Sunday, August 29, 2010

:: Cinta Saya Kepada Awak ::

Awak,
Awak tahu, saya sebenarnya ada sesuatu nak cakap,
Tapi tabir malu saya terus memagar diri saya,
Saya kan perempuan...

Awak,
Malunya saya, tapi saya nak luah juga,
Saya rindu kat awak,
Saya nak jumpa awak..tapi bile??
Awak tahu,
Saya rasakan, saya dah cintakan awak,
Tak sabar nak jumpa masa dating nanti.

Awak,
Kalau saya nak jadi isteri awak selamanya boleh??
Saya nak teman awak sentiasa,
Saya tak nak awak keseorangan lagi...
Setidaknya,
Saya nak awak tahu, saya sentiasa ada untuk awak
Dalam apa keadaan..
Sebab saya teramat sayangkan awak...

Awak dengar tak ek kata-kata saya ni??
Awak baca tak semua ni??
Sedihnya saya kalau awak tak baca ni.

Bila agaknya saya dapat dengar
Awak cakap yang awak sayangkan saya...
Tapikan,
Saya rasa awak pun mesti menantikan saya juga kan,
Tunggu saya datang ye awak,
Eh, saya kan perempuan,
Mesti la saya malu,
Awak la datang jumpa saya...

Tapi awak,
Kalau betul saya jadi isteri awak,
Awak terima saya ikhlas tak ye??
Saya banyak dosa,
Saya banyak kelemahan...
Saya yakin awak tetap terima saya kan..

Cuma sekarang,
Bila agaknya kita akan berjumpa...
Tempat dating kita pun tak tetap lagi,
Masa pun...
Apalah awak ni, kata nak jumpa saya,
Takpe, saya tunggu awak...
Saya tunggu awak ni taw,
Jangan tak datang...
Saya rindu sangat dekat awak.

Apa perasaan jika ini kata-kata yang diluahkan oleh seseorang buat insan yang dicintainya?? Mungkin akan ada yang kata, meluatnya guna saya awak segala bagai...Mungkin ada yang kata, manjanya...macam2 persepsi kinah rasa.

Cuma, tujuan asal warkah cinta ini, kinah garapkan buat renungan bersama. Cuba bayangkan 'saya' itu adalah diri kita sendiri dan 'awak' tu sebagai....sebagai apa ye. Bukan kekasih hati yang terdiri daripada golongan manusia, tapi

'Awak' yang kinah cuba kongsikan adalah UJIAN yang diaturkan buat kita. Ada masa kinah tersungkur dalam mehnah ini kerana goyah dengan tafsiran ujian itu dengan akal tanpa ditapisi iman yang sedia nipis ini. Ada masa kinah perlukan insan di sisi untuk kinah kuat, tapi sedar tak sedar, UJIAN itu sendiri yang menjadikan kita semakin kuat dewasa ini dalam melalui kisah hidup yang semakin tak terduga.

Dalam kata2 di atas, kinah ada guna analogi,
"Tapi awak,
Kalau betul saya jadi isteri awak,
Awak terima saya ikhlas tak ye??
Saya banyak dosa,
Saya banyak kelemahan...
Saya yakin awak tetap terima saya kan.."
jika perasan, ada perkataan 'dosa' dan 'kelemahan', kinah sebenarnya nak merujuk kepada, biar setebal mana iman seseorang mahupun senipis mana iman seseorang, semuanya tak terkecuali dari di uji oleh Allah Azza Wajalla lantaran sifat Allah Maha Adil.

UJIAN yang hadir tidak mengenal status seseorang, tidak mengenal darjat seseorang. Lain orang lain caranya Allah uji kan....kinah harap sangat kinah dapat berpegang teguh dan dikurniakan iman yang kukuh tatkala ujian menimpa sebab kinah selalu lemah.

Even seorang kaunselor, biarpun tugasnya adalah memberi kaunseling kepada masyarakat manusia, namun, dia turut tak terlepas daripada berhadapan situasi yang mungkin sama. Kelakar la plak kalau mendapatkan kaunseling dari diri sendiri kan.

Kinah ingat satu kata2, ujian yang hadir dalam hidup kita ni ibarat habuk masuk ke mata, kalau masuk ke mata orang lain, bolehla kita meniupnya, tapi kalau dah masuk mata sendiri, kita tetap perlukan insan lain bukan untuk meniupnya..itu cantiknya aturan Allah.

Hari ni orang ni ada masalah, ada sahabat lain yang datang membantu. Pada masa yang sama, ujian yang hadir buat sahabat ni tadi mampu menjadi peringatan buat sahabat lain untuk terus dan terus belajar bagaimana mengemudi hidup yang berombak ni.

Sekali bunyi ayat2 kat atas tu, kinah ni bercinta dengan sapa ek...kinah ni betul ke dah jatuh cinta dengan anak teruna orang...hehe, taw la kinah bising nak kawin kan, tapi rilex dlu, baca sampai habis dulu kan.

Apapun, suka untuk kinah ingatkan diri sendiri, Allah uji seseorang tu sebab Allah sayang dia. Allah tak nak orang tu jauh dari Allah, sebab Allah nak dia jadi muslim yang sejati. Cuma berpegang teguh lah pada tali Allah ni, kerana janji yang Allah janjikan takkan pernah dimungkiri, cuma antara cepat atau lambat atau Allah menggantikan sesuatu yang jauh lebih baik untuk hamba-hambaNya.

Tapi kelakar kan, senang untuk kita nasihatkan orang bila ditimpa ujian itu ini, sekali terkena batang hidung sendiri, baru terasa pahit maung bergelar seoarang pejuang di bumi ini.

Salam 10 akhir ramadhan....selamat mengejar lailatul qadar....

Sama2 la kita terus peringatkan di antara kita semua moga lebih lagi yang kita dapat.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi