Wednesday, December 30, 2009

**Mentari Ukhwah**


Pagi itu, mentari muncul lagi
Indah sungguh sinar sang suria
Senyuman suria membisik sesuatu
Membisik kalimah syukur pada Yang Satu
Kehangatan sinarnya memeluk sesuatu
Memeluk jasad hamba dari terus membeku
Agar hamba terus diulit rindu

Ukhwah ini diatur Dia
Kita pernah bertemu
Kita juga pernah berpisah sementara
Hanya menunggu untuk bersatu
Bukan untuk seketika waktu
Tapi Selamanya kita berpadu

Bukan tak sedar tangan menggenggam
Dek menahan rindu yang berkubu
Sungguh akan menanti saat mentari
Muncul menyinari hari kita bersama
Moga ukhwah kita sesinar mentari menyinari sahabat...

Ukhwah fillah, abadan abadaa....

Wednesday, December 23, 2009

**Buku : Berdialog Dengan Jin**

Salam perkongsian...entry kali ini, suka untuk saya mematri janji walaupun ada janji masih tergantung. Al-kisahnya, buku yang bertajuk 'Berdialog Dengan Jin' ini telah cuba sy baca tapi baru sekerat jalan gara2 saya menjadi seram membacanya.

Ada masa rasa, betul ke cerita ni, ada masa terlebih feel. Tapi, sungguh, kita tidak boleh menafikan kewujudan hamba Allah yang lain yang sama-sama menumpang di bumi Tuhan ini. Buku yang dikarang oleh Ustaz Abd. Majid Hassan yang merupakan salah seorang anak didik Ustaz Harun Din di Darul Syifa Bandar Baru Bangi.

Buku yang mengisahkan kisah benar peristiwa2 yang berlaku disekeliling beliau digarap dengan cantik bagi fahaman pembaca bersama. Lenggok bahasa yang santai membuatkan sy membacanya pun dengan rilex dengan bercampur perasaan berdebar, ingin tahu yang berkobar dan segalanya lah.

Al-kisah, ada satu malam tu, seperti biasa, sebelum tidur, ada sahaja buku yang akan ditatap untuk dibaca dalam keadaan yang tenang je kan...dan malam tu sy berada di pertengahan buku ini. Sy cuba baca buku ni semasa cuti semester baru2 ni.

Sampai part di mana ustaz menceritakan 'Petunjuk-petunjuk Gangguan Jin', sy baca dengan penuh minat....rasa teruja untuk mengenali hamba Allah ini. Saya pun baca...

A. Tanda-tanda ketika jaga
  1. bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
  2. suara berubah ketika marah
  3. mudah hilang akal,kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya
  4. berjalan terhoyong-hayang
  5. cara makannya menjijikkan
  6. berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila hendak membaca Al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang ,enghalang untuk berbuat demikian.
  7. benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za'afaran
  8. pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
  9. bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya
  10. kelupaan atau sakit kepala ketika solat
  11. tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu
  12. malas dan lemah badan (tanpa sebab)
  13. merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak
  14. denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
  15. selalu bermimpi
  16. bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, didapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya
  17. sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh
  18. suka memisahkan diri daripada orangramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati is akan hilang kepercayaan terhadap orang lain
  19. mengabaikan kerjanya, tumah, suami atau isteri dan sekolah atua universiti
  20. sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tnapa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
  21. beberpaa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat
  22. perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada maa yang lain pula ia akan keluar sedikit,
  23. suka berada lama di dalam tandas atau bilik air
  24. was-was
  25. lekas marah dan mudah melakukan kesilapan
  26. didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksuat seperti membunuh atau berzina
  27. lenguh-lenguh badan, sangat malas, dan tidak berdaya
  28. semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa
  29. merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
  30. pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.
B. Tanda-tanda di waktu tidur
  1. mimpi menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
  2. bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suata tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
  3. ia bermimpi berjalan di atas air atau darah
  4. mimpi yang berulana-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atua ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhadap jiwanya seperti ia bermimpi suatu kejaidan, kemudian ia benar-benar berlaku atau ia bermimpi sesorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku.
  5. susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring
  6. kerap tejaga tidur di waktu malam
  7. mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
  8. berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar
  9. bermimpi seolah-olah ia jatuh dari temapt yang tinggi
  10. bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan)
  11. mimpi melihat manusia yang bersifat eplik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.
Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda ketika waktu jaga maka tiada mugkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu terlah diganggu oleh jin atau syaitan"

Subhanallah...sedar atau tidak, bukan golongan manusis sahaja yang mendiami bumi Allah ini. Nak atau tidak, tidak sekali-kali kita boleh menafikan hakikat ini bukan.

Peringatan untuk diri saya dan sahabat2 semua, sama2 la terus dan terus mengamalkan al-ma'thurat setiap pagi dan petang, paling tidak, gunakan teknologi yang ada..

Salam muhasabah dari diri yang masih mencari erti hamba yang sebenar...

Tuesday, December 22, 2009

**Sehari di Bumi Allah**

(kanak2 perempuan yg berbaju biru-ieka)
(kanak2 yg sedang mencium seorang kanak kecik itu - haris)
(kanak2 yang dicium itu - menmen)
(kanak2 perempuan berbaju putih - nurul)
(kanak2 lelaki yang berada di depan nurul - azwan)
(kanak2 yang di depan sekali - syamil)

Salam kerinduan pada kedamaian tiupan angin yang tak pernah jemu mengisi ruang2 yang ada di bumi ini. Salam pengenalan buat semua sahabat....Bulan ni bulan yang paling sy tak tepati janji, sebab entry post tak seperti biasa.

Hari ahad lepas sy dn seorang shbt telah selamat sampai ke bumi UKM, Bangi...jeng2, agak sedih meninggalkan negeri tercinta dan keluarga tercinta.

Dan semalam, hari yang banyak mengajar sy tntg hidup jg la..musafir di bumi Allah..

Pagi semalam sepatutnya ada kelas, tp lecturer x masuk pun, jadi lepas kelas kami beramai-ramai menyerbu kaunter pusat pengajian kami. Banyak perkara yang nak di tanya. Lebh kurang 9.40 pagi baru kami beredar dari kaunter tu.

Coursemate ajak keluar utk mencari barang2 keperluan kami, tp sy ada janji dgn shbt2 lama.

Maka, sy pun ke seksyen 7 yang tak tahu di mana sebenarnya. Matlamatnya satu, nk gi kedai pok su, adik abah. Setelah meredah bangi dalam 20 minit, maka sampai la sy ke kedai tersebut.

Terharu....sepupuku yang cilik menyambut kedatangan saya di muka pintu kedai...mereka berebut-rebut nk salam dengan cik kinah. Masih adakah kanak2 di zaman ini yang berebut nk salam dgn insan yg lebih 'matang'?? (bukan lebuh tua.... B-) ) Persoalan tu bermain di fikiran sy.

Kami makan sama2..mula mereka tak nak makan, tp gara2 tengok sy makan roti canai telur, jd mereka pun mnta roti canai telur dgn abah mereka. Nurul, ieka, haris, azwan, syamil...itulah nama mereka.

Lepas makan roti mereka, sy suapkn pula roti sy yg masih ada...kelakar, bila tnya, nk lagi tak, mereka akan jawab tak nak, tapi bila suap je, buka juga mulut...sweet...terutama azwan dgn syamil tu..air milo sy pun di kebas mereka...haish..cik kinah nk minum apa je...

Makan punya makan, sembang ngarut2 dgn mereka (layan budak kecik kan..tp seronok)...pok su ajak gi rumah dia.. berat rasanya nak tolak sbb dia dah berkali ajak ke rumah.

Dalam kereta, ieka dgn haris naik dgn sy, yang lain naik dgn pok su. Haris duduk depan, ieka duduk belakang. Bantal yg ada dalam kereta sy di jadikan bahan utk mereka 'restling' adik beradik dlm kereta tu....sabar je la...rindu sgt keriuhan mereka.

Banyak yg sy bualkan dgn haris...tahun depan dia masuk darjah 1 dah.

"Kak shakinah, (nama penuh dia panggil sy...ades, bagus2) kenapa kak shakinah tampal kertas ni?" dia bertanya tentang doa naik kenderaan dan penghulu istighfar yang saya tampat di depan tu sambil dia membetulkan kertas tu.

"Penghulu....is..tik..far...eh, penghulu....is...tihfar..."ieka cuba menyebut dgn betul perkataan istighfar.

"Haris rasa kenapa akak letak??" sy menyoal kembali, tidak memberi jawapan yg dia mahukan.

"Ntah...."ringkas jawapan haris.

"Supaya setiap org yg naik kereta ni, baca doa tu...moga perjalanan selamat..walaupun nak gi kedai ke...,"betul ke sy jawab tu, berdebar jg sbb kanak2 ni ibarat span kan, dia org akan absorb apa yg kita sampaikn.

"Habis, penghulu istihfar tu??" ieka cuba menyebut dgn baik perkataan istighfar tu.

"Kenapa nama dia 'penghulu'?? penghulu tu apa??" mesti dia org geram, cik kinah ni, org tanya bukan nk jawab, tp soal balik...

"Penghulu tu ketua la...kan cik kinah...pemimpin" jawab ieka.

"A'ah....betul tu syg...ieka tahu tak istighfar tu apa.." soal lagi.

"Astaghfirullahalazim...."mereka adik beradik berzikir di dalam kereta sy..seronoknya dengar budak2 ni, untung pok su dgn mak su ada anak macam mereka.

Sy plak semakin seronok melayan mereka. Sambil nk ingt jalan lagi, nk elak kereta lagi sebab jalan di kajang sesak sangat time tu.

"Kenapa ieka dgn haris baca macam tu??" yeah, kita main soal2 je hari ni ye adik2..

"Abah selalu baca tu...kan kak ieka.."haris menjawab. Dia paling bongsu dn satu2nya anak lelaki.

"Tapi, tahu tak kenapa abah baca tu??" soalan demi soalan.

"Abah cakap, kita ni banyak dosa, jadi kita kena minta ampun dengan Allah. Tapi, kami kecik lagi, mana ada dosa kn kak kinah," Haris menjawab sambil memuntal bantal yg ada dlm kereta.

"Selagi haris dengan ieka belum cukup umur, dosa akan di tangguh oleh abah dgn ibu, nanti ieka dgn haris akan tanggung dosa sendiri juga. Erm...sekarang, dapat bayang tak maksud penghulu istighfar tu apa??" sy cuba bermain kata2...nk cakap baligh takut mereka lagi pening...

"Tak.." serentak mereka jwb sambil geleng kepala.

Alamak....sy ni memang la, tak pandai nk layan mereka.

"Macam ni, penghulu tu, kan kak ieka dh cakap tadi, ketua, pemimpin...istighfar tu pula di baca untuk minta ampun...jadi apa??"

"Kita baca ni untuk ampun la dgn Allah..cuma ayat ni dia ketua kepada ayat minta ampun yang lain...kan cik kinah kan," ieka jawab.

"Betul syg....tp, Allah tu Maha Pemurah...Dia sentiasa terbuka menerima taubat hambaNya. Masih banyak cara untuk kita minta ampun. Yang penting, kita kena ingat, Allah sayangkan semua hambaNya," sy cuba semampu boleh untuk menjelaskan kpd mereka.

Susah jg ek nk mendidik anak2 ni. Tak boleh rasa bosan dengan soalan2 yang keluar dari mereka. Sy memang teruja untuk bersama dgn mereka sbb al-maklumlah, takde adik kecik sbb sy ank bongsu.

Lepas tu, haris diam je....

"Kenapa haris diam??" tanya saya. Memang sy dapat fokus kpd jalan raya tu lebih, tp rasa tak best pula dlm kereta tu senyap.

"Haris pernah suruh kawan2 haris pukul kawan haris...haris dah buat dosa la kan cik kinah," mulutnya muncung ke depan, dengan muka sememek.

Ya Allah, luhurnya hati seorang budak. Telus. Sy pula yang jadi hiba, mereka masih bersih, suci. Tengah2 sy melayan perasaan tersentuh tu...terdengar haris cuba membaca penghulu istighfar tu sambil mengeja2 ayat tu, dalam arab la..seawal usia tu dia dah mampu membaca ayat tulisan jawi..sgt kagum.

"Haris nak minta ampun dengan Allah, sebab haris suruh kawan haris pukul kawan haris, haris dah buat dosa," jawapan yang tak ditanya soalan pun. Tersentuh sy...

Ieka senyap je dari tadi. Ieka agak pendiam sikit. Tapi dia amat lembut, sy dpt bayangkan, bila dah besar nnti, dia jadi seorang muslimah yg sgt disanjung tinggi dengan akhlaknya, peribadinya..sangat menyentuh hati.

Sambil2 tu mereka berbalas lambaian dgn adik mereka yang berada di dalam kereta abah mereka di depan. Macam2 aksi mereka melambai..risau sy brek mengejut je.

Setelah tiba di rumah mereka, mereka semangat membuka pintu, punya nak saya masuk. Macam2 budak2 ni. Ibu mereka yang memang ada di rumah menyambut sy di muka pintu. Terharu sangat sebab diraikan sebegitu.

Masuk2 je nurul tarik sy suh duduk atas kerusi. Duduk kejap, kemudian lari ke dapur, nk cari kerja. Tapi, sy tak dibenarkan buat apa2 kat dapur tu...maka duduk bersama kanak2 itu main kereta bomba, layang cd kartun...lama tak jadi kanak2.

Tunggu punya tunggu sambil main dgn kanak2 tu, kami makan pula dan lepas makan sy pulang ke kampus kerana ada janji yang perlu di patuhi.

Sebelum balik, haris datang kat kereta sy. Dia naik duduk sebelah driver. Mak ayah dia dah panggil sebb risau haris nak ikut sy balik ke bangi je.

"Cik kinah, jom kita baca doa naik kete..nanti cik kinah boleh sampai dengan selamat ke sekolah cik kinah," pinta haris setelah pintu kereta ditutup. Sekolah?? Dia panggil kolej sy sekolah...haris..haris...budak2 kan.

"Jom..kita baca sama2.."sy baca doa tu dia ikut. Kelakar jg la, sebab masa baca doa tu, dia tutup mata, muka menghadap ke atas, menampakkan kesungguhan si cilik ini. Kelakar sebab macam2 karenah kanak2 tp tersentuh sebb dia turut sama mendoakan keselamatan sy.

Lepas baca doa, dia turun balik, gi kat ibu dia.

"Ibu..ibu...haris baca doa naik kete dengan cik kinah. Nanti kita naik kete abah, kita baca doa tu ek..,"bahagianya hati seorang ibu bila anaknya berkata begitu.

Maka, pulanglah sy ke kampus yang dirindui ini.

Tak sedar air jernih keguguran..rindukan mereka. Saja sy biarkan bantal tu bersepah dlm kereta sbb nk kekalkan kesan mereka main tadi, biar jadi kenangan utk sy.

Sy menelefon shbt sy di kampus utk bersiap sbb kami akan ke sebuah shopping complex di serdang, ada 'reunion' sekolah lama di sana. Sy yg dah sememangnya lewat, akan lebih lewat kerana kami ingat2 lupa jalan nk ke sana.

Sampai2 je kami solat zohor, kemudian makan...bila dah lama tak jumpa, muka masing2 dh berubah, lain sangat. Tapi, alhamdulillah, nama saya masih diingati mereka...terharu

Semasa kaum adam main bowling, kami kaum hawa pusing2+jalan2 meninjau bangunan tersebut, ada yang cari barang, beli itu ini...yang wajib sy beli ialah slipper toilet, itu pesanan rum8.

Tp, ntah la, sy tak pentingkan nk beli apa, yg pntg masa kmi bersama. Ada yg selalau jmpa, ada yg tak pernah jmpa lepas spm la, ada yg x pernah jmpa lpas pindah sekolah la...even rumah sebelah taman je...

Macam2 yg berlaku di sana....

Dalam perjalanan pulang dari UPM ke UKM, sy dn shbt sy mengisi perjalanan pulang kami dengan sesi air mata. Ada kisah perjuangan seorang sahabat kami yang Allah uji jauh lebih hebat dari kami, tp dia begitu tenang menghadapi ujian itu. Kami sama2 muhasabah diri.

Tak terkejutkan, insan yang Allah uji dengan ujian lagi hebat tu lah yang jauh lebih berjaya. Walaupun sahabat kami itu tidak dapat menikmati zaman remajanya seperti orang lain, tak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya seperti orang lain, tp kini dia jauh lebih berjaya dari orang lain.

Very humble, lemah lembut, tp mantap jati diri.

Bila dengan sepupu cilik sy tu, rasa seperti Allah nk peringatkan sy tntg sesuatu. Benarlah, anak2 adalah permata berharga anugerah Allah untuk semua ibu bapa. Siapa sy hari ini adalah asal daripada ibu dan bapa sy, tapi apa yg dh sy buat untuk mereka??

Recall semula sakinah....refresh balik...

Salam muhasabah..salam perkongsian dari diri yang jahil ini.

p/s: anak2 adalah hadiah dari Allah...






Tuesday, December 15, 2009

**Dialog Bersama Hati Ibu**


Salam kerinduan pada cinta hakiki. Terlalu lama tidak menyentuh blog tercinta ini, gara2 daku 'diboikot' di rumah ini dari menggunakan internet..macam2.

Sepanjang cuti ni, sy disibukkan dengan beberapa hal, dan amatlah tak seronok bila takde apa yang nak di buat. Paling banyak tentulah menjadi pembantu kepada ibu tercinta. Hampir setiap hari saya akan ke hospital untuk berada di sisinya. Dan al-kisah, ada suatu hari mama mengajak saya untuk melawat wad2 yang ada untuk mengemaskini maklumat pendidikan pesakit.

Jalan punya jalan, mama mendekati seorang nenek ini yang terbaring di atas katil keseorangan. Ikuti perbualan kami...eksklusif ni utk shbt2 semua..

"Assalamualaikum mak cik, mak cik sihat hari ni??" sapa mama

"wa'alaikumussalam mici, sihat sikit rasanya..." rilex je nenek tu jawab, mukanya jelas pucat.

"Sy saja je datang sini...takpelah, mak cik rehat ye, saya nk buat kerja saya skit," simple je mama tegur nenek tu.

Tak pasal-pasal saya yang pergi ke arah nenek tu.

"Nama siapa??"sapa nenek tu dulu

"Sakinah nek..,"

"Anak mici tu ke??" duga nenek

"A'ah...anak mici tu..." sy semakin merapati nenek tu.

"Datang dengan siapa je? Suami tak ikut sekali ke?" nenek tu cuba ramahkan diri.

Hah??suami??muka macam ni macam orang dah kawin ke??

"Atau minta suami jaga anak sekarang ni??" tanya nenek lagi, belum sempat sy jawab soalan pertama dah di sambung soalan cepu emas ni...alamak....selamatkan diriku..

"Takde la nek, saya belum kawin lagi, masih belajar, siapalah yang nak kawin dengan saya.." saya membuat ayat sedih...

Nenek tu hanya membalas dengan senyum tawar. Kemudian dia memalingkan mukanya ke arah pesakit di sebelahnya.

"Sakinah nak tak jadi seorang ibu?" soalan mantap tu.

"Siapa tak nak nek, ada rezeki Allah, ada la untuk saya," sy dah berdebar, soalan2 yang ditanya sangat mencemaskan diri sy. Kenapa sampai ke tahap macam ni??

"Nenek nak panggil apa ye....panjang la nak sebut nama sakinah,"

"Panggil saya ina je nek," ringkas je jawapan saya.

"Ina tahu tak, nenek masuk hospital sebab darah tinggi dan sakit jantung. Dulu nenek sihat, sebelum arwah suami nenek meninggal, nenek kuat. Tapi, lepas arwah suami meninggal, nenek jadi macam ni," nenek tu cuba bercerita denganku.

Saya dah menjadi serba salah. Insan yang baru kukenal berapa minit ini tibe2 bercerita denganku tentang kisahnya. Erm...rasa nak lari pun ada. Takut mengganggu pesakit je sebab itu bukan masa ada pelawat.

"Anak2 nenek tak berkara (bercara la...) ke nenek dah. Bila nenek cakap, mereka dah berani melawan. Dulu masa arwah ayah mereka masih ada, mereka tak macam ni. Sebab tu nenek dapat darah tinggi tibe2, sebab selalu naik angin dengan anak2. Nenek tahu, nenek memang garang, nenek tegas dengan dia orang, tapi semua tu untuk kepentingan mereka, kalau tak mereka takkan berjaya macam sekarang," panjang nenek tu bercerita.

"Ina rasa mak ina tu garang tak??," soal nenek, mungkin mengharapkan respon dari sy, kerana senyap je mendengar kisahnya.

"Bagi saya, mama tak garang tapi tegas, dia sangat disiplin, kenapa nek?"jeng...sy semakin hairan dengan soalan nenek.

"First time nenek tengok muka mici, nenek rasa mcam tengok diri nenek sendiri. Nenek dapat rasa 'ketegasan' yang ina maksudkan dalam diri mici. Cara dia berinteraksi dengan rakan sekerja, dengan pesakit, sangat berbeza. Cara dia berjalan...nampak siapa diri dia.." uih, maknanya nenekni bukan sebarang orang la dulu. Sebab ayat2 dia ni semacam je, duga di dalam hati kecil sy.

"A'ah...dengan anak2 mama memang tegas, tapi cara mama layan arwah nenek dgn atuk dulu, sgt lembut," sy cuba mengimbau kenangan lalu.

"Sebab tu nenek kat sini. Anak2 nenek tak dpat terima cara nenek. Mereka salah tafsir cara nenek didik mereka...mereka dah besar kan..."

Belum sempat nenek menghabis kan ayatnya, mama dah panggil untuk turun ke wad lain pula. Tapi....sebelum saya berlalu, nenek tu ada pesan sesuatu...

"Nek, ina kena turun dulu ni, mama dah panggil," sy cuba undur diri

"Ina, kalau mici tu marah ina, ina jangan ambil hati ye, selagi tak salah dari hukum agama, ina jangan permah ambil hati. Ina, ingat nenek nak cakap nie..." sy ni sensitif skit, bila nenek tu cakap macam tu, sy dh sebak, air mata ni tunggu masa je nak banjir.

Kata-kata nenek tu sebelum sy turun ke tingkat lain saya tulis dalam bentuk di bawah...

"Kata nenek....
ina, ibu sayangkn kita sejak di alam kandungan lagi.
ibu bersusah sejak melahirkan kita lagi.
ibu tidak tidur sejak kita kecil lagi.
semuanya sebab kasih sayang.

Kerana kasih sayang itulah,
dia bangun pagi siapkan makanan kita,
dia bangun pagi siapkan kerja rumah,
dia bangun pagi membasuh segala baju kotor,
dia siapkan semuanya sendiri.

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya terkena minyak panas
demi menyediakan makanan utk keluarga tercinta,

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya dihina jiran kerana
terlalu kerap meminjam wang utk
biayai pelajaran anak-anaknya

Kerana kasih sayang itulah,
dia biarkan dirinya dimarahi anak-anak
yang sedang membesar di depan matanya

Kerana kasih sayang itulah,
dia jatuh basikal semasa ingin mengambil anaknya
pulang dari sekolah

Kerana kasih sayang itulah,
dia pendamkan kesengsaraanya dari
pengetahuan anak-anaknya
agar anak-anaknya hidup mulia bermaruah.

Tapi,
bertahun kisah itu berlalu,
terlalu mudah anak-anak menyimpulkan ibu ini."

"Ina kena jadi anak yang baik...jadi isteri yang baik...nenek doakan moga dapat jadi ibu yang baik juga...."tulus nenek itu. Air mata saya tersembam juga di bumi Tuhan ini.

Sebelum turun, saya bersalam dengan nenek itu, dan apa katanya...

"Tangan ini pernah mendukung anaknya, moga tangan yang menyambut salam ini yang mendukung jenazah ibunya dan mendoakan ibunya," lagi berguguran air mataku...sangat menusuk jantung dah tembus ke belakang badan dah rasanya...terlalu mendalam.

Semasa turun tangga, sy sempat bertanya mama background nenek tu. Mama kata dia ditinggalkan di rumah orang tua di pekan ni oleh anak-anaknya. Semasa muda nenek itu seorang guru, pendidik di sebuah sekolah menengah. Semua anak-anaknya memiliki ijazah, tapi masing-masing mementingkan keluarga mertua selepas arwah ayah mereka meninggal.

Rasa macam dalam filem pun ada. Macam tak percaya saya berdepan dengan kisah ini.

Sungguh, jika nenek itu bukan seorang guru sekali pun, bagi saya dia tetap seorang murobbi yang unggul kerana telah berjaya mendidik anak-anak2nya sehingga ke menara gading.

Salam renungan dari diri yang jahil ini.

Thursday, December 10, 2009

**Curangkah aku??**

Entah kenapa diri ini dirasakan curang
Curang pada sesuatu yang tak pasti
Sesuatu yang selalu menjengah diri
Tapi tiada jawapan yang ditemui
Apakah sesuatu itu??

Mama, abah, ayen.....
yup, itu insan yang aku curangi
Aku curang terhadap kasih sayang mereka pada aku

Ya Allah, Engkau lebih tahu isi hatiku,
Kau berilah aku kekuatan,
Kembalikan diri aku yang sebenar...

**Diari Sepasang Mata**

Hari ini aku dibawa melihat kebesaran Allah oleh abah, ayah kepada badan yang aku tumpang ini. Abah membawa ina menaiki motor, memang hajat ina pada petang itu untuk menunggang motor, tapi tak sangka pula ajakan abah lebih dahulu sebelum dia memulakan langkah.

Aku melihat setiap satu yang singgah di korneaku ini. Segala prinsip pantulan dan biasan aku praktikkan dengan baik, ditambah pula aku di bantu oleh cermin mata yang ina pakai ini. Ya, cermin mata yang ina pakai ini digunakan untuk menapis cahaya matahari selain hakikat rabun. Kalau tak silap aku, nama cermin mata yang ina pakai ini, kacanya itu fotokromik..campuran.

Cantik sungguh hutan yang masih tersusun di belakang perumahan ina ni, aku cuba menikmati setiap satu agar saat perubahan di lakukan, aku masih dapat mengimbau kehijauan yang pernah menghuni di tempat ini. Agar sahabatku dapat terus menghidu kesegaran alam ciptaan Allah ini.

Aku dengar abah ajak ina pergi pasar malam di IKM tu. Selama ina cuti, tak pernah rasanye dia berpeluang ke mana-mana pasar malam. Ina memang sangat seronok, apatah lagi aku. Aku adalah amanah Allah untuk ina gunakan sebaik mungkin, untuk melihat segala benda baik.

Bila tiba di pasar malam, tak cukup sepasang rasanya diri aku ini, ina seolah nak lihat semua benda yang ada di situ. Walaupun pasar malam itu kecik, tak sebesar yang aku pernah lihat di bangi, tapi ntah kenapa perasaan seronok tu lebih.

Ina berjalan, dia tak sedar dia dah ditinggalkan abah, abah dah jauh ke depan tapi ina masih kusyuk melihat itu dan ini. Rasanya aku berpusing 180 darjah untuk memenuhi permintaan ina tu.

Aku ternampak seorang kanak-kanak yang aku anggarkan usianya dalam 6 tahun mungkin. Di bahunya, disilangkan tali rafia yang di pinggangnya terikat kemas beg-beg plastik yang masih belum digunakan. Kanak-kanak itu setia menunggu di tepi longgokan ikan yang mungkin di empunya oleh bapanya.

Kenapa aku rasa diri aku berair...ina, ina menangis ke?? Ina terus membawa aku melihat benda lain.

Kemudian, aku melihat beberapa anak muda yang sibuk menjual lampu barangkali tapi yang di ubah suai bentuknya supaya lebih flexible kegunaannya. Bersungguh sungguh anak-anak muda ini. Kalau mama ada, tentu mama sangat bangga tengok anak muda melayu Islam membuat kerja begini.

Mulut mereka tidak henti mempromosikan barang-barang mereka. Malah, dari masa ke semasa, makin ramai manusia yang berkumpul di depan pemuda-pemuda itu untuk mendengar 'hujah'nya.

Aa.....aku ternampak kedai kek. Aku tahu, ina sangat suka kek, semua kek ina ni makan, tapi ina macam tak beli je kek tu. Aku kagum, mata penjual kek tu senyum padaku, aku membalas dengan senyuman juga, tapi, aku jadi kesian padanya. Argh....mungkin rezekinya dari orang lain.

Ina jalan lagi dengan abah. Aku ternampak satu lagi makanan kegemaran ina, ikan masin. Ina memberitahu abah yang ina nak membeli ikan masin balung ayam tu, sebab dah lama sangat ina tak makan ikan masin kegemarannya itu. Tapi....

Aku ternampak si penjualnya. Seorang lelaki tua yang setia dengan tong cat sebagai tempat duduk. Jika di fikir logik, lelaki seusia itu seharusnya menikmati usia emas mereka dengan berehat di rumah bersama anak cucu, tapi, kenapa pak cik ni masih di sini??

Sekali lagi aku rasa diri aku berair. Ina...jangan nangis....

Ina patah balik sebab dia tak sanggup untuk membiarkan aku terus memandang pak cik itu. Dia berarah ke kedai keropok.

"Dik, bagi keropok mentah ini 2 batang, dan keropok ini 3 ringgit," itu request ina.

Adik??ye, kanak-kanak juga yang ada di situ. Si ibu sedang melayan pelanggan yang lain sambil berulang alik ke kuali panas di belakang. Kanak-kanak ini setia menemani ibunya, menemani ibunya dalam mencari rezeki. Tidak......aku rasa seperti nak menjerit je.

Kemudian ina dan abah balik. Mereka lalu jalan yang sama untuk pulang. Sekali lagi aku disantap dengan ciptaan Allah yang sungguh tak terkata indahnya. Mungkin pada pasangan mata lain akan mengganggap ia pemandangn biasa, tapi tidak jika kita cuba melihat dengan mata hati sekali.

Sesampai di rumah, sebelum ina menutup pagar, seorang kanak-kanak membawa basikalnya dengan laju di depan rumah ina. Dia menggangkat tayar depan basikal. Rumah ina ni depan jalan utama dan paling hujung, jadi memang petang-petang tak sunyi dari aksi sebegini.

Adakah ini generasi pelapis mat rempit masa akan datang?? Mat rempit versi 2020??

Aku dipalingkan dari melihat kejadian itu, gara-gara ina trauma dengan kisah ina masa kecik dulu. Yang pasti, aku seronok sangat hari ini sebab Allah izinkan aku melihat kebesaranNya dengan tuan badan yang aku diamanahkan ini.

Terima kasih Ya Allah.

Jom berkongsi