Saturday, April 17, 2010

.:Sakinah Di Hassanah:.


Salam imtihan buat shbt2 yg masih setia di medan perjuangan ini, sungguh, ini sekadar imtihan dunia yang turut di nilai oleh insan bernama manusia, bukan sebenar2 'imtihan' yang kita akan hadapi kelak.

Saat entry ini ditaip, kinah alhamdulillah dah pun selamat berada dirumah..jumaat pagi kinah bertolak dan t/hari kinah sampai rumah...mak, ayah dan abang semua ad dirumah..


Entry ni sepatutnya di publish pada khamis malam jumaat baru2 ni, tp kinah sibuk mengemas barang, maka tak sempat nk berblog malam tu.


Khamis pagi tu, kinah dan shbt2 satu course menduduki paper Kaedah Berangka atau Numerical Method...antara paper programming, c++...berbekalkan ilmu yang ades, tutor yang dibekalkn, projek kami..masing2 mempersiapkn diri untuk paper tersebut...


Dengan percentage sebanyak 70% untuk final, out of 100% outcome nanti, tiada insan yang tak gugup untuk masuk ke dewan exam. Kinah??x terkecuali...kinah masuk dewan dengan tangan yang menggeletar...shaking..sampai ditenangkan oleh saffa, coursemate kinah yang duduk depan kinah... pusing kanan, oh..amir..kawan sepermainan dari kecil sehingga skrg sbb kami satu course..depan, saffa, adik beradik mentee...kiri, kinah x kenal dah...


Ok...masa terus berjalan...


Dalam 2 jam paper tu, soalan hanya 3 soalan sahaja ye...ulang suara, 3 soalan je..1 page je soalan..setiap soalan 15 markah..dan sesungguhnya it carrys 70%...ya Allah, biar betul, kinah x salah tengokkn??


Habis exam, kinah keluar, aku tawakal kepadamu Ya Allah....pasrah.. fokus the next paper.


Petang tu, kinah dan bbrpa sahabat memulakan projek kami...plus minus 6.30 petang dengan uncertainty sebanyak 5 minit kami bertolak dari UKM ke tempat yang dituju...


Mencari kedai makan untuk berbuka puasa...sasaran pertama, Restoran Amir di Bandar Baru Bangi...tapi, ntah mcam mn hati ni terarah ke kedai lain...


Ada
satu kedai yang menarik perhatian kinah...warna hijau pucuk pisang...kemas je kedai makan tu...setelah duduk, terkejutnya kinah, harga dia..huhu...jeng2..biar dirahsiakan.

Setelah masuk waktu, apa lagi, berbuka la kami....


Setelah selesai makan+minum semua, kami bergerak ke tempat sebenar kami, Masjid Hassanah di Bangi.. yang terletak kurang dari 5 minit dengan restoran tersebut...


Pernah satu ketika, tahun lepas, kinah tersangat tak tahan nak menangis, kinah keluar seorang diri lebih kurang jam 10 malam ke tasik berdekatan masjid tersebut. Kemudian, cecair jernih ini memunculkan diri, saat itu kinah nekad untuk ke 'hassanah'..pintu masjid sume dah pun terkunci, kinah sekadar duduk di luar...dalam kereta, seorang diri.


Saat kinah
cuba meluahkn apa yg kinah rasa tatkala itu, tibe2 cermin tingkap diketuk..memang terkejut la kan.

"Assalamualaikum nak....sorang je ke?? nk solat ke??" sapa seorang mak cik yang mungkin sebaya dengan bondaku.


"wa'alaikumussalam mak cik...saje datang sini, nak tenangkan diri sekejap.." jawab kinah sambil matikan enjin kereta dan keluar dari kereta.


"Anak nak ikut mak cik balik rumah dulu ke?? rehatkan diri..." pelawa mak cik tu dengan penuh sayu suaranya.


"Takpela mak cik, sekejap lagi saya nak balik dah..." kinah
cuba seka air mata.

"Lupa mak cik nak tanya nama anak..."

"Sakinah mak cik..."

"Sedapnya nama tu...." mak cik tu menarik tangan kinah untuk duduk di tepi laluan lorong masjid tu..berhadapan dengan kereta je.

"Sakinah ni kenapa?? Student UKM ke??," sambil tu kelihatan beberapa lagi mak cik2 dan anak2 dara keluar dari satu bilik di masjid tu.

"Baru habis kelas mengaji tu..."jawab mak cik tu tanpa kinah bertanya...

"Mak cik.....saya.........." tak terkata kinah, ikutkan tiada alasan kukuh untuk kinah menangis malam tu tp ntah kenapa, hati ini rasa seperti perlu mencari diri kinah kembali.

"Sy banyak dosa mak cik...saya bukan anak yang baik...sy banyak buat perkara yang Allah murka, saya bukan hamba yang baik..." itu je yang mampu terluah.

Mak cik tu hanya membalas kinah dengan senyuman, ya Allah, sungguh, senyuman mak cik tu kinah ingat sampai hari ini, betapa mendamaikan hati ini.

Biarpun tak dapat melihat senyuman ibu tercinta lagi saat itu, namun cukup membahagiakan diri ini. Tak mampu di hurai dengan kata2 perasaan yang dirasa saat melihat senyuman itu, tapi kinah cuma membalas dengan air mata yang semakin lebat.

Tak semena, ada sebuah kereta berhenti di hadapan kami.

"Itu anak mak cik dah sampai, anak mak cik jemput mak cik..sakinah nak ikut mak cik balik??" pelawa sekali lagi mak cik tu. Serentak dengan itu, anak mak cik tu keluar dari kereta dan melangkah ke arah kami.

"Mak nak ajak dia balik rumah kita ke?? marilah..." tanya si anak setelah memberi salam ke arah kami.

Dengan memakai baju melayu raihan, cermin mata yang simple, muka yang cukup mendamaikan hati, terbayang kinah tentang sesuatu, bertuahnya mak cik ni ada anak sepertinya...tak hairan lah senyuman mak cik mampu buat kinah tertawan.

"Tak pe la mak cik, sy pun nak balik dah ni...saya undur diri dulu..terima kasih mak cik..saya minta maaf banyak2.." kinah bangun dan turut sama memimpin mak cik tu ke kereta anaknya.

"Sakinah, dunia ni tempat ujian...mak cik rasa, sakinah pun tahu hakikat itu kan. Mak cik tak banyak ilmu, tapi mak cik sentiasa pesan pada anak2 mak cik,
jangan pernah lupa Allah, sebab Allah tak pernah lupa hamba Dia..." mak cik tu sebak sama..ntah kenapa air mata semakin murah saat itu.

"Mak cik, maafkan saya..maafkan saya untuk segalanya...maafkan saya dunia akhirat, doakan untuk sy mak cik..saya teramat banyak dosa.." kinah salam dan cium tangan mak cik tu sepenuh hati kinah, seperti dialah ibu kinah.

"Sakinah, jangan macam ni, mak cik2 sekali menangis ni...hey, budak ni..ya Allah..." kami sama2 ketawa..esak tangis itu ntah kenapa terasa begitu melapangkan hati ini.

"Mak cik balik dulu ye..mak cik pun minta maaf banyak2...assalamualaikum"

Anak mak cik tu terus memimpin ibunya ke pintu kereta dan menutup pintu tersebut. Kinah?? Kinah menyaksikan semua itu dengan hati yang terbuka, kesan air mata masih belum kering di pipi ini.

Seperti biasa, enjin di hidupkan, kereta di undurkan sedikit demi sedikit, kemudian....

"Sakinah,
banyak cara Allah bagi jawapan dalam setiap ujian yang ditimpakan....salah satunya, haiyya ala solah, haiyya alal falah...selamat bermujahadah..assalamualaikum"

Anak mak cik tu membuka tingkap kereta dan memberi satu kata2 yang buat kesekian kalinya akan kinah ingat...solat dan menuju ke arah kejayaan...itu pesan hamba Allah itu.

Ya Allah, terima kasih atas 'hadiah' ini..

Ye...Setiap ujian yang datang, Dia jua yang mendatangkan penyelesaian..cuma terpulang pada si hamba, bagaimana, di mana, dengan apa untuk si hamba menggapainya.

Seusai solat mghrib di masjid tu, ada bacaan yasin...kinah dan shbt2 kinah berada di ruang belakang masjid.

Selepas selesai berdoa, kinah di datangi seorang wanita yang masih memakai telekung meletakkan sebiji botol di sisi kinah. Kinah tak dapat melihat wajahnya gara2 tidak memakai cermin mata.

Tak lama setelah itu, azan isyak berkumandang...



Astaghfirullah'azim.....ampunkan hambaMu ini ya Allah...

"Allah Maha Besar"

Sungguh, Engkau Memang Maha Besar, tiada yang lebih berkuasa dari kekuasaan Engkau, kerana Engkau yang menciptakan segala sesuatu yang ada di bumi ini.

Kerana kebesaran itu juga, laungan mulia ini masih berkumandang di bumi yang penuh dengan plastik ini...

"Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Ya Allah"

Benarlah, Engkau peringatkan kami dalam surah pertama Al-Quran, surah Al-Fatihah, ayat yang ke-4, "Engkau Tuhan yang kami sembah dan Engkau Tuhan yang kami minta pertolongan". Tiada yang layak untuk kami minta pertolongan selain Engkau...

"Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Engkau Ya Allah"

Setiap nafas yang dipinjamkan ini, sungguh aku terhutang budi dengan kekasihMu yang tak pernah penat memperjuangkan agamaMu ini di dunia ini...ampunkan aku ya Rabb..

"Marilah sembahyang"

ya Allah..selama ini aku culas dalam menjalankan amanah ini..ampunkan aku. Kau dah bentangkan petunjuk untuk hambaMu mencari redha, mencari jawapan, namun hamba Mu masih berpaling darinya...ampunkan hamba ya Rahim...

"Marilah menuju kejayaan"

Sejak azali, Islam itu indah..setiap yang diajarnya, semuanya membawa kepada kebahagiaan hakiki.. Kalimah suci ini jelas sekali membicarakan prinsip agamaMu yang sememangnya ingin membawa hamba2 kepada kejayaan, tp aku masih tersungkur di batu2 dunia ini..jangan Kau butakan hati ini dari merasai nikmat yang satu ini...

"Allah Maha Besar"

Allah...Allah...Allah....tiada kata2 lagi untuk di coret betapa Agungnya pincipta alam ini..ampunkn aku ya Allah.

"Tiada Tuhan selain Allah"

Benar dan benar, itu hakikat yang tak akan pernah berubah dari dulu sehingga kiamat nanti, bahkan ke alam barzakh sekali pun.


Seusai solat isyak, kami berangkat pulang....setiap dari kami dibekalkan dengan sebungkus nasi lemak oleh mak cik2 yang ad di masjid tersebut, alhamdulillah, rezeki.

Tapi, yang saya pelik, sy seorang je yang dapat air botol tersebut, air yasin saya rasa kerana penutup botol tersebut masih terbuka semasa saya menerimanya.

Dalam perjalanan pulang, kinah banyak termenung..kinah tahu, kinah terlalu banyak dosa, dan biarpun air mata darah sekalipun yang mengalir, belum tentu dapat menghapuskan dosa2 kinah yang lebih tinggi dari gunung everest tu...

tapi, kinah percaya kepada sesuatu, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Penyayang.

Mencari sakinah di hassanah..itulah tempat kinah dan seorang sahabat melepaskan rindu, meluahkan rasa gundah gulana di hati saat tiada manusia yang mampu memahami erti di hati.hanya pada Dia kami menadah tangan mohon diampuni dan terus dibimbing agar hati tidak dicalari iman dan aqidah...


p/s: mohon terus bimbing kinah, tegur kinah dalam hidup ini...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi