Saturday, November 7, 2009

**Jawapan Kepada Sebuah Ujian**





Salam kesegaran diri dan iman di musim peperiksaan yang sungguh mencabar ini. Bagaimana dengan perjalanan peperiksaan sahabat2?? Sy?? Rasa seperti semester ini akan meyaksikan keputusan yang tidak begitu memberangsangkan buat diri ini. Bukan bererti kalah sebelum habis bertanding, tapi sy akui diri sy banyak berubah berbanding dulu. Corak study sekarang sangat berbeza semasa menuntut di alam matrikulasi dulu.

Takpe, tutup kes exam sebab bukan itu agenda utama entry kali ini.

Dulu, ketika di matrik sy sempat 'burn' kan suatu cd daripada roommate sy, himpunan 114 surah yg terdapat di dalam Al-Quran yang dibelinya ketika di matrik. Dan sungguh, tindakan itu sangat bermanfaat hingga ke saat ini.

Ada suatu ketika, di mana sy mendengar bacaan suci Al-Quran ini, dan sy terpikat pada surah yang ke 48 gara2 terdengar kalimat 'sakinah' di dalam surah tersebut. Apa yang ingat hanyalah nombor surah, tapi hati tidak terdetik untuk melihat secara detail makna di sebalik bait2 kalimat Allah itu.

Minggu lepas pula, ada sesuatu yang Allah susun buat saya. Benar, memang kita kena beriman dengan qada' dan qadar, tapi sungguh pahit rasa untuk menelan hikmah yang menanti kerana mata hati dikaburi emosi bersulam gelodak jiwa. Saya akui kebenaran ini kerana ada masa dan ketika sy 'tunduk' juga pada dunia ini, ampunkan hambaMu ini ya Allah.

Malam itu menyaksikan sy agak pendiam di dalam bilik, kesian roommate sy. Al-Quran yang mama pernah hadiahkan pada sy ketika mula2 di tawarkan ke sekolah berasrama penuh dulu di tatap sy untuk mencari ubat bagi gelodak jiwa malam itu.

Surah Muhammad menjadi mukhadimah setelah Al-Fatihah dibaca. Di sambung terus ke surah Al-Fath. Air mata mula bertakung, ya, ini ayat yang aku cari selama ini, bermonolog sy di dalm hati.

Tafsir yang di beli ketika menuntut di melaka menjadi rujukan buat sy. Tafsir yg di beli sendiri di Melaka Central ketika dalam perjalanan pulang ke pahang ini amat sy sayang. Itulah saat pertama sy mengenali tafsir Al-Quran. Ya, memang masih baru sy belajar tentang tafsir ini, dan ini semua terdorong dek sahabat2 seperjuangan ketika di matrik.

Pernah sekali sy tertinggal tafsir ini di surau matrik, saya sangat menggelabah, sehinga minta muslimin tolong tengokkan tafsir sy di surau ketika itu. Apa yang kita beli dengan rasa penuh kecintaan, pasti kita akan lebih menghargai kan..

Muka surat 838, di dalam tafsir sy, bermulalah penafsiran surah Al-Fath ini. Ya Allah, betapa mulianya Engkau..Sampai ke tahap ini Engkau begitu mencintai semua hambaMu, Engkau yang mendatangkan ujian ini untuk mengingatkan hambaMu, dan Engkau jua lah yang memberikan petunjuk kepada jawapan yang hambaMu ini tercari-cari.

Ya Allah,
tak terasa diri ini diselubungi dengan
betapa cintanya Engkau kepada hambaMu,
tak terasa diri ini sebenarnya
dimilik oleh Sang Pencipta yang cukup sempurna,
duri yang Kau bentangkan di jalan ini
untuk mendewasakan kami,
kami pulangkan dengan kealpaan kepadaMu,
namun,kasih sayangMu terlalu tinggi,
Kau masih memimpin kami ke dalam redhaMu,
ampunkan semua hambaMu ya Allah.

(sebahagian ayat 1-5 daripada surah Al-Fath)

"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"

"supaya Allah meberikan keampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,"

"dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak)."

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan di dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka(yang telah ada). Dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana:"

"supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah kejayaan besar di sisi Allah"

[Surah Al-Fath : 1-5]

Bila di ungkap kembali tujuan asal surah ini diturunkan, memang ia berkisarkan hal-hal yang berhubung dengan kemenangan yang dicapai Nabi Muhammad SAW dalam peperangan2nya. Malah Rasulullah sgt gembira dengan turunnya ayat pertama surah ini, dan kegembiraan ini di nyatakan dalam sabda baginda yang diriwayatkan Bukhari bermaksud

" Sesunggunya telah diturunkan kepadaku satu surah, yang surah itu benar-benar lebih aku cintai dari seluruh apa yang disinari matahari"

Duhai hati, kenapa tidak tauladan ini yang menjadi garis panduan dalam menyusuri lurah hidup yang tersusun dengan ranjau yang sebenarnya tangga keimanan??

Ayat ke-4 surah ini menyentap hati saya..

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada)"

Fikir sebentar...renung sejenak..adakah setiap kali kedaiman lahir di hati ini, sy benar2 mensyukuri dan menikmati perasaan itu. Atau sekadar melafazkan perasaan lega itu yang di raikan??

Subhanallah, Maha Suci Allah, Dia yang mendatangkan kedamaian, tapi kegusaran, kegelisahan, kesesakan itu yang menjadi keutamaan dalam mencari Dia. Mungkin ayat ini tidak menjawab semua 'permasalahan' yang melanda jiwa sy tatkala itu, tp cukupla, 5 ayat ini untuk di tatap, direnung, dihayati agar sy benar2 kembali kepada pencipta sy.

Sahabat, sy bukan sesiapa, manusia biasa yang masih dalam mencari jalan hidup yang diredhai, namun ingin sy kongsikan ilmu atau pengalaman yg terlalu sedikit ini buat 'tazkiyatul nafsi' kita semua. Andai ada kekhilafan dalam entry ini atau sebelum2 ini, tegur2 la sy.

Kadang-kadang, rasa seperti sy tidak layak untuk menulis semua ini, siapalah sy untuk berkata itu dan ini. Tapi, ini salah satu cara untuk sy mengingatkan diri yg sangat lemah ini. Semasa mengikuti program perkaderan dakwh di ILIM baru2 ini, terasa down sekejap sy.

Shbt2 yg hadir, semuanya berlatar belakangkan basic agama yg mantop2, tp saya?? insan kerdil yang mencari ilmu Allah ini. Dah berapa kali sy di tegur corak pemikiran sebegini oleh sahabat2 sy, tapi, bukan mudah untuk sy ketepikan perasaan ini. Bukan dari pelajar aliran agama, jauh sekali sekolah agama, yang sah2 bukan mengambil pengajian Quran Sunnnah, Bahasa Arab Tinggi, mahupun Syariah, itu semua bukan sy.

Tapi, hadis yang mengatakan "sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat' itu cuba sy pupuk, sy semai dalam diri agar benar2 membenihkan kehambaan dalam diri. Bukan mudah kan...setiap dari kita diwarnai dengan warna dan corak mehnah yang sangat berbeza mengikut keupayaan kita yang hanya Allah yang mengetahui. Moga kita semua tsabat di jalan ini dan mengislahkan diri dengan sebenar-benar pengislahan di jalan Allah.

Salam perjuangan, salam perkongsian dari hamba yang hina ini.....


~kekalkanlah rasa kehambaan diri~

Ya Allah, terima kasih kerana mengizinkan kami semua hadir di jalan ini. Tak pernah terduga, tak pernah termimpi untuk menjadi penghuni, untuk menjadi khalifah di bumi ini. Tak sungguh, tak melata, tak sungguh, hidup pasti merana. Terima kasih kerana 'menciptakan' kami dalam agama yang satu-satu dalan keredhaanMu, dan, ....kekalkanlah rasa kehambaan diri kami...amin

1 comment:

  1. kina~caca pun dapat nasib yg sama. Betul la Tuhan nak menguji. Akaun subject yg paling caca suke, then tetibe bile saat nak uat exam jadi blur gare2 xstdy sbb terlalu sombong. mmm.........sekarang Allah da menegur so jom kite same2 tabah n kuat nak jadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan diakhirat

    ReplyDelete

Jom berkongsi