Sunday, June 21, 2009

**Kisah kasih**

Salam alaik sahabat..cuti semakin ke penghujung, tp sy still x bercuti...cuma curi2 balik rumah. Study week la 'konon' sekarang nie, tpi buku yg sy baca ni elektronik taw..kalo nak tukar page, just tekan button je, pastu page bertukar la...hihi..

Cuba teka, buku apakah itu?? Lagi banyak warna, ada suara lagi...Saiz dah la besar la juga, jelas tanpa dengung la kalau nk 'baca'... apa lagi, TV la...

Inilah keadaan bile tak jumpa TV berbulan lamenya...dlm short sem ni, ada la juga menjenguk TV beberapa kali kat kolej, tp bese2 je...(jangan contohi sikap ini ye..amaran dari SHAUQAH..hihi)

**Hari Bapa**

Ari ni kalau ikutkan hari bapa kan..tp, pagi2 lagi dah kena marah dengan bapaku...huhu... al kisah, memang kesilapan daku juga sebab boleh lupa sebabnye terleka dengan 'buku elektronik' tu la..padan muka.

Abah suruh tengok baju dalam mesin basuh, tolong take over sebab abah nak basuh kereta kat luar. Mama plak ari ni nk masak nasi minyak untuk anak2 dia, jadi anak yg 'baik' ini, menghiris timun, kupas bawang la, apa la buat kat area dapur dah, tapi mata mengerling ke TV, sebab area dapur ni dekat je ngan ruang tamu tempat kami bersantai tu..

Sekali, abah masuk sebab nak amik pengilat kereta kot, jeng2.....
"Adik, awak buat apa?? Abah kate suruh tengok apa??" nada abah agak tegas time tu..
Dalam hati ini, memang bersalah yg amat...
"Abah, sory, ina asyik sangat tengok TV sampai lupa ke mesin..abah, ina minta maaf,"muka ku time tu tersenyum, tapi hati ni, memang berdebar plus cuak..Dengan sepantas kilat, diri ini dah berada di depan mesin basuh....jeng2...

Ya Allah, kerana leka dengan TV, aku melupai amanah yang telah dipertanggungjawab kepada aku.

Jangan la sahabat2 jadi macam saya....terus hilang mood pagi2 coz dah kena marah sebab salah sendiri..Abah, maafkan ina ek..

Gambar abah time gi sarawak atas urusan kerjanye...

Tapi, sy di pujuk semula dengan nasi minyak mama...persoalannya, perlu dipujuk ke coz itu memang kesalahan sy??? Takde la dipujuk pun, sebab memang mama nak masak nasi minyak untuk kami semua..terima kasih mama...

**Nasi minyak**

Ni lagi satu kes. Sejak akhir2 nie, tak taw kenapa, mama sibuk mengira bila anak2 dia nak kawin. Mangsa pertama mestilah abang, sebab dia dah bertunang. Raya tahun ni, genap la setahun dia bertunang.

Time tolong mama masak nasi minyak tu, mama cerita la perancangan dia...adui...jauh sungguh ibuku berfikir. Dia dah plan khemah pengantin kata mana, khemah tetamu kat mana, tempat nak basuh pinggan, akad nikahnya, nak letak hantaran la..semua la...adui, itulah seorang ibu.

Abang kadang2 senyap je bile mama tanya tentang 'preparation' dia untuk jadi suami orang. Kelakar juga ek. Sy ni baru 2 org adik beradik, kalau org lain, sy tak taw la... Abang kate, dia boleh je nak kawin sekarang, tapi, dia ada plan untuk hidup dia 5 tahun akan datang, dan plan 30 tahun akan datang. Abangku ini, sekali dia kata, memang dia akan buat.

Next turn, tentulah diriku...adui..diri ini pun menjadi mangsa ke?? Ayat saya apa taw, "Mama cari je la lelaki yang sanggup terima ina yang xde apa2 nie, yg penting boleh jadi imam ina, ajar ina ngaji dan ingatkan tentang Dia".....mama kate, ramai je adik, kawan2 mama yang chop anak dia orang untuk awak..adesh...terkena la plak muka sendiri.

Bagi sy, biarlah kisah siapa jodoh sy tu tutup sampai situ je dengan mama, sebab sy sebenarnya malu....hihi... Cuma doa tetap dipanjatkan agar dikurniakan insan yg melengkapi kelemahan sy dan sy melengkapi kelemahan dia..dalam menuju CINTANYA...

Ting2, masa tamat cakap kes tu..


**Abah, terima kasih sangat**

Pernah suatu ketika dulu, sy kena cubit sampai lebam sebab solat dekat akhir waktu. Sy ingat sampai hari ini. Tapi, itu lah seorang ayah. Dah terlalu banyak abah bersabah dengan ina.

Abah, maafkan ina sangat2..ina sayang abah, ina sayang mama, ina sayang ayen, ina sayang sangat keluarga kita. Ina tak nak kasih sayang antara keluarga kita pudar walau sedikitpun. Maafkan semua kenakalan ina dari dulu sampai sekarang....

Bagi ina, bukan hari ni je hari bapa, tapi setiap hari adalah hari ibu dan bapa..kan2....

Love our family before we fall in love with somebody else...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi