Tuesday, June 16, 2009

**Seronoknye hari ini...**

Salam alaik...mcm mn la agaknya khabar shbt2 kan..lame sungguh kite tidak bersua.. Macam mn cuti?? Bosan ke seronok??

Sekadar nk berkongsi sesuatu..kisah perjalanan hidup sy ari ni yang sangat menarik..jeng2...

**Kuliah terakhir untuk short sem kali nie**

Ari ni merupakan kuliah terakhir untuk short sem kali nie. Terasa sedih juga nak habiskan short sem ni coz lecturer yg ajar kami ni mmg mantap la...short sem kami selama 6 minggu ni terbahagi kpd 2 lecturer, Prof. Madya Dr. Zahrah dan Dr. Fazilah..

Memang mantap sangat dia org...siyez, x pernah rase semangat nak datang kuliah mcm short sem kali nie. Course yg sy amik Kepimpinan dan Kemahiran Interpersonal. Sy promote la kat shbt2 ukm untk amik course nie..Cuma bergantung pada diri sendiri la mcm mn nk top up subjek ni, sebab, kelemahan ketara sy ialah nk mengingati teori2 yg ada, sebab sy lemah la nk menghafal ayat2....siyez...

Kami blajar bab last ari nie, bab 10... pas tu kami ada kuiz tergempar..bukan kuiz jawab atas kertas, tp kumpulan tanding...group sy, Ibnu Sina bese2 je..huhu..kami kalah. Tapi sy seronok sebab mmg benda ni revision yg sgt membantu...cuma semalam x sempat nk study hbs, jadi mcm blur2 skit time kuiz tu. Yang pasti sy amat menghargai semua shbt2 dlm group tu, kalian mmg mantap la.

Antara perkara yang sy dpt blajar dari sepanjang kuliah tu, adalah berkenaan kita berhadapan dgn org terutamanya. Sebab nk memikat org bukan senang. Bukan memikat apa, tp guna cara halus. Cara berinteraksi @ komunikasi, cara berpakaian, cara berjalan, cara berdiri...ni bukan yg dlaam silibusnye, tp dari pemerhatian sy pada kedua2 lecture...sy amat admire mereka..

Tengah2 kuliah tu, tp dah nk dekat akhir2 kuliah la, sy mendapat mesej dari seorang shbt sy.
" Jom gi kuliah maghrib Ustaz Saiful Islam di Surau Al-Munir, Persiaran Lestari Perdana, Sri Kembangan. Bersebelahan apartmen Sri Indah"
Sy pun reply, "Salam tkah, crmh 2 wat ble?? Sri Kembangan kat area mn ek?"
Tikah reply semula, "Crmh tu mlm ni.lps maghrib.Sri kmbangan kt sblh serdang :-)"

Dalam hati sy time tu, rasa nak melompat sebab dekat la tu kalo dekat serdang...dh la SaifulIslam, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, sy dh lame mengagumi dengan sifat dia dan bahan penulisan dia. Adakah ini peluang terbaik??

Tibe2, kuliah dh habis....Dr. Fazilah pesan suh kami baca elok2 modul, fahamkn, banyak bermain dengan senario untuk exam nanti..

**Nekad seorang hamba**

Balik je kuliah, kepala sy ligat memikirkan mcm mn sy nk pergi ke sana..dgn siapa??pukul berapa??excited sgt nie. Mangsa pertama, rakan sekuliah sy la..tapi dia ada janji lain, jadi kena utamakan janji tu dulu. ok, xpe....mungkin sy xde rezeki dengan dia.

Berjalan la kaki pulang ke kamsis Ungku Omar, muka ni tersenyum tak terhenti, sebab rase ssuatu menanti sy. Sebaik pulang, kerja pertama sy, forwardkn mesej yg sy dpt tadi pada shbt2 yg sy kenal yg tinggal sekitar selangor nie.. Kemudia, cari mangsa ke-2, mia. Dia kata ok untuk temankan sy, lagi pun kami nak gi lunch terus. Alhamdulillah, sy ada teman untuk pergi ke sana. Maaf mia...

**Perjalanan mencari Surau Al-Munir**

Lebih kurang jam 12.30 t/hari, sy dan mia keluar dari ukm menuju ke Sri Kembangan untuk meneruskan misi saya untuk mencari lokasi terletaknya Surau Al-Munir. Perjalanan kami lancar pada permulaannya. Macam2 cerita yg kami kongsikan. Al-maklumlah, mia ni kawan lama sy kat SBPIK dlu, kami sekelas dan sebilik malah bau2 bacang la plak.

Lepas satu tol ke satu tol yg lain, kami melepasi beberapa kawasan dalam mencari 'pencarian' kami. Dalam pada masa yg sama, kepala sy sibuk menghafal jalan, ye la nanti senang nak datang malam nie kan..takde la tercari-cari sangat. Tu yg nk wat survey awal.

Bila dah nama nye tak tahu jalan, mestilah perkataan 'sesat' tu hadir dalam perjalanan kami yang mencari 'pencarian'...bolah tahan juga la brapa kali kami pusing. Habis perumahan dh kot kami masuk.. Kat stesen minyak, kami berhenti bertanya jalan, tapi direction yang dia bagi mengelirukan sy, dan sangat la tidak jelas. Bile tanya semula, dia gelak je..Adui..mungkin dia tak tahu sangat kot kawasan tu..Antara yang mengejutkan saya, mamat yg jaga minyak tu bagi salam kat sy. Sy pun dengan selamba tanya, "apa??" Rupanya dia bagi salam, malu juga la. Sebab saya tak pernah jumpa pekerja Bangladesh yang memberi salam pada customer dia...

Tu kes stesen minyak, mia dengan pening jalan yang kami masuk ke stesen minyak tu, saya plak dengan terkejut nye...takpe, baru best gi merantau, explore sendiri jalan. Viva hitam itu treus meluncur menerjah jalan ke Sri Kembangan. Kami melaui jalan yang boleh tahan juga la sibuknye, part paling sedih, manners orang Malaysia ketika memandu.. Perumahan apa ntah kami redah masuk, sampai ke perumahan yang orang belum duduk ag pun kami masuk.

Mak cik yang jual nasi tepi jalan tu pun kami tanya....abang ngan kakak yang nak gi beli barang pun kami hemtam untuk bertanya, tp jawapan yg sedih kami dapat. Cuma ada la sipi skit direction yg akak kat kedai mak cik nasi tu bagi betul skit....

Kami explore Equine Park..coz maklumat yg ada kata ia berhampiran Equine Park.. Sy dengan semangatnye masuk simpang...sampai round about, kami lost..dh xde sign board..mcm mn nie?? Pusing punye pusing, last2 kami pergi ke pejabat perumahan Equine tu...kami tanya pada pak guard kat situ..pak guard tu baik sangat, dia senyum je sepanjang kami tanya tu, dah tu arahan dia jelas sangat.

**Kami semakin menghampiri**

Alhamdulillah, dari jalan yang pak cik tu cerita, kami dah dekat, mungkin dalam 5 minit ag je kami akan sampai. Tugas kami sekarang kena cari simpang T yang pak ci ktu cakap...sy memang semakin tak sabar sebab berapa lama kami berpusing mencari tempat ni dan sekarang...kami semakin menghampiri.

Kami jumpa simpang T dan kami nampak ssebuah surau di seberang jalan. Adakah itu surau yang kami cari ?? Setelah membuat u turn, alhamdulillah, kami betul2 berada di hadapan Surau Al-Munir, memang bersebelahan Apartmen Sri Indah...

Syukur sangat...mimpi sy menjadi kenyataan..mimpi ke??hehe....dalam mesej je kot, mn ad mimpi kn. OK la, kami berhenti kat situ, solat zohor dulu. Cari tempat solat muslimat pun satu hal, kelakar jg la... Seusai solat zohor tu, sy mengadu pada mia yg sy dah sakit kepala..Sebab perjalanan kami adalah t/hari yang boleh tahan gak terik. Mia cuak dah, ye la kalau tak sape yg nk drive balik kan..

Dalam sujud akhir tu, sy dah redha, andai la sy tak ditakdirkn untuk datang ke masjid itu malam ini, biarlah sujud itu sebagai pelepas rindu saya. Sebab bile sujud, kepala sy akan sakit memuncak. Walau bagaimanapun, sy tetap meneruskan perjalaan pulang ke ukm sesegera mungkin.

**Perjalanan pulang**

Dalam proses nak masuk simpang T tu, kami telah berpusing 3 kali kalau tak silap sebab sy asyik terlajak simpang, kalau lagi 4 kali pusing, hajah la sy ngan mia..hihi....mia macam biasa la, cuak. Sebab dia ingat jalan tu one way...kelakar jg mia nie, penat gak berlawan dgn dia, sebab dia mudah cuak, tp tu la yg seronok, ceria skit perjalanan sy.

Perjalanan pulang juga perkataan 'sesat' wujud sekali lagi. Sy ssalah masuk simpang, dan kami ntah pergi ke mana, satu jalan lebuh raya yang hanya pokok di kiri kanan, yg sgt la panjang tanpa apa2 pemandangan lain. Sungguh menakutkan time tu, sebab, kami takut terlepas ke N9 ke kan...luar KL ke..mcm2 yg bermain d fikiran.

Tapi, setelah berjalan sejauh mana ntah, akhirnya kami tiba di ukm pada jam 4.30 petang. Bayangkan kami keluar jam 12.30 t/hari, dan smpi kul 4.30 ptg...betapa lamanya kami berpusing, sesat punye pasal.

**Jejakku di UKM**

Saya berehat sebentar di 'bilik' kina, kawan mia. Saya terlelap sebab terlalu penat plus sakit kepala..target sy dalam kepala, kul 6 petang ni, dah bertolak semula untuk pergi ke surau tu. Tapi sy tersedar gak lewat. Lintang pukang sy, memang badan penat plus sakit lagi kepala, tapi sy tak kira.... Nak pergi juga...

Sy balik bilik sy untuk bersiap, dan memang nekad, kalau mia x jadi ikut pun, sy tetap akan pergi walaupun seorang diri. Tapi akhirnya mia ikut, sebab kena 'paksa' dengan sy..maaf sgt mia..takut juga la kn, nk balik malam2 sorang2 diri dari sana nanti.

**Perjalalan kami bermula**

Akhirnya, lebih kurang jam 6.40 kami secara rasminya kelua dari ukm ni menuju ke sri kembangan. Masa tu yang ada dalam kepala sy adalah traffic jam...mmg takut sgt x sempat, ye la orgbaru balik kerja kot time2 mcm tu kn.

Alhamdulillah, perjalanan kami sangat lancar dan traffic jam yg amat sy risaukan itu takde pun sepanjang sy lalu itu. Jalan yang kami nak tujui tu plak insyaAllah masih segar dalam ingatan, jadi xde masalah sangat la nak bergerak ke destinasi kami.

**Setibanya kami**

Lebih kurang jam 7.20 kami menjejakkan kaki kaki ke Surau Al-Munir itu. Syukur sgt sebab Allah membenarkan sy datang ke surau ini buat ke sekian kali untuk hari ini. Cuma....sy takut kehadiran sy ni xde berkat Nya sebab niat yang salah..ampun aku ya Allah, sebelum kaki melangkah masuk, hati sy semakin terasa nak menangis sebenarnya...tapi, sy tak meluahkan perasaan itu.

Alangkah terkejutnya kami, semasa kami tiba tu, tiada seorang pun muslimat yang wujud di dalam tempat solat muslimat, malah tempat solat muslimat masa tu masih lagi gelap, tiada insan yang membuka lampu pun..yang ada hanya lah carpet yang terbentang. Sedihnye sy...ini realiti masyarakat sekarang yang sememangnya realiti. Sungguh, sy tertampar diri sendiri.

Semasa hendak solat, ada la 3 kanak2 perempuan yang memasuki ruang solat perempuan itu, rasa nya mereka ni tunggu nak mengaji, tapi takpe la,at least ada penyeri skit dalam ruang ini. Azan maghrib berkumandang, masih lagi sy dgn mia je dlm kawasan solat perempuan tu..ermm.....

**Kenangan lalu menggamit memori**

Sebaik sahaja solat berjemaah bermula, khusyuk sy memang dah terganggu. Sebab, sy amat merindui solat jemaah di surau bersama shbt2 lain. Semasa di SBPIK dulu, solat 5 waktu kami wajib berjemaah di surau, malah adalah menjadi kesalahan kalau solat bilik. Betapa pentingnya solat berjemaah time tu. Seawal 5.30 pagi, atau ada yang akan bangun lebih awal, kami akan bangun bersiap untuk ke surau solat subuh berjemaah, sebab 5.50 pagi, asrama dah kena kosongkan....kalau tak!!!!!

Kalau tak, GPK HEM kami yang amat dedikasi akan menanti dengan penuh setia di depan pintu pagar. Dengar bunyi motor dia hon je lalu depan asrama kami pun dah cukup untuk membuatkan kami lintang pukang plus kelam kabut untuk ke surau. Dengar bunyi dia merotan papan depan pintu pun sangat menggerunkan, apatah lagi kalau dia dah bersuara...waa...memang cuak habis la time tu. Maknanya, time tu adalah dah lambat....

Time subuh la surau kami paling senyap, sebab student akan tido, kalau tak, surau tu bising sangat. Balik kelas t/hari, solat zohor berjemaah, balik kelas petang plak, solat asar berjemaah, lepas dinner, solat isyak berjemaah, lepas habis prep malam, solat isyak berjemaah, itu la serba sedikit routine kami di sana. Tersa sungguh sy amat merindui semua ini.

Selesai sahaja seolat maghrib, sy melihat keliling, alhamdulillah, ramai siswi2 yang datang, kepala sy mmang dh syak yg mereka ni student UPM..jadi bilangan muslimat ketika itu mencecah kire2 20 orang. Lepas solat sunat ba'diyah, sesi kuliyah maghrib pun bermula. Sy akan kongsikn isi ceramah tu dlm post selepas ni...sebab bnyk benda jg nk kongsikn...

Masa terus berjalan, dan sy tidak menyedari masa berlalu begitu pantas, lebih kurang 9.30 malam kami bertolak pulang setelah bersalaman dengan shbt2 baru yg ku kenal di situ. Kami menuju jalan pulang ke ukm dengan jalan baru yang kak Emi terangkan kepada sy. Sebaik tiba di kajang, kami mencari makan malam, argh...susah sungguh nk membeli time macm ni sebab biasanya kaum adam yang akan 'menguasai' kedai makan.....

Akhirnya, lebih kurang jam 11 mlm, sy tiba di bilik, badan terasa penat, tapi sungguh, sy seronok sangat hari ini, sebab sy dapat melakukan sesuatu yang dah lama saya hilang.

**Pedoman buatku**

Port kali ni macam takde hikmah je dari segi sy cite, tp ada beberapa pengajaran yang sy dapat
.
1-hati kita ni jangan la dibiarkan lame tk diisi dengan sesuatu, sebab nanti sifat 'memberontak' akan menebal...seperti diri ini yg lame kehausan 'makanan' jiwa...

2-sahabat yg baik ialah sahabat yang akan membawa kita kenal kepada Allah, membawa kita mendekati Allah...dan sy amat merindui shbt2 seperti ini sebab sy sekarang terlalu jauh rasenye

3-erm..malu bertempat. Andai dalam 'explore' kita tu terwujud istilah sesat, jangan la malu bertanya, dan jangan serik bertanya. Selagi niat baik, insyaAllah Allah akan mempermudahkan juga perjalanan kami

4-yang penting, strive 4 our goal with strong determination..(pesan buat diri yang selalu kecundang di saat ujian menimpa)

Semoga kalian dapat berkongsi kembali kenangan ber'juang' di jalan raya nie ke kan...Yang penting, KERJASAMA(dalam nada wonder pets)...Salam perjuangan dari sakinah...




3 comments:

  1. siapa tikah n mia tu?
    saye knal x?

    nak taw name penuh diorang~

    huhu

    ReplyDelete
  2. Kak de kenal salah seorang dari mereka..
    mia tu jamiiah la..budak einstein plus dahlia..
    tikah tu plak, nur atikah amin, kawan matrik dulu, merangkap pengerusi surau bhgn muslimat.

    ReplyDelete
  3. ooh..
    ingatkan tikah nuar

    hehe~

    tak sabar nak bersatu semula ngan korang kat bangi nnt
    =)

    ReplyDelete

Jom berkongsi