bile melihat setiap wajah adik2 tu..masing2 cuba fokus kepada apa yang sy perkatakan. Mungkin teruja sebab sy ni kan 'gile2' skit....sy sampaikan dlm bentuk santai sebab time tu kemuncak kot, betul2 t/hari..time org nk berehat...

Terasa rindu sgt pada suasana matrik dulu. Harapan sy, semoga ia benar2 kekal smpi mereka tamat matrik.

Selepas tu, sy ke bilik adik sy sebentar, sj nk melawat suasana KMPh. Kemudian, barulah kami bergerak ke surau untuk solat zohor. Ketika itu solat jumaat telah pun selesai.

Seusai solat zohor, sy dan adik sy bertemu junior matrik KMM dulu di sini. Memang sy dh jaji untuk berjumpa pada hari tersebut.

Betapa sedihnye sy, kerana saat dia berduka, tiada siapa di sisi dia yang memberi sokongan. Allah menguji dia dengan suatu tamparan yang hebat bagi sy.

Maaf kan akak dik...akak xde di sisi adik time adik dalam 'kemiskinan' itu. Bile di tanya, dia tidak menceritakan apa yang berlaku padanya pada sesiapa pun. Ayat dia yg mungkin sy tak lupa, "Akak, kalo kita cerita masalah kita pada kawan sekalipun, dia bukan boleh selesaikan masalah, masalah tetap masalah"

Remuk hati sy, sebab tafsiran sy seolah selama ni dia tiada siapa di sisi, insan untuk dia berkongsi suka dan duka.

Sebab itu la, sy jelaskan kepentingan ukhwah. Sy dah rasa perit, pedih bila di tinggalkan keseorangan tanpa sahabat di sisi, sy tak nak adik2 sy rasa benda yg sama.

Biar la sy tempat dia bercerita. Sy amat bersalah pada dia. Bagi sy dia seorang adik yang amat baik. Ukhwah bukannya terjalin hanya semasa kita belajar bersama, di tempat pengajian yang sama sahaja..

Ukhwah takkan tamat walaupun masing2 sudah bertukar arah pengajian. Honestly, sy terasa sakitnya adik sy tu bila dia tak pernah bercerita 'kemiskinan' yang Allah bagi tu pada sesiapa.

Sahabat, datangmu bukan sekadar di saat ini, datangmu sehingga ke mati.
Sahabat, manisnya dulu kita bersama, bersama meniti diari seorang pelajar,
Namun kini, saat kita berpatah pada arah sendiri,
Aku tersungkur sendiri, tanpa berteman di sisi, melainkan Illahi,
Kubangkit sendiri tanpa insan dikasihi menemani...

Maaf, bukan la nk menyalahkan mana2 pihak, kalau sy melakukan perkara yang sama juga pada anda, tegur la sy jua..

Cuma bagi saya, tafsiran ukhwah yang pernah terjalin tu kadang2 kita semua lupa. Sebab kerana 'lupa' mampu mengembalikan seseorang itu kepada jalan hidupnya yang lama, jalan hidup yang hitam dulu.

Kerana 'lupa' tu juga kita tak pernah tahu bahawa sahabat kita dah lama menangis menahan sebak bersendirian.

Malah, andai kita bertemu suatu hari nanti, andai kita melihat perubahan yang tidak diingini, pihak mana yang harus bertanggungjawab??

Maaf sangat, sy bukan sesiapa, sy bukan la asal dari golongan yang tahu sangat pasal agama, sy juga bukan la mahu berlagak pandai di sini, malah anda semua lebih arif dari sy.

Masa depan Islam 10 tahun akan datang bermula dengan langkah kita hari ini....

Untuk diri sy mahupun sahabat, selagi kudrat masih tersisa, ayuh bantu agama Allah... Ingatkan la sy yang terlalu jahil ini...

Wednesday, June 24, 2009

**Biodata Iblis Laknatullah**


**Pengenalan diri**


NAMA SEBENAR:
Iblis Laknatullah


NAMA GALMOUR :
Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll


KELAHIRAN :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s


STATUS DIRI :
Fasik kelas pertama


AGAMA :
Kufur


TEMPAT TINGGAL :
Di hati-hati mereka yang lalai


ALAMAT TETAP :
Neraka jahanam


ISTERI :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya


KAUM KERABAT :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah



**Cita-Cita**

MODAL PUSINGAN :
Angan angan kosong dan tipu daya yg halus


TEMPAT PERTEMUAN :
Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli


MUSUH KETAT :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa


SAHABAT KARIB :
Anak-anak Adam


MOTTO KERJA :
'Hipokrasi asas akhlak'


HOBI:
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya


CITA-CITA :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir



**Tempat Operasi & Rakan setugas**

SUKAN (yg tidak digemari) :
Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)


KELEMAHAN DIRI :
Bila Manusia membaca istighfar


MENTOR YANG DIKAGUMI :
Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya


LOGO :
Sebarang tatu


PEJABAT OPERASI :
Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat


RAKAN KONGSI :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia


SUMBER PENDAPATAN :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba


JENIS PERKHIDMATAN :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT


TEMPOH PERKHIDMATAN :
Sehingga hari kiamat


MATALAMAT SEBENAR :
Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam


TEMAN SEJAWAT :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran


GANJARAN :
Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah


PEMBANTU SETIA :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam



**Pengalaman & Kenangan**

PERISTIWA YANG TAK DAPAT DILUPAKAN :
Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s


KENANGAN MANIS:
Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran


KENANGAN PAHIT :
Manusia yg digodanya mati dalam keimanan


MAKANAN KEGEMARAN :
Daging orang mati, segala najis dan kotoran


MINUMAN KEGEMARAN :
Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan


YANG PALING DITAKUTI :
Orang mukmin yang bertakwa


YANG PALING DIBENCI :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah


ALAT PERANGKAP :
Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya


SAAT AJAL :
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak



**Saat mendukacitakan
**

YANG PALING MEMBOSANKAN :
Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya


TUGAS YANG PALING MELETIHKAN :
Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala


TUGAS YANG PALING DISUKAI :
Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina


JANJI KEPADA MANUSIA :
Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya


YANG MEMBUAT GEMBIRA:
Manusia yg mengikut jejak langkahnya


SAAT YANG MENDUKACITAKAN :
Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat


YANG MEMBUATKANNYA MENANGIS :
Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT

p/s : Sy teringat biodata ni sebab tiba2 teringat risalah yang sy pernah dapat masa darjah 4 dulu. Sekadar renungan even ramai yang pernah baca biodata ni..Semoga dapat kita manfaatkan input2 ini..

**Salam imtihan**

Salam...
Pagi ni nanti, peperiksaan sedang menanti sy dan sahabat2 lain. MasyaAllah, dah tak terkata perasaan ini.

Saat ini, ku bersendirian bertemankan nyamuk di kerusi sofa ini. Berdebar sangat..

Semoga Allah mempermudahkan Shakinah dan semua sahabat yang lain untuk menghadapi peperiksaan pagi ini nanti.

Doakan kami semua dapat menjawab dengan tenang ye...walaupun satu paper je..

Kursus :ZZZT 2413 Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal
Masa :8.30 pagi - 10.00 pagi
Tempat :Dewan Gemilang

Dan akan tamat la short sem ini pada jam 10.00 pagi nanti....Terasa sedih sangat meninggalkan kenangan ini.

Semoga barakah bulan Rejab ini mengiringi ketenangan kami pagi ini..amin...

Tuesday, June 23, 2009

**Nak promote nie**

Salam alaik ya sohabati..

Kali ni, tidak ada cerita yg ingin di hujahkan, namun berkongsi 'rujukan' hati yang ingin di madahkan.

Pencarian cinta...erm..bunyi macam bosan, sebab seperti sudah tidak ada tajuk lain je. Namun, kupasan isi yang amat teliti berkisarkan cinta ini sy temui dalam beberapa buah buku yang sememangnya sy amat mengagumi penulisnya.

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Fatimah Syarha Mohd Noordin merupakan 'pemadah jiwa' yang amat saya kagumi.

Pencarian sy bermula dari promosi dalam terjumpa di dalam laman sesawang ini, yang telah menggerakkan hati untuk memiliki buku2 ini.

Buku pertama yang saya cari....

Buku ini sebagai pembuka selera kepada 'makanan cinta' yang sebenar-benar yang digariskan dalam Islam. Kisah benar ustaz hasrizal diceritakan dengan kemas dan santai. Tapisan bahasa yang lembut tanpa menyentuh sensitiviti mana2 pihak amat menarik perhatian saya.

Dari cara mula bercinta, menempuh alam pertunangan, kemudian dunia perkahwinan malah rezeki anak yang dilahirkan, satu kronologi yg sistematik diceritakan. Sangat la rugi bagi insan yang bergelar remaja yang mencari 'cinta' andai tidak memiliki buku ini.

Selingan cinta dan CINTA yang di sulam kemas memang mampu menyentap jiwa...

Buku kedua yang saya idamkan....

Lanjutan buku Aku Terima Nikahnya, buku ini dipublish bagi menerangkan dengan lebih detail tentang ilmu dalam dunia berumahtangga.

Konsep cinta dan CINTA tetap menjadi tulang belakang, corak pengolahan je yang lebih menyentuh isu yang lebih 'dewasa'.

Di awal pembacaan buku ini, sy terasa seperti di sindir sebab ayat2 yg di susun sememangnya mencakupi kehidupan peribadi sy. Betapa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Tersindir yang membuatkan diri ini teramat la malu denganNya.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk membaca buku ini dan ada bab yang saya ulang beberapa kali untuk memahami maksud. Titisan air jernih menerjah pipi kerana kebenaran sememangnya pahit. Amat menyentuh jiwa...

Buku ke tiga.....

Sebuah novel nipis yang amat padat dan fleksibel. Menurut apa yang saya tahu, ia sebenarnya kisah sebenar penulis dalam hidupnya. Sama-sama la kita renungi dan ambil la sebanyak mungkin kupasan ilmu dari setiap buku ini.

Mana2 sahabat yang dah membaca buku-buku ini, jemput la berkongsi komen dan pendapat tentang buku-buku ini. Semoga kita benar dalam mencari cinta dan CINTA.

Kalau la ada sahabat yang mempunyai kewangan lebih, apa kata hadiahkan buku-buku ini kepada sahabat2 yang masih mencari cinta dan CINTA...ia satu hadiah yang amat bermanfaat..

Sama-sama berkongsi ilmu Allah...

Sunday, June 21, 2009

**Kisah kasih**

Salam alaik sahabat..cuti semakin ke penghujung, tp sy still x bercuti...cuma curi2 balik rumah. Study week la 'konon' sekarang nie, tpi buku yg sy baca ni elektronik taw..kalo nak tukar page, just tekan button je, pastu page bertukar la...hihi..

Cuba teka, buku apakah itu?? Lagi banyak warna, ada suara lagi...Saiz dah la besar la juga, jelas tanpa dengung la kalau nk 'baca'... apa lagi, TV la...

Inilah keadaan bile tak jumpa TV berbulan lamenya...dlm short sem ni, ada la juga menjenguk TV beberapa kali kat kolej, tp bese2 je...(jangan contohi sikap ini ye..amaran dari SHAUQAH..hihi)

**Hari Bapa**

Ari ni kalau ikutkan hari bapa kan..tp, pagi2 lagi dah kena marah dengan bapaku...huhu... al kisah, memang kesilapan daku juga sebab boleh lupa sebabnye terleka dengan 'buku elektronik' tu la..padan muka.

Abah suruh tengok baju dalam mesin basuh, tolong take over sebab abah nak basuh kereta kat luar. Mama plak ari ni nk masak nasi minyak untuk anak2 dia, jadi anak yg 'baik' ini, menghiris timun, kupas bawang la, apa la buat kat area dapur dah, tapi mata mengerling ke TV, sebab area dapur ni dekat je ngan ruang tamu tempat kami bersantai tu..

Sekali, abah masuk sebab nak amik pengilat kereta kot, jeng2.....
"Adik, awak buat apa?? Abah kate suruh tengok apa??" nada abah agak tegas time tu..
Dalam hati ini, memang bersalah yg amat...
"Abah, sory, ina asyik sangat tengok TV sampai lupa ke mesin..abah, ina minta maaf,"muka ku time tu tersenyum, tapi hati ni, memang berdebar plus cuak..Dengan sepantas kilat, diri ini dah berada di depan mesin basuh....jeng2...

Ya Allah, kerana leka dengan TV, aku melupai amanah yang telah dipertanggungjawab kepada aku.

Jangan la sahabat2 jadi macam saya....terus hilang mood pagi2 coz dah kena marah sebab salah sendiri..Abah, maafkan ina ek..

Gambar abah time gi sarawak atas urusan kerjanye...

Tapi, sy di pujuk semula dengan nasi minyak mama...persoalannya, perlu dipujuk ke coz itu memang kesalahan sy??? Takde la dipujuk pun, sebab memang mama nak masak nasi minyak untuk kami semua..terima kasih mama...

**Nasi minyak**

Ni lagi satu kes. Sejak akhir2 nie, tak taw kenapa, mama sibuk mengira bila anak2 dia nak kawin. Mangsa pertama mestilah abang, sebab dia dah bertunang. Raya tahun ni, genap la setahun dia bertunang.

Time tolong mama masak nasi minyak tu, mama cerita la perancangan dia...adui...jauh sungguh ibuku berfikir. Dia dah plan khemah pengantin kata mana, khemah tetamu kat mana, tempat nak basuh pinggan, akad nikahnya, nak letak hantaran la..semua la...adui, itulah seorang ibu.

Abang kadang2 senyap je bile mama tanya tentang 'preparation' dia untuk jadi suami orang. Kelakar juga ek. Sy ni baru 2 org adik beradik, kalau org lain, sy tak taw la... Abang kate, dia boleh je nak kawin sekarang, tapi, dia ada plan untuk hidup dia 5 tahun akan datang, dan plan 30 tahun akan datang. Abangku ini, sekali dia kata, memang dia akan buat.

Next turn, tentulah diriku...adui..diri ini pun menjadi mangsa ke?? Ayat saya apa taw, "Mama cari je la lelaki yang sanggup terima ina yang xde apa2 nie, yg penting boleh jadi imam ina, ajar ina ngaji dan ingatkan tentang Dia".....mama kate, ramai je adik, kawan2 mama yang chop anak dia orang untuk awak..adesh...terkena la plak muka sendiri.

Bagi sy, biarlah kisah siapa jodoh sy tu tutup sampai situ je dengan mama, sebab sy sebenarnya malu....hihi... Cuma doa tetap dipanjatkan agar dikurniakan insan yg melengkapi kelemahan sy dan sy melengkapi kelemahan dia..dalam menuju CINTANYA...

Ting2, masa tamat cakap kes tu..


**Abah, terima kasih sangat**

Pernah suatu ketika dulu, sy kena cubit sampai lebam sebab solat dekat akhir waktu. Sy ingat sampai hari ini. Tapi, itu lah seorang ayah. Dah terlalu banyak abah bersabah dengan ina.

Abah, maafkan ina sangat2..ina sayang abah, ina sayang mama, ina sayang ayen, ina sayang sangat keluarga kita. Ina tak nak kasih sayang antara keluarga kita pudar walau sedikitpun. Maafkan semua kenakalan ina dari dulu sampai sekarang....

Bagi ina, bukan hari ni je hari bapa, tapi setiap hari adalah hari ibu dan bapa..kan2....

Love our family before we fall in love with somebody else...

Thursday, June 18, 2009

**Perkongsian vs kekosongan**

Seperti yg di janjikan, sy nk kongsi kandungan ceramah yg telah disampaikan oleh ustaz hasrizal abdul jamil dalam ceramah yang sy excied sgt nk pergi tu.

Yang pasti, tajuk kuliyah maghrib tu sy tak dapat pastikan, cuma apa yg boleh sy katakan, kuliyah tu berkisarkan "Saya mestilah menampilkan diri dari aspek AQIDAH". Ini merupakan kuliyah bulanan yang kerap diadakan di surau itu. Mauduk yang disampaikn ini adalah berdasarkan buku "Maza ya'ni @ Kenapa saya anuti agama Islam" karya Sheikh Fathi Yakan.

Teringat kenangan di matrik, sebab buku itulah yang jadi panduan kami untuk jalankan usrah mingguan. Satu bab demi satu bab kami kupas bersama sahabat2 seperjuangan, tp, siyez, kalo time briefing tu, perasaannya, sy nk menyorok...huhu ada plak time briefing nk menyorok kn...

Bukan apa, terasa tak layak layak kot untuk berada bersama mereka sekali gus menjadi naqibah. Antara part yg amat sy segan, bile open session, memang mantap la hujah2 yg shbt2 lain keluarkan. Tugas sy time tu, absorb sebanyak mungkin dan cuba blajar..... Terasa diri ini jahil dgn ilmu Allah..

Eh, apa nie, kembali ke pangkal jalan..ting2...masa tamat untuk bercerita kisah kat matrik.

Saya amik beberapa isi je la ek....

Saya mulakan dengan terjemahan surah At-Taubah : 122
"Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap2 golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya"

Dalam kehidupan kita, we have to write something worthy to read or do something worthy to remember....ni berdasarkan peninggalan buku Maza Ya'ni oleh Sheikh Fathi Yakan tu untuk pedoman kita semua pada hari ini.

Tp, pe kaitan dgn ayat yg dia bagi kat atas tu??? Erm...mcm ni al-kisahnya... Dalam meniti kehidupan sebagai 'murabbi' suatu hari nanti kepada insan yang bergelar anak, antara tugas utama 'murabbi' ni adalah memastikan at least salah seorang anaknya mempelajari ilmu agama secara mendalam...

Andai la dikurniakan 5 orang cahaya mata, maka seelok2nya, seorang dari itu memperdalami ilmu agama sebaik mungkin dan mengajarkan nya semula. Tapi jangan la sampai memaksa yang amat, sebab jaminan 'keberkesanan' tu tidak dapat dipastikan.

Bila huraian ini diperjelaskan, sy terasa sangat, sebab, sy cuma ada 2 org adik beradik. Siapa yg perlu memikul tanggungjawab nie?? Allah dah banyak bagi peluang kat sy untuk mempelajari semua ni, cuma sy nie je, yg tak pandai memanfaatkan peluang yg ada...terasa diri ini terlalu tidak memainkan peranan dlm keluarga...ampunkan aku ya Allah.

Dalam surah At-Taubah ayat 122 ni, Allah ada gunakan perkataan 'nafara' yang membawa maksud turun..yang mana lebih sinonim dengan pergi berperang. So, di situ, terlihat penegasan untuk menerangkan kepentingan salah seorang dari kita untuk menuntut ilmu syariat daripada semuanya 'turun' ke medan perang.

Sedar atau tidak, bak ayat sy tadi, ini sebahagian kepada golongan seperti kita untuk mengambil pengajaran. Di mana, andai ditakdirkan, kita mempunyai sebuah keluarga di masa akan datang, perlu di ambil perhatian perkara ini untuk anak-anak kita nanti. Seperti post sebelum ni juga, antara perkara yg sy takut, kita boleh merancang atau cakap itu dan ini berkaitan perancangan kita akan datang, namun tiada siapa yang tahu akan datang melainkan Dia...sama2 la kita peringatkan.

Berbalik kepada 'saya mestilah berusaha untuk AQIDAH muslim', actually we are what we believe. When what we are believe is not parallel with what we had done, it is out of the road.But, it can be parallel by doing a 'u-turn' to the real path...

Antara contoh yg menunjukkan manusia ni boleh berubah adalah......

1-perlahankan kereta, coz lebuh raya had max 110km/j....
2-check tali pinggang keledar...sama ada dia pakai ke tak...kalau tak pakai, tang2 tu la dia akan pakai kan..>

So, terbukti, manusia sebenarnya boleh berubah bila ada 'isyarat' yang timbul dan 'ternampak' oleh manusia tu. Sebab, hati manusia ni dipegang oleh Dia, Dia yang membolak balikkan hati ini. Cuma, cabaran terbesar dalam nak berubah ni, adalah nk istiqamah tu la part paling mencabar. Erm, jap2,....ada sesapa x faham ke penjelasan sy nie???Sowi la, x taw nk hurai macam mana lagi, dah.. :-)

Antara peringatan Allah lagi tentang istiqamah atau teguh pendirian adalah
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. [Hud : 112]"

Lepas tu, sy terpanggil dengan point 'kemiskinan'. Kaya macam mana pun kita, sebenarnya kita ni miskin kan... Pernah tak kita terfikir kenapa Allah jadikan kita miskin?? Tak kisahlah miskin dari apa pun. Kalau tanya sy, mungkin saya akan jawab saya miskin isi dalam hati ini...miskin dalam pencarian ilmu Allah, miskin dalam mengenal CINTA, miskin jiwa la paling utama. MISKIN JIWA??? Benar kata Allah dalam surat cintaNYA

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, JIWA dan buah-buahan. Dan beritakanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan 'Inna lillahi wa'inna ilaihi raji'un'" [Al-Baqarah : 155-156]

Kenapa Allah ciptakan kita dengan kemiskinan???Jom sama2 kita flash back dan muhasabah diri. Pertamanya, Allah nak kita cari Allah bila kita miskin, bila kita di timpa musibah, sebab Allah rindukan suara kita memohon kepada NYA. Dalam konteks nie, kite kita kena bersangka baik, sebab Dalam Al-Baqarah ayat 186, Allah berfirman, maksudnya,

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran"

Betapa Allah Maha Pemurah. Keduanya, untuk mengelakkan kita jangan sampai payah untuk membicarakan soal syurga neraka. MasyaAllah, tersirap darah saya point nie. Terasa diri ini semakin hina dan kerdil...memang benar, setiap yang berlaku semua ada hikmah, Allah menyimpan semua hikmah ni untuk kita berfikir, tapi, yang malunya, semua tu kembali untuk diri kita sendiri sedangkan semasa ditimpa musibah, ketika itu lah hati berbisik menyalahkan keadaan...

Ke tiga, kenapa Allah jadikan kita miskin atau dengan kelemahan, sebab....sebab untuk sedarkan kita bahawa kita ni hidup sebagai hamba, hamba kepada pencipta YANG ESA..kita sebagai HAMBA!!! Ya Allah, ampunkan hambaMu ini.

Teringat sy 1 analogi tntg siapa kita...ada perbualan seorang anak dgn seorang ibu kot, sy dh lupa cite asal dia, jd sy olah ikut fahaman dn apa yg sy ingat je la ek. Si ibu ni nak bercerita tntg kedudukan kita ni la...antara bulan dan bumi, mana lagi besar?? Bumi...antara bumi dengan matahari?? Matahari....antara matahari dengan bima sakti??Bima sakti la..antara bima sakti dengan seluruh galaksi yg ada? Tentulah seluruh galaksi tu lagi besarkan...Jadi, siapa pencipta semua ni?? Allah kan...lihatlah betapa BESARnya Allah...dan, ketika itu, bayangkan koordinat kita di atas muka bumi jika dipandang dari galaksi paling luar yang wujud...mcm apa ye?? Renung2kanlah...

Kemudian, next point adalah berkenaan cara Allah memperkenalkan diriNya. Ada dua cara Allah memperkenalkan diriNya..
1-Allah Rabb
2-Allah Ilah

**Allah Rabb**

Perkataan Rabb itu sendiri membawa maksud Yang Memiliki, Yang Mengatur, Yang Menyusun. Bila dalam hati kita ini berkata bahawa Allah itu Rabb, itu maknanya kita kena sentiasa bersedia, sebab apa?? sebab DIA YANG MEMILIKI, YANG MENGATUR, YANG MENYUSUN. Semua ini pinjaman.

Ustaz Hasrizal ada membawa contoh yang mana merupakan kisah benar. Ada sepasang suami isteri ni dah berkahwin 5 tahun tapi masih belum mempunyai anak. Nak jadi ke cerita, pada tahun ke-6, mereka dikurniakan anak. Namun, DIA YANG MENGATUR, anak itu ditakdirkan mengalami masalah jantung kronik juga la, dan ditakdirkan meninggal dunia kepada YANG MEMILIKI.

Jadi, bila kita mengaku bahawa Allah itu Rabb, kita kena sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku sebab DIA YANG MEMILIKI. Dalam surah Al-Fatihah ayat pertama, "Rabbil A'lamin"...Allah memperkenalkan diriNya sebagai Rabb..cuba sahabat2 perkaitkan dengan huraian yang dah saya share kat atas tadi..

**Allah Ilah**

Kalimah yang paling sinonim dengan cara Allah memperkenalkan diriNya ini adalah kalimah "La ilaha illallah"... Maksud yang lebih terperinci tentang 'ILAH' ialah meletakkan Allah sebagai keutamaan yang terpenting mengatasi segala yang penting. Ini membuktikan tidak ada apa yang penting dalam hidup melainkan mementingkan Allah kerana kita adalah HAMBA ALLAH.

Bila kalimah agung ini dilafazkan, ia melibatkan CINTA kerana kalimah itu melibatkan perasaan. Cinta sebenar kepada Allah adalah cinta kepada ciptaan Allah. Justeru, lafaz la kalimah ini dengan penuh kesedaran CINTA kepadaNya (peringatan untuk diri ini terutamanya).

"Dan di antara menusia ada orang-orang yang menyembah sekutu-sekutu selain Allah; mereka menyintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu* mengetahui ketika mereka melihat seksa(pada hari kiamat), bahawa ketakutan itu kepunyaan Allah semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaanNya (nescaya mereka menyesal)"[Al-Baqarah: 165]
*yang dimaksud dengan orang zalim di sini ialah orang-orang yang menyembah selain Allah

Antara bait2 kata yang sempat sy tangkap ialah, semoga kita tergolong dalam golongan orang yang menjadikan kasih kita kepada Allah untuk mencintai manusia dan cinta kepada manusia itu untuk kita meningkatkan cinta kita kepada Allah...

Saya akhiri kalam kali ini dengan kata2 'cinta' itu tadi untuk direnungkan bersama. Moga redha Allah bersama kita selamanya. Dan saya mohon, mn2 sahabat yang ingin berkongsi pendapat mahupun memperbetulkan statement sy yang salah, terus la menegur sy untuk kite sama2 belajar titisan ilmu Allah ini..wassalam..

Tuesday, June 16, 2009

**Seronoknye hari ini...**

Salam alaik...mcm mn la agaknya khabar shbt2 kan..lame sungguh kite tidak bersua.. Macam mn cuti?? Bosan ke seronok??

Sekadar nk berkongsi sesuatu..kisah perjalanan hidup sy ari ni yang sangat menarik..jeng2...

**Kuliah terakhir untuk short sem kali nie**

Ari ni merupakan kuliah terakhir untuk short sem kali nie. Terasa sedih juga nak habiskan short sem ni coz lecturer yg ajar kami ni mmg mantap la...short sem kami selama 6 minggu ni terbahagi kpd 2 lecturer, Prof. Madya Dr. Zahrah dan Dr. Fazilah..

Memang mantap sangat dia org...siyez, x pernah rase semangat nak datang kuliah mcm short sem kali nie. Course yg sy amik Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal. Sy promote la kat shbt2 ukm untk amik course nie..Cuma bergantung pada diri sendiri la mcm mn nk top up subjek ni, sebab, kelemahan ketara sy ialah nk mengingati teori2 yg ada, sebab sy lemah la nk menghafal ayat2....siyez...

Kami blajar bab last ari nie, bab 10... pas tu kami ada kuiz tergempar..bukan kuiz jawab atas kertas, tp kumpulan tanding...group sy, Ibnu Sina bese2 je..huhu..kami kalah. Tapi sy seronok sebab mmg benda ni revision yg sgt membantu...cuma semalam x sempat nk study hbs, jadi mcm blur2 skit time kuiz tu. Yang pasti sy amat menghargai semua shbt2 dlm group tu, kalian mmg mantap la.

Antara perkara yang sy dpt blajar dari sepanjang kuliah tu, adalah berkenaan kita berhadapan dgn org terutamanya. Sebab nk memikat org bukan senang. Bukan memikat apa, tp guna cara halus. Cara berinteraksi @ komunikasi, cara berpakaian, cara berjalan, cara berdiri...ni bukan yg dlaam silibusnye, tp dari pemerhatian sy pada kedua2 lecture...sy amat admire mereka..

Tengah2 kuliah tu, tp dah nk dekat akhir2 kuliah la, sy mendapat mesej dari seorang shbt sy.
" Jom gi kuliah maghrib Ustaz Saiful Islam di Surau Al-Munir, Persiaran Lestari Perdana, Sri Kembangan. Bersebelahan apartmen Sri Indah"
Sy pun reply, "Salam tkah, crmh 2 wat ble?? Sri Kembangan kat area mn ek?"
Tikah reply semula, "Crmh tu mlm ni.lps maghrib.Sri kmbangan kt sblh serdang :-)"

Dalam hati sy time tu, rasa nak melompat sebab dekat la tu kalo dekat serdang...dh la SaifulIslam, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, sy dh lame mengagumi dengan sifat dia dan bahan penulisan dia. Adakah ini peluang terbaik??

Tibe2, kuliah dh habis....Dr. Fazilah pesan suh kami baca elok2 modul, fahamkn, banyak bermain dengan senario untuk exam nanti..

**Nekad seorang hamba**

Balik je kuliah, kepala sy ligat memikirkan mcm mn sy nk pergi ke sana..dgn siapa??pukul berapa??excited sgt nie. Mangsa pertama, rakan sekuliah sy la..tapi dia ada janji lain, jadi kena utamakan janji tu dulu. ok, xpe....mungkin sy xde rezeki dengan dia.

Berjalan la kaki pulang ke kamsis Ungku Omar, muka ni tersenyum tak terhenti, sebab rase ssuatu menanti sy. Sebaik pulang, kerja pertama sy, forwardkn mesej yg sy dpt tadi pada shbt2 yg sy kenal yg tinggal sekitar selangor nie.. Kemudia, cari mangsa ke-2, mia. Dia kata ok untuk temankan sy, lagi pun kami nak gi lunch terus. Alhamdulillah, sy ada teman untuk pergi ke sana. Maaf mia...

**Perjalanan mencari Surau Al-Munir**

Lebih kurang jam 12.30 t/hari, sy dan mia keluar dari ukm menuju ke Sri Kembangan untuk meneruskan misi saya untuk mencari lokasi terletaknya Surau Al-Munir. Perjalanan kami lancar pada permulaannya. Macam2 cerita yg kami kongsikan. Al-maklumlah, mia ni kawan lama sy kat SBPIK dlu, kami sekelas dan sebilik malah bau2 bacang la plak.

Lepas satu tol ke satu tol yg lain, kami melepasi beberapa kawasan dalam mencari 'pencarian' kami. Dalam pada masa yg sama, kepala sy sibuk menghafal jalan, ye la nanti senang nak datang malam nie kan..takde la tercari-cari sangat. Tu yg nk wat survey awal.

Bila dah nama nye tak tahu jalan, mestilah perkataan 'sesat' tu hadir dalam perjalanan kami yang mencari 'pencarian'...bolah tahan juga la brapa kali kami pusing. Habis perumahan dh kot kami masuk.. Kat stesen minyak, kami berhenti bertanya jalan, tapi direction yang dia bagi mengelirukan sy, dan sangat la tidak jelas. Bile tanya semula, dia gelak je..Adui..mungkin dia tak tahu sangat kot kawasan tu..Antara yang mengejutkan saya, mamat yg jaga minyak tu bagi salam kat sy. Sy pun dengan selamba tanya, "apa??" Rupanya dia bagi salam, malu juga la. Sebab saya tak pernah jumpa pekerja Bangladesh yang memberi salam pada customer dia...

Tu kes stesen minyak, mia dengan pening jalan yang kami masuk ke stesen minyak tu, saya plak dengan terkejut nye...takpe, baru best gi merantau, explore sendiri jalan. Viva hitam itu treus meluncur menerjah jalan ke Sri Kembangan. Kami melaui jalan yang boleh tahan juga la sibuknye, part paling sedih, manners orang Malaysia ketika memandu.. Perumahan apa ntah kami redah masuk, sampai ke perumahan yang orang belum duduk ag pun kami masuk.

Mak cik yang jual nasi tepi jalan tu pun kami tanya....abang ngan kakak yang nak gi beli barang pun kami hemtam untuk bertanya, tp jawapan yg sedih kami dapat. Cuma ada la sipi skit direction yg akak kat kedai mak cik nasi tu bagi betul skit....

Kami explore Equine Park..coz maklumat yg ada kata ia berhampiran Equine Park.. Sy dengan semangatnye masuk simpang...sampai round about, kami lost..dh xde sign board..mcm mn nie?? Pusing punye pusing, last2 kami pergi ke pejabat perumahan Equine tu...kami tanya pada pak guard kat situ..pak guard tu baik sangat, dia senyum je sepanjang kami tanya tu, dah tu arahan dia jelas sangat.

**Kami semakin menghampiri**

Alhamdulillah, dari jalan yang pak cik tu cerita, kami dah dekat, mungkin dalam 5 minit ag je kami akan sampai. Tugas kami sekarang kena cari simpang T yang pak ci ktu cakap...sy memang semakin tak sabar sebab berapa lama kami berpusing mencari tempat ni dan sekarang...kami semakin menghampiri.

Kami jumpa simpang T dan kami nampak ssebuah surau di seberang jalan. Adakah itu surau yang kami cari ?? Setelah membuat u turn, alhamdulillah, kami betul2 berada di hadapan Surau Al-Munir, memang bersebelahan Apartmen Sri Indah...

Syukur sangat...mimpi sy menjadi kenyataan..mimpi ke??hehe....dalam mesej je kot, mn ad mimpi kn. OK la, kami berhenti kat situ, solat zohor dulu. Cari tempat solat muslimat pun satu hal, kelakar jg la... Seusai solat zohor tu, sy mengadu pada mia yg sy dah sakit kepala..Sebab perjalanan kami adalah t/hari yang boleh tahan gak terik. Mia cuak dah, ye la kalau tak sape yg nk drive balik kan..

Dalam sujud akhir tu, sy dah redha, andai la sy tak ditakdirkn untuk datang ke masjid itu malam ini, biarlah sujud itu sebagai pelepas rindu saya. Sebab bile sujud, kepala sy akan sakit memuncak. Walau bagaimanapun, sy tetap meneruskan perjalaan pulang ke ukm sesegera mungkin.

**Perjalanan pulang**

Dalam proses nak masuk simpang T tu, kami telah berpusing 3 kali kalau tak silap sebab sy asyik terlajak simpang, kalau lagi 4 kali pusing, hajah la sy ngan mia..hihi....mia macam biasa la, cuak. Sebab dia ingat jalan tu one way...kelakar jg mia nie, penat gak berlawan dgn dia, sebab dia mudah cuak, tp tu la yg seronok, ceria skit perjalanan sy.

Perjalanan pulang juga perkataan 'sesat' wujud sekali lagi. Sy ssalah masuk simpang, dan kami ntah pergi ke mana, satu jalan lebuh raya yang hanya pokok di kiri kanan, yg sgt la panjang tanpa apa2 pemandangan lain. Sungguh menakutkan time tu, sebab, kami takut terlepas ke N9 ke kan...luar KL ke..mcm2 yg bermain d fikiran.

Tapi, setelah berjalan sejauh mana ntah, akhirnya kami tiba di ukm pada jam 4.30 petang. Bayangkan kami keluar jam 12.30 t/hari, dan smpi kul 4.30 ptg...betapa lamanya kami berpusing, sesat punye pasal.

**Jejakku di UKM**

Saya berehat sebentar di 'bilik' kina, kawan mia. Saya terlelap sebab terlalu penat plus sakit kepala..target sy dalam kepala, kul 6 petang ni, dah bertolak semula untuk pergi ke surau tu. Tapi sy tersedar gak lewat. Lintang pukang sy, memang badan penat plus sakit lagi kepala, tapi sy tak kira.... Nak pergi juga...

Sy balik bilik sy untuk bersiap, dan memang nekad, kalau mia x jadi ikut pun, sy tetap akan pergi walaupun seorang diri. Tapi akhirnya mia ikut, sebab kena 'paksa' dengan sy..maaf sgt mia..takut juga la kn, nk balik malam2 sorang2 diri dari sana nanti.

**Perjalalan kami bermula**

Akhirnya, lebih kurang jam 6.40 kami secara rasminya kelua dari ukm ni menuju ke sri kembangan. Masa tu yang ada dalam kepala sy adalah traffic jam...mmg takut sgt x sempat, ye la orgbaru balik kerja kot time2 mcm tu kn.

Alhamdulillah, perjalanan kami sangat lancar dan traffic jam yg amat sy risaukan itu takde pun sepanjang sy lalu itu. Jalan yang kami nak tujui tu plak insyaAllah masih segar dalam ingatan, jadi xde masalah sangat la nak bergerak ke destinasi kami.

**Setibanya kami**

Lebih kurang jam 7.20 kami menjejakkan kaki kaki ke Surau Al-Munir itu. Syukur sgt sebab Allah membenarkan sy datang ke surau ini buat ke sekian kali untuk hari ini. Cuma....sy takut kehadiran sy ni xde berkat Nya sebab niat yang salah..ampun aku ya Allah, sebelum kaki melangkah masuk, hati sy semakin terasa nak menangis sebenarnya...tapi, sy tak meluahkan perasaan itu.

Alangkah terkejutnya kami, semasa kami tiba tu, tiada seorang pun muslimat yang wujud di dalam tempat solat muslimat, malah tempat solat muslimat masa tu masih lagi gelap, tiada insan yang membuka lampu pun..yang ada hanya lah carpet yang terbentang. Sedihnye sy...ini realiti masyarakat sekarang yang sememangnya realiti. Sungguh, sy tertampar diri sendiri.

Semasa hendak solat, ada la 3 kanak2 perempuan yang memasuki ruang solat perempuan itu, rasa nya mereka ni tunggu nak mengaji, tapi takpe la,at least ada penyeri skit dalam ruang ini. Azan maghrib berkumandang, masih lagi sy dgn mia je dlm kawasan solat perempuan tu..ermm.....

**Kenangan lalu menggamit memori**

Sebaik sahaja solat berjemaah bermula, khusyuk sy memang dah terganggu. Sebab, sy amat merindui solat jemaah di surau bersama shbt2 lain. Semasa di SBPIK dulu, solat 5 waktu kami wajib berjemaah di surau, malah adalah menjadi kesalahan kalau solat bilik. Betapa pentingnya solat berjemaah time tu. Seawal 5.30 pagi, atau ada yang akan bangun lebih awal, kami akan bangun bersiap untuk ke surau solat subuh berjemaah, sebab 5.50 pagi, asrama dah kena kosongkan....kalau tak!!!!!

Kalau tak, GPK HEM kami yang amat dedikasi akan menanti dengan penuh setia di depan pintu pagar. Dengar bunyi motor dia hon je lalu depan asrama kami pun dah cukup untuk membuatkan kami lintang pukang plus kelam kabut untuk ke surau. Dengar bunyi dia merotan papan depan pintu pun sangat menggerunkan, apatah lagi kalau dia dah bersuara...waa...memang cuak habis la time tu. Maknanya, time tu adalah dah lambat....

Time subuh la surau kami paling senyap, sebab student akan tido, kalau tak, surau tu bising sangat. Balik kelas t/hari, solat zohor berjemaah, balik kelas petang plak, solat asar berjemaah, lepas dinner, solat isyak berjemaah, lepas habis prep malam, solat isyak berjemaah, itu la serba sedikit routine kami di sana. Tersa sungguh sy amat merindui semua ini.

Selesai sahaja seolat maghrib, sy melihat keliling, alhamdulillah, ramai siswi2 yang datang, kepala sy mmang dh syak yg mereka ni student UPM..jadi bilangan muslimat ketika itu mencecah kire2 20 orang. Lepas solat sunat ba'diyah, sesi kuliyah maghrib pun bermula. Sy akan kongsikn isi ceramah tu dlm post selepas ni...sebab bnyk benda jg nk kongsikn...

Masa terus berjalan, dan sy tidak menyedari masa berlalu begitu pantas, lebih kurang 9.30 malam kami bertolak pulang setelah bersalaman dengan shbt2 baru yg ku kenal di situ. Kami menuju jalan pulang ke ukm dengan jalan baru yang kak Emi terangkan kepada sy. Sebaik tiba di kajang, kami mencari makan malam, argh...susah sungguh nk membeli time macm ni sebab biasanya kaum adam yang akan 'menguasai' kedai makan.....

Akhirnya, lebih kurang jam 11 mlm, sy tiba di bilik, badan terasa penat, tapi sungguh, sy seronok sangat hari ini, sebab sy dapat melakukan sesuatu yang dah lama saya hilang.

**Pedoman buatku**

Port kali ni macam takde hikmah je dari segi sy cite, tp ada beberapa pengajaran yang sy dapat
.
1-hati kita ni jangan la dibiarkan lame tk diisi dengan sesuatu, sebab nanti sifat 'memberontak' akan menebal...seperti diri ini yg lame kehausan 'makanan' jiwa...

2-sahabat yg baik ialah sahabat yang akan membawa kita kenal kepada Allah, membawa kita mendekati Allah...dan sy amat merindui shbt2 seperti ini sebab sy sekarang terlalu jauh rasenye

3-erm..malu bertempat. Andai dalam 'explore' kita tu terwujud istilah sesat, jangan la malu bertanya, dan jangan serik bertanya. Selagi niat baik, insyaAllah Allah akan mempermudahkan juga perjalanan kami

4-yang penting, strive 4 our goal with strong determination..(pesan buat diri yang selalu kecundang di saat ujian menimpa)

Semoga kalian dapat berkongsi kembali kenangan ber'juang' di jalan raya nie ke kan...Yang penting, KERJASAMA(dalam nada wonder pets)...Salam perjuangan dari sakinah...




Sunday, June 14, 2009

**Kongsi suka dukaku bersamaMU**

Salam alaik sahabat2....sihat semuanya?? Macam mn dengan baki cuti yang tinggal?? Di saat kalian di penghujung cuti, sy pula baru nak memulakan cuti selama seminggu je...But quality>quantity right.. Minggu ni minggu terakhir saya berkuliah utk short sem ni dan 25 jun ni exam nye. Terasa juga masa berlalu begitu pantas, tapi, sy rasa puas hati dapat amik short sem kali nie.

Macam mn ye sy nk mulakan cerita. Entry kali ni sy yakin, konpem panjang...ada beberapa perkara yang ingin saya kongsikan...

Tadi, semasa sy 'membelek' blog2 shbt dan insan2 yg saya kagum, ada part yg membuatkn sy terasa ingin berkongsi pengalaman sy tntg zaman kanak2 dlu.

**Kelahiranku**

Semasa sy dilahirkan, mama mengalami kompilasi, bleeding teruk, mama tak sedarkan diri untuk beberapa hari. Mama cite, nyawa dia memang tak taw nk kata dh, tapi alhamdulillah, sehingga hari ini sy masih dapat merasai kasih sayang seorang insan bergelar ibu. Mama di tahan di wad agak lama, x ingt la plak berapa botol air dan darah dimasukkan....Ya Allah, betapa tingginya harga sebuah nyawa yang dipertaruhkan oleh seorang ibu demi melahirkan anaknya ke dunia ini..dan 'anaknya' kini??

Seperti entry sebelum ni, sy dh ceritakan kisah bgmn nama sy di pilih...jadi sy xnk cite la dah..



**Zaman kanak-kanak**

Kebanyakkan masa kanak2 sy di habiskan bersama arwah nenek(mokwe) dan datuk(bohwe) di sebelah mak sy, Mereka yang menjaga saya ketika mama dan abah bekerja. Mokwe dan bohwe jaga kami sebaik mungkin. Antara perkara yang paling sy ingt sampai saat ni, mokwe dan bohwe jaga sangat kepala semua cucu-cucu yang dia jaga. Seboleh-bolehnye, dia takkan bagi terhantuk sekali pun. Kata mereka, itu petua untuk cerdik. Itu juga antara pesan mama utk sy andai sy mempunyai anak nanti.

Semasa kecik, sy suka yang amat makan petai. Kalau ada petai yang tergantung kat dapur, memang siap la. Habis juga la beberapa papan petai saya akan makan mentah2. Tak taw la apa yang saya rasa masa tu. Mungkin terpengaruh ngan arwah nenek dan atuk kot coz berada dlm suasana yg betul2 kampung,makan ulam2..tapi sekarang, bau petai pun x larat...apatah lagi nak makan (ini kisah benar, sy tak makan petai dh sekarang). Abang sy plak amat suka pisang, memang jangan kacau la pisang yang ada kat rumah tu.



**Dalam jagaan ibu dan ayahku**

Bila mama dan abah mampu menyewa sebuah rumah, kami adik beradik di besarkan sepenuhnya di rumah sewa kami di kampung parit tengah, pekan pahang. 2o minit dari rumah yang saya duduk sekarang. Rumah ni banyak sangat kenangan. Belakang rumah banyak biawak. Kami panggil biawak apa taw, iyayak...huhu...bese la tu...tapi kecik, mana la nak kenal erti takut, jadi bahan mainan adalah.

Mama seorang jururawat, jadi rumah kedua kami ialah hospital. Kalau mama shift malam, memang sy dgn abg akn tido kat hospital. Sebab ayah akan selalu masuk hutan. Dulu kalau masuk hutan bukanye sekejap, paling tidak 2 minggu. Sebab tu, kalo pergi hospital pekan tu, sape la yang tak kenal saya dengan abang....semua orang kenal tapi bagi pekerja2 veteren la kan..

Antara peristiwa yang terakam dlm kepala sy, bgmn mesin yg print out denyutan jantung tu, bergerak laju yg amat...ala yg keluar macam seismograf tu... Time tu mama kerja bhgn ICU. Memang mencabar la...Tapi seronok duk keje jat icu ni, kami boleh tengok bilik sultan...hehe..nyibuk je kan... Eh, lari dh nie..kembali ke pangkal jalan, ting2... Ada sekali tu, tengah tido, tibe2 dengar macam org berlari2 dan mesin tu plak makin laju je print out 'seismograf' tu...Sy kejutkan abg, sebab mama xde kat situ..Yang sy ingt, sy cam sangat suara mama, "Pak cik, ingat Allah, mengucap bnyk2....pak cik...." pas tu suara pak cik lias, pekerja hospital gak, dia mengucap... Pas tu, semua orang senyap...sy pun tido je la...tak faham sgt.

Bile dah 'waras' nie, sy teringat semua nie....baru saya faham. Sebab tu sy suka ikut mama gi kerja bile dah besar nie, bukan apa, untuk belajar menghargai susah payah ibu bapa mencari nafkah...sedih sgt rasenye. Lampu picit yang kami dapat percuma dari shell kat pekan tu la yang kami gunakan untuk mengayuh basikal ke hospital pekan. Saya yang duduk sebagai pembonceng mama, memeluk bantal busuk sy sambil menggalas beg. Abang plak mengayuh basikal dia dengan membawa toto. Basikal tu la nyawa kami masa tu.


**Pergi tadika**

Kalau mama kerja pagi, kami adik berasik di hantar ke jiran sebelah. Saya seronok sgt tinggal dgn jiran tu dan sampai sekarang kami berhubung dan mempunyai hubungan yang sangat baik. Saya rase cepat matang tinggal dengan mereka sebab anak jiran sy semua nya dah besar, paling muda time tu F5..sy amat rapat dengan anak ke-3 mereka. Dia yg bnyk dedahkn sy dgn buku dan perpustakaan.

Nak ceritanya, sy bertadika di Madsarsah Al-Husna (PASTI)...dekat gak ngan umah. Kalo mama x kerja pagi, dia hantar la ke pasti dengan basikal. yg sy xleh lupa sgt, suasana kampung time tu. Kalo nk gi pasti, mesti lalu kebun getah, masyaAllah, redup sgt, nyaman sgt, sekarang semua ni dh xde. duit belanja 20sen, tp selalu je x amik sebab makanan di sediakan setiap masa. Ada sekali tu, duit belanja sy 5 sen je..bayangkan 5 sen...zaman kite dulu. Sekarang??5 sen bleh dapat apa je. Time dpt 5 sen tu la sy di uji nk makan aiskrim...masuk la kedai kat situ, cari la benda yg boleh di beli dengan 5 sen..cari punya cri x jmpa. Pak cik tu sedar kot sy dh tawaf kedai dia brape kali, last2 dia tnya sy nk beli apa..."pak cik, apa yg sy boleh beli dgn 5 sen?" " Anak nk apa?" "Sy nk ais krim pak cik, tapi.." "Ni amik ni..." pak cik tu bagi ais krim yang di potong dua..coz sebatang ais krim tu harganya 10 sen...yea..dapat makan ais krim..seronok sgt....

kisah ni exclusive taw...coz sy x pernah cite ag kat kawan2 sy...kisah 5 sen nie...huhu...
kenangan2.. satu lgi kisah yg sy xleh lupa time nk balik dari tadika. Kadang2 sy naik van, kalau mak ayah ada rezeki lebih skit time tu. Time 1st time balik naik van....sy yg excited nk turun ni coz 1st time kot naik van, berdiri la dn berjalan menghampiri pintu van tu sedangkan van tu belum berhenti betul2 lagi. Dah la pemandu van tu brek mcm mengejut, time dia brek tu sy tersungkur ke pintu..muka sy memang dh melekat kat pintu tu dah...sape suruh bangun time van tu blum berhenti lagi kan....memang kuat gak bunyi sy terjatuh, shbt2 yg lain pandang je. Mcam xde perasaan. Abg van tu buka la pintu...time dia buka pintu tu, dengan takdir tuhan, sy yang baru nak membetulkan posisi bergolek jatuh ke tanah sebaik pintu tu terbuka. Ya Allah, tuhan je tahu perasaan sakit time tu. Tapi yg kelakarnya, takde plak perasaan malu time tu. Cuma bile ingat sekarang nie, malunya la time tu.....jgn la terserempak dgn mn2 insan yg ingt peristiwa tu..

Semua ni kenangan....kadang2 xbest hidup ni kalo x melalui semua ni...



**Di tiup angin**

Ada sekali tu, mama membawa sy dn abg ke bandar. Tibe2 ari hujan. Lebat selebat2nya....Sy pun pegang payung untuk mama, abg memang dah basah la. Masih terakam dengan sepenuhnya peristiwa ni dlm minda sy. Sesekali, sy akn mengingati peristiwa ini utk sy ambil pengajaran betapa susahnya mama membesarkan kami. Hujan semakin lebat. Jalan raya menjadi lengang. Kami betul2 di tengah bandar pekan. Di kanan kami longkang besar, di kiri kami jalan raya terbentang luas...Tapi, mulut sy ni x berkata apa. Mama kata, pegang basikal kuat2 sebab mama nak kayuh laju..Abg hanya mengikuti basikal mama.

Tibe2, mama berhenti dair kayuhannya. Dia rase basikalnya ringan semacam..Hati seorang ibu. Intuitifnya amat kuat. Tatkala melihat ke belakang, sy tiada di tempat duduk belakang. Teka sy di mana?? Sy di belakang tayar basikal mama. Hanya terbaring di atas jalan, tapi tangan sy tetap setia memegang payung. Sy telah ditiup angin bersama payung tu. Dengar macam kelakar kan coz sampai terbang ditiup angin, tapi cuba la selami perasaan seorang ibu ketika itu...

Melihat anaknya terbaring di atas jalan, sambil memegang payung, tanpa berkata apa2. Sy tidak menjerit jatuj ke apa, jauh sekali nak menangis. Abang sy plak tergamam. Yang sy ingat, mama terus je mengangkat sy, dan kami berteduh di kedai yang berhampiran. Kedai tu masih wujud samapai sekarang. Mama, sy mahupun abg, kesejukan...kami dh lenjun masa tu. Tapi, tidak terlihat pun wajah kegusaran di muka mama. Ya Allah, sungguh diri ini masih kecil masa itu untuk mengerti semua ini, tapi tak tahu kenapa setiap sudut yang berlaku tu terakam kemas di minda saya.



**Cabut plaster di badan abah**

Bile abah
balik dari hutan, kerja utama saya ialah cabut plaster kat seluruh badan abah. Plaster ini sebab abah kena gigit pacat atau lintah. Biasanya bukan 5, 6..tapi lebih dari 10. Bukan abah takleh nak cabut sendiri, tapi tu la kasih sayang namanya. Masa kecik, taw time cabut tu, wat jahat kat abah....taw wat pe?? time cabut tu kan sakit sebab dia tarik bulu roma sekali, jadi tarik main2...dh cabut tampal semula..nakal kan.. Xleh lupa reaksi muka abah. Apa la perasaannya dapat anak perempuan macam sy nie...

2 tahun lepas, abah tepon mama, mama plak tepon sy. Kami kena segera ke muadzam sebab abah masuk hospital. Pok su yang bawa kereta sebab mama dah xleh nk drive..berdebar, cemas semua ada la. Sampai2, abah dh keluar hospital, abah ada di kuartes dia. Mata abah tertampal kain 'gouse'..dah macam pe dh tengok muka abah. Rupanya, mata abah tertusuk kayu. Ya Allah, knpa sampai mcm tu. Sy dengan penuh machonye, "Abah, ina gi tandas jap ek"...kat toilet sy nangis sepuas2nya..abah tertusuk kayu tu time tengah tunduk. Dia yang patut masuk hutan untuk beberapa hari lagi, terpaksa balik awal. Mama memang dah menangis kat situ juga. Abah2..



**Abah kena berulang alik**

Semasa kami tinggal di kampung parit tengah tu, setiap hari abah akan berulang alik ke kuantan sebab dia kerja di kuantan. Dengan motosikal honda merah nya itu lah yang membawa abah ke tempat kerjanya selama lebih kurang 8 tahun. Perjalanan yang mengambil masa lebih sejam itu, abah ulang setiap hari. Biasanya dalam kul 4.30 pagi, rumah tu dah bising. Abah akan keluar kerja dalam pukul 5.15 pagi....sementara tu, mama akan menyediakan sarapan plus menguruskan rumah tangga.....time tu la basuh baju ke kemas umah ke apa ke..

Pernah sekali tu mama cite kat kami adik beradik, ada sekali tu motor rosak tengah jalan. Abah terpaksa menolak motor seorang diri di kedinginan pagi sepanjang lebih 20KM untuk mencari bengkel...Ya Allah, anak jenis apa aku nie??? Tapi, abah tak pernah pun meluahkan perasaan dia membesarkan kami. Susah payah dia, dia tak pernah nak cite, semua ni pun mama yang cite pada kami.

Dan sekarang, sejak pindah ke Taman sepekan jaya nie, abah terpaksa berulang alik dari muadzam ke pekan setiap hari. Perjalanan yg mengambil masa 2 jam bgi satu hala. Masa awl2 dulu, kadang2 abah tido kat quartes kat sana, tapi sekarang abah berulang setiap hari sebab mama dah di nasihatkan doktor untuk tidak memandu lagi. Jadi abah la yang akan menghantar mama pergi dan balik sebab arah perjalanan mereka sama. Bayangkan minyak lagi, masa lagi, tenaga lagi...time harga minyak naik ari tu, kami sekeluarga memang teruji jg la. Bnyak benda yg berlaku dlm keluarga kami time tu.



**Kawanmu kawanku**

Saya ni kan ada abg je dlm dunia ni. Jadi ni la kawan baik sy time kecik2. Kawan dia ialah kawan sy, jadi kawan sy bukan la perempuan, ramainye lelaki. Ada juga la kawan pmpn, tp bleh kire la brape org. Bile dh kawan ngan geng2 bdk2 laki, nakal la jg. Org terjun lumpur, sy nk terjun lumpur, tapi di halang oleh abgku..huhu..dia kata, "Ko jaga basikal, jgn smpi ada org curi" ala....xleh nk main lumpur....time hujan, gi berendam dengan abg kat padang depan umah, bile mak cari, menyelam la..air kat situ dalam gak...agk2 dh lame, timbulkn diri balik. Bile balik, same2 kena marah...tp, mama bile dia marah, malam tu biasanya dia pujuk semula,dia terangkan semula kenapa dia marah siang tadi, jadi jangan wat lagi...tu la mama...ati kami akan terpujuk smula, padahal memang salah sendiri.

Kalau abg main bola, sy akn ikut. Mula2 jadi penonton je, pastu bile ada geng dia yg nk rest kn, sy akn take over....tp bese nye jadi goal keeper je... Memang x jumpa la pmpn kat padang tu, tibe sy je yg ada...hihi...malu je kn...Semua kawan abg mmg dh jadi kawan sy. Ada sekali tu, abg ajak sy ponteng gi kelas ngaji, jadi kami gi main kat semak...main perang2..sy ni penakut skit, mmg berani wat jahat, tp mudah cuak dan gabra...Ari esoknye,Tok cik yg ajar kami ngaji dtg umah ngadu kat mama yg kami x g ngaji...Sy la org pertama yg menangis sblm mama bersuara apa2, sebab takut. Mama dh dpt agk ni plan abg sy, ikutkn kwan2 dia yg lain. Tapi, mama recall balik tntg ank soleh dan solehah. Kami kena pandai ngaji, nnti leh baca utk mama bile mama dah xde nanti..tu la ayat pujukan mama. Semua ni masih terakam dalam kepalaku.



**Jadi perempuan**

Sebab tu la, kalau ada yang perasan, sy ni kelakuannya macam 'tomboy' jg la. Banyak terpengaruh dgn abg. Sebab tu la jiran sy bnyk 'bawa' lari sy, gi perpustakaan la tmpt fav kami. Mungkin itu jg la asas sy suke membaca bhn2 ilmiah. Jiran sy ni sgt la beragama orgnye. Memang mantap la orgnye.

Cuma kata mama, "adik, awk ni brutal mcm mn pun, sifat 'keibuan' awk terselah sgt sebenarnya.." ayt ni dilafazkan oleh mama baru2 nie...malunya sy time tu...jangan gelak taw baca nie. Ntah la apa yg sy buat smpi mama kate macam tu.mMungkin part sy membebel kot ...huhu

Sy bertukar jadi 'anak dara' skit start f1 kot...kami wajib pakai tudung labuh gi sekolah..pastu, msuk plak integrasi, lagi la sy di tarbiyah....di brainwash dgn pendidik2 skolah tu...dengan BADAR nye...dgn rum8 yg mostly budak sains agama...

Takdir sy membawa sy ke matrikulasi plak, lagi la sy didedahkan dengan semua ni. Sy blajar mengenal islam dengan kefahaman berlandaskan akal yg waras nie secara seriusnya di matrikulasi. Walaupun, sy tidak begitu baik berbanding shbt lain, tp sedikit demi sedikit perubahan berlaku. Belajar menjadi WARDATUL SHAUQAH...(tema blog)



**Diri ini**

Walau siapa pun sy tika ini dan selepas ini, kenangan pahit maung sy mahupun keluarga sy takkan sy lupa. Semua ini yg mendewasakan sy. 'Mereka' yang mengajar sy hidup di bumi Allah ini. Bagi sy, kenapa kita perlu ingt semua ini, sebab kite kena belajar untuk menghargai. Selalunye manusia menghargai bila benda tu dah xde di depan mata. Mesti pernah di antara kita berkata, bestnye kalo dapat ulang time dulu... Marilah belajar menghargai....Saya bukan sesiapa, bukan la bercerita utk menunjuk sy ni baik atau apa, masih banyak kelemahan dalam diri, semua ni sekdar berkongsi, dan ambil lah mana yang boleh di ambil pengajaran, sebab itu adalah tujuan utama blog ni di hidupkan...maafkan sy andai ada ayt2 yang kurang selesa atau tidak patut sy lontarkan..tergur la mn2 kesilapan sy...

wassalam....

**Kisah mengetip kuku**

Apa expectation shbt2 bile baca tajuk entry kali nie??

Erm....cuba teka.....

"Cara ketip kuku yg Islam ajar kot.."

SALAH

"Hukum simpan kuku panjang ke.."

SALAH

"Sejarah kinah dengan ketip kuku la tu...."

PUN SALAH..

Ini kisah roommate sy time kat matrik dulu...Dia yg berkongsi ilmu ni dengan saya....Namanya Che Sukma Ayu Yaakob....Sebelah katil saya tu... Ketua Surau Blok B3 tu..ayu jangan marah ek sy tulis ni dlm blog sy....

Ada la satu ari tu, ayu cite kat sy.

Saya x ingt sepenuhnya ayat dia, tapi more or less the same mcm ni la..

"Kinah, ma ayu cakap kan, kalau nak tengok orang tu jaga solat ke tak, boleh tengok dari kuku je.."

Saya memang la pelik dengan statement tu. Boleh 'tilik' ke in case kalau tinggal solat ke apa ke kan hanya tengok pada kuku...

"Macam mana tu ayu??"

"Senang je, tengok sama ada kuku org tu panjang ke tak.."

Haa.......mesti shbt2 tengah check kuku shbt la tu time tengah baca nie....jeng2...

Macam mn tu???

Rasenye shbt mesti dh dapat agak kn pe maksud disebalik tengok sama ada kuku orang tu panjang ke tak dengan perkaitan jaga solat ke tak..

TAHNIAH!!!!!

Saya tahu shbt sy mmg mantap la...

Yup, kalo kite nk amik wuduk, mesti la kena kuku pendek kn...kalo x nnti x rata plak bawah kuku tu...kalau leh make sure, konpem air rata tu sy tak taw la sejauh mana konpem tu..

Sebab kan ada kata2, kesempurnaan wuduk adalah sebahagian dari kesempurnaan solat...

Erm......check kuku semula...(utk diri sy juga)..pepun asif la kalo shbt rase x senang dgn entry nie..

Nanti, kalau jumpa sy kuku panjang, marah je taw.....sama2 la kite perbetulkan dan peringatkan sesama kita...

Friday, June 12, 2009

**Macam mana nak jatuh cinta???**

Kali sy benar2 terpukul...dengan bayang2 sendiri...Jahat sungguh diri ini, selalu je bila susah baru nak dekat dengan Dia..bila terasa dah terpesong skit, baru nak cari Dia....

Mama tepon tadi, mama tanya tengah buat apa...sy menjawab ngah online...erm..kate exam dah dekat..tapi????

Macam mana nak jatuh cinta???????

Tolooooooooooonggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tibe2 tangan ni Allah gerakkan untuk mencari artikel dlm iluvislam tntg cinta.... TIBE2.....

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1717

ini jawapannya.....tp ini jawapan adakah sudah jatuh cinta....

Sungguh, diri ini semakin jauh rupanya...................................................................................

Thursday, June 11, 2009

**Monolog seorang hamba**


Aku terdampar di sini, sendirian...
bertemankan ciptaan Allah.
ketenangan air penyejuk mata,
penghias utama lukisan alam ini.
Mentari yang mula berubah watak,
menjadi hiasan di atas awan..


Subhanallah....
cantik sungguh ciptaan Allah,
hamparan permaidani hijau,
sehijau nikmatMu ya Rabb...
sungguh menyegarkan deria.


Alunan air tersisip kemas,
begitu mendamaikan,
alangkah indahnya nafsu amarahku
dapat di tenangkan sebegitu.


Sesekali hembusan angin menerbangkan mindaku
sama seperti terbangnya dedaunan yang kering..
bunyi derupan angin,
lenggok daun melambai,
betapa patuhnya mereka pada aturan Tuhan.


Sesekali, aku terganggu..
kebisingan yang dicipta manusia.
Betapa adilnya Maha Suci Allah,
tidak sedikitpun dikurangkan nikmat udara
bagi hambaNya yang melakukan kemungkaran
di muka bumi ini.....


Inilah dia,
kita selalu lupa pada benda yang kita tak patut lupa...
terima kasih Tuhan...

(nukilah ini di taip dlm hpku dan selesai pada jam 6.28 petang, 11 Jun 2009 bertempat di hadapan tasik kejut, ukm)


Wednesday, June 10, 2009

**Hati ini terusik lagi**

Hari ini tidak ada kuliah, tak taw nak buat apa kat bilik. Tapi jap lagi nak kena balik Kris Mas jap, nak tengok bilik lame, ada projek. Apa nak buat??

Tangan ni terasa nak buka semula file2 yang saya download sebelum nie. Mata saya tertangkap kepada beberapa file yang rasenya dah lama saya tak sentuh.

Dr. Badrul Amin-Alunan zikir munajat, Hijjaz-tasbih dan zikir dan beberapa lagi selawat yang berjaya mencuri tumpuan saya...

Hati ini bile dah lame tidak mendengar kalimah2 ini terasa seperti hati ni mati sebab xde baja untuk menyuburkannya......

Sambil menikmati halwa telinga itu, saya membuka kembali semua mesej ayt2 cinta dalam hp saya...di sini ingin saya kongsikan beberapa mesej dari sahabat saya...

"Wanita solehah ibarat mawar berduri,
dari jauh kelihatan cantik dan lembut,
namun bila didekati lelaki ajnabi,
durinya menjadi perisai untuk memelihara diri.
Wahai muslimah,
jangan engkau tumpulkan duri2mu
hanya kerana ingin didekati insan bernama lelaki,
kerana rojul soleh hanya akan memilih
mawar2 yang tajam berduri"



"Ku rayu padaMu Ya Allah...
sentuhlah hati sahabatku ini saat dia jauh dariMu,
Peluklah hatinya andai
dia mencintai sesiapa lebih dariMu,
peliharalah iman kami,
teguhkan hati kami dalam mencari redhaMu,
Sesungguhnya kami takut dan gerun
jika ENGKAU berpaling dari kami,
Alangkah ruginya kami..
Alangkah dahsyatnya azabMu..
Moga diberi kekuatan dan ketabahan
kerana setiap sesuatu itu
datangnya dariMu Ya Allah,
amin"


"Sahabat-sahabat,
usah mengundur ke belakang,
tolehlah sesekali ambil pengjaran,
teruskan melangkah maju ke depan,
teman2mu memerlukan bimbingan,
lupakan segala kesamaran,
pulanglah pada hakikat,
seorang insan bergelar pejuang,
jangan menyerah pada keadaan,
terimalah ia sebagai cabaran,
nescaya akan dirasai manisnya iman..."


Dan...baru2 ini, sy mendapat mesej dari seorang hamba Allah yang mungkin sy mengenalinya, tp sedih sebab no yang tertera di hp sy itu tiada dalam simpanan. Mesejnya amat simple, betul la, Allah Maha Mengetahui, Dia takkan biarkan kita berseorangan, sebab ketika mesej yang saya dapat ni, saya sedang berperang dalam diri...menangis sendirian di kamar indah ini....tibe2 Allah menggerakkan tangan hamba Allah ni menghantar mesej ni kepada saya....sedarlah, Allah sungguh Maha Penyayang.....berikut adalah mesej hamba Allah tu...

"Kehidupan ini terlalu banyak yang hendak dicoretkan,
semakin kita melangkah,semakin kita ke hadapan,
semakin kita ke hadapan, semakin kita kenal hakikat kehidupan,
melangkahlah dengan gagah dalam perjalanan mencari Tuhan"

Pada insan lain, mungkin tiada makna ayt2 nie, tp di kala sy menerima mesej tersebut, takde apa yang dapat dikatakan....sy sungguh lemah dalam perjalanan di bumi ini. Terima kasih pada empunya yang memberi mesej ini dan semua sahabat yang tidak jemu menghantar mesej 'peringatan' kepada diri yang hina ini...

Jom berkongsi