Saturday, April 24, 2010

.: Diari Seorang Hamba :.

Hari ni, 24 april 2010..(kali ni nak tulis dalam mood diari sikit)

Penat terasa sangat selepas seharian keluar bersama sahabat tersayang sambil servis kereta yang memakan masa berjam2 lamanya. Mama minta kinah tidur, sebab esok kinah akan drive ke bangi pagi2 sebab isnin t/hari tu kinah ada paper killer, paper electronics.

Tapi, rasa nak menaip sesuatu dalam 'diari electronic' ni, tempat kinah berkongsi rasa, pendapat, melampiaskan 'sajak' dan seangakatan la...serius, rindu dengan blog. Salah satu cara kinah refresh diri kinah.

Tibe2 kinah nak recall semula perjalanan hidup yang kinah tempuh dalam 3 hari ni. Bermula kisah pada 22 april 2010.

Jam 7.15 pagi kinah dah gerak dari bilik semata nak kejar bas di hentian kajang jam 9.00 pagi. Kalau ikutkan, jarak dari kolej kinah ke hentian kajang tu hanya makan masa dalam 8 minit, tapi seawal jan 7.15 pagi dah keluar bilik sebab nak kajar bas rapid.

Disebabkan jarang balik naik bas dan seorang diri, maka tawakal la jawapannya. Sampai di bus stop kolej, Allah pertemukn kinah dengan seorang hamba Allah yang sama destinasinya iaitu hentian kajang, maka kami bergandingan bersama, alhamdulillah, Allah tak pernah biarkan kinah berseorangan di dunia ni sebenarnya.

Setelah kami bersarapan, beli surat khabar untuk di baca dalam bas, kami sama2 bergerak ke bas masing2 yang bertolak tepat jam 9 pagi. Kinah menaiki bas Sani Express yang merah menyala tu. Kali ni dapat seat single, maka rasa lega la sikit.

Dalam bas, tiada apa yang menarik, baca surat khabar, tengok kiri..tengok kanan...pusing kiri..pusing kanan..benda yang sama, sebab tak dapat lelapkan mata, dah biasa berjaga time travel...

Lebih kurang jam 1.45 petang alhamdulillah bas tersebut sampai ke terminal bas kuantan dengan selamat. Dengan penuh 'ketergesaan' kinah berlari anak ke terminat bas tambang yang terletak belakang pasar besar kuantan...gara2 nak kejar bas balik ke pekan plak.

Intai punya intai, tak nampak bas yang di nanti, tepon sepupu sebab dia bekerja di syarikat bas tersebut, bertanyakan jam perjalanan bas yang seterusnya, dia jawab, jam 3.30 petang untuk yang seterusnya...

3.30???sekarang dalam kul 2, apa kinah nak buat sampai kul 3.30 petang sengsorang diri?? takpe2, belasah ke tempat yang sudi terima kinah.

Buka beg duit, RM5 sekeping, RM1 sekeping..maka ada la dalam RM6...memang cukup2 nak balik pekan je ni, mana nak cari mesin ATM ni...patah semula ke terminal...

Lepas amik duit, kinah gi makan sengsorang kat terminal tu, then solat terus, masa berjalan, jam lebih kurang 3.10 petang, cun dah masa tu...terus la gi naik bas tambang nak balik pekan.

Dalam bas tu plak...haish...kinah ni suka observe orang, bukan apa, seronok kan kite dapat tengok orang ni, antara lain bnda tu dapat ajar kita tentang sesuatu nilai.

Seat bahagian depan mostly dah penuh, agak belakang juga la, belakang kan port kaum adam biasanya, maka timbul la rasa kurang selesa...demi menjaga diri ini, beg diletakkn di seat sebelah ku ini...huhu..

Seorang wanita dalam lingkungan 30-an naik bersama perut yang sarat menggendong beg pack yang terselit botol susu di tepi beg tersebut dan memegang seorang kanak2 lelaki di belakangnya...comel...dia dapat duduk di depan setelah sepasang kekasih 'mengalah' dengan ibu muda tersebut.

Tak lama kemudian, ada seorang pak cik memakai kemeja yang simple dan di belakangnya ad seorang perempuan yang pun memakai pakaian yang simple tapi kemas, mereka berpegangan tangan...usia mereka mungkin sebaya dengan ibu bapa ku...

Pasangan ini duduk selang 2 kerusi di hadapan kinah...tadinya tukang conductor bas yang duduk di seat tersebut, tapi sekarang seat tu dah kosong. Pasangan ini berjya menarik minat kinah..hehe..sebab apa?? jeng2...

Perjalanan dari terminal tu ke pekan kalau naik bas tambang ni hampir sejam juga la ianya memakan masa...dalam tempoh sejam tu, kinah sentiasa perhati pasangan emas ni..suke sangat, romantik habis.

Si suami tanpa segan silu peluk isteri dia....ala2 tangan kat tempat sandar kerusi tu, then, tak lama lepas tu, si suami baring di bahu si isteri....waaaaa...kinah agak cemburu di situ...haish kinah ni, apa tengok2...

Tibe2, naik seorang remaja lelaki yang berkaca mata putih dan duduk betul2 di belakang pasangan emas ni merangkap betul2 di depan kinah, haish, maka terhalang la kinah kan...rasa seperti di sindir pun ada dengan remaja lelaki ni sebab dia asyik membaca buku dalam bas tersebut, sedangkan kinah?? skodeng orang je kan...padan muka diri sendiri la kn.

Lebih kurang 4.15 petang alhamdulillah, akhirnya kaki ini berjaya menjejakkan ke laman rumah..disebabkan rumah tepi jalan besar, tak la jalan dalam2 sangat kan.

Mak tak balik kerja lagi, ayah pun, sama dengan abang...kunci rumah plak takde, maka?? duduk la kat luar rumah tu tunggu sape2 yang balik dulu. Apa kinah buat?? on9 dari luar rumah, sebab abang tak tutup wireless...buka la laptop dari luar rumah..dengan plug nye..suke2..terima kasih abg tersyang kerana sudi buat wireless utk adikmu..

Petang berganti malam, dan malam itu, tak banyak yang kinah buat bersama keluarga. Sebab pada malam tersebut, kami sekeluarga dinner di restoran kegemaran abang..kami makan seafood..menunya, macam biasa, udang dan sotong adalah benda yang wajib...

Ntah kenapa, malam tu, kinah banyak merenung muka mama...terasa cukup sayu hati ini melihat garisan2 yang memakan usia bondaku itu, tapi sedikit pun tidak tergambar di wajahnya yang sebenar, mama cukup tabah di mata kinah.

Malam tu mama cantik sangat, jubah yang biasa je mama pakai, tapi ntah, hati ni mudah tersentuh dengan setiap gerak geri mama sejak akhir2 ni...abang semakin tembam..makin bulat, tapi abang kate, "bulat tu comel"....tu ayat abang...satu2 nya abang yang kinah ada dalm dunia ni. Abah?? abah paling kinah respect, abah maintain, tak naik tak turun, dari dulu sampai sekarang.....

Lepas makan, kami balik dengan kereta berasingan, ye la datang pun dengan kereta lain2, abang datang dgn kereta dia sebab dia datang terus lepas kerja dan kami 3 beranak datang satu kereta, abah tak bagi kinah drive malm tu, dia kata kinah masih penat..huhu...terharu

Tamat hari khamis....

Jumaat rutin surirumah seperti biasa..basuh baju, sidai baju, kemas rumah, sapu sampah, settlekn pinggan mangkuk...macam biasa, buat sorang2 diri..ada masa kinah mengeluh, timbul perasaan bosan buat semua ni, tapi masa mendewasakan kinah, sebab terfikir, macma mana mama buat semua ni tanpa kira masa untuk suatu tempoh yang lama???

Itu ibukan....hebat nya seorang ibu

Hari jumaat memang abang tak kerja, maka tinggal la kami dua beradik kat dalam rumah ni..Masa mama balik tengah hari tu, sebelum abang gi solat jumaat, kinah pasang la tv3, tibe2...

mama bagi kuliyah pada kami.....serius kami adik beradik mendengar....topiknya apa?? isu rumah tangga la...

"Pagi tadi mama gi kelas agama, ustas sebut tentang t/jawab suami isteri dalam menguruskan sebuah rumah tangga. Tugas suami itu ini, tugas isteri itu ini kan... awak orang pun tahu akan hakikat tu kan, jadi siap2kan la diri untuk pikul tugas tu." mukhadimah mama.

"Ayen, awak tu dah bertunang, esok lusa dah nak jadi suami orang, tulat tubir jadi bapak orang, solat semua jangan tinggal, esok anak ajak solat, kang mulalah tak tahu nak jadi imam...cari nafkah dari sumber yang halal, biarpun kecik gajinya, yang penting berkat..awak imam keluarga, nanti akan tanggung dosa anak isteri pula, jangan amik ringan semua ni," itu untuk abang dulu..

"Adik, awak ni pun satu. Masak2 la sokmo, jangan la malas2...cuba belajar masak yang susah2 sikit, ni tak, yang simple2 je yang rajin nak buatnya..esok, suami nak makan isteri masak, mulalah, ajak makan luar sokmo...isteri dik, kena jaga maruah suami, kena pandai jaga diri masa suami takde, jaga rumah masa suami takde, jaga nama baik suami. Awak ingat senang ke semua tu?? t/jawab seorang isteri bukan setakat masak, kemas rumah, tapi lebih dari tu...isteri adalah pelengkap suami dalam segala hal, dia penenang suami di saat apa pun," turn kinah plak di tarbiyah dari mama...senyum je la, malu sendiri kan.

"Mama dah takde harta, awak dua beradik je harta yang mama ada, sebab tu mama minta awak dua orang doa la banyak2 ke mama bila mama dah takde nanti, mama minta maaf la sebab tak bagi ilmu sepenuhnya kat awak orang, mama minta maaf sebab tak dapat bagi didikan yang terbaik untuk awak berdua, mama minta maaf banyak2..." itu part kinah tak suke dengar, seorang ibu minta maaf dengan ibunya..huh, luluh hati ini, habis di'macho'kan diri, jangan air mata ini tumpah lagi.

"Mula2 kawin, kalau boleh settlekn rumah dulu, bukannye kete mewah..sebab itu tempat berlindung, lepas tu bila dah stabil, baru fikir kereta yang lebih selesa...dan amik satu2 step untuk anak2 plak. Lahir je sorang anak, terus buat saving, even 10ringgit per month, pun dah membantu masa depan anak2 awak orang esok..ingat tu pesan mama,"

Jarang abang nak pay attention bab2 macam ni, biasanya abang akan cari topik lain, tak taw la sebab apa abang tu, tapi kinah memang dah segan semua ada....mama suka je buka topik macam ni pada anak2 dia, terasa macam dah tua sangat kami ni..

Tapi, apa yang kinah tahu, mama menaruh harapan yang tinggi pada anak2 dia sebenarnya, mama nak anak2 dia jadi anak yang soleh dan solehah, sekali gus jadi seorang isteri atau suami yang soleh dan solehah juga. Mama ibu terbaik yang ina pernah jumpa dalam hidup, ma...

"Ina, amik air jap" request dari abang, sengaja nak lari topik..hehe..

Cepat la kawin abangku sayang....tak sabar nak ada kakak ipar ni..

Petang tu, kami habiskan masa di luar rumah, menikmati minum petang bersama di kerusi batu di garaj kereta. Air kopi+kuih jagung+jemput bilis....itu menunya. sedap....

Kinah amik masa bila dapat tahu Allah uji mama seperti sekarang...keadaan kesihatan mama, kinah amik masa untuk adapt semua ni...bukan tak redha dengan ujian Allah, tapi Allah lebih tahu apa yg ada dalam hati kinah. Yang kinah tahu, kinah cuba cari kekuatan dari segenap pelusuk yang ada untuk terus senyum depan mama...susah juga nak senyum dengan sepenuh hati tanpa ada air mata di sisi...

Mama tak pernah nak cerita, kenapa dia jadi macam tu, apa punca, dia buat rawatan apa, kalau dia balik jumpa doktor pakar, mama tak pernah nak share apa kata doktor...kinah takut nak tanya, takut jadi isu sensitif plak ke...

Jeng2....duhai blog kesayangan kinah, kinah minta maaf, banyak lagi nak luah dalam ni, tapi air mata ni dah tak dapat nak dibendung, takut nanti pekan banjir plak. Kinah memang tak boleh cite bab2 family ni, air mata murah sangat...tapi itu sumber kekuatan kinah..

Sahabat, isnin ni kinah dan sahabat2 fizik lain akan menduduki salah satu paper killer kami iaitu paper electronincs, doakn kami semua dapat jawab yang terbaik dan mendapat kecermelangan dunia akhirat, amin...doakan juga kinah selamat balik ke bangi esok pagi.

Kinah minta maaf banyak2 dengan semua ye...kinah harap, siapa pun yang bergelar 'suami' kinah suatu hari nanti, moga dia dapat terima kinah dan keluarga kinah seadanya..kinah sekeluarga bukan sesiapa, manusia yang penuh dengan kelemahan dan kekurangan, moga kehadiran insan itu dapat memberi sinar hakiki dalam hidup kami...

Walau apapun, family kinah tetap bertakhta di hati, tiada nilai gantinya..k, kinah dah tak larat nk membanjirkan pekan ni, esok nak drive, nanti sakit kepala plak.

Maafkan kinah ye...selamat berjuang buat sahabat semua...



:::Buat sahabatku yang sudi menemani kinah seharian hari ini, terima kasih bnyk2 shbt, terima kasih dunia akhirat...jasamua tak mampu ku balas..hanya iringan doa menjadi taruhan..uhibbuki fillah :::

Saturday, April 17, 2010

.: Pertunanganku :.

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun
yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya
beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan
untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang,
terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi
tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan
terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku
juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi
Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa
melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan
sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku
yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.


Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak
sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik
Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap
langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang
sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri
Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri
Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.


Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku
berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak
mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu
soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu
memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam
penantian.


Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh
tatasusila.


"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"


Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."


"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."


"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."


Ibu angguk perlahan.



Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian
naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam
Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga
yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia
tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang
lagi. Mudah-mudahan ya Allah.


Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku
mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam
al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah
yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh.
Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia
menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya
orang-orang yang mendahului.



"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"



Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku
masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat
penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara
aku dan keluarga.


"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan
Allah. Itu yang paling utama."


Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.



"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"



Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan
ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang
berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku
dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu
terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain
kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan
menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.



"Bila enti menikah?"


Aku tiada jawapan khusus.



"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri
tidak tahu bila tarikhnya.


"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.


"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana
banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu
melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri.
Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.


"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."


Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan
tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung
aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti
orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku
katakan sekali lagi kepada ibu...


"Usah berlebihan ya..."


Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.



"Insyirah, jom makan!"


Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan
senyuman.


"Tafaddal, ana puasa."


Sahabiah juga semakin galak mengusik.


"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya
tak tetap lagi ke?"


"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan
lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku
sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan
penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan
terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku,
itu sahaja.

..........................
.............


"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."


"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."


"Ya Allah, tenangnya..."


"Moga Allah memberkatinya...."


Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada
ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput
sendiri.


Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan
umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang
mengkhitbah ku.


Dalam sedar tidak sedar...


Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam
rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya
merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.


"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang
mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa,
yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku
tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau
redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai
sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...


"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada
tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa
minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."


"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu
ditahan.


"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."


Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku
bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak
cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa.
Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."


Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap
kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.


"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan
satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada
ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan
apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati
seorang ibu."


* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang
sedang membaca/tak) *


Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana,
ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi,
sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama
akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.


Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada
hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah
tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju
pernikahannya... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

"sesungguhnya
Allah maha adil..

.:Sakinah Di Hassanah:.


Salam imtihan buat shbt2 yg masih setia di medan perjuangan ini, sungguh, ini sekadar imtihan dunia yang turut di nilai oleh insan bernama manusia, bukan sebenar2 'imtihan' yang kita akan hadapi kelak.

Saat entry ini ditaip, kinah alhamdulillah dah pun selamat berada dirumah..jumaat pagi kinah bertolak dan t/hari kinah sampai rumah...mak, ayah dan abang semua ad dirumah..


Entry ni sepatutnya di publish pada khamis malam jumaat baru2 ni, tp kinah sibuk mengemas barang, maka tak sempat nk berblog malam tu.


Khamis pagi tu, kinah dan shbt2 satu course menduduki paper Kaedah Berangka atau Numerical Method...antara paper programming, c++...berbekalkan ilmu yang ades, tutor yang dibekalkn, projek kami..masing2 mempersiapkn diri untuk paper tersebut...


Dengan percentage sebanyak 70% untuk final, out of 100% outcome nanti, tiada insan yang tak gugup untuk masuk ke dewan exam. Kinah??x terkecuali...kinah masuk dewan dengan tangan yang menggeletar...shaking..sampai ditenangkan oleh saffa, coursemate kinah yang duduk depan kinah... pusing kanan, oh..amir..kawan sepermainan dari kecil sehingga skrg sbb kami satu course..depan, saffa, adik beradik mentee...kiri, kinah x kenal dah...


Ok...masa terus berjalan...


Dalam 2 jam paper tu, soalan hanya 3 soalan sahaja ye...ulang suara, 3 soalan je..1 page je soalan..setiap soalan 15 markah..dan sesungguhnya it carrys 70%...ya Allah, biar betul, kinah x salah tengokkn??


Habis exam, kinah keluar, aku tawakal kepadamu Ya Allah....pasrah.. fokus the next paper.


Petang tu, kinah dan bbrpa sahabat memulakan projek kami...plus minus 6.30 petang dengan uncertainty sebanyak 5 minit kami bertolak dari UKM ke tempat yang dituju...


Mencari kedai makan untuk berbuka puasa...sasaran pertama, Restoran Amir di Bandar Baru Bangi...tapi, ntah mcam mn hati ni terarah ke kedai lain...


Ada
satu kedai yang menarik perhatian kinah...warna hijau pucuk pisang...kemas je kedai makan tu...setelah duduk, terkejutnya kinah, harga dia..huhu...jeng2..biar dirahsiakan.

Setelah masuk waktu, apa lagi, berbuka la kami....


Setelah selesai makan+minum semua, kami bergerak ke tempat sebenar kami, Masjid Hassanah di Bangi.. yang terletak kurang dari 5 minit dengan restoran tersebut...


Pernah satu ketika, tahun lepas, kinah tersangat tak tahan nak menangis, kinah keluar seorang diri lebih kurang jam 10 malam ke tasik berdekatan masjid tersebut. Kemudian, cecair jernih ini memunculkan diri, saat itu kinah nekad untuk ke 'hassanah'..pintu masjid sume dah pun terkunci, kinah sekadar duduk di luar...dalam kereta, seorang diri.


Saat kinah
cuba meluahkn apa yg kinah rasa tatkala itu, tibe2 cermin tingkap diketuk..memang terkejut la kan.

"Assalamualaikum nak....sorang je ke?? nk solat ke??" sapa seorang mak cik yang mungkin sebaya dengan bondaku.


"wa'alaikumussalam mak cik...saje datang sini, nak tenangkan diri sekejap.." jawab kinah sambil matikan enjin kereta dan keluar dari kereta.


"Anak nak ikut mak cik balik rumah dulu ke?? rehatkan diri..." pelawa mak cik tu dengan penuh sayu suaranya.


"Takpela mak cik, sekejap lagi saya nak balik dah..." kinah
cuba seka air mata.

"Lupa mak cik nak tanya nama anak..."

"Sakinah mak cik..."

"Sedapnya nama tu...." mak cik tu menarik tangan kinah untuk duduk di tepi laluan lorong masjid tu..berhadapan dengan kereta je.

"Sakinah ni kenapa?? Student UKM ke??," sambil tu kelihatan beberapa lagi mak cik2 dan anak2 dara keluar dari satu bilik di masjid tu.

"Baru habis kelas mengaji tu..."jawab mak cik tu tanpa kinah bertanya...

"Mak cik.....saya.........." tak terkata kinah, ikutkan tiada alasan kukuh untuk kinah menangis malam tu tp ntah kenapa, hati ini rasa seperti perlu mencari diri kinah kembali.

"Sy banyak dosa mak cik...saya bukan anak yang baik...sy banyak buat perkara yang Allah murka, saya bukan hamba yang baik..." itu je yang mampu terluah.

Mak cik tu hanya membalas kinah dengan senyuman, ya Allah, sungguh, senyuman mak cik tu kinah ingat sampai hari ini, betapa mendamaikan hati ini.

Biarpun tak dapat melihat senyuman ibu tercinta lagi saat itu, namun cukup membahagiakan diri ini. Tak mampu di hurai dengan kata2 perasaan yang dirasa saat melihat senyuman itu, tapi kinah cuma membalas dengan air mata yang semakin lebat.

Tak semena, ada sebuah kereta berhenti di hadapan kami.

"Itu anak mak cik dah sampai, anak mak cik jemput mak cik..sakinah nak ikut mak cik balik??" pelawa sekali lagi mak cik tu. Serentak dengan itu, anak mak cik tu keluar dari kereta dan melangkah ke arah kami.

"Mak nak ajak dia balik rumah kita ke?? marilah..." tanya si anak setelah memberi salam ke arah kami.

Dengan memakai baju melayu raihan, cermin mata yang simple, muka yang cukup mendamaikan hati, terbayang kinah tentang sesuatu, bertuahnya mak cik ni ada anak sepertinya...tak hairan lah senyuman mak cik mampu buat kinah tertawan.

"Tak pe la mak cik, sy pun nak balik dah ni...saya undur diri dulu..terima kasih mak cik..saya minta maaf banyak2.." kinah bangun dan turut sama memimpin mak cik tu ke kereta anaknya.

"Sakinah, dunia ni tempat ujian...mak cik rasa, sakinah pun tahu hakikat itu kan. Mak cik tak banyak ilmu, tapi mak cik sentiasa pesan pada anak2 mak cik,
jangan pernah lupa Allah, sebab Allah tak pernah lupa hamba Dia..." mak cik tu sebak sama..ntah kenapa air mata semakin murah saat itu.

"Mak cik, maafkan saya..maafkan saya untuk segalanya...maafkan saya dunia akhirat, doakan untuk sy mak cik..saya teramat banyak dosa.." kinah salam dan cium tangan mak cik tu sepenuh hati kinah, seperti dialah ibu kinah.

"Sakinah, jangan macam ni, mak cik2 sekali menangis ni...hey, budak ni..ya Allah..." kami sama2 ketawa..esak tangis itu ntah kenapa terasa begitu melapangkan hati ini.

"Mak cik balik dulu ye..mak cik pun minta maaf banyak2...assalamualaikum"

Anak mak cik tu terus memimpin ibunya ke pintu kereta dan menutup pintu tersebut. Kinah?? Kinah menyaksikan semua itu dengan hati yang terbuka, kesan air mata masih belum kering di pipi ini.

Seperti biasa, enjin di hidupkan, kereta di undurkan sedikit demi sedikit, kemudian....

"Sakinah,
banyak cara Allah bagi jawapan dalam setiap ujian yang ditimpakan....salah satunya, haiyya ala solah, haiyya alal falah...selamat bermujahadah..assalamualaikum"

Anak mak cik tu membuka tingkap kereta dan memberi satu kata2 yang buat kesekian kalinya akan kinah ingat...solat dan menuju ke arah kejayaan...itu pesan hamba Allah itu.

Ya Allah, terima kasih atas 'hadiah' ini..

Ye...Setiap ujian yang datang, Dia jua yang mendatangkan penyelesaian..cuma terpulang pada si hamba, bagaimana, di mana, dengan apa untuk si hamba menggapainya.

Seusai solat mghrib di masjid tu, ada bacaan yasin...kinah dan shbt2 kinah berada di ruang belakang masjid.

Selepas selesai berdoa, kinah di datangi seorang wanita yang masih memakai telekung meletakkan sebiji botol di sisi kinah. Kinah tak dapat melihat wajahnya gara2 tidak memakai cermin mata.

Tak lama setelah itu, azan isyak berkumandang...



Astaghfirullah'azim.....ampunkan hambaMu ini ya Allah...

"Allah Maha Besar"

Sungguh, Engkau Memang Maha Besar, tiada yang lebih berkuasa dari kekuasaan Engkau, kerana Engkau yang menciptakan segala sesuatu yang ada di bumi ini.

Kerana kebesaran itu juga, laungan mulia ini masih berkumandang di bumi yang penuh dengan plastik ini...

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah"

Benarlah, Engkau peringatkan kami dalam surah pertama Al-Quran, surah Al-Fatihah, ayat yang ke-4, "Engkau Tuhan yang kami sembah dan Engkau Tuhan yang kami minta pertolongan". Tiada yang layak untuk kami minta pertolongan selain Engkau...

"Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Engkau Ya Allah"

Setiap nafas yang dipinjamkan ini, sungguh aku terhutang budi dengan kekasihMu yang tak pernah penat memperjuangkan agamaMu ini di dunia ini...ampunkan aku ya Rabb..

"Marilah sembahyang"

ya Allah..selama ini aku culas dalam menjalankan amanah ini..ampunkan aku. Kau dah bentangkan petunjuk untuk hambaMu mencari redha, mencari jawapan, namun hamba Mu masih berpaling darinya...ampunkan hamba ya Rahim...

"Marilah menuju kejayaan"

Sejak azali, Islam itu indah..setiap yang diajarnya, semuanya membawa kepada kebahagiaan hakiki.. Kalimah suci ini jelas sekali membicarakan prinsip agamaMu yang sememangnya ingin membawa hamba2 kepada kejayaan, tp aku masih tersungkur di batu2 dunia ini..jangan Kau butakan hati ini dari merasai nikmat yang satu ini...

"Allah Maha Besar"

Allah...Allah...Allah....tiada kata2 lagi untuk di coret betapa Agungnya pincipta alam ini..ampunkn aku ya Allah.

"Tiada Tuhan selain Allah"

Benar dan benar, itu hakikat yang tak akan pernah berubah dari dulu sehingga kiamat nanti, bahkan ke alam barzakh sekali pun.


Seusai solat isyak, kami berangkat pulang....setiap dari kami dibekalkan dengan sebungkus nasi lemak oleh mak cik2 yang ad di masjid tersebut, alhamdulillah, rezeki.

Tapi, yang saya pelik, sy seorang je yang dapat air botol tersebut, air yasin saya rasa kerana penutup botol tersebut masih terbuka semasa saya menerimanya.

Dalam perjalanan pulang, kinah banyak termenung..kinah tahu, kinah terlalu banyak dosa, dan biarpun air mata darah sekalipun yang mengalir, belum tentu dapat menghapuskan dosa2 kinah yang lebih tinggi dari gunung everest tu...

tapi, kinah percaya kepada sesuatu, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Penyayang.

Mencari sakinah di hassanah..itulah tempat kinah dan seorang sahabat melepaskan rindu, meluahkan rasa gundah gulana di hati saat tiada manusia yang mampu memahami erti di hati.hanya pada Dia kami menadah tangan mohon diampuni dan terus dibimbing agar hati tidak dicalari iman dan aqidah...


p/s: mohon terus bimbing kinah, tegur kinah dalam hidup ini...

Monday, April 12, 2010

**Kisah Benar Yang Benar insyaAllah**

True Story: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah SAWShare Sunday, March 21, 2010 at 2:51am


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani... Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dari seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006. Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya.


Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 muka surat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini. Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.


Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.


Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut.


Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan,
"Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.." Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.


Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan,
"Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi)..


Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata:
QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.


Beliau merintih,
"Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam... Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya"Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.


Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru.


Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis.
"Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.." Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.


Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."


Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t.
"Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan.


Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..." Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat.
Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw,
"Bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."


Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!


(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W... banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)


Sebak dalam diri membacanya...ALLAHUAKBAR..semua dengan izinMU..tiada yang mustahil didunia ini melainkan dengan izinMU...SUBHANALLAH WA ALHAMDULILLAH WA ALLAHUAKBAR..ku mencintaimu YA RASULULLAH..

ALLAHUMMASOLLI A'LASAYYIDINA MUHAMAD WA A'LA AAALISAYYIDINA MUHAMMAD
(Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam atas junjungan kami, Muhammad dan atas keluarga junjungan kami, Muhammad)
... di copy dari
sini

p/s : kinah copykan kisah ni setelah menerima email dari sahabat kinah...harap dapat di ambil iktibar bersama...terasa diri ini lama hanyut tanpa disegarkan dengan kisah2 sebegini..

p/s: doakan kinah dapat jawab dgn baik dan mendapat keputusan yang cemerlang pada hari esok untuk paper Quantum Mechanics..(antara subjek paling tough dlm semester ini..) kuatkan hati kinah ya Allah...

Wednesday, April 7, 2010

Marriage life : Before and After


Before marriage:

“Darling here.. darling there..”

After marriage:

“Baling here…baling there..”

Before marriage:

“I die for you….”

After marriage:

“You die, up to you”

Lagi lama marriage:

“You want to die?? I help you”

Before marriage:

“You go anywhere, Ifollow you”

After marriage:

“You go anywhere, up to you”

Lagi lama marriage:

“I go anywhere, better go without you”

Before marriage:

“You are my heart”

After marriage:

“You get on my nerves..”

Before marriage:

“You are sweet and kind just like Cinderella”

After marriage:

“You are worse than godzila”

Before marriage:

“Roses are red, violets are blue. Like it or not, I’m stuck with you”

After wedding:

“Roses are dead, I am blue. You get on my head, I will sue you”

Before wedding:

“Every makan he brings you to Shangri-La”

After wedding:

“You want to go, he says you wait-la”

Before wedding:

“She looks like Anita Sarawak”

After wedding:

“Don’t know whether katak or biawak”


p/s: satu hari, kinah dan partner kinah, uma sedang bertungkus lumus menyiapkan projek Numerical Method kami di hadapan bilik Prof. Dr. Sufian...ada meja depan bilik dia...then, ada sekali tu, dia keluar dari bilik dia, dia menyerahkan sehelai kertas pada kmi


Kertas tersebut mencatatkan segala yang sy letak dlm entry ni...ades, tersenyum kami sekejap sbb sgt tension buat projek tu..lepas dapat kertas tu dari prof sufian, ke mana shja sy pergi, sy akn bawa bersama kertas tu...baik kawan yg dh kawin ke belum kawin ke, hbs sy pormote...


Apapun, sekadar rilex2.....jgn terlalu amik serius...thanks prof sufian...

Thursday, April 1, 2010

**Fitrah Manusia, Kembali Kepada Asalnya**


Salam demam peperiksaan....

Pertamanya, kinah nk ajak shbt2 sedekahkan al-fatihah buat almarhum ayahanda coursemate kinah yg telah pun pergi menemui penciptaNya pada petang jumaat baru2 ni, Al-fatihah...


Selasa minggu yang sama, ayahnya telah koma kerana ada serangan jantung kalau tak silap kinah, kemudian malam nya tu juga shbt kami itu mengikut kakaknya pulang ke kampung halaman yang terletak di kelantan...dan takdir Allah, jumaat itu menjadi saksi..


Tibe je kan kinah buka tentang kisah kematian ni, bukan la nak menakutkan mana2 pihak, tp itu hakikat kita sebagai manusia bukan....


Itu sebagai salah satu bukti bahawa manusia tetap akan kembali kepada asalnya..Sebagaimana tercatat sudah dalam kalam suci Al-Quran..


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali Imron: 185)


أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَمَالِ هَؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?

(An Nisaa`: 78)


Pernah sekali sy terdengar berkenaan kedatangan malaikat maut datang menziarah penghuni2 bumi ini saban hari...yang mana seingat sy malaikat maut datang menjenguk kita semua sebanyak 70 kali sehari..betulkan sy kalau silap...


Subhanallah..astahfirullahal'azim...sebanyak itu...


Sehari ada 24 jam, maka ada 1440 minit...bila dibahagi 70, maka akan dapat lebih kurang 20 minit..boleh ke dikatakan secara purata malaikat maut menjenguk kita setiap hari, pagi petang siang malam setiap 20 minit tanpa kita sedar..tp ini atas pengiraan seorang manusia, tiada siapa tahu masa bila dia menjenguk hamba2 yang ada ini bukan..


Dalam 70 kali itu pula, dia tidak boleh melaksanakan tugasnya selagi tidak mendapat arahan dari 'pihak atasan' kerana belum sampai masanya..katakanlah, tibe2 'pihak atasan' keluarkan arahan untuk menjemput hamba yang bertuah itu pada hari sekian2, masa sekian2..dan pada saat kejadian, hamba bertuah itu sedang bergelak ketawa....apa agak2nya yang akan berlaku selepas itu ye...


Itu persoalan yang ustaz sy pernah ingatkan suatu kerika dulu...4,5 thun lepas...masa ceramah ni disampaikan, insaf sekejap diri ni, tapi ada masa masih culas dalam melaksanakn amanah sebagai hamba Allah, tapi masih tidak tahu malu menagih untuk ditempatkan di syurga...sakinah, sedarlah wahai diri...




.:western VS masakan kampung:.


Sahabat, sy minta maaf..tibe2 je kan buka entry dgn kisah kematian...sbbnya, nk cuba bawa 'fitrah manusia, kembali kepada asalnya'..dan sy cuba menterjemahkan dalam beberapa situasi..ini bukan lagi implementasi, kerana segalanya sudah dilunasi janji oleh si Dia.


Al-kisah, pada rabu minggu lepas, kelab teater Sanggar Mas ada mengadakan jamuan makan malam sekali gus dengan AGM kelab yang diadakan di bilik bankuasi kolej kami je...dan tema pada malam tersebut ialah tema orang kampung..


Baik dari aspek pemakaian, sehinggalah kepada aspek hiasan dalaman bilik tersebut...segalanya berlatarkan kampung. si anak teruna wajib menggayakan kain pelekat dan anak2 dara wajib menggayakan kain batik..nak pakai ke nak letak kat kepala ke nak selempang je ke terpulang, tapi wajib ada di sisi masign2

.

Bagi hidangan kami pada malam itu yang dimasak istimewa oleh ummi kami, lauk pauk yang amat ringkas tapi sangat sedap..alhamdulillah, rezeki kami mencurah2 mlm tu. ikan keli dan ikat jaket bakar..ikan masin ..ayam masak lemak...kangkung goreng...sambal belacan, cencaluk, budu..air asam ada..sambal ikan bilis...sangat sedap..ada ulam raja, timun, petai, tembikai...


Ada yang mengatakan itulah lauk terbaik...biar pun simple je, tpi dah dikira sedap...ada juga yang tak biasa makan lauk macam tu kerana dah biasa makan masak merah segala bagai..tapi majoritinya shbt2 yang hadir lebih menyenangi lauk sebegitu.


Dari situ terlintas sesuatu di fikiran, benarlah, manusia tetap akan memilih kepada yang asalnya..itu yang terdetik pada diri sy..dan itu juga yang mendorong entry ini ditaip.


Sesedap mana masakan moden yang ada hari ini, masih ramai manusia yang akan terus setia memilih masakan kampung sebagai menu utama...jelas bukan...itu tanda manusia tetap kembali kepada fitrah asalnya...


.: lagu raya:.


Itu dari aspek makanan....satu lagi perkara yang terlintas di fikiran, kes lagu raya...


Antara lagu raya yang lama2, yang dulu2, dengan yang sekarang, mn yang selalu shbt2 dengar??mungkin ada yang tak berapa setuju sy membawakan contoh lagu raya ni...tp sy cuma nk membuka skop utk entry kali ini..


Jika diimbas sekejap, dunia hari ini banyak meramkankan semula lagu raya yang lama dengan versi baru...dengan gaya yang tersendiri..namun, sebagai pendengar, versi asal juga yang menjadi pilihan hati bg sy..


Dengan susunan muzik yang ringkas, lirik yang mendalam, rentak yang tak sakit telinga mendengar..cukup untuk membuatkan lagu sebegitu evergreen...


Biarpun moden mana programming utk muzik yang ada, teknologi itu ini, hebat mana sound sistem sekarang, tapi keaslian lagu tersebut tetap berbeza...


Satu lagi contoh bahawa manusia tetap menyukai yang asalnya...


.: Sehari-hari kita:.


Sahabat2 ada bantal busuk tak?? saya?? tak boleh nak jawab la, itu rahsia la kan..jawab sendiri2 je...


Apa kinah ni, tanya tentang bantal busuk plak..haish, malu la...


Sabar2...jangan marah sy dulu..tak rasa comel ke soalan tu..hehe..


ok sakinah, serius sikit..


Mungkin ada yang anggap bantal busuk tu sbg sahabat baik dia, sbb dengan bantal tu la dia meluahkan perasaan, bercerita itu ini (even bantal tu tak dapat bagi respon kan), macam2 di buat dengan bantal tu...pergi ruang tamu dengan bantal tu..ke dapur pun kepit bantal tu...


Apatah lagi, 1st time tinggal di asrama, syarat di asrama, x boleh bawa bantal lebih, hanya satu bantal je, mcm mn tu nk berpisah dengan bantal busuk tu??erm...bagi la bantal jenama 'sweet dream' ke, 'vono' ke, apa2 la jenama yang ada, tapi tetap rindu pada bau yang 'harum' pada bantal tu juga kan..kelembutan bantal tu...


Bila tidur, pelukan bantal tu adalah pelukan yang amat menyenangkan hati..terasa seperti didodoi je..


Biarpun masa tidur di'campak'kan ke atas lantai je ke, atas toto je ke...tpi selagi bantal busuk tu ada dalam plukan, tidur tetap jalan je...


Ada ke shbt2 yang sampai tahap macma tu?? (jawab senyap2 je....taw... :-) )


Sama juga kisah baju yang amat kite sayang..biar la dah lusuh warna, corak , kain baju tersebut, tapi bila hati dah berkenan, kita tetap akan pakai....




.:analogi..oh..analogi:.


Termenung sejenak memikirkan fitrah manusia yang satu ini. Selalunya, bila di sebut tentang fitrah, manusia lebih memikirkan fitrah manusia yang ingin hidup berpasang-pasangan...kite ubah skit kali ini, fitrah kepada asalnya..

.

Bukan untuk mendabik dada, jauh sekali menunjuk siapa yang lebih mengetahui, segalanya sekadar medan perkongsian dan peringatan.


Dinner malam tu lah yang membuatkan sy terfikir sedikit demi sedikit tentang fitrah manusia ini...same goes to one thing... have you ever heard about, "the only solution is back to the Quran"?? I do...


Masa sekolah sy menjadi sekolah angkat UIA, Kuantan, abg2 dan kakak2 fasi kami ada jual button2 dan salah satu button tersebut tertulis perkataan tersebut...itu sebenar-benar hakikat kita kan...


Dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali....dari Allah kita datang, kepada Dia kita kembali..


Dalam entry sebelum2 ni, ada sy kongsikan tntg pengalaman pergi ke pendakwah muda di sungai congkak, selangor. Dalam satu acara explore dakwah, abg2 dan kakak2 fasi ada meminta kami utk melalui satu batang kayu ni dengan cara kepala kami tak boleh mengenai batang kayu tersebut...


setelah selesai, abg fais bertanya kpd kami, "Kenapa kita solat tunduk bawah??"


"Sebab rasa rendah diri...di hadapan pencipta"


"Kita hanyalah seorang hamba..."


Macam2 jawapan yang dilontarkan, tp apa respon abg fasi kami...


"Abang tak kata salah, cuma fikirkan lagi...pernah tak adik2 terfikir yang sbnrnya kita ni dijadikan daripada tanah dan akan kembali kepada tanah...salah satu kenapa kita tunduk sebab nak ingatkan diri bahawa kita datang dari situ dan akan kembali ke situ satu hari nanti.." cukup menyantap jantung di situ.


Duhai diri, betapa hebat pun kita di bumi ini, segalanya pinjaman semata..sampai bila lakonan ini akan dipentaskan, tiada siapa pun yang tahu.. Saat tirai pentas dilabuhkan, apakah mungkin penonton akan melihat kita sebagai seorang pelakon yang hebat di atas tapi tidak di belakang atau bagaimana??


Akhirul kalam, sy tutup entry kali ini dengn satu lagi perkongsian usrah masa di matrik suatu ketika dulu...



"Lampu..orang dan bayang2....cuba bayangkan ada lampu atau suatu sumber cahaya di ahagian kanan kita..di hadapan lampu tersebut ada seorang manusia...dan mestilah ada bayang2nya kan.."


"Secara fizik, apabila objek dekat dengan sumber cahaya, bayang2 akan menjadi pendek, dan apabila objek menjauhi sumber, bayang2 akan menjadi panjang.."


"Maka, apabila orang tersebut semakin menghampiri cahaya tersebut, maka bayang2 dia akan menjadi pendek, dan jika sebaliknya, bayang2 dia akan bertambah panjang, kan..."


"Lampu itu ibaratnya agama ini sendiri, agama Islam, orang itu adalah diri sendiri dan bayang2 tersebut adalah diibaratkan dunia..."


"Jika kita menghampiri sumber cahaya atau agama, insyaAllah dunia itu akan menjadi kecil bagi kita kerana sesuatu yg lebih besar menanti, sedangkan jika manusia menjauhi sumber cahaya tersebut ataupun agama, bayang2 akan bertambah panjang, dunia yang dikejar akan sentiasa dan terus mengekori malah bertambah menghimpit kita.."


salam renungan dan peringatan buat diri sendiri...


p/s : ampunkan sy, sbb sy sedar, sy tak layak menulis semua ini....sekadar reminder untuk diri...ingatkan diri ini ye...






Jom berkongsi