Sunday, August 29, 2010

:: Cinta Saya Kepada Awak ::

Awak,
Awak tahu, saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap,
Tapi tabir malu saya terus memagar diri saya,
Saya kan perempuan...

Awak,
Malunya saya, tapi saya nak luah juga,
Saya rindu kat awak,
Saya nak jumpa awak..tapi bile??
Awak tahu,
Saya rasakan, saya dah cintakan awak,
Tak sabar nak jumpa masa dating nanti.

Awak,
Kalau saya nak jadi isteri awak selamanya boleh??
Saya nak teman awak sentiasa,
Saya tak nak awak keseorangan lagi...
Setidaknya,
Saya nak awak tahu, saya sentiasa ada untuk awak
Dalam apa keadaan..
Sebab saya teramat sayangkan awak...

Awak dengar tak ek kata-kata saya ni??
Awak baca tak semua ni??
Sedihnya saya kalau awak tak baca ni.

Bila agaknya saya dapat dengar
Awak cakap yang awak sayangkan saya...
Tapikan,
Saya rasa awak pun mesti menantikan saya juga kan,
Tunggu saya datang ye awak,
Eh, saya kan perempuan,
Mesti la saya malu,
Awak la datang jumpa saya...

Tapi awak,
Kalau betul saya jadi isteri awak,
Awak terima saya ikhlas tak ye??
Saya banyak dosa,
Saya banyak kelemahan...
Saya yakin awak tetap terima saya kan..

Cuma sekarang,
Bila agaknya kita akan berjumpa...
Tempat dating kita pun tak tetap lagi,
Masa pun...
Apalah awak ni, kata nak jumpa saya,
Takpe, saya tunggu awak...
Saya tunggu awak ni taw,
Jangan tak datang...
Saya rindu sangat dekat awak.

Apa perasaan jika ini kata-kata yang diluahkan oleh seseorang buat insan yang dicintainya?? Mungkin akan ada yang kata, meluatnya guna saya awak segala bagai...Mungkin ada yang kata, manjanya...macam2 persepsi kinah rasa.

Cuma, tujuan asal warkah cinta ini, kinah garapkan buat renungan bersama. Cuba bayangkan 'saya' itu adalah diri kita sendiri dan 'awak' tu sebagai....sebagai apa ye. Bukan kekasih hati yang terdiri daripada golongan manusia, tapi

'Awak' yang kinah cuba kongsikan adalah UJIAN yang diaturkan buat kita. Ada masa kinah tersungkur dalam mehnah ini kerana goyah dengan tafsiran ujian itu dengan akal tanpa ditapisi iman yang sedia nipis ini. Ada masa kinah perlukan insan di sisi untuk kinah kuat, tapi sedar tak sedar, UJIAN itu sendiri yang menjadikan kita semakin kuat dewasa ini dalam melalui kisah hidup yang semakin tak terduga.

Dalam kata2 di atas, kinah ada guna analogi,
"Tapi awak,
Kalau betul saya jadi isteri awak,
Awak terima saya ikhlas tak ye??
Saya banyak dosa,
Saya banyak kelemahan...
Saya yakin awak tetap terima saya kan.."
jika perasan, ada perkataan 'dosa' dan 'kelemahan', kinah sebenarnya nak merujuk kepada, biar setebal mana iman seseorang mahupun senipis mana iman seseorang, semuanya tak terkecuali dari di uji oleh Allah Azza Wajalla lantaran sifat Allah Maha Adil.

UJIAN yang hadir tidak mengenal status seseorang, tidak mengenal darjat seseorang. Lain orang lain caranya Allah uji kan....kinah harap sangat kinah dapat berpegang teguh dan dikurniakan iman yang kukuh tatkala ujian menimpa sebab kinah selalu lemah.

Even seorang kaunselor, biarpun tugasnya adalah memberi kaunseling kepada masyarakat manusia, namun, dia turut tak terlepas daripada berhadapan situasi yang mungkin sama. Kelakar la plak kalau mendapatkan kaunseling dari diri sendiri kan.

Kinah ingat satu kata2, ujian yang hadir dalam hidup kita ni ibarat habuk masuk ke mata, kalau masuk ke mata orang lain, bolehla kita meniupnya, tapi kalau dah masuk mata sendiri, kita tetap perlukan insan lain bukan untuk meniupnya..itu cantiknya aturan Allah.

Hari ni orang ni ada masalah, ada sahabat lain yang datang membantu. Pada masa yang sama, ujian yang hadir buat sahabat ni tadi mampu menjadi peringatan buat sahabat lain untuk terus dan terus belajar bagaimana mengemudi hidup yang berombak ni.

Sekali bunyi ayat2 kat atas tu, kinah ni bercinta dengan sapa ek...kinah ni betul ke dah jatuh cinta dengan anak teruna orang...hehe, taw la kinah bising nak kawin kan, tapi rilex dlu, baca sampai habis dulu kan.

Apapun, suka untuk kinah ingatkan diri sendiri, Allah uji seseorang tu sebab Allah sayang dia. Allah tak nak orang tu jauh dari Allah, sebab Allah nak dia jadi muslim yang sejati. Cuma berpegang teguh lah pada tali Allah ni, kerana janji yang Allah janjikan takkan pernah dimungkiri, cuma antara cepat atau lambat atau Allah menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk hamba-hambaNya.

Tapi kelakar kan, senang untuk kita nasihatkan orang bila ditimpa ujian itu ini, sekali terkena batang hidung sendiri, baru terasa pahit maung bergelar seoarang pejuang di bumi ini.

Salam 10 akhir ramadhan....selamat mengejar lailatul qadar....

Sama2 la kita terus peringatkan di antara kita semua moga lebih lagi yang kita dapat.

:: Apa Yang Di Minda ::

Salam ramadhan yang kian menjengah ke penghujungnya...tak terasa masa berlalu dengan begitu lembut. Bagaikan masih di alam bayi yang setia di belai manja oleh belaian kasih si ibu dan ayah kan.

Kinah saat ni tak taw nak gambarkan perasaan hati. Honestly, terlalu bercampur aduk. Tapi ingat kembali mengapa kinah mengalami perasaan ni, segalanya untuk kinah kembali pada DIA kan. DIA sayang kinah, DIA sayang kita semua, cuma lain orang lain cara DIA melampiaskan bentuk2 ujian.

Bagi sahabat2 terdekat, sahabat tahu apa antara perkara terhebat yang kinah sedang lalui sekarang. Rasanya terlalu public utk kinah luahkan masalah tu dalam ni sebab ia melibatkan seseorang yang perlu kinah hormat teramat sangat malah melibatkan banyak pihak.

Kisah yang selalu berlaku dalam diari seorang anak dara masa kini...apakah itu, let it be a secret juz pray Allah gives me the strength to face all of these ever. It may be a common thing for certain people, but its not me coz ive been put under a big pressure in making a decision about my future...

Teringat status sahabat kinah dalam fb, "running away is not the best option but sometimes it can be the best decision"...pada mulanya mugkin kinah tak faham mksd ayat ni tp bile di aplikasi betul2, terasa sgt mndalam.

Apa kinah merepek ni....

Meh sini nak kongsi sesuatu..lama kinah tak share dalam blog ni kan. Last week ke last 2 weeks macam tu la, kinah ada kelas Peralatan Khusus yang dikendalikan seorang pensyarah perempuan yang comel ni.

Kinah jadi jatuh cinta dengan subjek ni bukan apa, sebab style lecturer ni kinah suke....nak jadi ke cerita, Dr ada berkongsi sesuatu dengan kami.

Bagaimana nak menghubungkan otak kanan dengan otak kiri kita serentak...

Daripada apa yang dia terangkan pada kami, kinah terangkan serba ringkas la ek. Nanti shbt2 cuba explore la.

Antara langkah yang kita boleh buat utk menghubungkn otak kanan dgn otak kiri kita adalah dengan perbuatan "CROSS"...1st time kinah dengar perkataan tu kinah jujurnya dah fikir benda lain. Apapun semua ni sekadar perkongsian, timbang taranya terletak pada diri sendiri.

Cross kat sini bermaksud....erm, kinah bagi contoh terus la ek. Kalau kita berkawad, bila tangan kanan ke depan serentak dengan tu adalah kaki kiri, bila tangan kiri ke depan serentak dengan tu kaki kanan kan. Itu contoh perbuatan Cross.

Maknanya bersilang la. Macam budak kecik...baby semua tu la. Baby ni lepas meniarap, mereka mula belajar untuk merangkak kan?? Perbuatan merangkak tu adalah sebahagian dari aplikasi Cross ni, sbb perhati betul2, tangan dengan kaki dia memang bersilang kan.

Maka, lepas ni kalau nak gi toilet ke apa ke, jom kita berkawad....hikhik. Bagi otak kanan dgn otak kiri kita kerja semaximum boleh.

Kinah pernah baca dalam majalah apa kinah dah lupa. Manusia yang antara paling genius si Einstein tu, selama hayat dia pun dia hanya menggunakan otak dia sebanyak 20% sahaja daripada keupayaan optimum otak dia, manakala kajian yang dibuat dalam majalah tu ada mencatatkan, masyarakat Melayu secara rawaknya hanya menggunakan 2% je, kire efficiency otak kita berapa tu?? kecik sangat nilainya..

Biarpun ini adalah nilaian atau kajian manusia terhadap manusia, tapi apa yang buat kinah berfikir adalah, dalam 2% tu, insan yang bergelar manusia kaum Melayu tu (contoh kinah sendiri la), sejauh mana daya ingatan atau kerja yang di lakukan utk otak tu di gunakan untuk perkara2 yang membawa kebaikan.......sejauh mana 2% itu dimanfaatkan untuk manusia berfikir akan kebesaran ciptaan Allah...

Cuma, apa yang penting, selagi kita berupaya menggunakan otak dengan baik, manfaatkan bersama kan....

Sambung semula berkenaan baby berjalan tu semua. Jika tadi kinah buka sikit tentang baby merangkak kan, ni kinah nak share tentang masa baby nak mula berjalan.

Dr tu berkongsi lagi dengan kami tentang 'walker'....ala, yang macam kerusi roda utk baby yang baru nk blajar berjalan tu..Dia ada menceritakan tentang keburukan seseorang baby tu menggunakan walker sewaktu kecilnya...tapi, ampun sgt kinah terlupa plak point yg Dr kongsi.

Namun, apa yang suke utk kinah share...kinah pernah terbaca tntg isu penggunaan walker ni kalangan baby. Apa yang kinah dapati, lebih keburukan berbanding kebaikan.

Antara keburukan yang kinah maksudkan, sebenarnya tak semua baby cukup bersedia utk belajar berjalan semasa saat pertama kita meletakkan mereka di dalam walker. Ada yang cepat belajarnya, ada yang amik masa sedikit kan.

Dan bila baby ni tak bersedia, spinal chord dia sebenarnya tak mampu nak tampung lagi. Bermaksud di usia yang muda lagi spinal chord dia dah mula bekerja keras untuk support baby tu utk 'berdiri' dalam walker tu.

Bila spinal chord tu terpaksa bekerja keras di usia muda atau dalam erti kata lain belum bersedia sepenuhnya, kesannya adalah sangat lama, iaitu percentage utk baby ada 'osteoporosis' ketika dewasa nanti sangat tinggi.

Jika diperhatikan, ada benarnya, sebab org zaman dlu2, mana ad walker2 ni sangat kan, bila tua sempoi je gi kebun ke ladang ke, tapi orang sekarang dah lain sikit.

Apakebenda la sakinah ni, masuk bab walker la apa la, dah jauh benar melalut. Nasib la, apa yang terlintas dalam kepala ni, kinah taip je.

Apapun, jika ada pihak yang nak menambah fakta2 dalam ni, amat kinah alu2kn.

Tu je kot dlu kinah nak merapu...nnti2 kinah buka kisah lain plak. Selamat menjalani ibadah puasa.....

Wednesday, August 18, 2010

:: Puasa oh Puasa ::

Salam kerahmatan kita semua yang masih di beri kesempatan untuk bertemu jodoh dengan Ramadhan ini.

Teringat status fb kinah satu hari tu, "Mcam mana la 'roh' Ramadhan nak datang jika 'dihalau' dengan lagu raya yang berkumandang sana sini"

Kinah rasa fenomena ni bukan kinah sorang yang alami kan, shbt2 lain pun kinah percaya merasai situasi yang sama. Pergi shopping complex, konpem akan dengar lagu raya sana sini.

Baru2 ni kinah dgn coursemate kinah gi 'shoppping' barang dapur right after kuliah, terperangkap dlm traffic jam jgn cakap la...tapi byk yg kami isi dlm 'terperangkap' tu. Masa nak beli tu, boleh kata sepanjang kami di sana, lagu raya berbagai zaman di mainkan, apa kejadahnya?? kan dah keluar.......

Kinah tak faham, mengapa mesti lagu raya mula dimainkn bermula dari sekarang??

Tadi tengok berita kat tv3, ada berita tentang kehambaran sambutan kemerdekaan pada kali ini. Wartawan yang melaporkan bagi taw yang boleh dikira dengan jari kereta persendirian yang meletakkan bendera di kendaraan masing2...apa komen??

"Kinah, semangat kemerdekaan bukannya dilampiaskan pada terletaknya bendera pada kereta, bukannya pada terkibarnya bendera di sana sini," mungkin itu salah satu jawapan yang mungkin kinah akan terima.

"Yang penting penghayatan sejarah perjuangan pejuang2 negera dahulu kita ingat, dan belajar sejarah betul2" mungkin itu juga boleh jadi pilihan jawapan yang akan kinah terima kan.

Tapi, apakah dengan berkumandangnya lagu raya sana sini akan menghidupkan kita dengan 'roh' Ramadhan itu sendiri???

Apakah hiasan ketupat bergantungan sana sini akan dapat memberi jaminan bahawa masyarakat berpuasa dengan erti puasa yang sebenar???

Sambutan raya yang akan menjengah lagi beberapa minggu dah pun di 'heboh'kan dari sekarang, sedangkan sambutan kemerdekaan yang lagi beberapa hari masih 'tergantung' semangatnya...apa yang sedang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ni sbnrnya??

"Kinah, jangan cakap orang la, engkau pun bukannya ada letak bendera kat kereta kau," mungkin itu komen balas yang berkemungkinan kinah terima.

Ye, memang kinah salah seorang yang tak letak bendera tu semua. Apa yang kinah nak bawa kat sini adalah kisah lagu raya tu sebenarnya, cuma analogi kemerdekaan tu yang kinah lampirkan sebagai kiasan.

Sampai bila2 kinah takkan lupa kata2 mantan ketua syukbah kinah masa di matrik dulu yang mana kinah pernah jadikan salah satu status fb kinah...

"Bulan Ramadhan adalah universiti tarbiyah yang mana kita akan grad pada 1 syawal nnti," lebih kurang macam tu la ayat dia, sangat simple tapi menusuk jantung sesangat.

Terasa hiba kan bila kanak2 hari ini diajar utk dapat upah sehinggit utk puasa sehari, lepas tu di janjikan hadiah itu ini jika dapat puasa penuh. Betul, itu 'catalyst' utk kanak2 bg mereka terus bermotivasi untk berpuasa, tapi esok andai kanak2 itu dewasa, jika dia minta yg bukan2 utk memenuhi permintaan kita, jangan salahkan pihak lain....

Ada satu hari tu kinah tengok Wanita Hari Ini, kes cara didik anak nak puasa ni la.....ustaz tu akui tntg nk bg motivasi ni, tp yg lbh penting adalah bgmn kita meletakkan pengisian dalam erti puasa tu pada kanak2. Kenapa kita berlapar....

Masa kat matrik, kinah pernah di tanya oleh seorang chinese, tentang kenapa umat Islam wajib berpuasa......tersentap kinah kena tanya soalan macam tu.

"Erm......salah satu tujuan kenapa kami berpuasa adalah untuk rasa sama rata antara yang miskin dengan yang kaya....seseorang tu kaya macam mana pun, dia tetap kena puasa, tak boleh makan tak boleh minum...pada masa tu, sekurang-kurangnya dia akan belajar merasai apa yang orang susah rasa...." itu yang kinah terangkan....(terukkan penerangan kinah..tegur kinah ye shbt)

"Betul juga ha....kadang2 itu olang kaya makan sedap2, mana ada ingat itu olang miskin...o..saya sudah faham la..."lebih kurang macam tu la loghat cina dia, tak reti kinah nak ajuk.

Dalam bulan puasa di matrik juga la, soalan2 tntg Al-Quran la tentang solat la budak2 chinese yang mana kinah kenal tanya, pergh memang berpeluh juga nak menjawab. Dah la kinah masih bertatih nak belajar Islam, dan2 pula dia orang tanya kan.

Kalau baru2 ni, coursemate kinah, indian tanya kinah.

"sakinah, kalau saya tanya ni jangan marah taw, kenapa orang Islam tak boleh pelihara anjing ye??"

Ha, jawab la korang.....soalan simple tp jawapan mmg terbaik. Ni la masa utk kita 'clearkan' mereka, takut dia orang salah faham je. Tapi kinah dengan indian ni memang rapat..sangat2 rapat. Best kawan dengan dia, dia baik sangat.

Bila imbau kisah shbt2 dulu, bulan Ramadhan ni la mereka menang besar dalam peperangan..perang badar sebagai contoh. Hebat tak hebatnya semangat mereka demi Islam. Kinah kadang2 bila dah petang dah habis kuliah seharian, kadang2 terduduk juga sebab terasa letih....sungguh, semangat para sahabat tiada bandingnya, namun, jangan pernah leka, kerana tanpa izinNya mana mungkin semua ini terjadi.

Ramadhan,
Bertuahnya aku bertemu denganmu,
Bertuahnya aku bertamukan dirimu,
Kerna sungguh,
Tiada apa aku hidangkan,
Kerna masih mencari bekalan yang hilang.....

Ramadhan,
Maafkan aku sebagai hamba,
Kerana tidak menjamumu dengan selera,
Malah maksiat dan dosa terus kubekalkan,
Bukan tak sedar, cuma terleka
Dek permainan dunia permainan jiwa.....

Ampunkan hamba Ramadhan,
sudi kiranya kau berkunjung lagi,
kerna pasti akan ku nanti,
hingga ke akhir nafas ku ini...

Saturday, August 14, 2010

:: Kekuatan Bersedekah ::

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumi pun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, “Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh bulldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu alam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah yang Maha Suci menjawab, “Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, “Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apa pun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikat pun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, “Ada, iaitu angin” (air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, “Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


~sumber : internet~

Thursday, August 5, 2010

:: Lelaki VS Perempuan ::

Hati pilu menangis lagi,
Saat terlihat sebuah lambaian,
Bulan sya'aban kan berlalu pergi,
Berganti dengan barakah Ramadhan.

Perginya hilang tersisa rindu,
Tertingalnya jejak di dalam hati,
Datangmu Ramadhan bukan selalu,
Datangmu kini membawa keberkatan Illahi.

Mencari pelita di pagi hari,
Menerangi malam sampai ke siang,
Sudahkah kita persiapkan diri,
Bertemu Ramadhan bakal menjelang..

Assalamualaikum wbt....

Dahsyatkan tajuk entry post blog kinah kali ni. Dah macam provokasi pun ada. Tapi, rilex dulu, jangan cepat melatah...tarik nafas dulu, minum2 air dulu ke kan..ke puasa??? bagus2...

Tak terasa kan masa berlalu. Perasaan kinah time ni, bercampur.. sebak+sedih+gembira+terharu semua ada. Rindu kat rumah pun ada juga, biarpun kinah sejak akhir2 ni tiap2 minggu balik sebab kena jalani rawatan fisioterapi. Cuma minggu ni kinah tak balik sebab badan tak sihat sangat untuk drive.

Bila diimbau, rasa macam baru je lagi bulan puasa tahun lepas....azam bulan puasa tahun lepas pun tak terlangsai lagi. Nak khatam dalam bulan puasa...masih tak dapat langsaikan. Mesti sahbat2 dah istiqamah kan dalam kes ni...bagus2...

Ok, kinah kali ni nak berkongsi sedikit rasa tentang isu lelaki vs perempuan ni. Bukan nak ajak provok ni taw, cuba kita sama2 lapangkan dada, fikiran untuk sama2 bagi pandangan, dan entry ni adalah pandangan kinah.

Bagi shbt2 yang pernah naik kereta dengan kinah, isu ni memang selalu la timbul masa drive. Kenapa, sebab orang dah ada mind setting tersendiri perempuan drive macam mana, dan lelaki drive macam mana.

"Kau tengok ek kinah, kereta depan ni mesti perempuan yang bawa," kata kawan kinah.

Bila lalu, memang sah, perempuan yang bawa.

Haish, kinah taip entry ni bukan nak bela driver perempuan ke apa tapi kinah tak berapa selesa dengan pandangan yang kinah sifatkan sinis ni.

Teringat senior kinah yang akan grad lusa ni, dia pernah bagi tahu yang kalau nak tengok sifat seseorang, tengok cara dia memandu..ini salah satu hasil kajian psikologi...

Pernah tak jumpa golongan kaum adam yang memang tak boleh ngam dengan hawa?? dia macam ada 'benci' skit dalam diri kaum hawa..dan pernah tak jumpa kaum hawa yang memang tak boleh terima kaum adam dengan apa cara pun??

Kinah pernah jumpa...

Kadang2 tertanya, kenapa boleh sampai boleh wujud golongan sebegini...ya, mungkin masing2 ada alasan tersendiri, berdasarkan pengalaman lalu ke apa kan...moga2 ia tidak berterusan.

Bila di imbau semula, kinah teringat time short sem hari tu. Kinah ada present tentang modenisme...subtopik kepada 'Fahaman Terbitan Daripada Sekularisme', jujurnya agak berat subjek ni, tapi banyak benda yang menyedarkan kinah.

Dalam subtopik modenisme ni, kinah tertarik pada satu point, iaitu

"Pihak Illuminati merealisasikan konsep modenisme melalui senario politik. Mereka cuba menaikkan daripada golongan muda ataupun lebih baik, daripada kaum wanita ke jawatan-jawatan yang penting malah bagi jawatan Presiden dan Perdana Menteri di negara maju"

Sebagai contoh yang dimuatkan dalam buku tersebut adalah Benazir Buttu, seorang wanita yang telah diangkat menjadi Perdana Menteri Pakistan yang kononnya melalui 'sistem demokrasi'.

Point ni buat kinah tersentap sebab sedar atau tidak, dunia sekarang kan terlalu sinonim yang kaum wanita nak buat segala benda yang kaum adam boleh buat....dan provokasi untuk mengangkat wanita menjadi Presiden atau Perdana Menteri adalah salah satu syarat permainan Illuminati secara tak langsung.

Bukan apa, kinah secara peribadi kurang selesa apabila dunia hari ini seperti 'menggagaskan usul' untuk membuktikan bahawa wanita adalah serba boleh dalam segala hal.

Bunyi macam kinah merendahkan martabat kaum sendiri, tapi kinah ada reason tersendiri.

Tak terkecuali kaum adam yang semakin galak 'meniru' kaum hawa...dapat kita lihat kan, pertumbuhan golongan 'mak nyah' semakin berleluasa. Bukan lagi berkadar terus dengan masa, malah berkadar exponen.

Apa sebenarnya yang cuba dibuktikan di sini??

Ada pihak yang duk sibuk nak angkat wanita jadi serba boleh, ada pihak pula sibuk untuk menjadi wanita, dan pada masa yang sama turut wujud adalah golongan2 yang memandang serong pada kaum jantina yang berbeza kan...pelbagai spekulasi atau pelbagai situasi berlaku dalam kehidupan sekeliling.

Dari kaum yang ditindas semasa zaman dahulu, kemudian diangkat dengan kedatangan Islam, sehingga hari ni, kaum hawa selalu diberi perhatian bukan...

Isu kaum hawa nak jadi kaum serba boleh tu, ada pro dan contra yang tersendiri. Mungkin baik di sesetengah bidang dan mungkin ada penambahbaikkan di pihak lainnya.

Macam ni....

Kenapa mesti ada kaum adam yang ada sifat 'benci' pada hawa...sedangkan ibunya adalah kaum hawa dan insyaAllah, peneman hidupnya juga adalah kaum hawa...

Begitu juga buat kaum hawa...kenapa mesti ada rasa 'benci' pada kaum adam.....

Jangan cepat mengklafikasikan seseorang tu dengan perspektif tersendiri dan kekalkan perspektif tu dalam kepala dan di aplikasikan untuk semua orang.

Kinah tertarik kepada terminologi yang kinah percaya kerap kali kita guna sehari-hari.. terminologi yang kinah maksudkan ialah IBU BAPA.

Kita lebih sinonim dengan IBU BAPA, bukannya BAPA IBU...kenapa??? ada sebab tertentu ke istilah di wujud?? itu mungkin luar batas pengetahuan kinah.

Cuma, apa point yang paling utama yang kinah nak kongsikan....dari istilah IBU BAPA itu sendiri, dapat kita lihat bahawa betapa tinggi terletaknya kedudukan atau martabat seorang ibu yang mewakili kaum hawa...

Kan kita sinonim, syurga terletak di bawah telapak kaki ibu....

Tapi, jangan lupa, syurga seorang 'isteri' atau 'ibu' tu adalah di bawah suaminya...yang merupakan seorang lelaki, kaum adam. Rantaian ini bersambung dengan syurga suami itu masih di bawah ibunya...kaum hawa.

Rantaian ini bagi kinah sangat unik. Sebab ia adalah rantaian yang tiada akhirnya, cuma ia disimpulkan hanya pada Pencipta Alam yang Esa.

Rantaian ini yang menjadi jawapan kepada 'provokasi' ini kinah rasa. Baik kaum adam, mahupun kaum hawa yang sudah tentu kinah salah seorang daripadanya, setiap dari kaum ini Allah dah ciptakan dengan segala macam kelebihan dan kurangan masing2.

Jika isteri adalah Perdana Menteri Bumi sekalipun, bersuamikan seorang suami berpangkat biasa sekalipun, di rumah suami tetap jauh berkuasa kerana Allah mengamanahkan suami sebagai pemimpin, atau lebih tepat kaum adam adalah pemimpin kaum hawa.

Mengapa perlu masih dipanjangkan pertikaian ini?? Mengapa perlu di 'bias' kan mengikut jantina dalam beberapa hal??

Masih tidak cukupkah kelebihan yang dah sedia ada Allah ciptakan untuk setiap dari kita?? Manusia akan selalu melihat kepada perbezaan dan kelemahan kan, kinah pun tak terkecuali dari golongan ini.

Rantaian itu cukup simple, tapi terlalu besar makna di sebaliknya.

Duhai adam,
Dirimu terhias segala amanah,
Untuk memimpin puteri solehah,
Menjaga diri, amalan dan solah,
Dunia bukan tempat berrehlah,
Namun,
Amanah di galas dibuat bekal,
Untuk mendirikan baitul hikmah,
Mencari sinar sakinah mawardah warrahmah...

Duhai hawa,
Tercipta dikau seribu tarikan,
Terhias indah percikan kecantikan,
Bukan terhias untuk tatapan,
Pedoman diri dan juga insan,
Ingatan hari ini ke akhir zaman...
Kelembutan langkah perisai diri,
Esak tangis hadiah Illahi,
Moga diri dalam barakah Pencipta duniawi....

Salam kemaafan dari meja penulis untuk entry ni...segala yang baik dijadikan pengajaran dan yang sebaliknya jadikan tauladan. Kinah manusia lemah, masih mencari cebisan2 ilmu Allah di pentas sementara ini...segala teguran amat kinah perlukan.

Kinah betul2 minta maaf....harap shbt2 apa yang kinah cuba utarakan, dapat shbt2 memahaminya, bukan niat di hati nak cetuskan kontroversi...

Tuesday, August 3, 2010

:: Maghfirah Cinta ::

Salam kesembuhan yang tiada sakit setelahnya....sekarangkan musim selsema la demam la dan seangkatan dengannya. Bagaimana dgn shbt2 sekalian??

Hampir sebulan juga kinah menyepi dari blog ni...cuba curi masa, tapi idea menulis pula yang tiada. Dan kali ni, takde apa sangat yang nak dikongsi...sekadar mengisi masa lapang sebab kinah tak pergi kuliah langsung hari ni.

Kinah tak pergi kuliah?? ish2...jangan ikut taw perangai kinah yang satu ni.

Al-kisah kinah selsema sejak ahad baru2 ni dan ditambah pula dengan demam....kepala punye sakit jangan cakap la, semalam masuk kuliah tak taw pe yang belajar sebab kepala sangat la macam tak boleh nak absorb lecture...balik kelas, memang best, dan2 badan mendadak panas..

Bila dah demam ni apa lagi, rindu kat mama la...huhu bestnya kalau ada orang tersayang jaga kan, tambah2 duduk bilik single, lagi la takde sape yang tahu apa terjadi kat kinah..hihi. Manja sakinah ni rupanya...ish2..

Mengadap laptop tak sakit plak kan...sihat je kan..apalah..

Bila dah tak bleh nak buat apa2 sangat ni, kinah teringat kisah kinah pergi ke hospital 2 minggu lepas kalau tak silap. Sabtu malam....

Senang cerita masa tu kinah sakit siku...kalau nak sembahyang, jangan cakap la sakit time nak angkat takbir tu, memang menangis la. Nak lipat baju ke, terangkat tinggi skit pun sakit sangat2 siku kiri kinah. Jadi, disebabkan dah tak tahan sakit, kinah nekad nak ajak shbt kinah sorang untuk teman kinah ke hospital.

Di awal mesej, kinah seperti biasa, berlagak macho....kinah la yang akan drive ke hospital tersebut biarpun tangan sakit kan...dan saat2 nak start enjin kereta, tu dia, Allah tunjuk terus..kinah termenangis sebab sakit teramat...maka kinah pun mengalah la, shbt kinah yang bawa kereta.

Rancangan yang kononnya nak bertolak sebelum jam 8 malam lagi, telah menyampaikan kami ke hospital tersebut lebih kurang jam 8.30 malam. Dah ambil nombor semua, tunggu la turn kami. Orang yang tunggu turn tu jangan cakap la sikitnye...ramai sesangat.

Secara amnya, kinah boleh kata turn kinah dapat jumpa doktor lebih kurang jam 12.30 malam. 4 jam kami tunggu untuk giliran ni, memang terbaik la. Dalam tempoh 4 jam tu, macam2 gelagat yang kami jumpa.

Ibu muda yang beranak 3 yang comel2....kisah ni best sebab shbt kinah jelous tengok ibu muda ni sebab dah pun ada anak di usia muda...kinah pun boleh la kot termasuk kategori cemburu juga...hehehe.

Dari tepi dinding hingga ke tanah port kami, punye la nak menghabiskan masa 4 jam tu. Dan2 la plak shbt2 kinah ni dahaga, tawaf la hospital untuk air...cari mesin air 'gedegar'...ala mesin yang masuk duit syiling, then tekan button, air tu keluar..maaf la bahasa agak ting tong.

Exploration kami untuk mencari air tu memang best....time tu kul 10 lebih kot kalau tak silap. Dah la bangunan hospital tu bangunan lama, lepas tu teramat sunyi...lorong tu je yang berlampu, yang lain suram je..memang terbaik.

" Kak cik, kamu nampak tak apa yang orang nampak kak cik??" kinah tanya shbt kinah.

"Orang nampak ina...." jawab shbt kinah...kami same2 memperlahankan langkah.

Mengucap panjang juga la dalam hati ni. Kami ternampak satu kelibat putih yang sedang berdiri di satu lorong ni dan jaraknya tak terlalu jauh dengan kami. Ya Allah...ujian...ujian.

Bila semakin menghampiri, rupanya benda tu adalah papan iklan yang ada gambar orang tengah berdiri.....tapi yang kami nampak tu adalah pandangan belakang, tu yang nampak putih je....ok fine, alhamdulillah takde apa2. Serius dah cuak.

Antara memori paling kelakar dalam misi mencari air ni apa taw....kami sampai bertanya pak guard hospital tu kat mana kami boleh dapat air. Sekali pak guard tu sampai guna walkie talkie untuk tanya kawan dia yang jaga gate belakang...adui, dahsyat juga sampai tanya macam tu.

Penantian kami akhirnya terbayar setelah hampir 4 jam menanti...bila sampai turn jumpa doktor, kinah pun masuk je la. Doktor india perempuan yang sangat muda dan comel....lepas dia diognose segala bagai, kinah kena buat x-ray...tu dia...x-ray...

Kisah x-ray ni pun menarik...sebab nak x-ray pun kena tunggu turn gak la kan...takdir mempertemukan kinah dengan seorang mak cik ni dan suami dia. Sian mak cik ni, sebab anak dia yang ke-3 dah pun masuk ward, dia plak macam kena masuk ward juga lepas ni....

Masa kinah tunggu turn untuk x-ray tu, kelihatan di suatu sudut sana ada seorang indian yang berbalut kain putih dan tompok2 darah pada kain tersebut sedang asyik bersembang bersama seorang lagi lelaki india yang duduk bertentangan dengannya.

Part lelaki ni sangat psiko...kenapa kinah kate psiko, meh nak story2. Ada sekali tu, dia macam melutut menghadap ke cahaya lampu kat hospital tu kemudian dia menghantukkan kepala dia 3 kali ke lantai, setelah tu tadah tangan macam orang islam berdoa hala ke lampu tu. Kinah memang seram habis.

Lepas selesai tu, dia duduk balik kat kerusi dia, then dia speaking la plak kan. Kinah translate je la ek...

"Allah lantik saya jadi 'mesengger' dia...sekarang ni DIA baru bagi sikit2 kitab kat pada saya, nanti bila semua kitab tu dah lengkap, saya boleh terangkan pada semua orang terutama umat Islam...saya boleh bagi tahu umat Islam bahawa agama yang saya bawa ni adalah yang paling betul."

Dalam dialognya tu, dia sangat banyak guna perkataan Allah...kinah memang dah seram sejuk. Akak yang duduk sebelah kinah dah senyum sinis pandang kat kinah, lelaki sebelah dia pun dah gelak2. Ntah la, tak tahu dah nak gambarkan perasaan kinah masa tu...

Tapi, ayat dia yang buat mcam kinah kagum, "saya sakit, sakit ni Allah yang bagi...bukan kita yang minta.."

Hampir setiap pesakit yang dia lalu yang turut sama menunggu giliran di situ, itulah ayat dia akan ulang, tapi kelakar ayat tu tak pula di ungkap bila lalu depan kinah...sebab bukan apa, kinah dah stand by ayat nak balas...jahat kan kinah ni.

Tu kisah tunggu turn x-ray, meh kinah nak kongsi kisah kinah tunggu kat dalam bilik rawatan plak.

Kisah dalam bilik rawatan ni banyak buat kinah muhasabah diri. Sebab macam2 jenis sakit yang ada tak terkecuali gelagat pesakit tu sendiri. Kinah di 'pasang'kan dengan sorang adik lelaki ni, farid namenya..

Kami dipasangkan sebab kes kami sama...kinah dan adik farid ni kena jumpa pakar tulang...ya Allah, rasa nak menangis bila doktor tu kata kinah kena jumpa pakar tulang. Serius sangat ke kes kinah ni?? Muka maintan, senyum...tapi dalam hati...astaghfirullahal'azim....jangan la ada apa2 yang kronik.

Adik farid ni baru tingkatan 1, kecik sangat orangnya...dia datang bersama bondanya. Kesian dia menahan kesejukan sebab kami kena tunggu pakar tulang tu habis operation...dan sememangnya memakan masa....

Tapi, Allah ganti masa tu dengan segala gerak geri tindakan manusia yang sungguh memuhasabahkan diri ini....baik sihat, baik sakit, segalanya ada asbab yang tersendiri.

Di kanan kinah, ada seorang ibu yang setia menemani anaknya...anak dia dah demam 2 minggu, dan di masukkan air....kire ibu ni tunggu air dalam botol tu habis la...paling tersentuh, bersama ibu ni juga ada seorang anak kecil...

Merah mata adik tu kena cucuk untuk masuk air..ye la, agak sakit kot bile nak cucuk tu. Sampai tertidur ibu ni di sebelah kinah, dan di ribaannya anak kecil itu terlena sekali...

Kasih ibu, tiada harga kan....

Kita sihat, dia yang paling gembira, kita sakit, dialah yang paling susah hati. Masa nurse tu kejutkan ibu ni untuk sign apa ntah, kinah menitis juga air mata, sebab nurse tu sendiri tak sanggup nak kejutkan ibu ni.

Ada sekali tu, nurse check blood pressure adik ni. Then, bila dah siap, kinah cakap la, "owh, normal..." rasa perlahan dah kinah cakap, tapi ibu ni terdengar rupanya.

"Apa dik??" ibu tu tanya kinah

"Takde la, tekanan darah dia, jantung dia, kandungan oksigen dalam badan semua ok..." kinah cuba menafsir bacaan yang tercatat pada mesin tu.

Diastole, systole (salah eja kan...xingt la term ni)...semua normal. Kinah ingt2 skit la ilmu ni.

"Alhamdulillah, lega mak cik," itu yang terluah ibu tu...kinah makin sebak..tapi macho je la kan muka.

Tempat duduk kami plak berdekatan dengan bilik orang patah2 ni...memang 'best' bila terdengar ada orang menjerit sakit kan..adui, berdebar jantung ni rasanya. Keluar2 pesakit, tengok dah berbalut satu kaki kan...cuaknye rasa.

Antara yang paling menyentuh hati, sudah tentu terasa hiba melihat baby kena cucuk...bukan sorang, tapi ramai sgt baby malam tu yang kena cucuk. Menangis jangan cakap la, memang satu hospital boleh dengar...kesiannya...

Berbalik kepada kisah adik farid tadi...

Lebih kurang jam 4.30 pagi, baru la pakar tulang datang...muda sangat orangnya...doktor perempuan..yea, suke2.

1st pakar jumpa adik farid dulu. Lepas doktor check itu ini, doktor panggil mak adik farid ni masuk....serta merta air muka mak adik ni berubah...

Seorang ibu muda...farid ni anak sulong dia, memang sinonim dengan patah sana sini menurut ibunya...farid terpaksa di tahan wad. Tulang belakang dia lari skit, dan takut memberi kesan masa dewasa kelak.

Kinah masuk, tengok farid dah tak senyum langsung, sedangkan semasa kami di luar tadi, dia memang tak duduk diam...murah dengan senyuman. Pilu hati rasenya...

Semoga farid beroleh kesembuhan...harap takde la effect dia bila dewasa nanti.

Turn kinah...jeng2...

Kinah di suruh buat itu ini...pegang itu ini sebab nak tengok reflek tangan kinah. Teringat plak masa kinah ada appoinment dengan doktor pakar masa migraine kinah serius dulu...doktor suh main kotak tisu la, pegang kunci la...

Masa tu, rasa sedih sangat. Sebab dah macam orang kurang upaya pun ada. Tiada lagi keupayaan untuk jadi seperti sebelum ni. Allah nak tarik bila2 masa je kan, takde warning2 dah...segalanya terpulang pada kita.

"Siku awak takde apa2 yang serius, cuma ada masalah tendon. Tendon awak meradang skit. Pernah jatuh ke??" terang doktor.

"Jatuh?? Seingat saya, xde plak pernah terjatuh."

"Mungkin awak terlalu paksa diri untuk angkat berat..dan awak tak sedar yang dah mencederakan diri. Lagipun, awak tak cukup rehat. Baru nak baik je, awak dah aktif semula," rasa seperti dulang paku buah keras. Memang terkena habis muka ni. Sebab kinah kan degil.

"Awak drive ke??"

"A'ah..."

"Saya nasihatkan untuk jangan drive long journey la. Kalau boleh elak dari driving, lagi baik." Part ni kinah sentap....hehe.

Alhamdulillah...segalanya dah selesai. Kire takde apa yang serius, cuma kes elak drive tu, memang susah la kinah nak tunaikan.

Banyak sebenarnya yang terjadi lagi dalam bilik tu. Kes pak arab yang teman anak dia, sambil tunggu turn sempat lagi dia tazkirah anak dia (even kinah x faham arab, tapi boleh la)...

Kes isteri pengsan masa tunggu turn, then suami dia angkat dia ke bahagian kecemasan...banyak lagi la perkara yang sangat terharu.

Apa yang kinah boleh tuntaskan tentang isu ni ialah..

Harga sebuah kesabaran. Standard la, hospital kerajaan..dengan harga RM1, 4jam yang perlu dibayar...bersabar menanti giliran dengan penuh sabar biarpun ada masa teruji tahapnya. Lihat sekeliling, masih ramai yang lebih memerlukan perkhidmatan tersebut. Dan kenapa tidak, manfaatkan masa tu untuk renungkan semula setiap yang kita lihat di sekeliling untuk menjadi 'guru' kita....

Harga kasih sayang...baik ibu atau bapa, mereka tak sanggup untuk melihat atau mendengar yang anaknya di timpa sakit...tiada rungutan sepanjang mereka menemani si anak untuk mendapatkan rawatan. Tapi, bagaimana 'bayaran' kita kepada 'harga penantian' ibu bapa kita?? Apakah balasannya jauh menguntungkan atau tak balik modal....

Harga kesetian persahabatan....kinah teramat terhutang budi buat sahabat kinah yang sudi teman kinah 9 jam di hospital tersebut, malah menjadi 'driver' kinah malam tu. Bersabar melayang karenah pak cik2 kat luar yang macam2 gelagat menyakat shbt kinah ni, bersabar tatkala sama2 menunggu giliran...terima kasih shbt.

Harga nikmat kesihatan....Allah Maha Besar adalah pemilik mutlak segala yang ada. Hari ni kita sihat, belum tentu esok sama macam hari ni. Moga kita dikurniakan kesembuhan yang tiada sakit setelahnya...namun, sakit adalah penghapus dosa...moga kita menjadi hamba yang menikmati nikmat kesihatan yang dipinjam ni dengan sebaiknya...

Salam maghfirah cinta dari hamba yang hina ini.....salam renungan buat diri sendiri dan shbt2 semua....

Jom berkongsi