Monday, August 29, 2011

:: Coretan Malam Raya ::


Saat bergemanya takbir ini, satu perasaan yang wajib hadir dalam diri setiap insan rasanya, yakni sayu....andai tidak merasai apa-apa peristiwa pahit sekalipun, rasa itu tetap wujud.

Apa mungkin bertemu lagi Ramadhan akan datang??

Apa aku akan kuat melawan nafsu 11 bulan akan datang ini??

Allah....jika ditanya pada kinah, I just cant picture it by words. Feel it, then we will understand.

Mungkin ada di antara kita yang akan menyambut hari lebaran ini dengan orang baru, ada juga yang menyambutnya dengan kehilangan insan di sisi, macam-macam warna, macam-macam emosi yang akan menghiasi. Tapi bagaimana diri sendiri??

Salam lebaran daripada penulis....

Mukhadimah pun dah sedih-sedihkan, apalah kinah ni. Entry kali ni mungkin takde point sangat, tapi kinah sekadar nak bercerita coretan hidupku.....kisah sehari sebelum raya bersama keluarga tercinta.

Andai di rangkul, kinah berani jamin kisah kinah tak semeriah keluarga lain, sebab keluarga kinah ni kecik je, 4 orang je pun, abah, mama, abang dan kinah sendiri. Tapi, kesah apa kan.

Di sebabkan tahun ni kinah terpacak di rumah lebih awal daripada biasa, maka persiapan alhamdulillah dapat siap berganda lebih awal, maka 2,3 hari ni agak rilex buat kerja rumah.

Nak jadi ke kisahnya....sehari sebelum raya...apa yang berlaku di rumah no.66, Taman Sepekan Jaya ni kan, meh nak berkongsi.

Mulakan dengan ayah dulu la...abah buat apa ek?? Seingat kinah abah lebih banyak kemas di bahagian luar dengan abang...sapu sampah koridor, lap kerusi kat luar macam tu la. Pagi2 lagi abah dah keluar sebenarnya, gi amik daging yang di tempah, beli ayam, barang2 basah segala bagai. Abah kinah ni teramat pendiam orangnya, memang tak banyak cakap. Paling kelakar bagi kinah tentang abah ni, anak dara dia ni masak la apapun, jadi ke tak berapa jadi ke, abah sentiasa makan dengan penuh selera dan siap tambah lagi...seronok tengok abah makan.

Abang....kes abang hari ni agak kelakar bagi kinah dan mama. Memang tergelak habis la kinah dengan mama bila ingat. Al-kisahnya, abang daripada semalam duk bercara ke sofa kat depan, abang ni plak dah naik segan dengan sofa tu sebab memang dak agak uzur physical appearance sofa tu. Semalam dia duk mop lantai la, cuci skit sofa tu, then hari ni betulkan kaki sofa tu. Di sebabkan kucing pernah berak atas sofa tu, maka ada la haruman yang sangat wangi kan. Abang sangat tekun kot nak hilangkan bau tu.

Yang kinah ni kat dapur duk bagi la cadangan kat mama,

"Ma, kalau nak tutup permukaan sofa tu, guna la kain yang orang selalu letak kat kusyen tu ha, dah macam alas dulang pun takpe, takde sape tahu,"

Mama pun cakap la kat abang.

Hasilnya.......

"Adik, cube mari sini," mama panggil kinah. Kat rumah kinah di panggil adik...adui, dah tua pun adik juga kan.

Berderai ketawa kami dua beranak. Hasil sentuhan tangan seorang lelaki berusia 24 tahun. Abang letak kain yang mama beli untuk buat alas baring tu abang jadikan alas tempat duduk sofa, lepas tu alas dulang yang corak hampir sama di jadikan tempat letak tangan kat sofa tu. Nak jadi ke cerita, warna corak kain tu plak warna biru, sama warna dengan sofa. Ya Allah, mana plak abang dapat cari kain ni. Jumpa plak ke abang cari kain tu.

Sekali tengok, memang cantik la bagi kinah, kreatif, tapi nak tergelak sebab asal usul kain tu. Kalau ada yang membaca entry ni datang rumah ni, buat tak tahu je ye, jangan tegur....just imagine how it looks like.

Se lagi, mimpi rajin apa masuk dalam abang pun tahu. Dia basuh SEMUA baju yang ada, means campak dalam mesin je la kan. Even though masuk mesin je pun, tapi tak semua boleh basuh dengan mesin. Antara yang jadi mangsa, tudung kinah yang kononnya nak pakai pagi raya habis tercarik dah, tudung kerja mama yang sangat sensitif cara basuhannya, tudung kegemaran mama dah rosak dia punye owning (betul ke eja, belasah la), mesin overload. Dengan dia basuh sekerat jalan, tak settlekan sampai habis, haish geram juga la kan. Tapi, orang kata, nak marah tak jadi sebab nak tergelak je bila ingat....niatnya konon nak membantu tapi adui....

Lepas tu lepas asar abang gi potong rambut, balik2, hahahaha, rambut trojan...dia kata terasa muda buat rambut macam tu. Ye la, semua orang duk bising sebab rambut dia dah panjang, sekali potong, haa....trojan kot. Haish, betul kata mama, abang kinah ni still kanak-kanak. Sebab mama selalu kata, even kinah ni adik, tapi mama layan kami seolah kinah adalah kakak dan abang adalah adik. Erm....macam mana tu...

Mama pula, kami apa lagi seharian di dapur....

Kerja kami dimulakan dengan proses pasang dapur kat belakang rumah, untuk masak rendang segala bagai, untuk elak dapur kotor ye....pastu balut dapur dengan aluminium foil..hehe, ni keje orang pemalas.

Tak banyak kot cerita tentang di dapur, ye la buat kerja macam biasa, mayang bawang, serai, halia, rebus daging lepas tu tumbuk daging....kerja biasa. Tapi, there is one thing that I miss a lot, my mom's smiling, very adorable. Terlalu lama kinah tak tengok mama senyum, gelak ketawa macam ni....biarpun mama baru berusia awal 50-an, tpi keadaan kesihatan mama tidak begitu baik sebenarnya, maka nak tak nak, I'm the only daughter that she have and I have to carry on every single things wisely.

Erm.....tutup kes family. Buka dimensi baru.


Kekadang kinah terfikir, kita dilatih sebulan kan untuk tahan nafsu dari itu ini....tapi kadang2 sedar atau tidak, sedikit sebanyak ianya terkebelakang sikit dek keghairahan nak sambut raya. Benar, kita digalakkan berpakaian cantik apa segala bagai, tapi bila ingat balik masa kinah gi shopping kat jalan TAR dlu, tengok kiri kanan, diri sendiri....mana nilai yang cuba di tanam dalam sebulan ni.

Andai Ramadhan di turunkan untuk mengajar umat manusia mendidik nafsu,
Jangan sampai Syawal tiba memadamkannya terus melulu...

Andai Ramadhan dihadiahkan untuk mengingatkan berpesta dalam ibadah,
Jangan sampai Syawal tiba terus tanda bermulanya pesta juadah...

Andai Ramadhan dilalui dengan rasa rendah diri, berkongsi lapar dengan segala pangkat dan darjat,
Jangan sampai Syawal tiba menjadikan kita kufur nikmat...



Bila teringat tentang takbir tadi, kinah ada simpan satu impian. Impian yang sudah pasti didoakan agar jadi kenyataan suatu hari nanti insyaAllah. Impian ni memang impian kinah, tapi ia juga impian mama kinah sangat2.

Sebut tentang takbir ni juga, kinah teringat kisah sahabat kinah ni yang Allah uji dia dan keluarga dengan menjemput kembali arwah papa dia. Terlalu terharu kisah yang pernah dia kongsikan, di mana arwah papanya merupakan tempat rujukan utama dalam permasalahan agama bagi dia sekeluarga. Dalam solat terawih meraka, bukan di surau atau di masjid, tetapi di rumah sendiri, yang diimamkan sendiri oleh arwah papa dia termasuk bertakbir bersama-sama satu keluarga. Subhanallah....indahnya suasana itu bukan. Terlalu manis.

Yang kinah pasti, Allah itu sememangnya Maha Adil....biarpun Dia telah menjemput ketua keluarga itu, tapi sifat berdikari sahabat kinah ni yang merupakan anak sulong daripada 6 beradik kalau tak silap kinah, asas agama yang kuat telah tertanam kemas di dada anaknya itu dan bagi kinah itu sudah cukup sebagai pelengkap kepada yang lain. Mudah untuk kinah berkata, tapi mungkin mencabar untuk melaksana.....

Memang tak lari kan, saat hari raya je, pasti insan2 yang telah pergi akan di kenang satu persatu, segala memori pasti bertandang. Allah, tempatkanlah mereka semua di tempat orang2 yang soleh, dan permudahkanlah segala perhitungan amal mereka dan kami kelak.

Apapun, di hari lebaran ni, jangan lupakan sunnah yang patut di teruskan di pagi ini. Mandi sunat pagi raya, makan dahulu sebelum ke masjid, bertakbir dalam perjalanan ke masjid, berziarah antara satu sama lain.....bermaafan....moga nisbah 1:11 tidak menjadikan sebulan itu pihak yang lemah dalam melawan 11 yang lain tu.


Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita selama ini, dan mencatatkan segala kebaikan buat kita semua insyaAllah. Salam pagi syawal daripada meja penulis...



Sunday, August 28, 2011

:: Masam Manis Ramadhan ::

Jalan-jalan ke rumah Pak Leman,
Pergi bersama anak Pak Mail,
Kita kini di penghujung Ramadhan,
Tanya diri amalan apa yang telah dikail??

Tukar langsir tukar kerusi,
Itu semua dah jadi amalan,
Tanya diri tanya hati,
Apa layak syawal untuk diraikan??

Masak ketupat makan lemang,
Juadah wajib pelengkap raya,
Sebelas bulan hidup bergelumang,
Hanya sebulan cuti berbuat dosa.

Nasi dagang kari ikan,
Menjilat jari sedap tak terkata,
Kalau selalu syaitan dipersalahkan,
Lepas ni siapa jadi mangsa??

Kanak-kanak pasti paling keriangan,
Berjalan-jalan mencari duit raya,
Tanya diri tanya iman,
Cukup tak sebulan ni mendidik jiwa??

Ketupas palas ketupat nasi,
Lain orang lain yang dicari,
Tangan dihulur tanda kemaafan dicari,
Apa sudi kalian memaafi??

Assalamualaikum ya penghujung Ramadhan. Sampaikan juga salam itu pada seketul daging yang tertanam dalam diri. Saat ini, syaitan keriangan mungkin menghitung detik untuk dibebaskan, nafsu kembali datang memikirkan juadah-juadah yang akan dicekup hari raya nanti, perut berkeroncong untuk mengaut segala makanan yang ada dan, apa masih ada 'pihak' yang berduka saat ramadhan ini akan berakhir??

Teringat kinah kata2 mantan ketua syukbah kinah dulu, even kata2 ni datang dari dia saat kami bukan lagi dalam kapal yang sama tapi kinah masih ingat. 1 syawal adalah tarikh kita akan bergraduasi saat sebulan kita melatih diri kita dalam universiti tarbiyah ramadhan ni, tapi adakah layak untuk kita benar-benar digraduasikan pada 1 syawal itu jika dibandingkan dengan amalan ataupun tahap pencapaian kita sepanjang sebulan ini?? Sakinah, kamu pasti tahu jawapanya.

Hampir tiga minggu sudah kinah ada di rumah setelah selesai menjalani 3 bulan praktikal di Agensi Nuklear Malaysia. 3 minggu yang penuh air mata....air mata kesyukuran. Pejam celik, hari ini hari terakhir ramadhan.

Antara agenda yang kinah belajar dalam 3 minggu ini adalah berkenaan erti sebuah keluarga yang paling pentingnya. Ini antara hikmah terbesar Ramadhan. Ye la, kalau dalam bulan lain, nak dapat makan semeja agak susah la juga, lagi plak mama selalu pesan untuk kami bersedekah, cari orang yang tidak berkemampuan dan tolong mana yang boleh secara istiqamah. Kinah pernah terdengar sebuah ceramah, andai ada dalam ahli keluarga kita sama ada hubungan darah tu dekat ke jauh, lebih baik utamakan untuk membantu ahli keluarga sendiri....erm....

Ikutkn, memang kami bukan orang senang sangat, tapi alhamdulillah, orang kata ada rezeki lebih untuk dikongsi. Rumah pun rumah kos rendah, tapi alhamdulillah, sangat-sangat selesa untuk kinah dan keluarga tinggal. Alhamdulillah.

Subhanallah, itu cantiknya Islam kan.

Saat orang miskin menahan perut dari kelaparan, sedangkan orang berada buang makan melakukan pembaziran.

Dan semua perbezaan itu Allah sama ratakan dengan bulan Ramadhan. Maka, sebenarnya tiada apa yang perlu dibangga pada diri, sebab setiap yang ada bukan milik kita, tapi pinjaman semata.

"Argh, terlalu plastik kata-kata itu jika dibaca berulang kali"

Mungkin itu yang terlintas di minda sebab jelek rasanya, semua orang mebicarakan isu yang sama. Mungkin betul...tapi, cuba sekali, duduk, tenang kan diri, fikir sedalam-dalamnya betapa bertuahnya kita. Bertuah dari pelbagai aspek.

"Tapi kinah, kita ni yang belum bekerja, macam mana nak tolong orang...mana ada duit"

Kinah suka ayat ni.

Teringat kisah seorang pemuda yang 'menghadiahkan' sebuah senyuman pada tabung yang diedarkan ketika di dalam sebuah masjid. Di sebabkan pemuda tu tak nak mengeluarkan duitnya, maka dia tersenyum. Orang di sebelahnya menegur pemuda tersebut, lantas pemuda tersebut menjawab, "senyuman itukan satu sedekah" Dalam dikirannya, cukup dengan senyuman itu untuk dia bersedekah...

Kisah yang agak sinis untuk sama-sama cari erti di sebaliknya.

Bagi kinah, macam mana nak tolong orang tu, lebih di kecilkan sedikit skop, 'orang' tu kita patahkan kepada keluarga sendiri.

Ingat kembali bahawa pahala yang di berikan bagi orang-orang yang menyediakan makanan untuk orang berbuka, bagaimana pahalanya....maka, bagaimana kita membantu ibu di dapur. Still common things...

Menjadi anak tunggal perempuan dalam keluarga sangat banyak cabarannya...huhu. Even ahli keluarga kinah tak besar, tapi boleh tahan lenguh kaki nak siapkan semua kerja-kerja rumah. Dulu, kinah selalu ikutkan 'panas' kinah, kuat juga la memberontak, tolong buat kerja pun ikut mood, tak pernah nk istiqamah jadi surirumah yang sejati.

Makin hari, masa mendewasakan diri.

Mendewasakan dari aspek 'sedar'...buka mata. Mama selalu perli, "Hai, belajar fizik apa, tapi nak buka api dapur pun takut," sampai tahap tu kinah punya alergic dengan dapur. Itu kisah dulu la....hehehe. Sekarang dah insaf.

Jap, langkah cerita jap.

Meh kinah nak tanya, di usia area2 umur kinah ni, awal 20-an, mesti tak lari dari topik kawen-kawen ni kan. Jiran ke sedara mara ke habis sume dah duk bertanya. Diri sendiri plak dah berangan-angan pasangan macam mana yang di damba, anak berapa orang, nak pasangan layan kita macam mana la.....macam-macam la. Doa untuk dapat suami soleh pun mesti tak pernah putus dari solat kan...

Buka balik kisah Imam Hassan AL-banna. Bagaimana seorang lelaki bertanya pada ayah Imam Hassan..(tolong betulkan kinah tentang kisah ni kalau silap)

"Bagaimana kamu mendidik anak kamu sehingga sehebat ini" tanya lelaki itu penuh dengan rasa kagum.

"Aku telah mendidiknya 40 tahun yang lepas sebenarnya," ringkas jawab ayah Imam Hassan.

40 tahun yang lepas.....apa maksud tu?? yakni untuk mendapat anak sesoleh itu, ayahnya perlu mensolehkan diri sejak dari dulu lagi. Dari sekarang!!!!

Kinah mengaku, kinah jahil orangnya, ilmu agama ting tong, iman kejap-kejap lemas, lepas tu timbul balik, kadang-kadang iman masuk hospital, kinah tak jaga iman dengan baik....itulah sakinah, diriku ini.

Tapi, bila berada di rumah, berada bersama keluarga, ya Allah, tak dapat nak gambar perasaan apakah itu. Kinah cuba untuk didik diri biarpun keadaan sangat-sangat mencabar.

Kalau ada yang membaca entry ni adalah sahabat dekat kinah, pasti tahu yang kinah ada sakit, dan sesungguhnya sepanjang kinah sakit selama 7 tahun ni, tak pernah sekali kinah sakit teruk di rumah jauh sekali pengsan, tak pernah. Betapa hebat kuasa Allah kan. Setiap kali sakit, semuanya ketika di hostel....Allah yang jaga kita, Dia yang berkuasa tiap sesuatu.

Mama kinah seorang yang cukup tegas, sangat punch, perfectionist, sangat kemas dan seangkatan dengannya. Maka, kinah sangat bertuah, sebab dengan sikap mama yang sangat positif itu yang ajar kinah untuk siapa kinah hari ini. Alhamdulillah, terima kasih mama, terima kasih Allah.

Berbalik pada kisah ayah Imam Hassan, sama-samalah tanya pada diri, dalam langkahan kita untuk mencapai 'impian' untuk mendapat yang terbaik, apa persiapan kita ke arah itu??

Mungkin kinah salah orang kot, sebab kinah percaya sahabat-sahabat sangat berganda hebatnya dari kinah, maafkan kinah. Harap sahabat-sahabat sudi untuk memperbetulkan segala salah dan silap kinah. Kinah mohon.

Sebab tulah, kinah rasa bulan Ramadhan ni adalah kesempatan terbaik untuk direbut dalam menyediakan diri atau melatih diri dalam memberikan yang terbaik buat keluarga kita terutamanya. Perang dalam rumah, perkara biasa la, tak meriah la kalau takde merajuk ke apa kan.

Biarpun tinggal sehari cuma, jom sama-sama terus dan terus kita rebut peluang untuk berkhidmat sebagai seorang anak, seorang abang@kakak@adik, sahabat, dan paling penting sebagai hamba Allah yang terbaik....doakan agar kita semua dapat bertemu Ramadhan akan datang, insyaAllah.

Akhir kalam, kinah atau nama sebenar Shakinah Sukardhi, ingin mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf untuk segala salah dan silap buat semua terutama yang mengenali diri. Halalkan makan minum kinah, dan kinah sentiasa berlapang dada memaafkan semua kenalan kinah, insyaAllah.

Apapun, coretan dalam entry ini bukan untuk berbangga diri, kononnya kinah ni anak yang baik ke apa, tidak sama sekali.....sebuah catatan luahan untuk perkongsian agar jadi peringatan bersama insyaAllah. Salam akhir ramadhan daripada meja penulis.


p/s: kinah saje attach antara dessert yang kinah sediakan untuk berbuka puasa bersama keluarga, biarpun rupanya tak berapa cantik, yang penting licin habis. ni bukan kes nk berlagak pandai ye....wink2.

~kek lapis yang agak lama utk membuatnya, nak buat lapis demi lapis tu agak menguji kesabaran ye, biarpun rupa tak smooth je, tapi rasa kek ni, mama kata dah lulus~


~ni puding karamel berlapis puding buih, tang dua lapisan bawah tu puding karamel, kinah letak perisa coklat untuk layer tengah tu, tang puding buih tu tak nampak sangat buihnya~


~ni resipi paling famous kat internet, puding roti marble, even tak berapa nak marble, kinah buat dalam bentuk layer, tapi nak kata, puding ni simple dan juicy~

~kinah tak hafal nama puding ni, sebab bunyi pelik sangat, ada dua layer sebenarnya, tapi yang pasti ni puding jelly, lembik2, boleh goyang2 lagi, ni versi laici~

~ikutkan kinah kena pantang coklat, sebab nanti sakit, tapi di rumah takde pantang2 dah, belasah je. Kek coklat moist adalah kegemaran sesiapa pun, apapun tutup mata sebelah sebab topping agak comot di situ~

apapun, sambil memasak, tangan mengacau, lebih cantik andai bibir terhias doa dan zikir agar makanan yang dimasak mendapat berkat, sekali gus mendoakan keakraban hubungan kasih sayang sekeluarga~peringatan buat diri terutama~

Saturday, August 27, 2011

:: Sekadar Sebuah Percubaan ::

video

Salam penghujung ramadhan...bagaimana pengisian hati kita sepanjang hampir sebulan sudah berada di bulan ramadhan ni?? Andai di tanya pada kinah, maafkan kinah...sebab kinah tidak berlaku adil pada diri, kinah tak menjadi seperti dulu, seorang yang sangat kuat semangat dalam mencari cinta sejati kinah, kini perasaan itu jujur kinah cakap ada pasang surutnya. Doakan kinah lebih kuat dan istiqamah ye sahabat. Kinah rindu diri kinah yang dulu.

For this entry, I just wanna have to share a piece of my work which is ordered by my mom. Even though this video is simply in doing, but the most important point is the word inside. My mom had request to do this video for her because she wants to present it to her friends after their meeting last Monday.

Hope you will deeply take note those points that i want to share about even it might not satisfied you well. Just a simple sharing from me. Hope any outsiders there willing to lend me their hand in touch up this video. Till then, thanks a lot for watching this.

Wassalam.

Thursday, August 25, 2011

:: Kerana Bola Itu SATU ::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...alhamdulillah kita masih berada di bulan paling mulia ini, bulan Ramadhan. Orang kata, pejam celik pejam celik fasa ketiga Ramadhan sedang pun kita lalui. Tak lama lagi, kita akan bergraduasi pada 1 syawal, tp layak ke untuk terima sijil graduasi 1 syawal itu, apa setimpalkah segala ilmu dan tindak tanduk kita selama di universiti tarbiyah ramadhan ini??? Sakinah, tolong jujur jawab dengan diri...Allah...

Andai untuk mengulas berkenaan ini, kinah apparently bukan orang yang tepat sebab kinah tahu siapa kinah.

Ok, jom cerita tentang bola...apakah?? Cerita tentang bola zaman bulan puasa ni kinah?? Sebenarnya idea perkongsian ni dah lama muncul dalam kepala, tapi banyak sangat halangan kan.

Kinah tertarik untuk berkongsi perbualan kinah bersama seorang sahabat yang kinah kenal sejak zaman berhingus lagi, betapa lama kami kenal tu. Perbualan yang mengisi perjalanan pulang kami ke kampung tercinta tentang sukan kegemaran dia ni yang sudah semestinya kinah paling tak ambil tahu pun.. Perbualan hampir dua tahun lepas.

Segalanya bermula kes world cup 2010. Kinah bermula dengan zero tentang bola, lagipun baik abang mahupun ayah kinah bukan jenis kaki bola, maka memang tak ambil tahu tentang bola. Tapi, lepas perbualan kinah bersama seorang sahabat ni, sedikit sebanyak buka mata kinah tentang BOLA. Bukan buka mata dari segi bertambah minat untuk hafal nama pemain segala bagai, tidak...bukan yang itu. Buka mata untuk telusuri di sebalik apa itu BOLA.

Masa world cup tu berlangsung, kinah sebenarnya dalam short sem, dan masa tu amik subjek sejarah pemikiran, yang kinah ada share sebelum ni berkenaan Freemanson, Illuminati, perbandingan agama....maka, nak jadi ke kisah, sedikit sebanyak agenda bola ini sangat tepat pada masanya.

Pernah tak terfikir, sebesar-besar padang tu, kenapa hanya ada satu bola je??? Buka beberapa bola...tak pun, kecikkan skit padang tu,

"Apalah kinah ni, kalau padang tu kecik, futsal la namanya.."

Mungkin ada yang berkata sedemikian.

Ayat sahabat kinah, "Kinah, kau pernah tak terfikir, kenapa dia letak bola satu je?? Sedangkan kalau kita fikir, semua orang boleh beli bola sendiri?? Lepas tu, kerana sebiji bola tu, satu dunia duk berebut duk tengok."

Ok.

Kinah termangu sekejap. Simple question but i've never ask myself regardless thinking of the real agenda behind a sphere ball.

Sejarah bola, bagaiman ia bermula, liga apa yang ada, kinah tak tahu dan tak nak tahu pun. Tapi, recall semula untuk apa semua ni dilakukan.

Teringat zaman sekolah dlu, tazkirah yang diberikan oleh ustaz, antara agenda Yahudi adalah melalui sports. Duk berebut bola satu hal, aspek pakaian pun satu hal.

Tapi ada satu lagi tentang bola. "Kau tak rasa ke bola ni boleh mendatangkan kebaikan juga??" soal sahabat pada kinah.

"Hah??"

"Contoh la kan, Malaysia main untuk liga apa-apa la, lawan dengan Jepun ke Kemboja ke. Kerana bola, rakyat Malaysia yang sebelum ni sokong negeri masing-masing, tibe-tibe semua berSATU sokong Malaysia,"

Ok, ada benarnya juga kata-kata sahabat kinah ni. Agak terbuka juga fikiran kinah...slow-slow adapt.

"Tapikan, lagi cantik kalau sebelum main tu, ramai-ramai berjemaah kat atas padang, solat maghrib dulu lepas tu main la."

Sebab tu kinah letakkan tajuk entry kali ni "Kerana Bola Itu SATU"...nak memperkatakan tentang mengapa dalam sebuah padang tu hanya ada satu bola, kerana satu bola itu dunia boleh menjadi sahabat atau musuh dan masyarakat berSATU.

Teringat kisah yang disampaikan oleh ustaz fakhzan, ustaz di sekolah kinah dulu yang merupakan sahabat kepada suami sepupu kinah, tak boleh berahsia time kinah sakit, mesti kantoi, kalau pengsan ke apa, buka mata sepupu kinah dah sampai...ustaz fakhzan akan bagi tahu. Terima kasih ustaz, terima kasih sebab ambil berat terhadap semua pelajar2 ustaz.

Ok, kembali pada kisah. Ustaz fakhzan ni mengagumi Ustaz Hasrizal @ SaifulIslam, tapi zaman sekolah kinah jujurnya tak kenal lagi Ustaz Hasrizal ni siapa orangnya. Teringat kisah bagaimana dia bermain analogi yang menggunakan bola sepak dalam menentukan matlamat hidup.

Andai bermain bola tu tanpa ada golnya, permainan apakah itu?? Maka, gol di letakkan, itu matlamatnya. Sebab, setiap hidup ada matlamatnya yakni di alam sana...

Begitu juga dengan bola ada satu je.Pernah main bola beracun dengan 5,6 biji bola di balik serentak?? Kalau tak pernah, gi main sekarang....hehehe, gurau je. Mesti pernah melihat keadaan begitu bukan.

Tak ke pening kalau bola tu lebih dari satu sebab kita hilang fokus untuk kejar yang mana. Kembali pada alam. Betapa indahnya alam ini di ciptakan oleh Allah YANG SATU!!! tiada duanya.

Jangan lupa juga, kerana bola yang satu itu jugalah manusia bersatu, bersatu menyokong pasukan kegemaran masing-masing dalam cubaan memberikan semangat dengan lepak di mapley bersama rakan-rakan, menonton di layar besar dan segala bagai.

Bila sebut tentang satu ni, teringat juga kinah dengan gagasan satu malaysia skrg ni, kinah bukan nak berpolitik di sini, tapi kinah teringat salah satu ayat dalam surah al-fatihah, "Engkau Tuhan yang KAMI sembah Engkau Tuhan yang KAMI minta pertolongan".

Betapa cantiknya ISlam, sememangnya Islam sentiasa mendahului zaman, tak lapuk biarpun masa terus berlalu. KAMI, rangkuman daripada kinah, keluarga, sahabat handai, para guru, ilmuan, segala pekerja yang ada, saudara sahabat2 pembaca, dan semua. Daripada senarai yang berjela, diringkaskan KAMI....satu. Subhanallah, nikmat Tuhan yang mana lagi yang kita boleh dustakan???

Pernah rasanya kinah terbaca ke terdengar ke apa dah lupa, tentang bagaimana sebuah pasukan bola sepak ni yang selalu menang dalam apa peringkat pun. Dikisahkan, sewaktu masa rehat, semua pemain-pemain ini akan membaca Al-Quran bagi 'merehatkan' diri mereka dan mereka memulakan permainan dengan wudhuk dan cuba sentiasa mengekalkan wudhuk tersebut serta menjaga aurat seorang lelaki ketika bermain.


Isunya bola....mungkin ye, bola merupakan salah satu agenda yahudi laknatullah untuk melalaikan umat dunia terutama umat Islam dari alpa menjalankan tugas sebagai hamba. Bak kata seorang ustazah yang kinah kagum ni..."ramai yang selalu qiamulail, bangun malam, tapi sayangnya bukan menghadap Allah, tapi berkiblatkan yang satu lagi" yakni bangun untuk menonton perlawanan bola pada jam 2,3 pagi.

Daripada sebuah isu negatif, secara sedikit demi sedikit kita kupaskan isu bola ini dari perspektif yang positif, positif yang bagaimana???

Kerana bola yang SATU itu kita belajar bahawa hidup perlukan sebuah tujuan/matlamat di pengakhirannya...

Kerana bola yang SATU itu kita belajar bahawa mana mungkin dalam sebuah perjalanan, titik fokusnya atau tampuk kepimpinan melebihi daripada satu.

Kerana bola yang SATU itu kita belajar untuk bersatu....bersatu dalam saling memotivasikan dalam mencapai matlamat kita semua.


Erm....

Kinah mohon jutaan kemaafan andai entry ini ntah apa2 di mata sahabat. Kinah sekadar ingin berkongsi rasa dan pendapat tentang bola ni. Andai ada pihak yang kurang bersetuju dengan mana2 point, kinah jemput kita berbicara secara matang dan ilmiah dalam memperhalusi lagi hikmah kejadian alam ini.

Kinah mohon jutaan kemaafan juga, sebab andai point2 kinah agak berterabur, kinah sangat2 mengalukan komen dan pandangan daripada sahabat pembaca.

Moga, apa yang kinah nak sampaikan di sebalik sebiji bola ini dapat sahabat fahami. Jemput kongsi ilmu dengan kinah ye...kinah ni jahil orangnya, masih mencari...doakan kinah istiqamah.

Salam ramadhan daripada meja penulis.

Sunday, August 7, 2011

:: Part 5 : Closure ::

Alhamdulillah, saat tangan ini menulis, kita sudah berada di awal bulan Ramadhan, bulan yg mulia yg penuh keberkatan. Sebut tntg bulan Ramadhan, jujurnya, kinah sedikit kecewa sebab tak dapat sambut Ramdhan bersama keluarga....tapi tak kurang meriahnya juga bersama housemate di rumah sewa kami di tingkat 5 tu, mana pernah tinggi pun, naik tangga tak menguji kesabaranpun..

Jika difikirkan, jarak antara part 4 dengan part 5 agak jauh, sebab kali ni bukan takde masa, terlebih masa untuk kinah sebenarnya, cuma mood nak menaip entry tak berapa nak ada. Saat kaki melangkah sampai ke rumah, segala amanah yang dipikul sejak di Selangor lagi sudah terasa di bahu ini, menolong mama dalam membuat persiapan awal kawen abang, doakan tak tertangguh lagi pernikahan dan majlis abang kinah insyaAllah.

Bila sebut tentang mama, kinah teringat baru2 ni, 5 ogos 2011, merangkap 5 ramadhan...hari jumaat. Pagi tu rutin sebagai seorang surirumah mengisi jadual harian kinah, menggantikan tugas mama buat sementara waktu. Petang tu, sebaik abang gi solat jumaat, kinah memulakan operasi, membuat kek coklat moist. Betapa terkejutnya, bila tangan ini membuka kabinet dapur, tersusun rapi segala susu sejat, buah2 koktel, segala tepung buat kek, gula kastor, segala peralatan untuk bakery la lengkap tersusun, mama dah siapkan segalanya untuk anak dara dia ni berperang di dapur, terharu.....

Misi petang tu berjalan seperti biasa, dalam masa satu jam 30 minit, kek siap dengan pinggan mangkuk semua dah di basuh. Dapur settle!!!

Bila waktu berbuka, makan macam biasa, dan mama tanya,
"hari ni berapa Ramdhan ye"

"mama, hari ni 5 ramadhan, 5 ogos, hari lahir mama..." jawab kinah

"ya Allah adik, mama tak ingat langsung,"

"penat ina buat kek ni.....huhu," konon2 merajuk.

Kinah bukan nak cerita kinah pandai buat kek, tapi betapa mama tak ingat hari lahir dia sendiri. Betapa seorang ibu dalam fikiran seharinya adalah memikirkan kebajikan suami dan anak2 termasuk juga tanggungjawab di tempat kerja nya.....seorang ibu, tiada yang lain di hati melainkan suami dan anak2, diri sendiri di tempat yang ke berapa pun kinah tak pasti.

****************************

Tutup kes tu, kinah suke beno melencong awal2 cerita.

Dalam bahagian2 sebelum ni, kinah ada berkongsi kisah benar siapa kinah sewaktu kecil dahulu. apa yang boleh kinah katakan, ia adalah cebisan kecil 'kenakalan' kinah sewaktu dulu. Tapi, seperti yang pernah kinah coretkan, kenakalan itu bukan suatu kejahatan yang mampu menyumbang kepada derhakanya seorang anak kepada ibu bapanya, nakal dek naluri seorang kanak-kanak yang terpengaruh dek dunia ingin mencuba di sekelilingnya.


Bila kinah baca semula, rasa nak tergelak pun ada, sebab tak sangka kinah senakal itu. Mungkin ada pihak yang berpendapat, untuk apa kinah 'reveal'kan semua ni, bukan ke spt menceritakan aib sendiri. Maaf andai ada yang tidak bersetuju dgn kinah. Kinah sekadar berkongsi sebab bagi kinah daripada kenakalan itu kinah belajar banyak benda.

Mana nak cari kanak2 hari ini yang nakalnya nakal mengusik hati, kerana secara kasarnya, kanak2 hari ini nakal mereka boleh sampai kepada tahap membawa kepada jenayah.

Jika dibuat tinjauan sekali pun, dapat dilihat, mereka lebih kenal play station (kinah tak pernah pegang benda alah ni selama hidup), mereka pegang handset sejak dari kecil lagi. Mungkin hasrat melahirkan generasi IT di kalangan mereka benar2 terzahir, tapi bagi kinah seorang kanak2 nakal yg pernah membesar di lembah2, air banjir, pasir2, kinah merasakan mereka mengalami satu kerugian besar dalam hidup. Antara lain, kinah percaya, dengan suasana itu membuatkan diri ini lebih tahan lasak (padahal kuat nangis juga kan smpai skrg), antibodi lebih kuat dan mampu mempelajari corak hidup masyarakat yang berbeza latar belakang sejak dari kecil.

Ada pihak yang mungkin mengatakan, "Dulu boleh la, air tak sekotor sekarang, sekarang dengan pencemaran sana sini, mana boleh budak2 nak mandi sesuka hati macam dulu,". Benar, kinah tak nafi walau sepatah pun. Itu hakikat.

Masa berubah, maka keadaan berubah.

Terpulang bgmn ibu bapa zaman moden hari ini ingin mendedahkan ank2 mereka dengan dunia kampung. Tak tahu kenapa, i'm just being proud to be a kampung girl.....

Andai diberi kesempatan, terasa tangan ini untuk terus menukilkan segala kenakalan ku, sama2 amik iktibar dan pengajaran. Andai anak2 kinah suatu hari nanti tidak berkesempatan merasai apa yg ibu mereka rasai ini, kinah harap nukilan di alam maya ini mampu menjadi pencerita bagi kinah agar mereka tahu asal usul ibu mereka ini.

Di tanah itu ku mengenal hijaunya rumput
Rimbunnya pohon....
Di tanah itu ku mengenal sakitnya jatuh
Dek padunya tanah hijau....
Di tanah itu ku mengenal nafas udara segarnya alam
Burung beriringan alam mengiyakan
Bukti tenang, damainya tanah itu...
Ku rindu kedamaian itu....






Ting2, masa tamat. Kurang idea la untuk menaip kali ni. Maaf. Andai ada idea+kelapangan lepas ni, kinah cuba garapkan lagi entry2 lain, ada beberapa point yang ingin kinah kongsikan bersama insyaAllah. Salam ramadhan dari meja penulis.

Jom berkongsi