Thursday, July 30, 2009

**Kerana yang tiga itu**

Kerana tiga yang pertama,
semua orang sayang,
kerana tiga itu juga,
semua orang bahagia.

Kerana tiga itu juga,
kita mengenali sahabat kita kini,
kerana tiga itu,
kita bersatu lagi,
semoga tiga yang pertama ini
kekal abadi semata demi Illahi.

Kerana tiga yang kedua,
hidup kita menjumpai kehancuran,
kerana tiga yang kedua juga,
kita tidak lagi bersatu.

Kerana tiga itu juga,
perpisahan kunjung tiba,
kerana tiga yang kedua ini,
tiada siapa yang mengundang datang,
apatah lagi menjadi teman.

Kerana tiga yang ketiga,
ramai yang menderita,
gara-gara salah tempat dan masa,
kerana tiga ini,
manusia hilang kewarasan.

Kerana tiga ini,
kita hampir tidak bertegur sapa,
kerana tiga ini juga,
manusia alpa siapa diri sebenar.

Kerana yang tiga memang tiga,
tiga kata atau tiga huruf,
semuanya tiga...

Kerana,
tiga yang pertama adalah
saya sayang awak,
kerana,
tiga yang kedua adalah,
saya benci awak,
kerana,
tiga yang ketiga adalah,
E G O.......

Kerana tiga itu sememangnya tiga..

Wednesday, July 29, 2009

**Doa di sebalik anggota wudhuk**

Salam alaik...hampir seminggu sy x upload blog. Terasa jg bersalah sebab lama membiarkan ia tanpa khabar berita yang baru.

Tajuk kali ni biasa shja, tp harap shbt2 boleh menjadikannya luar biasa termasuk sy sendiri la.

Sebab ini kita boleh amalkn bukan shja pada diri kita, malah utk generasi akn datang. Mesti shbt kurang jelas kn ayat generasi akn dtg tu...xpe2, nnti sy akn jelaskn.


Ok2, kembali ke pangkal jalan....sy mendapat ilmu ni ketika di bangku sekolah. Sy percaya shbt2 dh biasa mendengarnya, tp, apa kata kita berkongsi juga..

Niat di hati nk berkongsi benda ni dlm blog dh lama dh, baru kali ni diizinkan utk menaip benda nie...


Ketika membasuh tangan
-'Ya Allah, rahmatilah kedua2 tanganku ini baik di dunia mahupun akhirat'

Ketika berkumur-kumur

-'Ya Allah, keluarkn la kata2 yang baik2 sahaja daripada mulut ku ini, jauhkanlah aku dari berkata yang tidak sepatutnya'


Ketika membasuh muka
-'Ya Allah, hiasilah wajahku ini dengan cahaya keimananMu, peliharalah wajahku ini ketika menghadapMu di hari kebangkitan kelak'


Ketika membasuh tangan kanan hingga ke siku

-'Ya Allah, izinkan lah tangan kananku ini yang menerima kitab amalanku di hari akhirat kelak, peliharalah tangan ini dari berbuat dosa dan maksiat ya Allah'


Ketikah membasuh tangan kiri hingga ke siku

-'Ya Allah, jangan Kau biarkan aku menerima kitab amalanku di hari akhirat kelak dengan tangan kiriku ini, peliharalah la jua tangan ini dari berbuat dosa dan maksiat ya Allah'


Ketika menyapu air ke sebahagian kepala

-'Ya Allah, jauhkahlah bahang matahari dari atas kepalaku ini ketika di hari kebangkitan kelak'


Ketika menyapu air ke telinga kanan dan kiri

-'Ya Allah, peliharalah pancaindera yg Kau kurniakan ini agar aku mendengar segala sesuatu yg baik2 malah jauhkan la aku dari mendengar perkara yang tidak berfaedah'

Ketika membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali

-'Ya Allah, rahmatilah setiap langkahku dalam mencari ilmuMu, berkatilah setiap pengembaraanku dlm mendapatkn ilmu, permudahakanlah aku ketika merentasi titian siratul mustaqim nanti ya Allah'


Erm.....apa komen sahabat....


Secara jujurnya, sy sendiri culas dlm hal ni, ada masa sy amalkannya, ada masa sy terlupa. Harap2, selepas ni sama2 la kita istiqamah dlm hal ni.


Sebut berkenaan perkara ini boleh diamalkan untuk generasi akan datang, ni sy nk memetik sebahagian ceramah Dato' Ustazah Siti Norbahyah Mahmood, yang mana, doa2 ketika kita berwudhuk ni tak semestinya kita boleh lakukan untuk diri sendiri, malah, andai la suatu hari nanti kita berpeluang untuk memandikan anak kita yang masih bayi itu, tak salah kalau kita iringkan doa ini dengan perbuatan kita memandikan anak2 kita nanti.

Mungkin skop anak agak jauh untuk di lihat, apa kata kita melihat kepada adik kita sendiri (sy ramai adik...hehe) mahupun anak2 buah yang kita ada. Rasanya lebih cantik, sambil kita mandikan dia, kita berdoa di setiap perbuatan anggota itu tadi...


Pepun, sy mohon maaf sebab urutan wuduk tu sy ceritakan secara ringkas shja, rasa2nya sahabat2 mampu membahagikan urutan tu dengan lebih terperinci.


Semoga ilmu yg 'biasa' ini mampu menjadi luar bias buat kita semua...

Thursday, July 23, 2009

**Teknologi Tenaga Suria**

Salam perpaduan, salam muhibbah buat semua shbt sy... Terasa rindu sgt pada blog ni. Setiap hari buka, tp x mampu nk update sentiasa kerana sentiasa ada kekangan yang kunjung tiba.

Apa pandangan shbt tatkala terbaca tajuk post kali ni?? Yang pasti, sy bukan nak menerangkan apa itu teknologi tenaga suria atau apa..sekadar berkongsi pengalaman.

Teknologi tenaga suria merupakan salah satu subjek yg sy amik semester ni, ia merupakan subjek pilihan, dan tidak ada sekelumit pun rasa menyesal sy memilih subjek ini sebagai pilihan teknikal sy dlm melengkapkan kos fizik sy nie.


Hari ni, 23 Julai, ari khamis, hari yg paling pack, sebab sy ada kuliah dari kul 11 pagi hingga 7 petang tanpa ada gap walau sejam....terasa jg la mencabar utk menangkap setiap satu ilmu baru yang diperolehi.


Tp, dlm hari ni, sy paling tertarik dgn kuliah teknologi tenaga suria (TTS). Sejak 1st class lagi, sy mmg dh admire lecturer ni. Sebab dia x segan silu menyentuh sains dari perspektif Islam walaupun ramai bangsa cina dlm kuliah tu.
Baik ayat Al-Quran mahupun hadis yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkait, dia akan membaca ayat tersebut dengan penuh kefasihan. MasyaAllah, mcm mn la sy tak admire dia...

Antara petikan kata2 yang menyentap jantung sy, " If you have money, you spent money, you lost money, but, if you have knowledge, you spent knowledge, you get more knowledge".

Apa komen shbt bile baca ayat nie??
Bg sy, ni la kot akar umbi org selalu kata, jgn kedekut ilmu...becoz it will gaining more and more.

Tp, shbt rase, kate2 di 'publish'kn bile ye?? Dh lame sgt ke???
Kalau shbt tnya semula pada sy, sy sendiri x tahu.

Tp, nk ceritanya, betapa Islam ni lagi mantap, dlm surat cintaNya pun dh dinyatakan dulu...buktinye....
" Demikianlah Kami mengulang-ulangi ayat-ayat Kami supaya (orang-orang yang beriman mendapat petunjuk) dan supaya orang-orang musyrik mengatakan :'Kamu telah mempelajari ayat-ayat itu (dari ahli Kitab)', dan supaya Kami memperjelaskan Al-Quran itu kepada orang-orang yang mengetahui" (Al-An'am :105)

Selari dgn ayat2 cinta tu, di sisipkan lagi dengan kata2 cinta dari kekasihNya, " Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat, barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja maka dicampak ke dalam api neraka"


Sebab apa, sebab ayat yang paling besar maksudnya dah tertulis dalam Surah Al-Kahfi ayat 109 " Katakanlah, ' Kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)"


Tak ke terlalu cantiknye Islam nie...
Betapa kerdilnya kita dicampur pula ilmu yang kita pelajari hari ini adalah ilmu pinjaman semata malah terlalu sedikit jika dibanding ilmu sealam....ampunkan kami ya Allah...



Kemudian, Prof tu sentuh tentang defini MASA. Sebabnya, dlm konsep fizik, setiap apa yg kita belajar, base on the definition of the words. Tp, menurut Prof, sampai ke saat ini, xde seorang pun ahli fizik yg mampu menafsirkn MASA.


Kebanyakkan experiment pemboleh ubah manipulasinya adalah masa kan, tp yg peliknye, sampai hari ni xde seorang pun menafsirkn apa itu MASA.


Bila di tanya secara peribadi, apa shbt akan jawab andai ada insan yg bertanya, apa itu MASA?? Terlalu bnyk jawapan bukan yg akn di terima...


Menurut Einstein, masa ni adalah sesuatu yg tetap...ni sy petik dari Prof tu sendiri dalam kuliah tadi.


Tamat part masa, kemudian berpindah ke cara Islam mengira bulan untuk kalendar Islam. Secara rawaknya, kita tahukan, dlm bulan Islam, ada 29 hari je dlm sebulan, jadi, dlm tahun Islam, akan ditolak 11 hari dari bilangan hari dlm tahun yang kita guna kala ini.


Sebab itu, bulan puasa ke hari raya ke, semakin hari semakin awal...sbb ni la... Sebut perihal hari raya, Prof tu menceritakn lagi, yg perhitungan hari raya tu boleh di buat hnya melalui perkiraan tanpa melihat anak bulan.


Memang kita dh tahu tntg itu kan, tp cara Prof ni cerita jauh lebih dalam menerpa ke dalam minda sy.
Sedar atau tak, semua ni merupakan sebahagian ilmu astronomi...yang mana dikuasai oleh ilmuan2 Islam sebenarnya sebelum ia dpt discover oleh saintis barat.

Kenapa sy kata ilmu astronomi ni dikuasai oleh ilmuan Islam?? Ni semua sy petik dari lecture Prof tu la.... Sebab, dulu ilmuan ni kan suka mengembara, jadi mereka bnyk bermusafir demi mencari harga sebuah ilmu.



Dalam 'bermusafir' itu, semestinyalah mereka memerlukan arah utk bergerak.
Selain arah, penghitungan masa juga ditekankan. Jadi, semua ini merupakan pengaplikasian ilmu astronomi.....tak ke hebat ilmuwan2 islam ketika itu?? teramat hebat kan...

Kemudian, sy nak sentuh sedikit berkenaan lapisan ozon. Subtopik ni di buka sebab kami kena explore atau fikirkan tentang sinaran matahari yg direct sampai ke bumi, yg 'tertapis' dek lapisan ozon la, yg terpantul oleh awan la....


Soalan yang tak terduga oleh sy keluar dari mulut Prof yg amat sy kagumi itu... "Sepengetahuan awak la, berapa tebalnya lapisan ozon ni yang dikatakan menapis cahaya matahari utk mengelakkan sampai terus ke bumi ni, sebab di katakan kalau terkena kulit, boleh jadi kanser.."


Persoalan utama, berapa tebalnya lapisan ozon nie????Pernah tak shbt2 terfikir??Sy honestly mmg x pernah terfikir langsung...teruk sungguh sy nie kan.
Ada shbt2 yg nk meneka?? berapa???

Alangkah terkejutnya sy bila dia kata cuma setebal 3 mm atau lebih tepat 2.5 mm.. Percaya tak??


Cuba bayangkan, dengan suhu di permukaan matahari iaitu 5762 K, yang memberi kesan tenaga sekuat 1352 W bagi setiap meter persegi di bumi ini, andai tidak wujud lapisan ozon yang hanya setebal 2.5 mm itu???


Subhanallah Maha Suci Allah....terlalu hebat ciptaan Dia kan..tak tertanding dek manusia kerdil seperti kita.
Bersyukurla malah marilah sama2 kita muhasabah semula segala pencitaan Allah ini.

Kan antara cara kita nk mengenali pencipta adalah melalui mengenali penciptaanNya....ambil la kesempatan utk menghirup udara di bumi ini sementara nikmat itu di beri pinjam.


Teringat plak ayat dlm buku 'Langit Ilahi : Tuhan tidak melupakan kita' karya Muhammad Hilal Asyraf Bin Abd Razak. Sy nk petik sedikit kata2 dalam buku tu utk kita renungkan bersama..


"Lihat sahaja orang yang sering melupakan Allah SWT, tetapi Allah SWT tidak meninggalkan mereka. Mereka masih diberikan udara tanpa dikurangkan sedikit pun. Mereka masih lagi diberi rezeki tanpa pernah putus. Mereka masih disambung nyawa tanpa henti dan masih lagi diberi nikmat tanpa berkira. Kerdilnya kita, besarnya Allah"



Semoga post kali ini dapat dimanfaatkn oleh kite semua.... 'Ya Allah, ampunkanlah dosa2 kami, kerana kami cemari hati yg d amanahkan ini dengan lalai mengingatiMu, malah kami hiasi dengan percikan maksiat yang sudah pasti menambah dosa kami. Ampunkan kami ya Allah...'



Sunday, July 19, 2009

**Andai Aku Undur Diri**

Kala dingin malam ini bertiup,
Terasa nyaman diri ciptaan Tuhan,
Betapa agungnya aturan Ilahi,
Khusus buat sang pencinta duniawi,
Yang mungkin alpa kala dini hari...
Tak terkecuali diri ku sendiri.

Kurenung wajahmu,
Ku imbau kenangan bersama,
Segala memori memalit minda,
Memaparkan ikatan kita bersama,
Walaupun cukup seketika,
Namun,
Aku terasa indahnya semua,
Saat diri bermandi mesra....

Kini,
Alam sudah bersuara,
Khabar gembira atau berduka??
Istimewa buat insan alpa
Seperti kita....

Apakah yang kau cuba sampaikan??
Adakah aku yang bersalah??
Kau katakan aku puncanya???
Tanpa bertanya angkara siapa??
Adakah itu kau kata keadilan??
Adakah ini kau kata kebenaran??

Kicauan burung seperti mengiyakan,
Kibasan sayapnya, seperti membenarkan,
Cuma,
Deruan angin seperti menyalahkan...
Menyalahkan konklusi yang tercipta..
Parutan luka terus membenam,
Kerana aku seperti mangsa tak terduga.

Wahai diri,
Sedarlah engkau, hidup ini sementara,
Tiada persoalan, siapa penentunya,
Tiada balasan, siapa pengaturnya,
Tiada coretan, bila penghujungnya,
Malah,
Tiada lukisan, siapa empunya....

Berbantalkan iman senipis mungkin,
Bertilamkan dosa yang melangit junjung,
Berselimutkan maksiat yang menggunung,
Berpelukkan ketawa tiada penghujung,
Berdodoikan pujukan nafsu yang dibendung,
Segala di kumpul dengan kemas tersusun.

Lamunan ini,
Bukan lamunan biasa,
Maafkan hamba wahai Sang Pencipta,
Kerana hadiah 'kemurkaan'
yang aku talamkan buatMu,
Bukan hadiah 'keinsafan'
yang aku hulurkan buatMu.

Cucuran air mata ini,
Menjadi saksi lagi,
Buat kesekian kali,
Bukan meratapi,
Tapi, terkilan di hati,
Andai diri 'gugur' esok hari,
Adakah diri diampuni??
Adakah diri dikasihi di syurga Ilahi??


(20 Julai 2009, 2.30 pagi, di kolej Keris Mas, UKM)


p/s : cuba selami apa yg sy cuba sampaikn melalui sajak ni, andai ada yg nk mengkritik, sy alu2kn...ada bayangan manusia yg sy guna, tp sekadar analogi terhadap sesuatu yg selalu mengelilingi kita....

Saturday, July 18, 2009

**Cinta Seorang Pemuda**

CINTA SEORANG PEMUDA


Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya. Sungguh! Sampai saya takut nak pegang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan yang maha esa!


Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul...sungguh!sebab itu saya belikan dia tudung. Bukan sebab cemburu orang lain tengok, tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa di tutup dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila...takut nanti dibakar dek api neraka, disuatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang maha esa!


Saya suka sangat tengok body teman wanita saya…solid betul. Sungguh!sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa ‘dating’ dengan KEKASIH dia Yang Utama, dia jauh lebih cantik dan berseri menghadapNYA. Saya pun tumpang dapat pahala….syoknya.


Saya sedih sangat tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. Saya pun begitu juga.si dia Tanya, ‘apa ubatnya, bang?’ saya pun bagi dia al-quran sebagai penenang jiwa…semoga dia cintakanNYA lebih dari saya.


Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam: “makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla.”tapi bila tengok wayang sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja , dia tak kata satu apapun. Aduh…berdosanya saya!


Saya memang sayang sangat pada dia.saya mahu jumpa dia, bersama dia, cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, ber’dating’ di syurga kerana disitulah tempat yang kekal selama-lamanya.


Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi. Ya Allah, ampunkanlah kami…semoga kami dapat kekal bersama selamanya disyurga nanti. Amin…….


(sy copy entry ni dari friendster messages yang sy terima dari seorang shbt lame merangkap ex-rum8 semasa di matrikulasi dulu)

**Madu Kasih Seorang Hamba**

Salam alaik....sejak akhir2 ni, sy tak tahu kenapa, baik dari bahan bacaan atau pun cerita yg sy tonton, mostly mengisarkn kisah parenting. Sy masuk kuliah pun lecturer ada masuk bab parenting. Apa maksud semua nie??


Macam2 bermain di fikiran sy, hal itu hal ini...segalanya masih lagi berkisar mauduk yg sama.

Bila baca blog saifulislam, ustaz hasrizal menceritakan kisah ummusaif yg baru shja selamat melahirkn seorang lagi umat Islam....bg sy penceritaan yg sgt cantik utk anak2 mahupun insan bergelar lelaki utk mengetahui semua tu.

Termasuk gambar uri...itu yg amat mengejutkn sy, honestly sy x pernah tengok gmbr uri. Tp ustaz tunjukkan gambar tu secara real....

Kisah di saat2 ustaz bersama ummusaif ketika saat kelahiran semakin menjelang, antara debaran atau kegembiraan bermain di hati sy bila membaca kisah ustaz. Sy cuba utk menjadi empati dlm kisah tu sebab nk 'feel' perasaan seorang suami.

Ye, bukan senang utk melahirkn seorang hamba Allah ke muka bumi yg penuh dgn lakonan ni. Muka bumi yg penuh dengan ranjau duri mahupun kaca.

Segalanya ligat bermain di fikiran sy. Teringat semula abg firdaus bekas pelajar UIA, Kuantan yang kini sudah pun bergelar seorang doktor, dtg ke sekolah kami sbg fasilitator menceritakan pengalaman dia menyambut kelahiran 10 org bayi bagi melengkapkan syarat utk bergelar seorang doktor.

Satu persatu dia ceritakan...ada pelajar yg malu plus segan, termasuk sy sendiri rasenye, sebab abg firdaus cerita secara open depan semua. Knpa semua orang kena tahu tentang nie???

Supaya semua tahu hakikat kelahiran insan bernama manusia ini bukanlah suatu perkara yang mudah, pertaruhan nyawa berlaku antara insan yg teramat mulia di bumi ini bergelar 'ibu' dengan insan bernama 'anak'.

Part yg sy takleh lupa, semasa proses melahirkan tu, doktor akan 'gunting' sedikit utk memberi ruang kepada bayi untuk keluar....tanya la mana2 kaum hawa yang belum berkahwin, saat terdengar 'gunting' tu, seriau satu badan tau, ngilu....terasa sakitnye walaupun belum pernah melaluinya...kecoh juga la surau bhgn muslimat, ada yg tak sanggup dengar, tapi ramai yg tersenyum 'manja'.

Berbalik kepada cerita ustaz hasrizal tu, saat ustaz ceritakan kes membasuh uri, sy rase nk menangis sebab sy cuba membayangkn para suami membasuh uri isteri2 mereka, termasuk ayah sy.

Sy anak bongsu, jadi memang tak berpeluang melihat mama mengandung depan mata jauh sekali mempunyai seorang adik.

Ada sekali tu, sy melawat sepupu sy, isteri dia baru shja bersalin, semasa kedatangan kami ke rumah dia, dia dlm bilik air, tengah membasuh uri isterinya. Mukanya pucat, sy tak pasti kenapa.

Mungkin benar kata ustaz, kalau para suami jenis tak tahan bau darah yang kuat, nak tengok darah yang banyak pun tak boleh, mungkin sukar untuk 'menolong' isteri mereka. Sepupu sy tu terus membasuh uri isterinya, sy dlm diam curi2 nak tengok di bilik air, tp hampa sebab dia dah bungkus kemas setelah siap di basuh.

Argh.....terasa betapa susahnya untuk bergelar seorang ibu. Amanah yg dipikul, tp utk keadaan sekarang, amanah diri sendiri kepada ibu ku belum dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Bila difikirkn semula, ramai shbt2 yg seusia dgn sy sibuk memperkatakan soal cinta, tanpa berselindung soal nikah atau kawin. Tak terkecuali diri sy sendiri.


Semester lepas, ada forum bertajuk 'Kawin Awal : Bahagia atau Derita' yang dipengerusikan oleh Hafiz Hamidun dan salah seorang ahli panelnya seorang doktor di HUKM yg islamic. Sy tak ingat nama dia, seorang muslimah yg mantap di mata sy.

Antara kata2 dia yg sampai ke hari ini sy masih ingt, " Tepuk dada, tanya iman, apa objektif kamu nk kawin. Kalau kamu nk kawin sebab nk elak maksiat, kalau kamu nak kawin sebab dah tak nak fikir tntg lelaki lain, kalau kamu nak kawin sebab nak setia pada yang satu, kamu silap. Perkahwinan di bina bukan utk alasan itu semua."

Tersentap jantung sy. Tatkala itu, sy merupakan seorang hamba Allah yg paling pelik binti hairan sebab dlm kepala sy time tu, 'kan bagus kalau aku dpt kawin sekarang, at least aku dpkn kurangkn dosa, takyah dh nk fikir lelaki lain, fikir tntg suami je'. Itu yg ada dlm fikiran sy time tu.

Doktor tu sambung, " Objektif sesebuah perkahwinan tu di bina atas dasar si suami dan isteri itu mempunyai objektif yg sama yang mana objektif itu hendaklah sejauh sehingga ke syurga, ke alam sana, bukan setakat memikirkan untuk dunia. Andai la kita masih lagi fikir utk elak maksiat, lupakan la 'pernikahan' yg di impi tu"

Rasa seperti pulang paku buah keras, sy betul2 tersedar dengan kata2 doktor tu. Rasa betul2 terpukul dgn ayat 'keramat' dia, sebab tu sampai hari ini sy masih ingt ayat dia, sebab itu sebenar2 pengajaran yg sy dapat.

Bila di tanya shbt2 sekeliling kembali, kalau reason yg sama jg dia org guna utk 'berkahwin', sy akan cuba terangkn kembali apa yg doktor pernah bg tau. Simple je ayt, kalau nk kawin, tepuk dada, tnya diri apa objektif perkahwinan yg ingin di bina tu...


Dlm short semester baru2 nie, sy 'gile' membaca buku 'Aku Terima Nikahnya' dan 'Bercinta Sampai ke Syurga' karya Ustaz Hasrizal sendiri plus buku 'Pemilik Cintaku setelah Allah dan Rasul' karya Fatimah Syarha.

Dlm 3 buah buku ni pun, banyak mengajar sy erti sebuah perkahwinan, kisah kasih sepasang suami isteri yg di bina atas keberkatanNya di tambah pula dengan 'alam rahim' bersama zuriat yg di nanti.

Andai shbt nk merasai perasaan 'romantik' sepasang suami isteri, bacalah 'Pemilik Cintaku'.....confirm, perasaan cemburu dgn kisah tu akan terasa sebab sy sememangnya 'jealous' dgn cerita tu.

Bila di tanya di hati shbt2 skrg, adakah shbt2 'dh ready' utk semua nie?? Bhya betul statement sy nie kan....

Masing2 mesti membayangkan sebuah perkahwinan yang diatur dengan penuh barakah, suasana yg syahdu saat 'disatukan' dengan pasangan kita, dan mcm2 bayangan lagi.

Cuma bila direnungkan semula, siapa pasangan kita???

Antara ayat doktor lagi, "Kalau kita masih mencari siapa pasangan kita, tp kita mengharap seseorang yang mantap dari segi iman dan akhlaknya, maka kita kena buat sesuatu. Buat apa?? Sentiasa mempersiapkan diri ke arah untuk menjadi seorang partner hidup yg mantop. Sebab kita sedia maklum, perempuan yang baik utk lelaki yg baik, kalau kita impikan lelaki yg baik, so dari sekarang, kita perlu mempersiapkan diri utk menjadi seorang perempuan yg baik dari segala aspek"

Penerangan yg sekali lagi membuka minda sy utk bergelar 'seorang isteri' di hari2 muka.


Shbt pernah membaca blog ummu husna, isteri ustaz zaharuddin??? Itu antara blogger favourite sy. Hampir setiap hari akn sy teroka blog dia.

Sy sgt admire cara dia 'mengajar' anak2 dia dengan penuh cara berhikmah. Realiti cabaran seorang ibu membesarkan anak2 di negara orang tersusun kemas dlm blognya dengan perkisahan yang mampu menitiskn air mata seorang hamba yg jahil seperti sy.

Mungkin ada akan kata, apa la kinah ni, baca bab2 didik anak la, apa la, lambat lagi kot, baru tahun dua...tp itukan ilmu jg. Sy tak tahu la, kalau di kaji semula, dari sekolah lagi sy mmg suka baca bab2 parenting. Kalau artikel dlm surat khabar, sy baca sorok2 kat dlm bilik sebab malu dgn fmly kalau dpt tahu sy baca isu2 keluarga...hehe...

Bukan apa, mama bnyk dedahkan sy realiti dunia masa kini dengan cabaran mendidik anak2 akan datang. Dari masa ke semasa, mama akan update knowledge sy tentang nk 'didik' bakal 'anak2' sy.

Dunia hari ini menuntut seribu satu ilmu, malah jutaan ilmu, tp semua ni hanyalah cebisan dari semua ilmu Allah. Maha Suci Allah, betapa kite semua ini hidup 'menumpang' di dunia ini. Ilmu yang mencakupi segala aspek tanpa memikirkan isu bangsa, kaum mahupun jenis.

Bermula kisah alam rahim, keluar ke dunia dengan keadaan menangis, menangis kerana takutkn amanah Allah yg berat sambil jari tergenggam erat, membesar menjadi seorang anak yg sentiasa menceriakan hidup ibu bapa kita, dan terus membesar menjadi???? tepuk dada tnya diri sendiri...

Sy, memang bukan anak yang baik, sy akui. Tp, masih dan masih cuba perbaiki diri. Bila Allah hantar 'pemisah' jarak yg sementara ni, betapa terasanya segala dosa2 yang lalu.

Benar lah, bukan mudah untuk menjadi seorang isteri, seorang ibu....Tp, sy akan cuba sedaya mungkin utk memperbaiki diri.

Buatmu teman hidupku…

Isteri solehah itu impianku,

Baitie jannati itu matlamatku,

Semua ini ingin bersamamu,

Kerana bagiku,

Aku mencintaimu sepenuh hatiku…

Kerana bagiku,

Aku merinduimu segenap jiwaku…

Terimalah aku demi yang Satu….

(petikan sajak nukilan Shauqah89 dlm koleksi sajaknya)

(p/s : jgn tafsir lebih2 ye....ni sajak...jgn plak nnti ada pihak salah faham pada sy)


Buat kaum adam, buat kaum pemimpin kaum hawa, buat bakal suami, hargailah insan bergelar 'isteri', hormatilah mereka, kasihilah mereka, bimbinglah kami ke arah yg betul dlm meraih cintaNya, jgnlah bersifat ego yang bukan pada tempatnya, malah terimalah kami demi Yang Satu...


Buat kaum hawa, buat kaum pelengkap kaum adam, buat bakal isteri, buat bakal ibu, hargailah 'suami' yang ditakdirkn utk kita suatu hari nanti, hormatilah mereka kerana mereka pemimpin kita, jagalah hati dan perasaan mereka sebagaimana yang sepatutnya, peliharalah zuriat keturunan dengan sebaiknya, dan terimalah kelemahan dan kekurangan 'suami' itu demi cinta Yang Satu....




p/s: semua ni melibatkn pandangan peribadi sy, namun sy percaya, benda ni subjektif, masing2 ada pendirian sendiri. Pesanan ini utk diri sy juga semestinya, tergur la sy andai sy memungkiri apa yg tertulis dlm artikel ni. Semoga ia bukan sekadar tulisan mahupun nukilan yang tersurat, tapi isi tersirat itu juga menjadi pedoman sekali gus peringatan buat insan yang mendamba CINTA dengan penuh keikhlasan tanpa mengenepikan keutamaan CINTA kepada Sang Pencipta dan KekasihNya.



Wednesday, July 15, 2009

**Kisah Hari Terbuka FST**

Salam..utk maklumat shbt, Fakulti Sains dan Teknologi, UKM telah mengadakan Hari Terbuka FST pada 13-15 Julai baru2 ni. Bagi prgrm ini, sy telah diberi amanah utk menjadi sebahagian daripada petugas yg bertanggungjawab utk melancarkan prgrm tu. Ingin sy kongsikn sedikit sebanyak tntg prgrm tu..



**1st day (13 Julai 2009)**

Jam 8 pagi, berkumpul, ada taklimat skit, plus breakfast terus. Kemudian gerak ke tapat pameran yg telah diamanahkn utkku, taman paku pakis.

Dr Noraini mengamanahkn sy dan shbt sy menjaga tapak pameran tersebut yg semestinya ketandusan ilmu mengenai paku pakis, sesuatu yg sememangnya lari dari bidang pengajian sy. Tp, itu namanya cabaran...

Di tapak kami, ada 'pertandingan mewarna', 'pertandingan fotografi', aktiviti membuat bookmark sendiri menggunakan paku pakis, jualan bookmark paku pakis, jualan buku paku pakis, dan semestinya la pameran paku pakis sendiri.

Dari pagi, bergerak ke t/hari, hingga la ke petang. Pengunjung datang dan pergi, tangan kdg2 tak cukup nk melayan semua, tp cuba apa yg mampu.

Paling kelakar, boleh dikatakan, tapak tu adalah tempat utk sy jejak kasih. Habis junior matrikulasi sy atau shbt2 lama yg baru mendaftar 'menjumpai' sy di situ gara2 'mempamerkn' muka di situ.

Tempat kami plak agak strategik sebab depan pintu masuk DAM betul2 berhadapan dengan kaunter pertanyaan...mmg mantap.

Pada masa yg sama jg, pelbagai aktiviti dijalankn di taman paku pakis sendiri yg di kawal selia oleh pelajar2 seniorku yg sememangnya sinonim dgn taman paku pakis. Rugi siapa yg x melawat.



**2nd day (14 Julai 2009)**

Pagi tu, sy dh pening, sbb akak2 senior semua ada kat booth, jadi sy dh tak tahu nk buat apa. Rasa mcm terlebih petugas plak kat kawasan pameran sy tu. Tp sy seronok sgt.

Kami jumpa dengan pelbagai ragam manusia. Hari tu, student sekolah yg dtg adalah dlm jumlah yg agak besar bg sy. Maka booth kami x sunyi.

Hari ke2 ni jg melihatkn ramai sgt adik2 yg secara sukarela utk membuat bookmark sendiri sampaikn kami kehabisan kertas...laminating film tu pun smpi terlekat dlm mesin...dahsyat tul.

Sesekali sy pergi menjenguh ke booth lain, melihat apa yg dipamerkan oleh mereka. Ramai yg menjaga booth ni jg merupakan kenalan sy sendiri, jd bnyk jg la bertukar2 pendapat.


**3rd day (15 Julai 2009)**

Sy dtg lambat ke booth sebab ada kuliah pagi tu, hari yg agak pack dgn kuliah hari tu. Berselang seli jg la antara kuliah dan jaga pameran.

Hari tu, luar dugaan pelajar sekolah yg dtg....terlalu ramai sampaikan kami tak cukup kaki tangan utk jadi guidance.

Hari tu jg ada pertandingan pidato, sy sememangnya antara org yg teruja utk melihat pidato sebab sgt merindui zaman sekolah dulu.

Cara penyampaian mereka, hujah, gaya, intonasi semua dlm pemerhatian sy. Mana taknya, memang terkenang segala kenangan dulu....terasa nk naik pentas je, tp tu la benda dah lepas.

Tibe2 teringat pertandingan pidato semua SBP peringkat zon timur, sy yg time tu 1st time involve peringkat SBP, blank atas pentas, satu hujah pun sy x ingt, nk mukadimah pun x ingt. Agk take time utk sy ingt semua hujah sy time tu....

Terasa sy sedang memberikn imej yg buruk pada sekolah...tp ada pantun yg sy takkan lupa semasa pertandingan pidato baru2 nie...

Anak cicak mati tergantung,
Pidato sy bukan seperti tin kosong.

Pantun ini sgt famous, sy x tahu kenapa... ada 3,4 buah sekolah jg la yg 'menjual' pantun nie. Erm, mcm2 fiil adik2 kite nie.

Tengah tengok pidato, ada tugas utk sy. Jadi guidance yg versi bidan terjun punye..huhu... Sy bersama seorang shbt sy diamanahkn utk mengawal 1 kumpulan pelajar nie...jeng2....sy cuak time tu.

Masa berganti masa, maka tamatlah Hari Terbuka FST...

Petang tu, nk balik kolej, time nk kejar bas, ada 2 org hamba Allah ni dtg bertanya pada sy, adakah sy ni budak PALAPES?? sy jawab la...tak.

Dah la penat time tu, memang muka takde perasaan, tp kelakar rasenya, ada ke gaya palapes muka sy nie?? kalau ada gaya bagi tahu la....tp rasenye tak..



Sepanjang prgrm ni berlangsung, ada perkara yg belajar utk menambahkn ilmu akademik mahupun ilmu kehidupan.

Antara part yg mencuakkn sy, bila masa urgent, bgmn lelaki dan perempuan belajar utk 'berkomunikasi' dlm cara berhikmah....sbb sy masih belajar, dan sentiasa belajar.

Dgn keadaan sy yg gile2 nie, nampak mcm xde perasaan, tp learning through observation adlh impact yg utama dlm diri sy. Sy akn memerhatikn org sbgmn org lain memerhatikn sy.

Tahniah utk semua pihak yg telah menjayakn prgrm ni dan bertungkus lumus utk memastikn prgrm ni lancar....


p/s : moga ukhwah yg terjalin ini kekal berada dlm lundunganNya..

p/s : maaf xde gmbr yg dpt di selitkn sebab x berkesempatan utk ambil gmbr plus sy mmg kurang suke...

Saturday, July 11, 2009

**Kita bukan keseorangan**

Salam alaik ya sohabati.......kaifa halukum?? ana??kureng sihat la... Sekarang musim demam la batuk la...takut juga la sebenarnya, tp salah sendiri, sebab bekalan ubat dh lama tak update.

Erm, setelah hampir seminggu berkuliah, ada sesuatu yg ingin sy luahkn. Berkenaan hati dan perasaan dalam menjalin persahabatan.

Sy tak tahu kenapa, sejak akhir2 ni, terlalu sensitif. Mudah sangat nak terasa, tp sy biarkan je. Let by gone be by gone.. Cuma, ada perkara yg merisaukan sy.

Berkenaan apa ye....i'm sorry coz i don't know the most proper word that i can use to describe what i'm trying to tell you..

Mungkin kisah bila kita ditimpa ujian...sebab seminggu ni, terlalu ramai yg 'jual ikan'... Maafkan sy, tp sy banyak makan hati seminggu nie.

Sy bukan nk tagih simpati, tp sy sedih sgt.... Mmg, sy boleh uruskn sendiri, tp tengok dulu keadaan seseorang tu.

Kadang2, pagi sy ada kat kuliah, tp petang je hilang, sy dah lari balik hostel, badan dah tak larat. 1st week dh tak pergi kuliah, tp siapa tahu sy ke mana kan??

Ada peristiwa yg betul2 sy makan dalam....jeng2....sebab benda tu adlh sebahagian masa depan sy, tp pulangan mungkir janji yang sy terima... Jgn la mcm nie, kalau sy ada buat silap, kalau tak nak tolong pun, at least tegur kesilapan sy...

Sy tak tahu mcm mn nk explain pada mak ayah sy sebab peluang tu sekali je, tibe2......serius, terasa sgt... Mcm mn lagi sy nk cari kesempatan tu???

Betul la, sy tak patut mengeluh, mengadu, semua sy la.....maaf sgt...mcm awl2 tadi la, let by gone be by gone.

Hbs cerita dlm blog ni, sy dah takde apa2 dah...Sy ok sekarang, tp kesihatan je la yang masih belum kebah sepenuhnya.



*************************************************************************************

Dalam 'renungan' masa silam, sy teringat kata2 Ustaz Badli Shah, seorang pendakwah yang di kagumi oleh keluarga sy.

Petikan kata2 dia semasa Al-Kuliyah baru2 ni, mcm ni la lebih kurang ayat dia, " Kita ni bila ditimpa masalah, umpama habuk masuk ke mata. Bila mata org lain yang masuk habuk, kita boleh la tiup, tp bila mata kita sendiri yang masuk habuk, kita tak boleh tiup sendiri, kita perlukan orang lain untuk tiup mata kita"

Rasanya seperti apa ye....memang kena muka sendiri la.

Sy perlukan shbt untuk jd moderator sy, tp bukan semua org free setiap masa, dan sy amat memahami itu.

Jadi blog la shbt baik sy.... Betul la, mungkin ini semua 'hadiah' untuk dosa2 sy yg menggunung selama ni...

Sahabat, bg anda yg anda shbt, hargai la, peliharalah hati dia....sebab...

dalam hidup, kita perlu berkasih sayang...sebab....

Dari ‘Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Rahim (kasih sayang) itu tergantung di “Arasy. Katanya:”Siapa yang menghubungkanku, menghubungi pula Allah akan dia dan siapa memutuskanku, memutuskan pula Allah akan dia.”

Walau apa pun, sy tahu, sy tak pernah keseorangan selagi sy tak melupakan Dia...

Tengah type ni, terfeel lebih la plak...lagu Epilog Silam yang di sampaikan oleh kumpulan Haikal menjengah telinga..terasa diri terlalu hina...hayati la bersama lirik lagu yg mantap ni...

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...






p/s: sakinah mnta maaf bnyk2 ye dengan semua shbt yg banyak makan hati dengan diriku ini..tegurla mana yang patut.

Tuesday, July 7, 2009

**Ujian VS 'kifarah'**

Salam alaik shbt2...mcm mn sesi baru??
Bilik baru??Rum8 baru??

Semasa post ni di taip, baru 2 hari kuliah bermula.
Sape kate lecturer x masuk??
Kami dh blajar bnyk gak la...

Cuma...ingin sy nukilkan sedikit keresahan sy kali ini.
Tentang subjek yg kami kena amik
bg bebudak sains fizik....

Elok2 20 unit, tibe2....
t/hari tadi menjadi 22 unit....
Sy tersenyum...jeng2...cabaran hebat menanti kami semua.

Sy memang bertambah resah,
sebab subjek yg di tambah tu,
merupakan wajib major...bukan elektif...
Apa nk kate....

Jadi, sekarang,
kami ada 6 subjek major untuk sem ni...
1) STSP 2113 Fizik Moden
2) STSF 2812 Makmal Fizik IIA
3) STSF 2412 Mekanik Klasik
4) STSF 2092 Fizik Matematik
5) STSF 2072 Elektronik I
6) STSF 2612 Fizik Keadaan Pepejal I

Mungkin ad shbt akan kata,
ala kinah, subjek biasa je..kmi dh belajar dulu..
Mungkin jg akan kata,
bukan ke ko dah belajar basic skit2 bagi setiap sbjk tu, apa nk risau..
Mungkin jg akan kata,
ko dtg sini nk blajar, so blajar je la...jgn nk merungut....

Saat di khabarkan Fizik Keadaan Pepejal tu kami kna ambil sem nie,
mula2 terkejut biasa...
Selepas tu, terasa nk berderai air mata....
Sepatutnya, subjek tu kami ambil sem depan.
Tp di forwardkan ke sem nie..
jeng2....



Ayuh bebudak fizik tahun 2...
kita pulun hbs2....
Tu sy belum tulis subjek teknikal..
2 lagi subjek fizik yg 'mantap' la...

Balik kuliah ptg, apa lagi, sakit kepala dtg menjenguk..
dan malam ini, saat post ini di taip..
sy demam....huhu..risau punye pasal...
(dh demam pun still up load post...hehe...)

Sy jenis susah nk demam, tp x tau knpa,
kali ni, hati sy sensitif sgt.....
Mungkin xnk peristiwa lalu berulang kot....
Teringat kat family...
Rasa bersalah kat mak ayah...

Teringat pada shbt matrik sy dulu..
Dia selalu mengingatkan sy tntg Dia...
Bgmn nk mantapkan hati bila 'diuji'...
Satu persatu kata2 dia 'merasuk' minda sy.

Sungguh, sy tak dpt gambarkan..
ketetapan yg Dia aturkan utk kami semua...
Terasa iman ini akan di uji...

Semoga hati kita semua terlindung dari godaan syaitan....
AMIN....
Selamat datang ke semester baru....
Semoga barakah bulan Allah ini mengiringi perjuangan
kita semua di medan jihad ini...

Friday, July 3, 2009

**Apa ertinya semua ini?**

Salam..post kali ni memang keluar tajuk sangat2...tp, mcm biasa la, sy lebih suka 'meluahkan' dlm blog sy. Ada shbt menegur, kinah lebih banyak berkongsi atau meluah dlm bentuk penulisan berbanding secara lisan..erm..

Ada benarnya...ada masa dan ketika sy tak pandai nak meluahkan dan mengambil sikap memendam..dan...tu pun antara sebab 'sakit' sy menyerang lagi.


Sebut tentang 'sakit', alhamdulillah, dlm cuti ni, sy sempat curi masa wat appoinment dgn doktor pakar yg tertangguh setahun, gara2 sy berlagak sihat sepenuhnya.


Menurut doktor, keadaan sy much much more better...tp it can getting worse if i'm not control myself. Sy rasa shbt mengenali sy seorang yg degil kan...tak makan nasihat suruh berehat..hehe..

Bila kat rumah, mmg jarang 'diserang', tp kalau kena juga, sy honestly akan berlakon habis depan mak ayah....bukan tak nak dengar nasihat shbt semua, tp ada sesuatu yg bermain dalam minda sy utk mengatakan tidak..


Maaf, bukan sy tak sayangkan shbt semua, malah terharu sgt sebab shbt amik berat tntg sy.

Jaga sy time sakit, suap kan makanan, kalau kat sekolah dulu, shbt yang tolong wudukkan sy sebab sy dah tak boleh bangun....semua tu sy ingat...


Kalau balik prep, tengok bilik gelap je, masing2 dah tahu, kinah tak sihat....sorang demi sorang temankan sy tido kat bilik sakit...papah saya dari tingkat empat...bukan setakat papah, tp angkat sy..sy ingat semua tu...

Ada sekali tu, tibe2 je kaki sy terasa sejuk, rupanya ada hamba Allah ni tengah sapu wudhuk pada sy....antara sedar atau tak, tapi saya boleh ingat saat tu sampai hari ini.


Kalau kat kelas, sy akan berlari2 keluar mencari toilet, sebab nak muntah....pasti akan ada shbt yg akan mengejar sy dari belakang. Sy ingt semua tu.


Kalau warden, memang dah maklum tentang sy. Even time spm pun, sy dan seorang muslimin ni sentiasa dlm pemantauan, takut apa2 terjadi pada kami. Sebab kami ni 'special case'.


Kinah dah menyusahkan banyak pihak dari dulu lagi..maafkan sy ye...

Rasenye tak tersebut satu persatu peristiwa dulu. Ada juga shbt sy yang menangis bila tengok sy sakit, dia kata, tak leh bayang betapa sy tengah sakit time tu...


Ni baru sakit sikit, tak tertanding sakaratul maut...Bantulah kami Ya Allah dalam menghadapi sakaratul maut kami.


Bile buka balik 'surat cinta', Dia dah bagi tahu....

"Dan pohonlah pertolongan (dari Allah) dengan SABAR dan SOLAT. dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang2 yang kusyuk.(iaitu) orang2 yang meyakini bhw mereka akan menemui Tuhannya dan kembali kepadaNya"[Al-Baqarah 45-46]




Bila kat matrik, susah utk sy sesuaikan diri pada mulanya. Sampaikan ada lecturer yang tak percaya sy sakit. Menangis saya dalam kelas bila dia tak percaya, tp at last, dia lah lecturer yang paling sy rapat.


Bersyukur sgt dipertemu dgn rum8 dan shbt prac yg caring sgt. Mcm2 kisah...

Pengsan di dewan kuliah antara part yg sy malu sgt...tp tengah sakit, tak pk lain dh, bila dh sihat, teringat semula, terasa la betapa malunya...ada muslimin yang tengok sehingga ke van matrik..menurut cerita seorang shbt sy la..


Ada sekali tu, sy pengsan seorang diri dlm bilik, time tu nk gi toilet sebab nk muntah, tp tak sedarkan diri depan pintu. Rum8 sy balik, terkejut, sy dah terbaring...mcm mn sy boleh ingt ek??bila dah sedar tu, slow2 la recall...


Masing2 bergilir beli makanan utk sy, pastu shbt prac ada la yg dtg melawat kat bilik. Masing2 dh taw, kalau kinah x dtg kuliah, ada masalah la tu...


Time maghrib je, selalu menyusahkan felo, dia dan suami akan menghantar ke klinik. Andai la time sakit tu sy boleh berkata, sy nak sangat minta maaf pada kalian sebab terpaksa bersusah utk sy.


Ada yg smpi sakit pinggang sebab angkt sy dari tingkat 4 la, ada yg lenguh tangan, mcm2 kesusahan yg shbt alami demi kasih syg utk sy.


Maafkan sy ye shbt....sy tak pernah berniat utk susahkan shbt semua....


Tapi sakit yang paling bahagia bagi sy, bile program yg Syukbah Akademik buat kat surau dulu dengan kerjasama fasi UIA. Kursus Pemantapan Akademik.....Walaupun terlampau banyak cacat cela program tu, tp sy bersyukur sgt.


Petang tu, bile program dh hbs, sakit sy semakin memuncak...memang dri t/hari dh terasa, tp wat tak taw je la kan.

Petang tu, semua org dh balik. Muslimat time tu tinggal sy dgn seorang shbt sy nie.
Dia nk tutup suis lampu kipas semua, sy nk tolong tp x berupaya sgt dh. Time tu jg la ada muslimin buka tirai nk serahkan apa x ingt...kontrol macho la sy...malunye...tp tu la sakit yg paling bahagia, sebab sakit tu berbaloi sgt dgn 'kedegilan' sy sebelum tu.

Mekasih semua shbt NTP.....



Bila masuk ukm plak, boleh tahan jg mencabar. Jodoh sy dpt seorang rum8 yg memang mantop la. Seorang yg amt caring even slalu kena buli dgn sy...hihi..termasuk jiran2 bilikku..

Shbt2 anak pahang, termasuk jg coursemate....


Sy pengsan di dewan senat ukm, mmg x sedar apa dh time tu...yg sy taw, tibe2 tangan sy di cucuk, masuk air dan sedikit darah.....rupanya masa tu dh pagi..dlm kul 1 lebih...


Pengsan semasa wat latihan kat dewan kolej....kelam kabut senior...maafkan sy utk semua senoir2 yg risau tntg sy....


Bertuahnya sy sebab di kelilingi oleh shbt2 spt kalian semua....


Shbt, nk taw x, kdg2 semasa sakit tu mmg ada kala sy menangis, menangis menahan sakit satu hal, pada masa yg sama sy menangis terharu sebab kalian amat menyayangi sy...terima kasih sgt shbt.


Dalam short sem baru ni, sy berkesempatan mengikuti kursus di cameron highlands..di situ jg sy di uji...lagi la malu, ustaz yang merawat sy, dengan gempaqnya sy terjatuh ketika bacaan doa utk kami pulang.....malunya....

Tapi, itu bukan kehendak sy....maafkan sy ye shbt...


Shbt taw, dulu sy digemparkan bahawa 'sakit' sy ni boleh membawa kepada lumpuh. Sebab ia menyekat darah utk mengalir dari seluruh badan. Apa perasaan shbt bila di khabarkn tntg itu pd diri shbt??

Saat tu, xde sape yg tahu melainkan Allah dan mak sy yg menemani sy ketika itu. Even ayah dan abg sy tak tahu hal ini sampai hari ini.


Orang pertama yg tahu adalah shbt kat matrik, time tu sy bersalam dgn dia sebab kami berada di penghujung matrik, dalam surau Ibadur Rahman tu la sy peluk dia. Dia insan yg pertama tahu....


Jadi, rentetan peristiwa tu, sy memang ambil ubat khas utk elak lumpuh...tp tu la...'Kun faya kun'...alhamdulillah, hari ini, percentage sy utk lumpuh tu dh tipis....sy dah x amik lagi ubat tu.


Kata kwn sy, lumpuh ni sebab syaitan, dia yg sekat salur darah kita....Sy terfikir jg tntg tu, pepun kembali pada Dia kan...


Masa sy di SBPIK dulu, tiap 2 minggu, ari jumaat je sy xkn ada kat kelas, sebab ada appoinment dgn doktor pakar..mak sy yg arrange utk anak dara tunggal dia ni.


Macam2 terapi sy buat, sentuh hidung, mata, telinga, kotak tisu...apa lagi..ketuk lutut...doktor tu 'guris' tapak kaki guna kunci....pergh...sakit tu..dia nk tengok refleks sy.


Time tu, sy sedih sgt, sebab ada masa sy boleh buat dgn laju, ada masa lambat. Sy tak sedar pun semua ni 'berlaku' pada sy. Tak tergambar perasaan sy time tu.

Dengan mak sy menjadi saksi, sedih sgt taw.
Dengan kanan dan kiri pun tak leh beza....tu sampai sekarang pun kadang2 tersasul..

Tapi, alhamdulillah, semakin hari, sy terasa sy semakin pulih. Jauh lebih baik. Ada shbt kat ukm ni kata sy ni consider teruk jg...tp tanya la shbt sekolah dulu, keadaan sy jauh lebih teruk..


Sahabat, apa ertinya semua ini??Erti buat shbt mahupun sy?


Jika di fikir akal, shbt hanya mendapat lenguh badan dan tangan sebab mengangkat atau memapah sy, mata yg tak cukup tido demi utk memasti sy rehat
secukupnya dan apa lagi....


Tapi sy percaya, sahabat bukan insan yang begitu...setiap gerakan dari shbt diiringi doa agar sy beroleh kesembuhan kan...betapa bertuahnya sy mendapat sahabat seperti shbt...


Andai shbt merasa lenguh yg sebenar2 lenguh, penat yg sebenar2 penat, sy pohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sy. Sy tak pernah berniat nk menyusahkan mana2 pihak terutama shbt...


Kenapa sy menceritakan semua ni??Bukan untuk menagih simpati, bukan utk meraih perhatian yg lebih, bukan utk berlagak supaya sentiasa kasihankan sy, bukan...bukan semua itu.


Sy tak punya apa2 untuk membalas semua jasa sahbat...tak terkata dan tak terbilang dek sy semua jasa shbt. Tak mampu utk sy melunaskn semua hutang tu....


Sy xnk shbt 'bersimpati' dgn sy, jauh sekali perasaan 'kesian'....terima kasih menerima sy seadanya....

Harap shbt tak salah tafsir knpa sy tulis post nie.....tp, permintaan terakhir sy, sy mohon doa dari shbt agar nikmat kesihatan sy ini dapat terus di pinjam dari Dia.

Duhai shbt, sungguh, sy tak punya hadiah berupa wang atau penghargaan lain, cuma ikatan ukhwah ini akan dirindui sampai bila2.

Terima kasih utk semua insan yang telah 'berpayah' dalam membantu sy...
Sy akan ingt jasa kalian....Hanya Allah yg mampu membalas..Semoga ukhwah ini diberkatiNya..




p/s: andai la ada pihak yg mmbaca post ni, dan tertnya, ujian apa yg ditimpa pada sy nie...simpan je la soalan tu..sy takkan menjawab...biar la apa yg tersurat di sini penceritanya, maafkan sy ye...

Thursday, July 2, 2009

**Siapa aku??**

Tibe2 je teringat kata2 senior sy..

"Antara cara mudah nak kenal Allah adalah dengan mengenal diri kita dulu..sebab kita diciptakan oleh Dia"

Tika dan saat ini, sy x mampu memahami diri sy seadanya...kadang kala, sy mampu tersnyum dengan seikhlas hati..

Tapi, banyaknya sy tersenyum di wajah tp tidak di hati. Hati sy lebih banyak menangis...

Kadang-kadang, sy ni jenis gile2, kadang-kadang 'berlagak' macam baik je, kadang-kadang senyap sepi membawa diri..

Siapa sy sebenarnya???Adakah itu memang tanda sy tidak mengenal Penciptaku??

Siapa yang tak gentar jiwanya, siapa yang tak menangis bila memikirkan soal ini??

Sahabat, ingatkanlah sy tika saya leka dari mengingati Dia....sebab Dia yang selayaknya untuk diingati setiap masa dan ketika....

Aku terlalu lemah Ya Allah....peliharalah hamba-hambaMu...

**Pilihan di hati kita..**

Syahdu sungguh halwa telinga kali ini
Terasa damai mendengarnya
Terasa hiba tatkala kalimah ALLAH dilafazkan
Di adun muzik backround yg lembut

Terpana diri aku
Kalimah suci ni...
Kalimah yang dulu menjadi kebiasaan 'kami'
Tapi kini???
Ke mana??


Kalimah ini selalu aku dengar
Betapa sakitnya diri bila mendengar
Kerana baru tersedar...
Aku tak layak hidup di bumi ini
Allah..Allah...Ya Allah....

Macam mana lagi aku nk menjerit...
Macam mana lagi aku nak bagi tahu semua..

Aku terlalu kesepian sekarang
Aku keseorangan di sini...
Aku kehilangan 'seseorang'
yang amat aku percaya....

Ya Allah,
Ampunkan aku...
Moga kalimah itu
Mampu merawat 'sakit' ati
yang aku alami ini...

Maafkan aku bila aku di luar
garisan kesabaran...
Maafkan aku bila aku di luar
garisan rasional..
Maafkan aku bila aku di luar
garisan kemaafan...

Allah....Allah..Ya Allah...
Bantulah shakinah sukardhi ini...




Wednesday, July 1, 2009

**Belajar erti kesabaran**

Salam, durian oh durian.....

Semalam..sy sekeluarga bertolak pulang ke kampung kami yang terletak di Maran, Pahang je. Perjalanan yang mengambil masa cuma 90 minit....kire brape jam tu kah...

Kali ni, perjalanan kami sunyi skit sebab takde apa sangat yang kami bualkan dalam kereta. Biasanya slot dalam kereta ni, mama yang akan take over untuk tanya perkembangan anak-anak dia..tapi mama penat sgt semalam, sian mama.

Sejak abang terlebih kemahiran bawa kereta ni, setiap kali kami nak gerak mana2, abang yang drive, abah dah duduk sebelah je...biar la abah rehatkan...

Sampai dalam kul brape x pasti dah..cuma main point yg sy nak share kali ni kes....DURIAN...

Apa kaitan durian dengan tajuk post nie??? Mungkin ada yg boleh teka dah kan.. Selari dengan musim durian masa sekarang nie, jadi kami pulang ke kampung utk menikmati nikmat Tuhan yang amat istimewa nie.

Pembuka selera kami adalah laksa...memang sedap.

Sepupu sy yang memulakan sesi makan durian...abang gi pilih durian kat garage kereta kat luar. Biasa je time tu, takde perasaan...

Bila bermula turn sy makan, sy nekad nak buka sendiri durian tu. Baru rasa nikmat bile buka sendiri.

Tapi, cubaan pertama sy mengambil masa yang boleh tahan lama sebab memang tebal kulit durian tu. Tak tipu, memang tebal. Masa tu memang dah geram dan kes durian tu juga buat saya hampir putus asa.

Sepupu sy, " Ina, sabar...sabar....muka macam dah geram sangat tu...durian tahun ni semua susah nak buka..,"

Time tu lega skit, oo..kira bukan kes sy salah buka la, memang kulit durian tu yang prob.

Sambil buka tu, kepala sy menerawang.... Teringat Prof Izi dulu time kat Cameron Highlands, antara kata2 yang melekat dlm kepala nie, " Orang yang berjaya adalah yang berjaya mengawal EQ...emosi...paduan dengan solat..."pe kaitan sabar dgn solat??Renung2kan dan selamat beramal.....

Erm....SABAR ye sakinah.....hanya kerana nak makan durian... Durian??? Berapa ulas je yang ada dalam sebiji durian yang comel tu...tapi...disebalik susunan duri yang tajam itu, ada ilmu yang Allah ingin hadiahkan kepada diri ini..

Mungkin kes sy buka durian tu boleh di jadikan analogi untuk kenal erti kesabaran. Bukan analogi kepada insan yang x berkesempatan makan durian.. :-)

Bukan apa, kalau kerana nikmat dunia yang sikit tu, manusia boleh bersabar mencuba selagi daya, kenapa tidak kita mengaplikasi semangat sabar ni dalam mengutip bekal di dunia sana.

Sebab, 'ku akui..kelemahan diri, ku insafi kekurangan diri, ku kesali kejahilan diri (ciplak lirik nie..) bila mengawal emosi...kadang2 sy tewas dengan perasaan MARAH yang 'menyerang' diri.

Sebagai tambahan,ada hadis berkisar kes ini....
"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)


SABAR ye sakinah....sy kena sabar...sy harus sabar....

Tibe2.....

Apa komen shbt bile nampak gambar nie??Ini betul2, bukan cobaan...(dialek film P.Ramlee). Kucing ni kepunyaan sepupu sy, kucing ni di beri nama Kelabu, tp anak buah sy panggil dia Labu..adui..mcm2..

Mak sy amat tertarik dengan kucing nie. Sebab rase kelakar sgt kucing makan durian. Even manusia sendiri pun ada juga yang tak makan durian.

Ada kawan sy, dia memang takleh bau durian, bau je muntah..masa F5, dia memang tak boleh masuk bilik kami sebab ada shbt yg bawa durian...

Kucing ni memang boleh tahan juga la dia makan. Sy sempat hulurkan pada dia 3 ulas durian, yang sepupu sy bagi pada dia, sy tak kira plak.

Hasil paduan dua buah keluarga...

Ni la hasil dua buah keluarga yang kempunan durian. Ni semua hasil arwah atok dan ayah andak sy yang tanam pokok durian di belakang rumah kat kampung.

Antara yang mengajar erti kesabaran juga bila basuh tangan....sy tak sedar pun tangan sy terluka. Pedihnya....luka di tangan kanan dan kiri...

Sungguh, dalam perjalanan pulang, sy termenung dalam kereta. Betapa cantik aturan Allah.

Sedar atau tak, setiap 'peristiwa' yang berlaku ni, sebenarnya didikan untuk hambaNya untuk kita berfikir. Didikan untuk manusia menjadi positive thinker. Benar la, setiap yang terjadi ada hikmahnye..

Shbt sy yg kini belajar di Australia pernah mengingatkan sy, "Kinah, ingatlah, kita ni sentiasa belajar, di ajar dan mengajar". Simple but practical and the most important thing is, it's very realistic.

Sebut kembali tentang marah, sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

Cantiknya Islam....dari hasil kajian sainstifik, ada banyak reason kenapa kena duduk, selepas tu kalau tak hilang, baring pula...sy tak jumpa sumber tu sy dapat dari mana, tp ni la Islam, sentiasa mendahului sains yg sebenar.

Tapi, sy percaya, shbt tahu sedikit sebanyak kan kenapa bila kita marah, kena minum air ke duduk ke....rasanya ilmu itu masih segar di minda2 kita semua.

Kalau di rumah, di mata sy, mama merupakan pengamal 'petua' ini yang setia. Masa kecik dulu, mama dah pernah dedahkan perkara ni pada sy dan abang. Cuma dulu tak percaya sangat. Sakinah, bare in mind, the only solution is, back to the Quran.....

Renungan sesaat untuk kita muhasabah diri, amat bermakna kan...

Sahabat, asif sangat, sy bukan sesiapa, sentiasa melakukan kesilapan, namun masih dan sentiasa masih mencari lagi ISLAM yang sebenar.

Harap, kehadiran shbt2 dapat membantu sy....Tegur2 la sy...

Jom makan durian....hihi......

Jom berkongsi