Wednesday, December 30, 2009

**Mentari Ukhwah**


Pagi itu, mentari muncul lagi
Indah sungguh sinar sang suria
Senyuman suria membisik sesuatu
Membisik kalimah syukur pada Yang Satu
Kehangatan sinarnya memeluk sesuatu
Memeluk jasad hamba dari terus membeku
Agar hamba terus diulit rindu

Ukhwah ini diatur Dia
Kita pernah bertemu
Kita juga pernah berpisah sementara
Hanya menunggu untuk bersatu
Bukan untuk seketika waktu
Tapi Selamanya kita berpadu

Bukan tak sedar tangan menggenggam
Dek menahan rindu yang berkubu
Sungguh akan menanti saat mentari
Muncul menyinari hari kita bersama
Moga ukhwah kita sesinar mentari menyinari sahabat...

Ukhwah fillah, abadan abadaa....

Wednesday, December 23, 2009

**Buku : Berdialog Dengan Jin**

Salam perkongsian...entry kali ini, suka untuk saya mematri janji walaupun ada janji masih tergantung. Al-kisahnya, buku yang bertajuk 'Berdialog Dengan Jin' ini telah cuba sy baca tapi baru sekerat jalan gara2 saya menjadi seram membacanya.

Ada masa rasa, betul ke cerita ni, ada masa terlebih feel. Tapi, sungguh, kita tidak boleh menafikan kewujudan hamba Allah yang lain yang sama-sama menumpang di bumi Tuhan ini. Buku yang dikarang oleh Ustaz Abd. Majid Hassan yang merupakan salah seorang anak didik Ustaz Harun Din di Darul Syifa Bandar Baru Bangi.

Buku yang mengisahkan kisah benar peristiwa2 yang berlaku disekeliling beliau digarap dengan cantik bagi fahaman pembaca bersama. Lenggok bahasa yang santai membuatkan sy membacanya pun dengan rilex dengan bercampur perasaan berdebar, ingin tahu yang berkobar dan segalanya lah.

Al-kisah, ada satu malam tu, seperti biasa, sebelum tidur, ada sahaja buku yang akan ditatap untuk dibaca dalam keadaan yang tenang je kan...dan malam tu sy berada di pertengahan buku ini. Sy cuba baca buku ni semasa cuti semester baru2 ni.

Sampai part di mana ustaz menceritakan 'Petunjuk-petunjuk Gangguan Jin', sy baca dengan penuh minat....rasa teruja untuk mengenali hamba Allah ini. Saya pun baca...

A. Tanda-tanda ketika jaga
  1. bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
  2. suara berubah ketika marah
  3. mudah hilang akal,kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya
  4. berjalan terhoyong-hayang
  5. cara makannya menjijikkan
  6. berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila hendak membaca Al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang ,enghalang untuk berbuat demikian.
  7. benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za'afaran
  8. pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
  9. bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya
  10. kelupaan atau sakit kepala ketika solat
  11. tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu
  12. malas dan lemah badan (tanpa sebab)
  13. merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak
  14. denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
  15. selalu bermimpi
  16. bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, didapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya
  17. sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh
  18. suka memisahkan diri daripada orangramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati is akan hilang kepercayaan terhadap orang lain
  19. mengabaikan kerjanya, tumah, suami atau isteri dan sekolah atua universiti
  20. sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tnapa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
  21. beberpaa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat
  22. perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada maa yang lain pula ia akan keluar sedikit,
  23. suka berada lama di dalam tandas atau bilik air
  24. was-was
  25. lekas marah dan mudah melakukan kesilapan
  26. didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksuat seperti membunuh atau berzina
  27. lenguh-lenguh badan, sangat malas, dan tidak berdaya
  28. semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa
  29. merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
  30. pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.
B. Tanda-tanda di waktu tidur
  1. mimpi menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
  2. bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suata tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
  3. ia bermimpi berjalan di atas air atau darah
  4. mimpi yang berulana-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atua ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhadap jiwanya seperti ia bermimpi suatu kejaidan, kemudian ia benar-benar berlaku atau ia bermimpi sesorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku.
  5. susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring
  6. kerap tejaga tidur di waktu malam
  7. mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
  8. berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar
  9. bermimpi seolah-olah ia jatuh dari temapt yang tinggi
  10. bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan)
  11. mimpi melihat manusia yang bersifat eplik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.
Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda ketika waktu jaga maka tiada mugkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu terlah diganggu oleh jin atau syaitan"

Subhanallah...sedar atau tidak, bukan golongan manusis sahaja yang mendiami bumi Allah ini. Nak atau tidak, tidak sekali-kali kita boleh menafikan hakikat ini bukan.

Peringatan untuk diri saya dan sahabat2 semua, sama2 la terus dan terus mengamalkan al-ma'thurat setiap pagi dan petang, paling tidak, gunakan teknologi yang ada..

Salam muhasabah dari diri yang masih mencari erti hamba yang sebenar...

Tuesday, December 22, 2009

**Sehari di Bumi Allah**

(kanak2 perempuan yg berbaju biru-ieka)
(kanak2 yg sedang mencium seorang kanak kecik itu - haris)
(kanak2 yang dicium itu - menmen)
(kanak2 perempuan berbaju putih - nurul)
(kanak2 lelaki yang berada di depan nurul - azwan)
(kanak2 yang di depan sekali - syamil)

Salam kerinduan pada kedamaian tiupan angin yang tak pernah jemu mengisi ruang2 yang ada di bumi ini. Salam pengenalan buat semua sahabat....Bulan ni bulan yang paling sy tak tepati janji, sebab entry post tak seperti biasa.

Hari ahad lepas sy dn seorang shbt telah selamat sampai ke bumi UKM, Bangi...jeng2, agak sedih meninggalkan negeri tercinta dan keluarga tercinta.

Dan semalam, hari yang banyak mengajar sy tntg hidup jg la..musafir di bumi Allah..

Pagi semalam sepatutnya ada kelas, tp lecturer x masuk pun, jadi lepas kelas kami beramai-ramai menyerbu kaunter pusat pengajian kami. Banyak perkara yang nak di tanya. Lebh kurang 9.40 pagi baru kami beredar dari kaunter tu.

Coursemate ajak keluar utk mencari barang2 keperluan kami, tp sy ada janji dgn shbt2 lama.

Maka, sy pun ke seksyen 7 yang tak tahu di mana sebenarnya. Matlamatnya satu, nk gi kedai pok su, adik abah. Setelah meredah bangi dalam 20 minit, maka sampai la sy ke kedai tersebut.

Terharu....sepupuku yang cilik menyambut kedatangan saya di muka pintu kedai...mereka berebut-rebut nk salam dengan cik kinah. Masih adakah kanak2 di zaman ini yang berebut nk salam dgn insan yg lebih 'matang'?? (bukan lebuh tua.... B-) ) Persoalan tu bermain di fikiran sy.

Kami makan sama2..mula mereka tak nak makan, tp gara2 tengok sy makan roti canai telur, jd mereka pun mnta roti canai telur dgn abah mereka. Nurul, ieka, haris, azwan, syamil...itulah nama mereka.

Lepas makan roti mereka, sy suapkn pula roti sy yg masih ada...kelakar, bila tnya, nk lagi tak, mereka akan jawab tak nak, tapi bila suap je, buka juga mulut...sweet...terutama azwan dgn syamil tu..air milo sy pun di kebas mereka...haish..cik kinah nk minum apa je...

Makan punya makan, sembang ngarut2 dgn mereka (layan budak kecik kan..tp seronok)...pok su ajak gi rumah dia.. berat rasanya nak tolak sbb dia dah berkali ajak ke rumah.

Dalam kereta, ieka dgn haris naik dgn sy, yang lain naik dgn pok su. Haris duduk depan, ieka duduk belakang. Bantal yg ada dalam kereta sy di jadikan bahan utk mereka 'restling' adik beradik dlm kereta tu....sabar je la...rindu sgt keriuhan mereka.

Banyak yg sy bualkan dgn haris...tahun depan dia masuk darjah 1 dah.

"Kak shakinah, (nama penuh dia panggil sy...ades, bagus2) kenapa kak shakinah tampal kertas ni?" dia bertanya tentang doa naik kenderaan dan penghulu istighfar yang saya tampat di depan tu sambil dia membetulkan kertas tu.

"Penghulu....is..tik..far...eh, penghulu....is...tihfar..."ieka cuba menyebut dgn betul perkataan istighfar.

"Haris rasa kenapa akak letak??" sy menyoal kembali, tidak memberi jawapan yg dia mahukan.

"Ntah...."ringkas jawapan haris.

"Supaya setiap org yg naik kereta ni, baca doa tu...moga perjalanan selamat..walaupun nak gi kedai ke...,"betul ke sy jawab tu, berdebar jg sbb kanak2 ni ibarat span kan, dia org akan absorb apa yg kita sampaikn.

"Habis, penghulu istihfar tu??" ieka cuba menyebut dgn baik perkataan istighfar tu.

"Kenapa nama dia 'penghulu'?? penghulu tu apa??" mesti dia org geram, cik kinah ni, org tanya bukan nk jawab, tp soal balik...

"Penghulu tu ketua la...kan cik kinah...pemimpin" jawab ieka.

"A'ah....betul tu syg...ieka tahu tak istighfar tu apa.." soal lagi.

"Astaghfirullahalazim...."mereka adik beradik berzikir di dalam kereta sy..seronoknya dengar budak2 ni, untung pok su dgn mak su ada anak macam mereka.

Sy plak semakin seronok melayan mereka. Sambil nk ingt jalan lagi, nk elak kereta lagi sebab jalan di kajang sesak sangat time tu.

"Kenapa ieka dgn haris baca macam tu??" yeah, kita main soal2 je hari ni ye adik2..

"Abah selalu baca tu...kan kak ieka.."haris menjawab. Dia paling bongsu dn satu2nya anak lelaki.

"Tapi, tahu tak kenapa abah baca tu??" soalan demi soalan.

"Abah cakap, kita ni banyak dosa, jadi kita kena minta ampun dengan Allah. Tapi, kami kecik lagi, mana ada dosa kn kak kinah," Haris menjawab sambil memuntal bantal yg ada dlm kereta.

"Selagi haris dengan ieka belum cukup umur, dosa akan di tangguh oleh abah dgn ibu, nanti ieka dgn haris akan tanggung dosa sendiri juga. Erm...sekarang, dapat bayang tak maksud penghulu istighfar tu apa??" sy cuba bermain kata2...nk cakap baligh takut mereka lagi pening...

"Tak.." serentak mereka jwb sambil geleng kepala.

Alamak....sy ni memang la, tak pandai nk layan mereka.

"Macam ni, penghulu tu, kan kak ieka dh cakap tadi, ketua, pemimpin...istighfar tu pula di baca untuk minta ampun...jadi apa??"

"Kita baca ni untuk ampun la dgn Allah..cuma ayat ni dia ketua kepada ayat minta ampun yang lain...kan cik kinah kan," ieka jawab.

"Betul syg....tp, Allah tu Maha Pemurah...Dia sentiasa terbuka menerima taubat hambaNya. Masih banyak cara untuk kita minta ampun. Yang penting, kita kena ingat, Allah sayangkan semua hambaNya," sy cuba semampu boleh untuk menjelaskan kpd mereka.

Susah jg ek nk mendidik anak2 ni. Tak boleh rasa bosan dengan soalan2 yang keluar dari mereka. Sy memang teruja untuk bersama dgn mereka sbb al-maklumlah, takde adik kecik sbb sy ank bongsu.

Lepas tu, haris diam je....

"Kenapa haris diam??" tanya saya. Memang sy dapat fokus kpd jalan raya tu lebih, tp rasa tak best pula dlm kereta tu senyap.

"Haris pernah suruh kawan2 haris pukul kawan haris...haris dah buat dosa la kan cik kinah," mulutnya muncung ke depan, dengan muka sememek.

Ya Allah, luhurnya hati seorang budak. Telus. Sy pula yang jadi hiba, mereka masih bersih, suci. Tengah2 sy melayan perasaan tersentuh tu...terdengar haris cuba membaca penghulu istighfar tu sambil mengeja2 ayat tu, dalam arab la..seawal usia tu dia dah mampu membaca ayat tulisan jawi..sgt kagum.

"Haris nak minta ampun dengan Allah, sebab haris suruh kawan haris pukul kawan haris, haris dah buat dosa," jawapan yang tak ditanya soalan pun. Tersentuh sy...

Ieka senyap je dari tadi. Ieka agak pendiam sikit. Tapi dia amat lembut, sy dpt bayangkan, bila dah besar nnti, dia jadi seorang muslimah yg sgt disanjung tinggi dengan akhlaknya, peribadinya..sangat menyentuh hati.

Sambil2 tu mereka berbalas lambaian dgn adik mereka yang berada di dalam kereta abah mereka di depan. Macam2 aksi mereka melambai..risau sy brek mengejut je.

Setelah tiba di rumah mereka, mereka semangat membuka pintu, punya nak saya masuk. Macam2 budak2 ni. Ibu mereka yang memang ada di rumah menyambut sy di muka pintu. Terharu sangat sebab diraikan sebegitu.

Masuk2 je nurul tarik sy suh duduk atas kerusi. Duduk kejap, kemudian lari ke dapur, nk cari kerja. Tapi, sy tak dibenarkan buat apa2 kat dapur tu...maka duduk bersama kanak2 itu main kereta bomba, layang cd kartun...lama tak jadi kanak2.

Tunggu punya tunggu sambil main dgn kanak2 tu, kami makan pula dan lepas makan sy pulang ke kampus kerana ada janji yang perlu di patuhi.

Sebelum balik, haris datang kat kereta sy. Dia naik duduk sebelah driver. Mak ayah dia dah panggil sebb risau haris nak ikut sy balik ke bangi je.

"Cik kinah, jom kita baca doa naik kete..nanti cik kinah boleh sampai dengan selamat ke sekolah cik kinah," pinta haris setelah pintu kereta ditutup. Sekolah?? Dia panggil kolej sy sekolah...haris..haris...budak2 kan.

"Jom..kita baca sama2.."sy baca doa tu dia ikut. Kelakar jg la, sebab masa baca doa tu, dia tutup mata, muka menghadap ke atas, menampakkan kesungguhan si cilik ini. Kelakar sebab macam2 karenah kanak2 tp tersentuh sebb dia turut sama mendoakan keselamatan sy.

Lepas baca doa, dia turun balik, gi kat ibu dia.

"Ibu..ibu...haris baca doa naik kete dengan cik kinah. Nanti kita naik kete abah, kita baca doa tu ek..,"bahagianya hati seorang ibu bila anaknya berkata begitu.

Maka, pulanglah sy ke kampus yang dirindui ini.

Tak sedar air jernih keguguran..rindukan mereka. Saja sy biarkan bantal tu bersepah dlm kereta sbb nk kekalkan kesan mereka main tadi, biar jadi kenangan utk sy.

Sy menelefon shbt sy di kampus utk bersiap sbb kami akan ke sebuah shopping complex di serdang, ada 'reunion' sekolah lama di sana. Sy yg dah sememangnya lewat, akan lebih lewat kerana kami ingat2 lupa jalan nk ke sana.

Sampai2 je kami solat zohor, kemudian makan...bila dah lama tak jumpa, muka masing2 dh berubah, lain sangat. Tapi, alhamdulillah, nama saya masih diingati mereka...terharu

Semasa kaum adam main bowling, kami kaum hawa pusing2+jalan2 meninjau bangunan tersebut, ada yang cari barang, beli itu ini...yang wajib sy beli ialah slipper toilet, itu pesanan rum8.

Tp, ntah la, sy tak pentingkan nk beli apa, yg pntg masa kmi bersama. Ada yg selalau jmpa, ada yg tak pernah jmpa lepas spm la, ada yg x pernah jmpa lpas pindah sekolah la...even rumah sebelah taman je...

Macam2 yg berlaku di sana....

Dalam perjalanan pulang dari UPM ke UKM, sy dn shbt sy mengisi perjalanan pulang kami dengan sesi air mata. Ada kisah perjuangan seorang sahabat kami yang Allah uji jauh lebih hebat dari kami, tp dia begitu tenang menghadapi ujian itu. Kami sama2 muhasabah diri.

Tak terkejutkan, insan yang Allah uji dengan ujian lagi hebat tu lah yang jauh lebih berjaya. Walaupun sahabat kami itu tidak dapat menikmati zaman remajanya seperti orang lain, tak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya seperti orang lain, tp kini dia jauh lebih berjaya dari orang lain.

Very humble, lemah lembut, tp mantap jati diri.

Bila dengan sepupu cilik sy tu, rasa seperti Allah nk peringatkan sy tntg sesuatu. Benarlah, anak2 adalah permata berharga anugerah Allah untuk semua ibu bapa. Siapa sy hari ini adalah asal daripada ibu dan bapa sy, tapi apa yg dh sy buat untuk mereka??

Recall semula sakinah....refresh balik...

Salam muhasabah..salam perkongsian dari diri yang jahil ini.

p/s: anak2 adalah hadiah dari Allah...






Tuesday, December 15, 2009

**Dialog Bersama Hati Ibu**


Salam kerinduan pada cinta hakiki. Terlalu lama tidak menyentuh blog tercinta ini, gara2 daku 'diboikot' di rumah ini dari menggunakan internet..macam2.

Sepanjang cuti ni, sy disibukkan dengan beberapa hal, dan amatlah tak seronok bila takde apa yang nak di buat. Paling banyak tentulah menjadi pembantu kepada ibu tercinta. Hampir setiap hari saya akan ke hospital untuk berada di sisinya. Dan al-kisah, ada suatu hari mama mengajak saya untuk melawat wad2 yang ada untuk mengemaskini maklumat pendidikan pesakit.

Jalan punya jalan, mama mendekati seorang nenek ini yang terbaring di atas katil keseorangan. Ikuti perbualan kami...eksklusif ni utk shbt2 semua..

"Assalamualaikum mak cik, mak cik sihat hari ni??" sapa mama

"wa'alaikumussalam mici, sihat sikit rasanya..." rilex je nenek tu jawab, mukanya jelas pucat.

"Sy saja je datang sini...takpelah, mak cik rehat ye, saya nk buat kerja saya skit," simple je mama tegur nenek tu.

Tak pasal-pasal saya yang pergi ke arah nenek tu.

"Nama siapa??"sapa nenek tu dulu

"Sakinah nek..,"

"Anak mici tu ke??" duga nenek

"A'ah...anak mici tu..." sy semakin merapati nenek tu.

"Datang dengan siapa je? Suami tak ikut sekali ke?" nenek tu cuba ramahkan diri.

Hah??suami??muka macam ni macam orang dah kawin ke??

"Atau minta suami jaga anak sekarang ni??" tanya nenek lagi, belum sempat sy jawab soalan pertama dah di sambung soalan cepu emas ni...alamak....selamatkan diriku..

"Takde la nek, saya belum kawin lagi, masih belajar, siapalah yang nak kawin dengan saya.." saya membuat ayat sedih...

Nenek tu hanya membalas dengan senyum tawar. Kemudian dia memalingkan mukanya ke arah pesakit di sebelahnya.

"Sakinah nak tak jadi seorang ibu?" soalan mantap tu.

"Siapa tak nak nek, ada rezeki Allah, ada la untuk saya," sy dah berdebar, soalan2 yang ditanya sangat mencemaskan diri sy. Kenapa sampai ke tahap macam ni??

"Nenek nak panggil apa ye....panjang la nak sebut nama sakinah,"

"Panggil saya ina je nek," ringkas je jawapan saya.

"Ina tahu tak, nenek masuk hospital sebab darah tinggi dan sakit jantung. Dulu nenek sihat, sebelum arwah suami nenek meninggal, nenek kuat. Tapi, lepas arwah suami meninggal, nenek jadi macam ni," nenek tu cuba bercerita denganku.

Saya dah menjadi serba salah. Insan yang baru kukenal berapa minit ini tibe2 bercerita denganku tentang kisahnya. Erm...rasa nak lari pun ada. Takut mengganggu pesakit je sebab itu bukan masa ada pelawat.

"Anak2 nenek tak berkara (bercara la...) ke nenek dah. Bila nenek cakap, mereka dah berani melawan. Dulu masa arwah ayah mereka masih ada, mereka tak macam ni. Sebab tu nenek dapat darah tinggi tibe2, sebab selalu naik angin dengan anak2. Nenek tahu, nenek memang garang, nenek tegas dengan dia orang, tapi semua tu untuk kepentingan mereka, kalau tak mereka takkan berjaya macam sekarang," panjang nenek tu bercerita.

"Ina rasa mak ina tu garang tak??," soal nenek, mungkin mengharapkan respon dari sy, kerana senyap je mendengar kisahnya.

"Bagi saya, mama tak garang tapi tegas, dia sangat disiplin, kenapa nek?"jeng...sy semakin hairan dengan soalan nenek.

"First time nenek tengok muka mici, nenek rasa mcam tengok diri nenek sendiri. Nenek dapat rasa 'ketegasan' yang ina maksudkan dalam diri mici. Cara dia berinteraksi dengan rakan sekerja, dengan pesakit, sangat berbeza. Cara dia berjalan...nampak siapa diri dia.." uih, maknanya nenekni bukan sebarang orang la dulu. Sebab ayat2 dia ni semacam je, duga di dalam hati kecil sy.

"A'ah...dengan anak2 mama memang tegas, tapi cara mama layan arwah nenek dgn atuk dulu, sgt lembut," sy cuba mengimbau kenangan lalu.

"Sebab tu nenek kat sini. Anak2 nenek tak dpat terima cara nenek. Mereka salah tafsir cara nenek didik mereka...mereka dah besar kan..."

Belum sempat nenek menghabis kan ayatnya, mama dah panggil untuk turun ke wad lain pula. Tapi....sebelum saya berlalu, nenek tu ada pesan sesuatu...

"Nek, ina kena turun dulu ni, mama dah panggil," sy cuba undur diri

"Ina, kalau mici tu marah ina, ina jangan ambil hati ye, selagi tak salah dari hukum agama, ina jangan permah ambil hati. Ina, ingat nenek nak cakap nie..." sy ni sensitif skit, bila nenek tu cakap macam tu, sy dh sebak, air mata ni tunggu masa je nak banjir.

Kata-kata nenek tu sebelum sy turun ke tingkat lain saya tulis dalam bentuk di bawah...

"Kata nenek....
ina, ibu sayangkn kita sejak di alam kandungan lagi.
ibu bersusah sejak melahirkan kita lagi.
ibu tidak tidur sejak kita kecil lagi.
semuanya sebab kasih sayang.

Kerana kasih sayang itulah,
dia bangun pagi siapkan makanan kita,
dia bangun pagi siapkan kerja rumah,
dia bangun pagi membasuh segala baju kotor,
dia siapkan semuanya sendiri.

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya terkena minyak panas
demi menyediakan makanan utk keluarga tercinta,

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya dihina jiran kerana
terlalu kerap meminjam wang utk
biayai pelajaran anak-anaknya

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya dimarahi anak-anak
yang sedang membesar di depan matanya

Kerana kasih sayang itulah,
dia jatuh basikal semasa ingin mengambil anaknya
pulang dari sekolah

Kerana kasih sayang itulah,
dia pendamkan kesengsaraanya dari
pengetahuan anak-anaknya
agar anak-anaknya hidup mulia bermaruah.

Tapi,
bertahun kisah itu berlalu,
terlalu mudah anak-anak menyimpulkan ibu ini."

"Ina kena jadi anak yang baik...jadi isteri yang baik...nenek doakan moga dapat jadi ibu yang baik juga...."tulus nenek itu. Air mata saya tersembam juga di bumi Tuhan ini.

Sebelum turun, saya bersalam dengan nenek itu, dan apa katanya...

"Tangan ini pernah mendukung anaknya, moga tangan yang menyambut salam ini yang mendukung jenazah ibunya dan mendoakan ibunya," lagi berguguran air mataku...sangat menusuk jantung dah tembus ke belakang badan dah rasanya...terlalu mendalam.

Semasa turun tangga, sy sempat bertanya mama background nenek tu. Mama kata dia ditinggalkan di rumah orang tua di pekan ni oleh anak-anaknya. Semasa muda nenek itu seorang guru, pendidik di sebuah sekolah menengah. Semua anak-anaknya memiliki ijazah, tapi masing-masing mementingkan keluarga mertua selepas arwah ayah mereka meninggal.

Rasa macam dalam filem pun ada. Macam tak percaya saya berdepan dengan kisah ini.

Sungguh, jika nenek itu bukan seorang guru sekali pun, bagi saya dia tetap seorang murobbi yang unggul kerana telah berjaya mendidik anak-anak2nya sehingga ke menara gading.

Salam renungan dari diri yang jahil ini.

Thursday, December 10, 2009

**Curangkah aku??**

Entah kenapa diri ini dirasakan curang
Curang pada sesuatu yang tak pasti
Sesuatu yang selalu menjengah diri
Tapi tiada jawapan yang ditemui
Apakah sesuatu itu??

Mama, abah, ayen.....
yup, itu insan yang aku curangi
Aku curang terhadap kasih sayang mereka pada aku

Ya Allah, Engkau lebih tahu isi hatiku,
Kau berilah aku kekuatan,
Kembalikan diri aku yang sebenar...

**Diari Sepasang Mata**

Hari ini aku dibawa melihat kebesaran Allah oleh abah, ayah kepada badan yang aku tumpang ini. Abah membawa ina menaiki motor, memang hajat ina pada petang itu untuk menunggang motor, tapi tak sangka pula ajakan abah lebih dahulu sebelum dia memulakan langkah.

Aku melihat setiap satu yang singgah di korneaku ini. Segala prinsip pantulan dan biasan aku praktikkan dengan baik, ditambah pula aku di bantu oleh cermin mata yang ina pakai ini. Ya, cermin mata yang ina pakai ini digunakan untuk menapis cahaya matahari selain hakikat rabun. Kalau tak silap aku, nama cermin mata yang ina pakai ini, kacanya itu fotokromik..campuran.

Cantik sungguh hutan yang masih tersusun di belakang perumahan ina ni, aku cuba menikmati setiap satu agar saat perubahan di lakukan, aku masih dapat mengimbau kehijauan yang pernah menghuni di tempat ini. Agar sahabatku dapat terus menghidu kesegaran alam ciptaan Allah ini.

Aku dengar abah ajak ina pergi pasar malam di IKM tu. Selama ina cuti, tak pernah rasanye dia berpeluang ke mana-mana pasar malam. Ina memang sangat seronok, apatah lagi aku. Aku adalah amanah Allah untuk ina gunakan sebaik mungkin, untuk melihat segala benda baik.

Bila tiba di pasar malam, tak cukup sepasang rasanya diri aku ini, ina seolah nak lihat semua benda yang ada di situ. Walaupun pasar malam itu kecik, tak sebesar yang aku pernah lihat di bangi, tapi ntah kenapa perasaan seronok tu lebih.

Ina berjalan, dia tak sedar dia dah ditinggalkan abah, abah dah jauh ke depan tapi ina masih kusyuk melihat itu dan ini. Rasanya aku berpusing 180 darjah untuk memenuhi permintaan ina tu.

Aku ternampak seorang kanak-kanak yang aku anggarkan usianya dalam 6 tahun mungkin. Di bahunya, disilangkan tali rafia yang di pinggangnya terikat kemas beg-beg plastik yang masih belum digunakan. Kanak-kanak itu setia menunggu di tepi longgokan ikan yang mungkin di empunya oleh bapanya.

Kenapa aku rasa diri aku berair...ina, ina menangis ke?? Ina terus membawa aku melihat benda lain.

Kemudian, aku melihat beberapa anak muda yang sibuk menjual lampu barangkali tapi yang di ubah suai bentuknya supaya lebih flexible kegunaannya. Bersungguh sungguh anak-anak muda ini. Kalau mama ada, tentu mama sangat bangga tengok anak muda melayu Islam membuat kerja begini.

Mulut mereka tidak henti mempromosikan barang-barang mereka. Malah, dari masa ke semasa, makin ramai manusia yang berkumpul di depan pemuda-pemuda itu untuk mendengar 'hujah'nya.

Aa.....aku ternampak kedai kek. Aku tahu, ina sangat suka kek, semua kek ina ni makan, tapi ina macam tak beli je kek tu. Aku kagum, mata penjual kek tu senyum padaku, aku membalas dengan senyuman juga, tapi, aku jadi kesian padanya. Argh....mungkin rezekinya dari orang lain.

Ina jalan lagi dengan abah. Aku ternampak satu lagi makanan kegemaran ina, ikan masin. Ina memberitahu abah yang ina nak membeli ikan masin balung ayam tu, sebab dah lama sangat ina tak makan ikan masin kegemarannya itu. Tapi....

Aku ternampak si penjualnya. Seorang lelaki tua yang setia dengan tong cat sebagai tempat duduk. Jika di fikir logik, lelaki seusia itu seharusnya menikmati usia emas mereka dengan berehat di rumah bersama anak cucu, tapi, kenapa pak cik ni masih di sini??

Sekali lagi aku rasa diri aku berair. Ina...jangan nangis....

Ina patah balik sebab dia tak sanggup untuk membiarkan aku terus memandang pak cik itu. Dia berarah ke kedai keropok.

"Dik, bagi keropok mentah ini 2 batang, dan keropok ini 3 ringgit," itu request ina.

Adik??ye, kanak-kanak juga yang ada di situ. Si ibu sedang melayan pelanggan yang lain sambil berulang alik ke kuali panas di belakang. Kanak-kanak ini setia menemani ibunya, menemani ibunya dalam mencari rezeki. Tidak......aku rasa seperti nak menjerit je.

Kemudian ina dan abah balik. Mereka lalu jalan yang sama untuk pulang. Sekali lagi aku disantap dengan ciptaan Allah yang sungguh tak terkata indahnya. Mungkin pada pasangan mata lain akan mengganggap ia pemandangn biasa, tapi tidak jika kita cuba melihat dengan mata hati sekali.

Sesampai di rumah, sebelum ina menutup pagar, seorang kanak-kanak membawa basikalnya dengan laju di depan rumah ina. Dia menggangkat tayar depan basikal. Rumah ina ni depan jalan utama dan paling hujung, jadi memang petang-petang tak sunyi dari aksi sebegini.

Adakah ini generasi pelapis mat rempit masa akan datang?? Mat rempit versi 2020??

Aku dipalingkan dari melihat kejadian itu, gara-gara ina trauma dengan kisah ina masa kecik dulu. Yang pasti, aku seronok sangat hari ini sebab Allah izinkan aku melihat kebesaranNya dengan tuan badan yang aku diamanahkan ini.

Terima kasih Ya Allah.

Wednesday, November 25, 2009

**Jom Tanya Ustaz**

Salam muhibbah dari hari yang terus menyinari semua hamba2 yang terus beriman di bumi Allah ini. Macam mana dengan masa sahabat sekarang? Masih berkelapangan atau ala2 semput macam sy??

Kita masuk ke bab yang sebenar, baru2 ni, sy berkesempatan untuk meeting bersama sahabat2 dari Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di Kuantan pada ahad malam di IKIP utama. Meeting pada malam tersebut turut dihadiri Ustaz Khairul Anuwar Bin Abu Bakar, penyelaras MAMPAN.

Dalam meeting tersebut, terdapat beberapa agenda yang kami bincangkan, tpi bukan itu persoalannya di sini. Apa yang menarik perhatian sy tentang persoalan yang ustaz timbulkan tentang 2 soalan. Yang mana soalan2 ini diutarakan oleh kaum orang asli.

Al-kisahnya, dalam mengislamkan golongan orang asli, memerlukan pelbagai pendekatan, pelbagai medium untuk kita selami mereka. Tambaha pula, masayarakat asli hari ini bertambah kehadapan sedikit corak pemikiran mereka.

Ada seoang hamba Allah ni bertanya pada ustaz, 2 soalan. (ni ustaz anuwar yang ceritakan pada kami...)

Soalan pertama, sebagai orang Islam kita kena percaya Tuhan itu ada, wujud, tapi, tuan pernah ke tengok Tuhan...

Soalan kedua, kenapa orang perempuan tak boleh jadi imam??

Jeng2......

Suasana dalam bilik mesyuarat tu menjadi hangat sebentar. Ustaz cuba melobi soalan tu pada kami semua. Ustaz menegaskan pada kami, orang asli perlukan jawapan yang memerlukan logik akal..dia orang tak nak jawapan guna hadis ke ustaz tu kata ke ...dia perlukan macam bukti untuk dia percaya.

Puas juga kami memikirkan nya. Bilik mesyuarat tu senyap seketika. Andai sahabat2 diajukan oleh orang asli soalan yang sama, bagaimanakah shbt akan memberikan jawapan??

Ada shbt kami yang cuba menjawab soalan ke2...ustaz, kalau perempuan jadi imam, mesti la dia baca suara halus je, kemudian makmumnya pula lelaki, bila dah habis baca al-fatihah tu, masa sebut amin tu, kan dah garau jadinya..takut nanti terkejut..(shbt tu siap buat demo suara tu)..

Betul juga ye...

Kemudian sy pula mencelah, ustaz, untuk soalan yang pertama tu, kita guna analogi tampar tu boleh tak?? rasa sakit pun tak boleh nampak..tapi rasa pula sakit, nak tunjuk tak boleh.

Ustaz tidak menidakkan jawapan2 yang dilontarkan, tapi, dia menegaskan sekali lagi, orang asli perlukan jawapan yang boleh tercapai akal mereka sesuai dengan kehidupan mereka yang sangat patuh kepada kepercayaan yang boleh dilihat, dirasa...

Akhirnya, ustaz menceritakan kepada kami...

Untuk soalan pertama, kita tanya dia semula. Dia pernah tak jumpa moyang dia?? Tapi macam mana dia tahu dia ada moyang?? Mesti dia jawab, atuk dia pernah jumpa. Tanya lagi, atuk dia perna tak jumpa atuk kepada atuk dia?? Moyang kepada atuk punye atuk?? pernah tak?? Tapi macam mana dia tahu dia ada atuk, moyang, atuk kepada moyang, moyang kepada moyang dan segala bagai la....

Dia sendiri tak pernah jumpa kan, tp dia boleh percaya kewujudan salah silah dia apa semua. Jadi sama macam konsep ketuhanan ini.

Sekali dengar, agak kelakar, tp ini cara psikologi dengan orang asli, mereka perlukan contoh yang kalau boleh dari persekitaran mereka sendiri.

Untuk soalan kedua, kenapa perempuan tak boleh jadi imam...Kaum perempuan ni kan ada kelebihan iaitu diberi peluang untuk mengandung, jadi kalau perempuan mengandung jadi imam, macam mana dia nak sujud?? takut nanti tersungkur ke tergolek ke..cuba bayangkan perempuan mengandung nak sujud, kesianla kat dia...

Suasana dipecahkan dengan gelak tawa ahli mesyuarat...jawapan yang sangat 'comel' ustaz berikan untuk soalan tu.

Kalau kita, mungkin akan ada lagi hujah untuk kita tingkah alasan tu, tp dalam medan dakwah, we have to be in their shoe....bukan mudah untuk menerjunkan diri dalam bidang dakwah ni kan, moa kita terus menjadi 'duta' Islam di mana sahaja.

Salam perkongsian untuk bersama....

**Lambaian Hati Sempena Cuti**

Salam percutian buat sahabat2...mungkin ada yg baru je menjejakkan kaki di rumah masing2, ada juga yg dh berminggu2kn...dn ada shbt yg masih belum berpeluang untuk cuti...setiap dari kita memang berbezakan....

Al-kisahnya, terlalu lama x update blog ni. Banyak benda sbnrnya sy nk kongsi dgn apa yang dah sy lalui selama hampir dua minggu di rumah ini.

Jumaat lepas, sy berkesempatan 'shopping' dengan mama di pasaraya yang dekat dengan rumah. Bukan shopping apapun, sekadar membeli barang dapur. Gara2 kes takut banjir, jadi mama cuba sediakan semaximum mungkin bahan2 dalam rumah ni agar kami tak kelaparan....

Beratus juga habis time beli barang tu...penuh juga la satu troli kami beli barang dapur. List yang sy tulis tu, alhamdulillah semuanya dapat di cari dengan mudah walaupun cuaca sentiasa disimbahi air hujan yang tiada henti.

Lepas beli barang, kami ke pasar malam atau nama manjanya, 'pekan sari' yg terletak di seberang jalan rumah kami. Jalan punya jalan, tersinggah kat kedai seorang anak muda ni, kedai mini murtabak.

Time nak beli tu, memang tak tahu siapa yang jual sebab tiada siapa pun yang jaga gerai tu, tibe2 datang seorang anak muda yang lebih kurang sebaya denganku bertanya,

"Mak cik, nak beli?? Ada inti sardin, kentang, daging, ayam..nak yang mana??" sapa pemuda itu ramah sekali kepada mama.

"Mana yang paling sedap...berapa ni dik ye?" mama cuba minta pandangan pemuda itu sambil berkira-kira.

"3 keping RM2 la mama, ada tulis tu kan.."sy memberitahu mama, sebab ada kain rentang besar di belakang tu...mama tak perasan.

"A'ah la dik...macam ni la, bagi mak cik yang ini kentang RM4" mama memberitahu pemuda itu.

Sedang pemuda itu membungkus, mama asyik bersembang dengannya. Dari maklumat yang mama bualkan tu, dapatlah kami tahu bahawa baik kulit mini murtabak itu, baik intinya semuanya pemuda itu yang buat sendiri.

"Saya belajar dengan orang mak cik buat semua ni. Baru nak mencuba. Dari duduk rumah tu, baik saya berniaga. Lagipun, seronok tengok orang datang beli rezeki dengan kita, rasa puas sangat dengan usaha sendiri," luah pemuda itu.

"Adik sorang je ke?" mama terus bertanya.

"A'ah..sy sorang je..senang je jual ni, jadi tak perlu la pembantu,"

Pemuda itu berusia 20 tahun...(sebaya dengan sy tu rupanya), dia baru berhenti kerja di kilang dan belajar membuat mini murtabak tu dengan kawan ibunya, tiada siapa yang paksa. MasyaAllah, besar sungguh rezeki Allah ni, ada je di mana2.

"Baguslah dik, jual elok2, jangan menipu, jujur la sejujurnya, nanti boleh la ajak kawan2 yg lain tolong sama, boleh pelbagaikan lagi inti ke.....tolong la selamatkan bangsa Melayu dik, jaga nama baik pemuda Islam," itu pesan mama kepada pemuda tersebut sebelum kami beredar.

Terdetik perasaan yang sangat kagum pada pemuda itu. He is an ordinary person, but trying to be extraordinary in order to improve himself. Moga usaha pemuda itu dalam keberkatan Allah.

Hari sabtu, lebih kurang jam 10 malam, mama dan abah memberitahu kepada sy yang mereka tidak menggalakkan sy untuk ke USIM pada keesokkannya untuk mengikuti Konvensyen Pendakwah Muda 09...lenggok bahasanya, sangat menyentap sy, tp takpe la, sy redha, ada sesuatu yg lebih baik utk diri sy....menangis juga depan mak ayah sbb teramat nk pergi konvensyen tu.

Kata mereka, cuaca seperti sekarang ni sangat mencemaskan mereka, sebab sy akan memandu sendiri dari pahang ke UKM dan ke USIM, jadi mereka bimbangkan keselamatan anak daranya ini...

Ayat sahabat sy, "Kinah tu dah la satu2nya anak dara dlm family, and even kalau ada anak dara lain sekalipun, tentu parents akan risau kan...kenapa mesti nak pertikaikan lagi,"

Ni kes saya meluahkan kesedihan sy pd shbt tu...time tu memang sy dengki dengan abang, sbb abang boleh ke mana je...apapun, sy memang tak patut fikir macam tu kan..

Ahad petang pula, sy dapat panggilan untuk ke IKIP di Kuantan atas suatu urusan, agak tergesa-gesa sy ke kuantan bersama2 bbrpa shbt baru sy kenal dn dh sy kenal.

Serba salah dibuatnya, sbb lepas satu, satu sy minta dgn parents untuk ke sana ke sini. Kali ini mereka izinkan sy untuk ke Kuantan...cuma abang yang tak izinkan, dia 'dengki' dengan sy...

Dan malam ni, saat entry ni di taip, sy baru selesai menonton program khas di tv3, Labbaikallah Istimewa Sempena Aidiladha...sedihnya rasa.

Tetamu Allah...ntah bila giliran sy untuk menjadi tetamu Allah. Bukan kali ini, malah sebelum2 ini pun banyak kali memikirkan hal ini. Mama kata, kami akan ke sana sekeluarga dalam tempoh terdekat ni, 4,5 tahun lagi, tapi, saya rasa tak, sebab duit simpanan mama pernah dikeluarkan untuk suatu urusan keluarga yang sangat genting dulu..kesian mama dengan abah.

Time tengok tv tu, sy teringat cerpen yang pernah diemailkan oleh sahabat sy yg sedang menuntut di Australia skrg. Cerpen yang mengisahkan suami isteri 'berdating' di Masjidil Haram, jalan cerita yang sangat sweet, masing2 meluahkan rasa cinta dengan sebenar-benar cinta di hadapan Ka'abah.

Sehinggakan, sy tidur, bermimpikan kisah tu, ala2 berangan, sy pula yang 'berdating' dengan suami di depan Ka'abah. Yup, memang, itu sebahagian angan2 sy, nk 'berbulan madu' di sana dengan keluarga yang tercinta...

Sy tertarik dengan persoalan yang Datuk Abu Hasan Dik Al-Hafiz persoalkn dalam prgrm tersebut, " Kenapa kita mengelilingi Ka'abah?? sebuah bangunan yang diselimutkan dengan kain hitam, Kenapa kita bertawaf??"

Persoalan yang cukup menarik perhatian sy. Tergerak sedikit demi sedikit otak ni sebentar. Apa yang terlintas dalam kepala sy time tu adalah hikmah tawaf dari segi saintifik, gara2 baca buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin, yang tiada kaitan dengan soalan tadi.

Erm...agak2 shbt la, kenapa ye kite kena lakukan tawaf...pada bangunan yang diselimuti kain hitam...memang kita mengatakan itu rumah Allah, tp macam mana tu perkaitannya...sama2 kita fikirkan...

Bukankah Allah berada di mana2, jadi bukan ke Ka'abah tu boleh je letak kat mana2..tp kenapa kat situ...amik masa, tarik nafas, hembus nafas..nikmati sehabisnya nikmat udara yang diberi pinjam ini, kemudian cuba renungkan bersama2 betapa besarnya natijah yang disediakan untuk renungan bersama ini.

Tak sedar, hari demi hari yang dilalui, kita semakin dewasa. Ntah sempat ntah tidak kita merasai menjadi tetamu Allah. Sy percaya ada di antara kita yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci di usia muda sebab ada sebahagian sahabat sy sememangnya berpeluang sedemikian, tp itu tidak sama sekali menjadikan kita untuk berada di luar radar taubat kan..

Bila diimbas, masih terlalu banyak dosa sy yang membentukkan titik2 hitam di hati ini. Bukan senang untuk melawan nafsu yang mewarnai dunia ini.

Sahabat, maafkan sy, entry kali ni lebih kepada luahan hati, 'laporan' aktiviti sy, mungkin terlalu sedikit perkongsian dalam entry ni....untuk lepaskan rindu..

Akan sy cuba untuk mencuri masa lagi untuk berkongsi entry yang pernah sy janjikan dulu, perkongsian prgrm perkaderan dakwah, plus perkongsian buku 'Berdialog Dengan Jin' yang sy baru berhenti baca....haiyya biina ila...mardhatillah...


Tuesday, November 17, 2009

**Tali & Gantung**



[baca dengan nada berpidato]

Ini bukanlah coretan utk mengalahkan sinopsis cerita Gol & Gincu, ini juga bukanlah acara hukum dan gantung, jauh sekali pengkisahan Elyana dan lagunya 'Main Tarik Tali', tapi ia adalah sebuah coretan perkongsian tentang tali & gantung, adakah sama dengan tali gantung??

Jangan diserabutkan minda dengan kata2 itu, jangan ditukarkan laman blog ini ke laman blog lain, terus dan terus lah membaca untuk kita sama2 berkongsi.... Berkongsi utk suatu definisi, yg mungkin mencetus kontroversi di kalangan mahasiswa mahasiswi.. Nah, ini lah wadah luahan empunya mimpi...

(mengigau jap hari ni, tibe2 teringat teks pidato juara kebangsaan 2006, shbt dari terengganu, maaf ye...senyum :-) jangan ambil serius ye ayat2 sy tu....utk menceriakn diri)

Salam perjuangan Islam buat shbt semua, Salam kemaafan juga yg kupinta. Bagaimana keadaan shbt2 buat masa ini ye?? Maaf sgt2, awl2 entry sy dh mengarut2..tibe2 teringat, tu yg 'mengarut' tu....

ok, jom serius kembali...rasanya dari tajuk saja shbt2 dh tahukn apa yg sy cb maksudkn. Tajuk entry ni terlintas dlm fikiran sy lepas menaip entry 'Ku Mencari Sakinah', gara2 tersedar sekejap tentang sesuatu...akan di detailkn selepas ni.

Sejak di tingkatan 2, sy mendengar perkataan 'tali Allah' ini..subjek agama Islam la yg membawa mengenal perkataan ini, ketika itu di ajar oleh Ustazah Norhafisah Yaakob, ustazah yg amat tegas, tp berhati mulia.

Ntah kenapa tangan ini tergerak untuk menaip entry ni.

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah...." Al-Imran : 103

Ayat itu yang menarik sy. Mungkin perkataan tali itu sendiri terlalu sinonim dgn diri kita, namun pengertian yang biasa2 je mungkin yang selalu dilampiaskn. Ada masa kita akur dengan 'kekuatan' tali tu, tapi ada masa kita tersungkur dek tersepaknya tali itu.

Tatkala tersepak itu, apa yang disalahkan??

Adakah seperti pasangan bercinta?? Si awek yang tersepat batu, si pakwe yang marahkan batu, "Kenapa 'kau' ada kat tengah jalan orang nie??", marah si pakwe tu tanda sayangkan kekasihnya. Tapi kita??? sy sendiri pula??erm....jom sama-sama kita renungkan.

Dalam pencarian bahan untuk saya muatkan dalam entry kali ni, sy terjumpa satu laman sesawang yang bagi saya cukup jelas dia menjelaskan tentang apa itu tali.

.::TALI::.

Terdiri daripada 4 huruf, T, A, L, I....ringkas, mudah di sebut, pendek, tapi kukuh, teguh, kuat. Bukankah itu menggambarkan serba sedikit tentang Islam?? Islam adalah agama yang mudah, tidak membebankan bagi hamba yang mengganggapnya sebegitu, dan bila di amal Islam dengan erti sebenar, akan menampakkan suatu kekuatan, keutuhan dalam diri yang takkan dimiliki dengan cara lain.

Subhanallah, Maha Suci Allah....cukup cantik Allah menyusun alam ini. Tali bukan hanya tali, tapi analogi hebat untuk menggambarkan 'kehebatan' agama ini.

Dalam laman sesawang yang sy jumpai itu, dia ada menceritakan tentang hakikat tali yang perlu diketahui setiap daripada kita...antaranya :-
1) tali adalah lurus
2) tali di buat daripada beberapa utas tali yang lebih kecil yang di pintal
3) tali adalah sesuatu yang kuat
4) tali mudah putus jika tidak diuruskan dengan baik
5) dua tali tidak boleh dipegang serentak oleh manusia

Boleh la sahabat mendalami hakikat tali ini dengan [klik di sini]....moga dapat berkongsi ilmu Allah ini.

Hakikat tali yang ke-5 itu, 'dua tali tidak boleh dipegang serentak oleh manusia' itu benar2 menarik perhatian sy. Rasa diri ini sedang diperli....

Teringat program motivasi yang pernah kami (sahabat2 anak2 pahang UKM) adakan di SMK Clifford, Kuali Lipis hari tu. Ada suatu malam tu, kami biarkan adik2 berjalan dgn keadaan mata mereka tertutup dan mereka hanya berpandukan 'tali' rafia yang dipegang mereka untuk capai destinasi mereka.

Ada fasi yang sengaja mengacau dengan 'memotong' tali tersebut, ada juga yang menghulurkan tali lain pada adik2 yang terpilih..ada yang terpengaruh, ada yang masih percaya dengan 'tali' asal mereka.

Bagi insan yang melihat seperti sy (sbb sy diamanahkn jadi urusetia dn tengah stand by utk malam muhasabah), mungkin agak kelakar, macam2 keletah, rasa kelakar... Itu realiti hidup..

Ye...Tali itu sekadar tali...tali rafia yang ntah berapa sen je segulung. Bagi insan yang melihat, ketawa adalah cara terbaik untuk meluahkn perasaan.

Mungkin ada sahabat kurang senang dengan cara sy, tp bg sy, sy suka bermain dengan analogi sbb dari situ 'capture' maksud sebenar bg diri sy.

Dan kisah prgm itu, bukan kisah sahaja.

Katakanlah ada sahabat kita yang diasak dengan 'tali' lain dalam realiti hari ini, apa tindakan kita? adakah masih ketawa seperti sy melihat adik2 di program tu? adakah kita akan memandang asakan 'tali' itu sebagai perkara yang serius.

Bg pengalaman peribadi, sy pernah melihat sendiri ada sahabat malah saudara sekampung yang berada dalam keadaan ini. Asakan 'tali' yang bertubi2 dituju ke arah mereka.

Ya Allah, kami hamba yang lemah. Duhai Tuhan yang membolak balikkan hati, teguhkanlah hati2 kami pada taliMu ini.

Sejauh mana tali yang telah diperturunkan dari satu ke satu generasi ini telah di gunakan kita. Adakah kita mengikat diri kita dengan tali ini sekuatnya, atau ikat sekadar cukup syarat untuk kepentingan diri?? erm.....masih banyak benda rupanya sy belum lunaskan sebagai umat Islam yang sebenar.

.::GANTUNG::.

Sy tinggalkan persoalan demi persoalan tu untuk kita sma2 refresh...rasa pulang paku buah keras je, sbb tak sikit banyak, point2 entry ni berpatah pada diri sy..masih banyak perkara utk dipertimbangkan diri ini...

Ye, tadi kisah tali,pasti ada pasangannya..mestila namanya gantung...hehe..(ada jg ek pasangan tali nie??ades, apa kinah nie...)

Sebut tntg gantung, sekali lagi kisah silam sy menjadi lukisan di fikiran sy tatkala ini. Sy amat merindui diri sy yg di matrik. Ada seorang sahabat pernah mengingatkn sy tntg tahap kebergantungan sy pada Allah. Sebab ada masa sy goyah dengan ujian yang mendatang...

Allah SWT berfirman bermaksud :

"Wahai manusia, sesungguhnya kamu semua fuqoro' (faqir dan memerlukan) kepada Allah dan sesungguhnya Allah itu Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu) lagi Maha Terpuji" [Fatir : 15]

Dikonkritkan lagi dengan firman Allah yang bermaksud :

"Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu" [Al-Ikhlas : 2]

Benar, betapa hebatnya kita, Dia jg yg terhebat. Pergantungan ini bukan saja2 diciptakan utk kita semua bergantung pada Dia. Mungkin boleh dibuka sedikit demi sedikit minda kita.

Allah ciptakan kita dengan segala macam kelebihan. Tak kisah lah dalam bidang apa, tapi, pernah tak kelebihan tu dimanfaatkn untuk tali Allah?? Sbb dengan kelebihan yang ada, dengan nikmat pancaindera, nikmat akal yang ada, Allah nk kita berfikir tentang apa boleh di buat dengan tiap sesuatu itu.

Setelah kita berbuat sesuatu, apa yang perlu kita buat. Bukankah bergantung pada apa yang Allah sediakn untuk kita??? Natijahnya, Allah yang sediakan jalan, Dia yang susunkan onak untuk hambaNya berfikir, dan Dia yang menyediakan jalan kembali kepada hambaNya.

Setelah tali yang dijuntaikan kepada kita selama ini, mesti lah kita akan cuba 'bergayut' pada tali tu untuk naik ke atas. Takkan sekadar melihat tali tu?? Semoga Allah terus menghadiahkan hidayah dalam hati2 kita semua.

.:: TALI & GANTUNG ::.

Justeru, tali dan gantung adalah 'pasangan' yang ada chemistry yang tersendiri. Bukan la pasangan yang baru sahaja diwujudkan, tapi ikatan (hydrogen bond ke London forces ke van de waals ke apa ke) yang terbina tu sebenarnya mengajar kita sesuatu.

Jangan biarkan tali itu sekadar tali yang terus tergantung tanpa ada penggantungnya. Tapi bergantunglah pada tali itu selagi kita mampu untuk bergantung padanya, moga ia bukan tali gantung kita di dunia mahupun akhirat sana.


Salam muhibbah....moga shbt2 dapat sesuatu dari entry ni.

p/s: tegur2la andai ada khilaf sy di mana2

p/s: teruskan berkongsi ilmu ini...


**Perjalanan Peperiksaanku**

Salam kemerdekaan yg sementara ini. Rata2 shbt2 kini sudah pun mula mengecapi kalimat 'merdeka' kini bukan?? Begitulah sy..tp tak terasa semester ini sudah berpenghujung...

Ntah la, entry kali ni, biasa2 je...sekadar nk mencoret sesuatu yg dah tersimpan lama di lubuk hati ini. Atau nk melampiaskn rindu pada blog nie??mungkin juga.

26 oktober, hari pertama peperiksaan berlangsung di ukm, itu juga lah hari pertama kertas Teknologi Tenaga Suria mengambil tempat....subjek kegemaran, plus lecturer yg amat kukagumi yang mengajar subjek tu.

Pagi tu, lebih kurang jam 9.40 pagi sy keluar ke suatu tempat dengan juraian air mata...(kinah ni, asyik2 nangis). Sy telah ke wisma aman...untuk membuat laporan tntg kehilangan sstu yg sgt beharga.

[wisma aman : ala2 balai polis utk ukm yg terletak betul2 berhadapan dgn ukm, mempunyai bbrpa unit yg tersendiri, boleh kata mcm balai polis bg daerah 'ukm' dh]

Sampai ke situ, sy dimaklumkn yg sy perlu membuat laporan d balai polis bangi atau kajang terlebih dahulu...Ya Allah, sabar je la...exam kul 12 nie...sempat ke??

Lepas buat laporan di bangi, sy kembali ke wisma aman..terjumpa seorang akak ni, Allah uji dia lagi hebat dari sy. Akak tu kena ragut sabtu lepas, semua barang2 peribadi dia hilang, peragut tu ambil..nasib baik dia takde paper lagi hari tu, tp bgmn akak tu nk study??

Motornya di tendang ke tepi jalan ketika dia sedang menunggang motor ke kajang bersama rakannya, nasib baik tiada sebarang kecederaan serius, sekadar luka2 kecil. Rasa mcm tengok tv pun ada, duk dengar pasal ragut je selama ni, tibe2 hari tu Allah pertemukn 'aku' dgn mangsa ragut....

Hari demi hari berlalu.....saat org lain berjuang dgn paper masing2, sy cool je lagi sbb gap yg terlalu lama, dn paper sy pack d minggu terakhir.

1 paper, 1 paper...ada yg keluar dgn senyum, x kurang jg yg keluar dgn muka xde perasaan. Ada yg menyimpan sstu dalam senyuman, tp sy?? mungkin tergolong dlm yg xde perasaan...

Ada beberapa paper yg sy sgt nk menangis [ada yg dh menangis pun], gara2 pemarkahan yg sgt dahsyat....paper electronics, dlm masa 2 jam, kami kena menjawab 9 litar...mmg x sempat. Ditambah pula, soalan ke 3, satu litar yg complete dgn segala bagai komponen, kemudian, kami di kehendaki mencari apa pun sy dh lupa, tibe2 markah utk soalan tu 25 markah...ya Rabb..apakah ini???aduh, pening jg sy di buatnya...

ada jg soalan yg sampai 17 markah bg satu pecahan soalan tu, puas di fikir, rumus apa lagi yg belum keluar dari otak ni....wahai prof2 sekalian, dahsyat sungguh markah yg prof2 letak.... Soal markah tu pun buat sy risau..belum lagi soalan yg keluar.

Minggu terakhir, 4 paper straight...fizik keadaan pepejal I, fizik bahan, fizik moden, fizik matematik...tu la, 4 paper major, sgt menguji keimanan, dan pengakhirannya, kami x sedar yg kami telah pun menamatkn exam bagi semester ini...gara2 masing2 agak sedih dengan soalan paper fizik matematik....senang sangat...

Dan jumaaat petang, berangkat la pulang ke negeri tercinta, Pahang Darul Makmur...setelah bertungkus lumus menyimpan barang2 dalam stor yg 3 tingkat dari aras yg sy tinggal, usaha yg sgt mantap utk mengangkat barang tu...ades..sabar...

Hari ni, ada di rumah..jadilah surirumah....mama ada seminar, abg plak kaki dia berbalut, maka daku menjadi 'jururawat peribadinya' utk beberapa hari ni. Memang take over rumah sepenuhnya, ayah plak kul 6 pg dh keluar keje, balik dlm kul 7 baru sampai, mama seminar selama 4 hari..jeng2...

Sekadar coretan...rindu pada blog ini....

Thursday, November 12, 2009

**Berita Demi Berita**

Salam imtihan...salah kesyahduan di tambah pula limpahan air hujan rahmat yang terus merindui bumi ciptaa Allah ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para keluarga baginda dan sahabat2 baginda.

Hari ini sepatutnya hari yang gembira buat diri ini, bukan kerana apa, gara2 hari ini paper terakhir untuk semester ini. Tapi, paper tadi agak mengecewakan diriku, kerana dapat kujangka keputusannya nanti. Tapi, bukan itu yg ingin dikongsikan.

Petang tadi, sementara menunggu makanan siap, sy bersama seorang sahabat di kafeteria kolej Ungku Omar. Sambil2 menunggu, sy menelefon ayah, bertanyakan tentang cuaca hari2 di pekan untuk budget masa agar tidak sampai dalam hujan, tp Allah jua perancang segalanya.

"Adik, benda yg awak selalu main tiap2 petang, malam, dah takde dah," abah cuba berbasa basi denganku.

"Hah??" sungguh sy tak mampu memahami kata2 abah...

"Ala....yang awak selalu main tu...yg selalu duk kat awak tu, malam2 main depan TV.." abah cuba menambah clue untuk sy memahaminya..

Ya.....kucingku, Hawa..maksud abah, dia....dah takde???

"Bila abah??"

"Pagi tadi, dalam pukul 6.30 pagi tadi..."

"Dah tu abah 'kebumi' kat mana??" soalan demi soalan terpacul dari mulutku.

Hawa..seekor kucing kacukan yang abang beli untuk menemani mama ketika ketiadaan sy, abang mahupun abah di rumah. Maklumlah, sy dgn abang masing2 dgn tugas masing2, ayah pula kadang2 tidur di muadzam kerana jarak ke tempat kerjanya dengan rumah agak jauh. Jadi mama selalu keseorangan di rumah.

Lepas dapat tahu mama sakit, lagi la risau mama tinggal sorang. Tapi, mama cakap, lepas hawa ada kat rumah, mama jadi seronok sangat sebab mama ada teman. Ada benda boleh buat mama ketawa, ada benda yang akan selalu kacau mama sebelum tidur.

Kalau kami semua balik, Hawa tak nak bermain dengan kami sangat, asyik2 mama...bila mama pergi kerja, baru dia akan bermain dengan kami, sangat manja kucing tu.

Doktor pakar pun nampak perubahan pada mama sejak abang belikan kucing tu untuk mama. Mama jarang sakit2 dah. Kalau dekat dapur tu, dialah paling sibuk, orang ke sana, dia ikut, orang ke sini, pun dia ikut.

Paling kelakar, dia tak suka minum air dalam bekas yang letak dalam sangkar, Hawa akan minum air dalam cawan yang orang minum. Selalunya cawan mama yang akan jadi mangsa, dia boleh beza cawan mama dengan cawan org lain. Tapi, kalau cawan tu terus diisi air dan diberikan terus ke dia, dia takkan minum, Hawa nak ada orang minum dulu air tu baru dia akan minum.

Dah la minum atas meja, pantang nampak ada orang duduk kat meja, mesti dia lompat ke atas meja. Masing2 dah faham, maknanya dia nak air la tu...hawa..hawa...

Nama Hawa tu mama yg bagi, tp abang panggil dia 'Baby', sy plak panggil dia 'omi', mama pula panggil dia 'manja'..abah je panggil dia hawa. Tapi kadang2 panggil la juga hawa kan...tu nama official dia.

Bnyk sgt kenangan dgn dia..paling sy takkan lupa, hari last sy ada kat rumah, pagi tu sy nk bertolak balik ke ukm untuk daftar semester ini. Pagi tu, sy cuba untuk memeluknya, agar pelukan tu akan sy ingat bila balik ukm, tp tak sempat nak ambil dia, dia dah cakar tangan sy, berdarah...perit sgt kena kuku kucing nie...

Mata sy berair, bukan menahan sakit, tp sedih kenapa hawa buat mcm tu pd sy..selama ni dia tak pernah cakar orang.. mama kata, tu sbg tanda ingatan dia pada sy, bila sampai ukm nnti, kalau ingat dia, kesan cakar tu kan ada...sedih...

Tibe2 malam ni, lepas siap kemas semua barang, dapat 1 mesej. Mesej dari mak angkat. Mak bagi tahu yang ayah angkat sy (panggil abah juga) meninggal dunia maghrib semalam. Ya Allah, dari Engkau kami datang, kepada Engkau kami kembali.

Berita yang tak terduga. Air mata terus la turun..abah...maafkan sy..

Arwah Abah (ayah angkat) seorang yang agak pendiam, tp dia sangat ceria ketika di rumah, Hobi arwah abah suka sakat ahli keluarga dia....memang seronok utk sy kenali keluarga ni.

Perkenalan yg bermula kerana mengikuti program anak angkat bersama persatuan anak2 pahang ukm cuti semester lalu telah membuahkan ukhwah ini. Program selama 4 hari 3 malam itu cukup manis. Bertuah sungguh sy dpt mengenali keluarga ini.

Sy hanya membalas mesej mak, sungguh sy takde kekuatan untuk call dan bercakap sendiri dgn mak dalam keadaan begini. Sy tak kuat. Selama ni, mak tak pernah putus mengirim mesej bertanya khabar, tak pernah putus memberi peringatan kepada sy tentang itu dan ini. Walaupun daku hanyalah anak angkat mereka...tapi....malam ini....terlalu syahdu.

Ntah bagaimana kehidupan mak sekeluarga lepas ni. Kalau dulu, arwah abah ada, tiap2 hari abah akan ke dusun untuk mencari rezeki, mak pula sibuk dengan kedai jahitnya, tapi kini??

Arwah abah sudah tiada...along sekarang berada di tahun akhir di utm, angah pula akan menduduki stpm, abg cik, ain, semuanya masih bersekolah, dan fatiha, masih bertadika...mereka masih kecil.

Berat sungguh ujian buat mereka. Along, baru berusia 21 tahun, sudah pasti akan menggalas t/jawab untuk menjadi ketua keluarga bagi keluarga ini. Along kena kuat, mak pun kena kuat, sy doakan untuk mak sekeluarga.

Ntah mengapa, biarpun sekadar keluarga angkat, tapi kasih sayang mereka umpama keluarga kandung. sungguh, kematian tidak mengenal usia...arwah abah sebenarnya masih muda..tp Allah lebih menyayanginya...

Moga Allah menempatkan roh abah di kalangan orang2 soleh...abah sangat baik...doakan arwah abah ye shbt...sedekahkan al-fatihah buat keluarga angkat sy ni yg sgt banyak berjasa kepada diri sy, al-fatihah.....



p/s : kinah takleh nangis....esok nak drive balik pahang, nnti sakit kepala....doakn ku juga ye sahabat...

video



.:: yg duduk dari kiri-fatiha, arwah abah, along ::.
.:: yg berdiri dari kiri-sy, mak ::.

.:: along, fatiha, mak, arwah abah, angah ::.

.:: ni tempat 'lepak' hawa setiap petang...teman mama siram pokok bunga ::.

Monday, November 9, 2009

**Ku Mencari Sakinah**

Salam kerendahan diri yang masih hidup dalam udara yang dipinjam dari Allah ini dengan izinNya. Hari ini, hari yang agak mencabar diri sy, sebab tu walaupun masa yg ada terlalu sempit, sy curikan juga untuk menulis di blog tercinta ini.

Benarlah kata2 hadis, ' tanggungjawab melebihi masa yang ada'..ye, tak terlunas tanggungjawab kita yg selama ni telah diamanahkn sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin ada shbt2 yg berpendapat bahawa diri sahabat sudah melunaskan tanggungjawab shbt, tp siapa penilainya, hanya Dia..biar ia menjadi rahsia kita dan Dia sejauh mana amanah itu di genggam dan di laksanakan.

Sy berkata2 seperti ini kerana hari ini jelas tanpa dengung sy gagal melunaskan tanggungjawab sy. T/hari tadi menyaksikan sy dan shbt2 lain menduduki peperiksaan subjek Electronics I selama 2 jam dan sungguh masa itu amatlah tidak mencukupi. Sehinggakan sy tidak sempat menyemak jawapan gara2 mengejar masa yang terlalu singkat itu.

Ya Rabb, itu masa dunia..dua nikmat yg manusia selalu abaikan, nikmat kesihatan dan masa lapang. Andai itu adalah peperiksaan diri yg 'disediakan' dariMu, mugkin itulah gambaran awal bahawa sesungguhnya hambaMu ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk melihat kembali kepada masa lalu atau dosa lalu...tiada siapa yang berani bermain dengan masa.

Bak pepatah Arab, masa itu ibarat pedang, andai kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Dan hari ini ia tersangatlah memotong sy....padan muka sy.

Langkah kakiku ke tempat peperiksaan diiringi dengan air mata, puas di baca surah itu, zikir itu, tp hati masih gundah gulana, kerisauan terlalu menguasai diri...Apabila di telefon mama dan abah, masing2 tak berangkat...ya Allah, aku perlukan suara ibu dan ayahku untuk menguatkan diri ini...tapi??

Peperiksaan kali ini tidak mengizinkan diri ini untuk mendengar suara ibu bapaku...sabar sakinah, sabar....senyuman cuba ku lemparkan seikhlas mungkin, Allah je tahu hati ini di saat itu. Langkah disusun satu persatu menuju ke dewan...

Selesai menjawab peperiksaan, diri ini cuba ku rehatkan, namun ada tugas menanti di depan laptop untuk menguruskan sesuatu...Sebaik sahaja azan asar, selepas melakukan 'apa yang patut' diri ini keluar mencari 'sakinah', ntah di mana dan dengan siapa...biarlah..

Ntah mengapa terasa begitu sulit hari ini laluannya....sejak malam semalam, saat mata ingin tertutup, ada pesanan dari sahabat mengunjung tiba, rupanya diri ini diperlukan untuk sahabatku itu.

Ya Allah, hambaMu ini lemah ya Allah, berikanlah aku kekuatan...

Hampir 9 malam, baru ku menyinggah pulang ke kampusku ini semula. Ntah la...adakah 'sakinah' yg di cari berjaya kutemui atau tidak??

Semasa maghrib tadi, alunan azan dari masjid Hassanah di Bandar Baru Bangi itu sekali lagi menitiskan airmataku....

"Allah Maha Besar"

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah"

"Marilah sembahyang"

"Marilah menuju kejayaan"

'Marilah menuju kejayaan'....ye..kejayan...Islam menggariskan panduan yg sudah terang lagi bersuluhkan sportlight tu...KEJAYAAN...tapi diri ini??? ya Allah...ampunkan hambaMu

Paper hari ni?? rasa macam dah musnah sama sekali. Jangan kata paper electronics, tapi perasaanya semua paper fizik semester ini seperti akan 'membunuh' diri ini.

"Bagaimana exam tadi dik?" suara seorang kakak menjengah telinga bertanya diri ini yg sudah jelas boleh mengesan nadaku ketika menjawab salam tadi...

"Ntah la kak, sy rasa macam mengarut je..akak, jangan tanya dah, nanti sy menangis lagi," jelas sy yg hampir sebak.

"Erm..adik akak dh jawab sebaik mungkin kan...dan sekarang tawakal la...doakan yg terbaik, moga Allah mempermudahkan segalanya..." sebakku semakin menjadi..

"Akak......."sy dah tak terkata, menahan perasaan dari terus merebak.

Memamg, sy terlupakan sesuatu, TAWAKAL. Selalu sy ingat, selalu sy pesan pd shbt lain, tapi hari ini, Allah bg kegelisahan tu lebih dari perasaan lain, dan terus sy lupakan kunci itu, TAWAKAL. Alpa sungguh hambaMu yang hina ini ya Allah.

Petang tadi menyaksikan mama, abah menelefon dan bermesej dgn sy bertalu-talu, gara2 sy menangis semasa mama bertanya tentang exam tadi. Risau sungguh ibu bapaku itu...mama, abah, ina minta maaf buat mama dgn abah risau.

Dan malam ini, abgku pula yg mesej, mengigau ke apa abgku ini. Erm, jarang sekali dia hendak bermesej dgn adiknya ini..berbunga jg hati ini.

.::MUHASABAH::.

Bila direnung semula, sy lagi sebak bila ingat kata2 mama tadi,

"Allah bg ujian sikit je kat adik, dah adik nak menangis macam ni. Adik jangan salahkan sesiapa, adik cuba untuk telefon mama dengan abah kan, tapi masing2 tak dapat. Cuba adik ingat balik apa yg adik pernah pesan pada mama selama ini. Ada masa Allah akan 'menyukarkan' pekerjaan kita untuk apa?? untuk kita muhasabah balik. Anak mama bukan jenis macam ni, anak mama kuat, tabah, dia susah nak menangis..takkan ujian macam ni adik dah nak menangis. Adik ada lagi 3 paper lepas ni kan..." kata2 mama, satu2 sy rakam dlm hati dan fikiran ini, sungguh telus kasih seorang ibu. Kuat???Tabah??mama, ina tak seperti itu...ina terlalu lemah, tp ina masih mencari kekuatan.

Yup, muhasabah.....

Bila saat ini dah tenang, baru rasanya dapat berfikir dengan waras. Sy menjadi lagi bertambah kelam kabut tadi sebelum masuk exam gara2 tak dapat mendengar suara mama dgn abah untuk ucapkan selamat maju jaya di samping doa mereka. Sy jadi kelam kabut sebenarnya sy sendiri tak bersedia sepenuhnya, tak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Bila berbicara tentang 'suara', sy dapat menangkap sesuatu. Cukup cantik analogi kisah exam sy ni...

Setiap kali nk exam, 30 minit sblm masuk exam, sy akan call parents utk minta doa mereka, redha mereka...dan hari ini, baru sekali, sy x dapat call mereka utk mendengar suara mereka, tp sy terasa seperti apa pun tak tahu dah..

Andai di compare dengan 'call' kita dengan Allah??? bagaimanakah??


Setiap hari kita berdoa, kita bermohon itu dan ini dengan Allah Ta'ala, dan alhamdulillah, selama ini Allah sentiasa kabulkan permintaan kita...selama ni Allah penuhi impian kita...

Tiba2, hari ni, saat bermunajat dengan Allah, saat kita cuba persiapkn diri sebaik mungkin utk 'berhadapan' dengan Allah, saat itu jg Allah tidak 'mendengar' perkenan kita..saat itu juga 'talian' dengan Dia tidak begitu baik ekoran Dia cuba menyusun sesuatu yg lebih baik buat kita.

Apa yang pertama akan dilihat??Air mata berguguran kerana 'permintaan' hari ini tidak diperkenan, tpi pernah x 'permintaan' dahulu disyukuri dengan senikmatnya??

Hari ini, Allah susun sesuatu, dan sy terus kabur dengan molekul air mata, gara2 'keinginan' sy tidak dipenuhi...masyaAllah..terlalu culas diri ini dalam menjalani kehidupan sbg hambaMu.

Sedar atau tidak, memang halus cara Allah mendidik hambaNya. Jarang dapat berfikir dengan baik bahawa Allah sedang menyusun sesuatu yg lebih baik buat diri kita saat 'permintaan' tak dipenuhi.

Selalu kita dengar bukan, Allah rindukan suara2 hambaNya...bukan Dia tidak mengetahui isi hati hambaNya, tp dia rindukan suara hambaNya. Benarlah, diri ini perlu dan sentiasa di 'recharge'kan dengan munajat ke muhasabah ke atau apa2 yg boleh mengembalikan perasaan kehambaan dalam diri.

Entry 'Ku Mencari Sakinah' kali ini merupakan entry luahan sy tntg 'ujian' hari ini. Sy manusia lemah, manusia biasa yg masih mencari siapa diri ini. Sy perlukan sokongan untuk terus hidup di bumi Allah ini...

Teringat salah satu dari 19 hadis berkenaan wanita,

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Untuk saat ini, sy perlukan kekuatan untuk membantu diri ini, kerana suatu hari nanti akanku cuba untuk 'membantu' suami yg amat dikasihi itu.


Masih dan masih mencari 'sakinah' buat insan bernama sakinah ini.


p/s: harap dapat dikongsi kisah di sebalik entry ini...tegurlah diri yang hina ini


Saturday, November 7, 2009

**Jawapan Kepada Sebuah Ujian**





Salam kesegaran diri dan iman di musim peperiksaan yang sungguh mencabar ini. Bagaimana dengan perjalanan peperiksaan sahabat2?? Sy?? Rasa seperti semester ini akan meyaksikan keputusan yang tidak begitu memberangsangkan buat diri ini. Bukan bererti kalah sebelum habis bertanding, tapi sy akui diri sy banyak berubah berbanding dulu. Corak study sekarang sangat berbeza semasa menuntut di alam matrikulasi dulu.

Takpe, tutup kes exam sebab bukan itu agenda utama entry kali ini.

Dulu, ketika di matrik sy sempat 'burn' kan suatu cd daripada roommate sy, himpunan 114 surah yg terdapat di dalam Al-Quran yang dibelinya ketika di matrik. Dan sungguh, tindakan itu sangat bermanfaat hingga ke saat ini.

Ada suatu ketika, di mana sy mendengar bacaan suci Al-Quran ini, dan sy terpikat pada surah yang ke 48 gara2 terdengar kalimat 'sakinah' di dalam surah tersebut. Apa yang ingat hanyalah nombor surah, tapi hati tidak terdetik untuk melihat secara detail makna di sebalik bait2 kalimat Allah itu.

Minggu lepas pula, ada sesuatu yang Allah susun buat saya. Benar, memang kita kena beriman dengan qada' dan qadar, tapi sungguh pahit rasa untuk menelan hikmah yang menanti kerana mata hati dikaburi emosi bersulam gelodak jiwa. Saya akui kebenaran ini kerana ada masa dan ketika sy 'tunduk' juga pada dunia ini, ampunkan hambaMu ini ya Allah.

Malam itu menyaksikan sy agak pendiam di dalam bilik, kesian roommate sy. Al-Quran yang mama pernah hadiahkan pada sy ketika mula2 di tawarkan ke sekolah berasrama penuh dulu di tatap sy untuk mencari ubat bagi gelodak jiwa malam itu.

Surah Muhammad menjadi mukhadimah setelah Al-Fatihah dibaca. Di sambung terus ke surah Al-Fath. Air mata mula bertakung, ya, ini ayat yang aku cari selama ini, bermonolog sy di dalm hati.

Tafsir yang di beli ketika menuntut di melaka menjadi rujukan buat sy. Tafsir yg di beli sendiri di Melaka Central ketika dalam perjalanan pulang ke pahang ini amat sy sayang. Itulah saat pertama sy mengenali tafsir Al-Quran. Ya, memang masih baru sy belajar tentang tafsir ini, dan ini semua terdorong dek sahabat2 seperjuangan ketika di matrik.

Pernah sekali sy tertinggal tafsir ini di surau matrik, saya sangat menggelabah, sehinga minta muslimin tolong tengokkan tafsir sy di surau ketika itu. Apa yang kita beli dengan rasa penuh kecintaan, pasti kita akan lebih menghargai kan..

Muka surat 838, di dalam tafsir sy, bermulalah penafsiran surah Al-Fath ini. Ya Allah, betapa mulianya Engkau..Sampai ke tahap ini Engkau begitu mencintai semua hambaMu, Engkau yang mendatangkan ujian ini untuk mengingatkan hambaMu, dan Engkau jua lah yang memberikan petunjuk kepada jawapan yang hambaMu ini tercari-cari.

Ya Allah,
tak terasa diri ini diselubungi dengan
betapa cintanya Engkau kepada hambaMu,
tak terasa diri ini sebenarnya
dimilik oleh Sang Pencipta yang cukup sempurna,
duri yang Kau bentangkan di jalan ini
untuk mendewasakan kami,
kami pulangkan dengan kealpaan kepadaMu,
namun,kasih sayangMu terlalu tinggi,
Kau masih memimpin kami ke dalam redhaMu,
ampunkan semua hambaMu ya Allah.

(sebahagian ayat 1-5 daripada surah Al-Fath)

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"

"supaya Allah meberikan keampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,"

"dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak)."

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka(yang telah ada). Dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana:"

"supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah kejayaan besar di sisi Allah"

[Surah Al-Fath : 1-5]

Bila di ungkap kembali tujuan asal surah ini diturunkan, memang ia berkisarkan hal-hal yang berhubung dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad SAW dalam peperangan2nya. Malah Rasulullah sgt gembira dengan turunnya ayat pertama surah ini, dan kegembiraan ini di nyatakan dalam sabda baginda yang diriwayatkan Bukhari bermaksud

" Sesunggunya telah diturunkan kepadaku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari"

Duhai hati, kenapa tidak tauladan ini yang menjadi garis panduan dalam menyusuri lurah hidup yang tersusun dengan ranjau yang sebenarnya tangga keimanan??

Ayat ke-4 surah ini menyentap hati saya..

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)"

Fikir sebentar...renung sejenak..adakah setiap kali kedaiman lahir di hati ini, sy benar2 mensyukuri dan menikmati perasaan itu. Atau sekadar melafazkan perasaan lega itu yang di raikan??

Subhanallah, Maha Suci Allah, Dia yang mendatangkan kedamaian, tapi kegusaran, kegelisahan, kesesakan itu yang menjadi keutamaan dalam mencari Dia. Mungkin ayat ini tidak menjawab semua 'permasalahan' yang melanda jiwa sy tatkala itu, tp cukupla, 5 ayat ini untuk di tatap, direnung, dihayati agar sy benar2 kembali kepada pencipta sy.

Sahabat, sy bukan sesiapa, manusia biasa yang masih dalam mencari jalan hidup yang diredhai, namun ingin sy kongsikan ilmu atau pengalaman yg terlalu sedikit ini buat 'tazkiyatul nafsi' kita semua. Andai ada kekhilafan dalam entry ini atau sebelum2 ini, tegur2 la sy.

Kadang-kadang, rasa seperti sy tidak layak untuk menulis semua ini, siapalah sy untuk berkata itu dan ini. Tapi, ini salah satu cara untuk sy mengingatkan diri yg sangat lemah ini. Semasa mengikuti program perkaderan dakwh di ILIM baru2 ini, terasa down sekejap sy.

Shbt2 yg hadir, semuanya berlatar belakangkan basic agama yg mantop2, tp saya?? insan kerdil yang mencari ilmu Allah ini. Dah berapa kali sy di tegur corak pemikiran sebegini oleh sahabat2 sy, tapi, bukan mudah untuk sy ketepikan perasaan ini. Bukan dari pelajar aliran agama, jauh sekali sekolah agama, yang sah2 bukan mengambil pengajian Quran Sunnnah, Bahasa Arab Tinggi, mahupun Syariah, itu semua bukan sy.

Tapi, hadis yang mengatakan "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat' itu cuba sy pupuk, sy semai dalam diri agar benar2 membenihkan kehambaan dalam diri. Bukan mudah kan...setiap dari kita diwarnai dengan warna dan corak mehnah yang sangat berbeza mengikut keupayaan kita yang hanya Allah yang mengetahui. Moga kita semua tsabat di jalan ini dan mengislahkan diri dengan sebenar-benar pengislahan di jalan Allah.

Salam perjuangan, salam perkongsian dari hamba yang hina ini.....


~kekalkanlah rasa kehambaan diri~

Ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan kami semua hadir di jalan ini. Tak pernah terduga, tak pernah termimpi untuk menjadi penghuni, untuk menjadi khalifah di bumi ini. Tak sungguh, tak melata, tak sungguh, hidup pasti merana. Terima kasih kerana 'menciptakan' kami dalam agama yang satu-satu dalan keredhaanMu, dan, ....kekalkanlah rasa kehambaan diri kami...amin

Jom berkongsi