Sunday, June 28, 2009

**Perjalanan pulang lagi...**

26 Jun 2009, jam 8 pagi sy dan ara mula bertolak dari UKM untuk pulang ke rumah kami setelah 6 minggu berperang untuk short sem kali ni.

Kami bertolak awal kerana menjangkakan kesesakan lalu lintas sewaktu nak keluar dari bandaraya Kuala Lumpur nanti, ye la sebab time mcm ni org nk pergi kerja kan.

Kami keluar dari keadaan tk breakfast, sebab konon nk rest kat tengah jalan je nanti.

Kami berhenti di Genting Sempah untuk breakfast terlebih dahulu. Erm..sasaran sy untuk tidak makan nasi lemak sebab takut mengantuk semasa drive..

Tapi nampak nya tak boleh nak elak juga sebab ternampak sotong..maka makan la nasi lemak sotong dengan horlick panas (tu je air yg sy boleh minum time breakfast).

Kami sambung lagi perjalanan merentasi bukit bukau yang boleh tahan berliku. Antara persoalan yang bermain di fikiran ialah simpang mana satu yg patut sy masuk kalau sy nk ke lipis. Sebab ada banyak simpang nk ke lipis.

Bukan apa, ada rumah sahabat di sana dan juga sahabat2 lame SBPIK yang belajar di lipis. Tp bukan itu objektif post kali ni.

Lebih kurang 11.30 kami sampai di tol gambang, sy dan ara berehat sebentar disitu. Terasa badan lenguh ni perlu direhatkan sekejap. Ada peristiwa yang dah berlaku di situ..hanya kami je yang tahu...

Sebaik sahaja jam 12 t/hari, sy menghantar ara ke hentian gambang, family dia akan amik dia dari situ sebab sy ingin ke matrikulasi gambang kerana ingin menunaikan janji.

Lebih kurang 10 minit dari traffic light tu, sampai la sy ke matrik gambang. Adik sy, mufidah dah menanti di pintu pagar. Mukanya banyak berubah, org dh besar kan..

Setelah itu, sy bertemu dengan adik sy yg sebenar, Ainshah yang sedang menanti sy. Setelah parking kereta, sy bergerak menuju bilik tetamu di blok dia.

Kebetulan, terdengar pengumuman yang akan di adakan tazkirah di bilik study blok pada jam 12.45 t/hari tu. Sy mengambil keputusan untuk bergerak ke situ...melepaskan rindu pada matrik dlu.

Memang menarik. Antara part yang paling lawak, bile dah habis tazkirah tu. Ada la seorang adik ni promote, ada lagi mana2 pihak yang volunteer untuk memberi tazkirah pada masa akan datang.

Xde sape pun yang volunteer, dan tibe2....adik tu point ke arah sy, dia tanya sy sama ada nak bagi tazkirah ke tak...apa lagi, tersenyum lebar la sy....ada ke saya yg di point nye??adui...

Adik sy memang dh tersenyum..dia kenal la kakak dia ni..

Sy ambil kesempatan tu untuk perkenalkan diri sy...bukan la untuk bermegah diri, tp sekadar niat untuk menjalin ukhwah. Mereka mostly terkejut sebab mcm mn sy boleh 'tersesat' kat situ.

Dek ilmu yang terlalu sedikit, amalan yang tak seberapa, sy kongsikan beberapa point yang terlintas di fikiran.

Antara point yang sy sentuh adalah ceramah Ustaz Hasrizal hari tu, sebab setiap point tu masih segar dalam fikiran.

Sy ulas sedikit demi sedikit cuma berdebar juga la time tu. Dah lama tidak 'mengetuai' tazkirah, sebab di ipt kebanyakkannya sy cuma pendengar dan memberi maklum balas yang minimum, tidak seperti dulu.

Terasa sayu hati ini bile melihat setiap wajah adik2 tu..masing2 cuba fokus kepada apa yang sy perkatakan. Mungkin teruja sebab sy ni kan 'gile2' skit....sy sampaikan dlm bentuk santai sebab time tu kemuncak kot, betul2 t/hari..time org nk berehat...

Terasa rindu sgt pada suasana matrik dulu. Harapan sy, semoga ia benar2 kekal smpi mereka tamat matrik.

Selepas tu, sy ke bilik adik sy sebentar, sj nk melawat suasana KMPh. Kemudian, barulah kami bergerak ke surau untuk solat zohor. Ketika itu solat jumaat telah pun selesai.

Seusai solat zohor, sy dan adik sy bertemu junior matrik KMM dulu di sini. Memang sy dh jaji untuk berjumpa pada hari tersebut.

Betapa sedihnye sy, kerana saat dia berduka, tiada siapa di sisi dia yang memberi sokongan. Allah menguji dia dengan suatu tamparan yang hebat bagi sy.

Maaf kan akak dik...akak xde di sisi adik time adik dalam 'kemiskinan' itu. Bile di tanya, dia tidak menceritakan apa yang berlaku padanya pada sesiapa pun. Ayat dia yg mungkin sy tak lupa, "Akak, kalo kita cerita masalah kita pada kawan sekalipun, dia bukan boleh selesaikan masalah, masalah tetap masalah"

Remuk hati sy, sebab tafsiran sy seolah selama ni dia tiada siapa di sisi, insan untuk dia berkongsi suka dan duka.

Sebab itu la, sy jelaskan kepentingan ukhwah. Sy dah rasa perit, pedih bila di tinggalkan keseorangan tanpa sahabat di sisi, sy tak nak adik2 sy rasa benda yg sama.

Biar la sy tempat dia bercerita. Sy amat bersalah pada dia. Bagi sy dia seorang adik yang amat baik. Ukhwah bukannya terjalin hanya semasa kita belajar bersama, di tempat pengajian yang sama sahaja..

Ukhwah takkan tamat walaupun masing2 sudah bertukar arah pengajian. Honestly, sy terasa sakitnya adik sy tu bila dia tak pernah bercerita 'kemiskinan' yang Allah bagi tu pada sesiapa.

Sahabat, datangmu bukan sekadar di saat ini, datangmu sehingga ke mati.
Sahabat, manisnya dulu kita bersama, bersama meniti diari seorang pelajar,
Namun kini, saat kita berpatah pada arah sendiri,
Aku tersungkur sendiri, tanpa berteman di sisi, melainkan Illahi,
Kubangkit sendiri tanpa insan dikasihi menemani...

Maaf, bukan la nk menyalahkan mana2 pihak, kalau sy melakukan perkara yang sama juga pada anda, tegur la sy jua..

Cuma bagi saya, tafsiran ukhwah yang pernah terjalin tu kadang2 kita semua lupa. Sebab kerana 'lupa' mampu mengembalikan seseorang itu kepada jalan hidupnya yang lama, jalan hidup yang hitam dulu.

Kerana 'lupa' tu juga kita tak pernah tahu bahawa sahabat kita dah lama menangis menahan sebak bersendirian.

Malah, andai kita bertemu suatu hari nanti, andai kita melihat perubahan yang tidak diingini, pihak mana yang harus bertanggungjawab??

Maaf sangat, sy bukan sesiapa, sy bukan la asal dari golongan yang tahu sangat pasal agama, sy juga bukan la mahu berlagak pandai di sini, malah anda semua lebih arif dari sy.

Masa depan Islam 10 tahun akan datang bermula dengan langkah kita hari ini....

Untuk diri sy mahupun sahabat, selagi kudrat masih tersisa, ayuh bantu agama Allah... Ingatkan la sy yang terlalu jahil ini...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi