Wednesday, November 25, 2009

**Lambaian Hati Sempena Cuti**

Salam percutian buat sahabat2...mungkin ada yg baru je menjejakkan kaki di rumah masing2, ada juga yg dh berminggu2kn...dn ada shbt yg masih belum berpeluang untuk cuti...setiap dari kita memang berbezakan....

Al-kisahnya, terlalu lama x update blog ni. Banyak benda sbnrnya sy nk kongsi dgn apa yang dah sy lalui selama hampir dua minggu di rumah ini.

Jumaat lepas, sy berkesempatan 'shopping' dengan mama di pasaraya yang dekat dengan rumah. Bukan shopping apapun, sekadar membeli barang dapur. Gara2 kes takut banjir, jadi mama cuba sediakan semaximum mungkin bahan2 dalam rumah ni agar kami tak kelaparan....

Beratus juga habis time beli barang tu...penuh juga la satu troli kami beli barang dapur. List yang sy tulis tu, alhamdulillah semuanya dapat di cari dengan mudah walaupun cuaca sentiasa disimbahi air hujan yang tiada henti.

Lepas beli barang, kami ke pasar malam atau nama manjanya, 'pekan sari' yg terletak di seberang jalan rumah kami. Jalan punya jalan, tersinggah kat kedai seorang anak muda ni, kedai mini murtabak.

Time nak beli tu, memang tak tahu siapa yang jual sebab tiada siapa pun yang jaga gerai tu, tibe2 datang seorang anak muda yang lebih kurang sebaya denganku bertanya,

"Mak cik, nak beli?? Ada inti sardin, kentang, daging, ayam..nak yang mana??" sapa pemuda itu ramah sekali kepada mama.

"Mana yang paling sedap...berapa ni dik ye?" mama cuba minta pandangan pemuda itu sambil berkira-kira.

"3 keping RM2 la mama, ada tulis tu kan.."sy memberitahu mama, sebab ada kain rentang besar di belakang tu...mama tak perasan.

"A'ah la dik...macam ni la, bagi mak cik yang ini kentang RM4" mama memberitahu pemuda itu.

Sedang pemuda itu membungkus, mama asyik bersembang dengannya. Dari maklumat yang mama bualkan tu, dapatlah kami tahu bahawa baik kulit mini murtabak itu, baik intinya semuanya pemuda itu yang buat sendiri.

"Saya belajar dengan orang mak cik buat semua ni. Baru nak mencuba. Dari duduk rumah tu, baik saya berniaga. Lagipun, seronok tengok orang datang beli rezeki dengan kita, rasa puas sangat dengan usaha sendiri," luah pemuda itu.

"Adik sorang je ke?" mama terus bertanya.

"A'ah..sy sorang je..senang je jual ni, jadi tak perlu la pembantu,"

Pemuda itu berusia 20 tahun...(sebaya dengan sy tu rupanya), dia baru berhenti kerja di kilang dan belajar membuat mini murtabak tu dengan kawan ibunya, tiada siapa yang paksa. MasyaAllah, besar sungguh rezeki Allah ni, ada je di mana2.

"Baguslah dik, jual elok2, jangan menipu, jujur la sejujurnya, nanti boleh la ajak kawan2 yg lain tolong sama, boleh pelbagaikan lagi inti ke.....tolong la selamatkan bangsa Melayu dik, jaga nama baik pemuda Islam," itu pesan mama kepada pemuda tersebut sebelum kami beredar.

Terdetik perasaan yang sangat kagum pada pemuda itu. He is an ordinary person, but trying to be extraordinary in order to improve himself. Moga usaha pemuda itu dalam keberkatan Allah.

Hari sabtu, lebih kurang jam 10 malam, mama dan abah memberitahu kepada sy yang mereka tidak menggalakkan sy untuk ke USIM pada keesokkannya untuk mengikuti Konvensyen Pendakwah Muda 09...lenggok bahasanya, sangat menyentap sy, tp takpe la, sy redha, ada sesuatu yg lebih baik utk diri sy....menangis juga depan mak ayah sbb teramat nk pergi konvensyen tu.

Kata mereka, cuaca seperti sekarang ni sangat mencemaskan mereka, sebab sy akan memandu sendiri dari pahang ke UKM dan ke USIM, jadi mereka bimbangkan keselamatan anak daranya ini...

Ayat sahabat sy, "Kinah tu dah la satu2nya anak dara dlm family, and even kalau ada anak dara lain sekalipun, tentu parents akan risau kan...kenapa mesti nak pertikaikan lagi,"

Ni kes saya meluahkan kesedihan sy pd shbt tu...time tu memang sy dengki dengan abang, sbb abang boleh ke mana je...apapun, sy memang tak patut fikir macam tu kan..

Ahad petang pula, sy dapat panggilan untuk ke IKIP di Kuantan atas suatu urusan, agak tergesa-gesa sy ke kuantan bersama2 bbrpa shbt baru sy kenal dn dh sy kenal.

Serba salah dibuatnya, sbb lepas satu, satu sy minta dgn parents untuk ke sana ke sini. Kali ini mereka izinkan sy untuk ke Kuantan...cuma abang yang tak izinkan, dia 'dengki' dengan sy...

Dan malam ni, saat entry ni di taip, sy baru selesai menonton program khas di tv3, Labbaikallah Istimewa Sempena Aidiladha...sedihnya rasa.

Tetamu Allah...ntah bila giliran sy untuk menjadi tetamu Allah. Bukan kali ini, malah sebelum2 ini pun banyak kali memikirkan hal ini. Mama kata, kami akan ke sana sekeluarga dalam tempoh terdekat ni, 4,5 tahun lagi, tapi, saya rasa tak, sebab duit simpanan mama pernah dikeluarkan untuk suatu urusan keluarga yang sangat genting dulu..kesian mama dengan abah.

Time tengok tv tu, sy teringat cerpen yang pernah diemailkan oleh sahabat sy yg sedang menuntut di Australia skrg. Cerpen yang mengisahkan suami isteri 'berdating' di Masjidil Haram, jalan cerita yang sangat sweet, masing2 meluahkan rasa cinta dengan sebenar-benar cinta di hadapan Ka'abah.

Sehinggakan, sy tidur, bermimpikan kisah tu, ala2 berangan, sy pula yang 'berdating' dengan suami di depan Ka'abah. Yup, memang, itu sebahagian angan2 sy, nk 'berbulan madu' di sana dengan keluarga yang tercinta...

Sy tertarik dengan persoalan yang Datuk Abu Hasan Dik Al-Hafiz persoalkn dalam prgrm tersebut, " Kenapa kita mengelilingi Ka'abah?? sebuah bangunan yang diselimutkan dengan kain hitam, Kenapa kita bertawaf??"

Persoalan yang cukup menarik perhatian sy. Tergerak sedikit demi sedikit otak ni sebentar. Apa yang terlintas dalam kepala sy time tu adalah hikmah tawaf dari segi saintifik, gara2 baca buku Quran Saintifik karangan Dr. Danial Zainal Abidin, yang tiada kaitan dengan soalan tadi.

Erm...agak2 shbt la, kenapa ye kite kena lakukan tawaf...pada bangunan yang diselimuti kain hitam...memang kita mengatakan itu rumah Allah, tp macam mana tu perkaitannya...sama2 kita fikirkan...

Bukankah Allah berada di mana2, jadi bukan ke Ka'abah tu boleh je letak kat mana2..tp kenapa kat situ...amik masa, tarik nafas, hembus nafas..nikmati sehabisnya nikmat udara yang diberi pinjam ini, kemudian cuba renungkan bersama2 betapa besarnya natijah yang disediakan untuk renungan bersama ini.

Tak sedar, hari demi hari yang dilalui, kita semakin dewasa. Ntah sempat ntah tidak kita merasai menjadi tetamu Allah. Sy percaya ada di antara kita yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci di usia muda sebab ada sebahagian sahabat sy sememangnya berpeluang sedemikian, tp itu tidak sama sekali menjadikan kita untuk berada di luar radar taubat kan..

Bila diimbas, masih terlalu banyak dosa sy yang membentukkan titik2 hitam di hati ini. Bukan senang untuk melawan nafsu yang mewarnai dunia ini.

Sahabat, maafkan sy, entry kali ni lebih kepada luahan hati, 'laporan' aktiviti sy, mungkin terlalu sedikit perkongsian dalam entry ni....untuk lepaskan rindu..

Akan sy cuba untuk mencuri masa lagi untuk berkongsi entry yang pernah sy janjikan dulu, perkongsian prgrm perkaderan dakwah, plus perkongsian buku 'Berdialog Dengan Jin' yang sy baru berhenti baca....haiyya biina ila...mardhatillah...


No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi