Sunday, November 1, 2009

**Manisnya Ukhwah Fillah**

Salam ukhwah buat semua shbt seperjuangan....Bagaimana keadaan diri dan hati sahabat di kala ini. Di kesempatan masa yang amat terbatas ini, sy cuba untuk mencuri masa utk berblog jg walaupun 6 paper lagi menanti.

Semalam menyaksikan sy dan beberapa shbt ke suatu prgrm yg masyaAllah sangat mantap pengisiannya, Program Perkaderan Dakwah bertempat di ILIM selama 2 hari bermula jumaat petang hingga Sabtu petang.

Program yang menggunakan pengkajian Bible di peringkat asas menjadi metodology utama yg menarik minat sy untuk menghadirkan diri. Namun bukan itu yg ingin sy kongsikan dalam entry kali ini.

Apa yg ingin sy sentuh adalah saat2 akhir sebelum perpisahan sementara sy bersama shbt2 yg sy kenali ketika di program tersebut. Petang tu selepas minum petang, kami bersalaman, berpelukan menandakan sampai di situ sahaja pertermuan kami kali ini. Ntah mengapa, program yang cuma memakan masa 2 hari itu berjaya membenihkan rasa syahdu saya semasa berdakapan dengan mereka.

Hati ini mulai sebak. Bila direnungkan kembali, ada sesuatu yg sy belajar tentang ukhwah. Kalau dulu, sy seorang yang gemar untuk bersedih di atas tamatnya program, namun hari berganti hari, sy mula belajar tentang BERTEMU DAN BERPISAH KERANANYA.

Dan program kali ini benar2 menyentuh saya. Cukup dua hari kami kenal, tp rasanya telah membenihkan bibit2 cinta yang mekar di dalam hati. Kak ain, adiknya hanisah, kak nurul, syakirah, helma mahupun azwa yg dari UKM sendiri, benar2 mengikat sy pada manisnya berukhwah kerana Allah.

Dua hari yang cukup bermakna....

Moga ukhwah ini kekal selamanya....rindu kalian...

(dari kiri : kak ain, kak nurul, hanisah, saya, syakirah, azwa)
(tiada dalam gambar : helma)

Bila di cari2 di dalam laman sesawang ini berkenaan persahabatan, sy terjumpa sesuatu. Kata2 hikmah tentang persahabatan yang dipetik daripada buku 'FALSAFAH HIDUP' yang dikarang sendiri oleh Allahyarham HAMKA....

Antara kata2 hikmah yang muking boleh menjadi renungan kita bersama juga ialah :

Persahabatan adalah satu2nya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur, adalah salah sati dari tangga kejayaan.

Kesenangan hidupmu memperbanyakkan teman, tetapi pateri persahabatan yang setia adalah diwaktu menempu kesukaran.

Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah supaya engkau ketahui kehendak dan kemahuan sahabatmu sebelum dikatakannya. dan engkau perkenankan permintaanya sebelum dimintanya.

Kalau sahabatmu tertawa hendaklah dikatakan apa sebab dia senang, kalau sahabatmu menangis, engkau mesti periksa apa sebab dia susah.

buat renungan diri ini dan sahabat2...

salam ukhwah dari diri yang jahil ini.....

p/s: jadi sy berhutang 2 post dgn shbt...1 post berkenaan penjelasan 'cincin' kerana ramai shbt menasihati sy untuk berterus terang dan ke2 post berkenaan prgrm Perkaderan Dakwah yg sudah pasti menuntut masa yg agk lama utk sy berkongsi ilmu2 yg dapat dari prgrm tersebut. Sy cuba utk menyediakn masa yg terhad ini...cuma tak dapat janji bila...

1 comment:

  1. wah...lajunya post!hehe

    mmg teruja bersahabat dengan kamu semua..

    smg ukhwah ni berkekalan.

    k.ain

    ReplyDelete

Jom berkongsi