Monday, November 9, 2009

**Ku Mencari Sakinah**

Salam kerendahan diri yang masih hidup dalam udara yang dipinjam dari Allah ini dengan izinNya. Hari ini, hari yang agak mencabar diri sy, sebab tu walaupun masa yg ada terlalu sempit, sy curikan juga untuk menulis di blog tercinta ini.

Benarlah kata2 hadis, ' tanggungjawab melebihi masa yang ada'..ye, tak terlunas tanggungjawab kita yg selama ni telah diamanahkn sama ada kita sedar atau tidak. Mungkin ada shbt2 yg berpendapat bahawa diri sahabat sudah melunaskan tanggungjawab shbt, tp siapa penilainya, hanya Dia..biar ia menjadi rahsia kita dan Dia sejauh mana amanah itu di genggam dan di laksanakan.

Sy berkata2 seperti ini kerana hari ini jelas tanpa dengung sy gagal melunaskan tanggungjawab sy. T/hari tadi menyaksikan sy dan shbt2 lain menduduki peperiksaan subjek Electronics I selama 2 jam dan sungguh masa itu amatlah tidak mencukupi. Sehinggakan sy tidak sempat menyemak jawapan gara2 mengejar masa yang terlalu singkat itu.

Ya Rabb, itu masa dunia..dua nikmat yg manusia selalu abaikan, nikmat kesihatan dan masa lapang. Andai itu adalah peperiksaan diri yg 'disediakan' dariMu, mugkin itulah gambaran awal bahawa sesungguhnya hambaMu ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk melihat kembali kepada masa lalu atau dosa lalu...tiada siapa yang berani bermain dengan masa.

Bak pepatah Arab, masa itu ibarat pedang, andai kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Dan hari ini ia tersangatlah memotong sy....padan muka sy.

Langkah kakiku ke tempat peperiksaan diiringi dengan air mata, puas di baca surah itu, zikir itu, tp hati masih gundah gulana, kerisauan terlalu menguasai diri...Apabila di telefon mama dan abah, masing2 tak berangkat...ya Allah, aku perlukan suara ibu dan ayahku untuk menguatkan diri ini...tapi??

Peperiksaan kali ini tidak mengizinkan diri ini untuk mendengar suara ibu bapaku...sabar sakinah, sabar....senyuman cuba ku lemparkan seikhlas mungkin, Allah je tahu hati ini di saat itu. Langkah disusun satu persatu menuju ke dewan...

Selesai menjawab peperiksaan, diri ini cuba ku rehatkan, namun ada tugas menanti di depan laptop untuk menguruskan sesuatu...Sebaik sahaja azan asar, selepas melakukan 'apa yang patut' diri ini keluar mencari 'sakinah', ntah di mana dan dengan siapa...biarlah..

Ntah mengapa terasa begitu sulit hari ini laluannya....sejak malam semalam, saat mata ingin tertutup, ada pesanan dari sahabat mengunjung tiba, rupanya diri ini diperlukan untuk sahabatku itu.

Ya Allah, hambaMu ini lemah ya Allah, berikanlah aku kekuatan...

Hampir 9 malam, baru ku menyinggah pulang ke kampusku ini semula. Ntah la...adakah 'sakinah' yg di cari berjaya kutemui atau tidak??

Semasa maghrib tadi, alunan azan dari masjid Hassanah di Bandar Baru Bangi itu sekali lagi menitiskan airmataku....

"Allah Maha Besar"

"Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah"

"Marilah sembahyang"

"Marilah menuju kejayaan"

'Marilah menuju kejayaan'....ye..kejayan...Islam menggariskan panduan yg sudah terang lagi bersuluhkan sportlight tu...KEJAYAAN...tapi diri ini??? ya Allah...ampunkan hambaMu

Paper hari ni?? rasa macam dah musnah sama sekali. Jangan kata paper electronics, tapi perasaanya semua paper fizik semester ini seperti akan 'membunuh' diri ini.

"Bagaimana exam tadi dik?" suara seorang kakak menjengah telinga bertanya diri ini yg sudah jelas boleh mengesan nadaku ketika menjawab salam tadi...

"Ntah la kak, sy rasa macam mengarut je..akak, jangan tanya dah, nanti sy menangis lagi," jelas sy yg hampir sebak.

"Erm..adik akak dh jawab sebaik mungkin kan...dan sekarang tawakal la...doakan yg terbaik, moga Allah mempermudahkan segalanya..." sebakku semakin menjadi..

"Akak......."sy dah tak terkata, menahan perasaan dari terus merebak.

Memamg, sy terlupakan sesuatu, TAWAKAL. Selalu sy ingat, selalu sy pesan pd shbt lain, tapi hari ini, Allah bg kegelisahan tu lebih dari perasaan lain, dan terus sy lupakan kunci itu, TAWAKAL. Alpa sungguh hambaMu yang hina ini ya Allah.

Petang tadi menyaksikan mama, abah menelefon dan bermesej dgn sy bertalu-talu, gara2 sy menangis semasa mama bertanya tentang exam tadi. Risau sungguh ibu bapaku itu...mama, abah, ina minta maaf buat mama dgn abah risau.

Dan malam ini, abgku pula yg mesej, mengigau ke apa abgku ini. Erm, jarang sekali dia hendak bermesej dgn adiknya ini..berbunga jg hati ini.

.::MUHASABAH::.

Bila direnung semula, sy lagi sebak bila ingat kata2 mama tadi,

"Allah bg ujian sikit je kat adik, dah adik nak menangis macam ni. Adik jangan salahkan sesiapa, adik cuba untuk telefon mama dengan abah kan, tapi masing2 tak dapat. Cuba adik ingat balik apa yg adik pernah pesan pada mama selama ini. Ada masa Allah akan 'menyukarkan' pekerjaan kita untuk apa?? untuk kita muhasabah balik. Anak mama bukan jenis macam ni, anak mama kuat, tabah, dia susah nak menangis..takkan ujian macam ni adik dah nak menangis. Adik ada lagi 3 paper lepas ni kan..." kata2 mama, satu2 sy rakam dlm hati dan fikiran ini, sungguh telus kasih seorang ibu. Kuat???Tabah??mama, ina tak seperti itu...ina terlalu lemah, tp ina masih mencari kekuatan.

Yup, muhasabah.....

Bila saat ini dah tenang, baru rasanya dapat berfikir dengan waras. Sy menjadi lagi bertambah kelam kabut tadi sebelum masuk exam gara2 tak dapat mendengar suara mama dgn abah untuk ucapkan selamat maju jaya di samping doa mereka. Sy jadi kelam kabut sebenarnya sy sendiri tak bersedia sepenuhnya, tak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Bila berbicara tentang 'suara', sy dapat menangkap sesuatu. Cukup cantik analogi kisah exam sy ni...

Setiap kali nk exam, 30 minit sblm masuk exam, sy akan call parents utk minta doa mereka, redha mereka...dan hari ini, baru sekali, sy x dapat call mereka utk mendengar suara mereka, tp sy terasa seperti apa pun tak tahu dah..

Andai di compare dengan 'call' kita dengan Allah??? bagaimanakah??


Setiap hari kita berdoa, kita bermohon itu dan ini dengan Allah Ta'ala, dan alhamdulillah, selama ini Allah sentiasa kabulkan permintaan kita...selama ni Allah penuhi impian kita...

Tiba2, hari ni, saat bermunajat dengan Allah, saat kita cuba persiapkn diri sebaik mungkin utk 'berhadapan' dengan Allah, saat itu jg Allah tidak 'mendengar' perkenan kita..saat itu juga 'talian' dengan Dia tidak begitu baik ekoran Dia cuba menyusun sesuatu yg lebih baik buat kita.

Apa yang pertama akan dilihat??Air mata berguguran kerana 'permintaan' hari ini tidak diperkenan, tpi pernah x 'permintaan' dahulu disyukuri dengan senikmatnya??

Hari ini, Allah susun sesuatu, dan sy terus kabur dengan molekul air mata, gara2 'keinginan' sy tidak dipenuhi...masyaAllah..terlalu culas diri ini dalam menjalani kehidupan sbg hambaMu.

Sedar atau tidak, memang halus cara Allah mendidik hambaNya. Jarang dapat berfikir dengan baik bahawa Allah sedang menyusun sesuatu yg lebih baik buat diri kita saat 'permintaan' tak dipenuhi.

Selalu kita dengar bukan, Allah rindukan suara2 hambaNya...bukan Dia tidak mengetahui isi hati hambaNya, tp dia rindukan suara hambaNya. Benarlah, diri ini perlu dan sentiasa di 'recharge'kan dengan munajat ke muhasabah ke atau apa2 yg boleh mengembalikan perasaan kehambaan dalam diri.

Entry 'Ku Mencari Sakinah' kali ini merupakan entry luahan sy tntg 'ujian' hari ini. Sy manusia lemah, manusia biasa yg masih mencari siapa diri ini. Sy perlukan sokongan untuk terus hidup di bumi Allah ini...

Teringat salah satu dari 19 hadis berkenaan wanita,

Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

Untuk saat ini, sy perlukan kekuatan untuk membantu diri ini, kerana suatu hari nanti akanku cuba untuk 'membantu' suami yg amat dikasihi itu.


Masih dan masih mencari 'sakinah' buat insan bernama sakinah ini.


p/s: harap dapat dikongsi kisah di sebalik entry ini...tegurlah diri yang hina ini


1 comment:

  1. Beriman Dalam ketenangan ATAU Tenang Dengan Keimanan?

    Ketika dalam ketenangan, tidak ada masalah dalam kehidupan maka kita pun beriman dengan Allah SWT. Tidak ada sebarang keraguan dengan qadar Allah SWT, semua yang Allah putuskan untuk kehidupan kita adalah yang terbaik kerana Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. "Setiap keputusan ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya" itulah nasihat kita kepada kawan-kawan yang dilanda masalah dalam kehidupan.

    Tiba-tiba kita sendiri ditimpa musibah...musibah yang diluar dugaan kita, musibah yang menggoncang jiwa kita. Ketika itu bermacam-macam persoalan yang timbul dalam kotak fikiran kita, kita cuba berdoa dan munajat namun musibah yang menimpa masih belum reda bahkan makin menghimpit jiwa kita. Lalu kitapun mula keluh kesah...memikirkan alangkah 'malang'nya nasib kita.

    Tanpa disedari kita mula tidak nampak hikmahnya dari apa yang menimpa kita dan kita mula merasakan seolah-olah Allah tidak lagi sayang kepada kita, dosa-dosa kita menjadi hijab kepada doa-doa kita....

    Akhirnya jiwa kita rasa tertekan, kitapun mula menyendiri, menjauhkan diri dari kawan-kawan dan bermacam-macam lagi yang akhirnya melemahkan jiwa kita untuk meneruskan hidup dan perjuangan.

    Kemanakah perginya keindahan tawakkal kepada Allah yang kita rasakannya semasa hidup dalam ketenangan? di mana Imanun 'amiq (Iman Yang Mendalam) yang kita bina dulu?

    Dimana letaknya kepasrahan yang pernah menjadi slogan hidup kita? Kita kini bersendirian dalam hidup kita, hanya tangisan dan keluhan yang menghiasi hari-hari yang kita lalui, kita lebih banyak termenung dari berfikir bahkan kadang-kadang kita rasakan mati lebih baiknya dari hidup

    Hayatilah firman Allah pada Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156

    155.Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

    156.(Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

    ReplyDelete

Jom berkongsi