Sunday, August 28, 2011

:: Masam Manis Ramadhan ::

Jalan-jalan ke rumah Pak Leman,
Pergi bersama anak Pak Mail,
Kita kini di penghujung Ramadhan,
Tanya diri amalan apa yang telah dikail??

Tukar langsir tukar kerusi,
Itu semua dah jadi amalan,
Tanya diri tanya hati,
Apa layak syawal untuk diraikan??

Masak ketupat makan lemang,
Juadah wajib pelengkap raya,
Sebelas bulan hidup bergelumang,
Hanya sebulan cuti berbuat dosa.

Nasi dagang kari ikan,
Menjilat jari sedap tak terkata,
Kalau selalu syaitan dipersalahkan,
Lepas ni siapa jadi mangsa??

Kanak-kanak pasti paling keriangan,
Berjalan-jalan mencari duit raya,
Tanya diri tanya iman,
Cukup tak sebulan ni mendidik jiwa??

Ketupas palas ketupat nasi,
Lain orang lain yang dicari,
Tangan dihulur tanda kemaafan dicari,
Apa sudi kalian memaafi??

Assalamualaikum ya penghujung Ramadhan. Sampaikan juga salam itu pada seketul daging yang tertanam dalam diri. Saat ini, syaitan keriangan mungkin menghitung detik untuk dibebaskan, nafsu kembali datang memikirkan juadah-juadah yang akan dicekup hari raya nanti, perut berkeroncong untuk mengaut segala makanan yang ada dan, apa masih ada 'pihak' yang berduka saat ramadhan ini akan berakhir??

Teringat kinah kata2 mantan ketua syukbah kinah dulu, even kata2 ni datang dari dia saat kami bukan lagi dalam kapal yang sama tapi kinah masih ingat. 1 syawal adalah tarikh kita akan bergraduasi saat sebulan kita melatih diri kita dalam universiti tarbiyah ramadhan ni, tapi adakah layak untuk kita benar-benar digraduasikan pada 1 syawal itu jika dibandingkan dengan amalan ataupun tahap pencapaian kita sepanjang sebulan ini?? Sakinah, kamu pasti tahu jawapanya.

Hampir tiga minggu sudah kinah ada di rumah setelah selesai menjalani 3 bulan praktikal di Agensi Nuklear Malaysia. 3 minggu yang penuh air mata....air mata kesyukuran. Pejam celik, hari ini hari terakhir ramadhan.

Antara agenda yang kinah belajar dalam 3 minggu ini adalah berkenaan erti sebuah keluarga yang paling pentingnya. Ini antara hikmah terbesar Ramadhan. Ye la, kalau dalam bulan lain, nak dapat makan semeja agak susah la juga, lagi plak mama selalu pesan untuk kami bersedekah, cari orang yang tidak berkemampuan dan tolong mana yang boleh secara istiqamah. Kinah pernah terdengar sebuah ceramah, andai ada dalam ahli keluarga kita sama ada hubungan darah tu dekat ke jauh, lebih baik utamakan untuk membantu ahli keluarga sendiri....erm....

Ikutkn, memang kami bukan orang senang sangat, tapi alhamdulillah, orang kata ada rezeki lebih untuk dikongsi. Rumah pun rumah kos rendah, tapi alhamdulillah, sangat-sangat selesa untuk kinah dan keluarga tinggal. Alhamdulillah.

Subhanallah, itu cantiknya Islam kan.

Saat orang miskin menahan perut dari kelaparan, sedangkan orang berada buang makan melakukan pembaziran.

Dan semua perbezaan itu Allah sama ratakan dengan bulan Ramadhan. Maka, sebenarnya tiada apa yang perlu dibangga pada diri, sebab setiap yang ada bukan milik kita, tapi pinjaman semata.

"Argh, terlalu plastik kata-kata itu jika dibaca berulang kali"

Mungkin itu yang terlintas di minda sebab jelek rasanya, semua orang mebicarakan isu yang sama. Mungkin betul...tapi, cuba sekali, duduk, tenang kan diri, fikir sedalam-dalamnya betapa bertuahnya kita. Bertuah dari pelbagai aspek.

"Tapi kinah, kita ni yang belum bekerja, macam mana nak tolong orang...mana ada duit"

Kinah suka ayat ni.

Teringat kisah seorang pemuda yang 'menghadiahkan' sebuah senyuman pada tabung yang diedarkan ketika di dalam sebuah masjid. Di sebabkan pemuda tu tak nak mengeluarkan duitnya, maka dia tersenyum. Orang di sebelahnya menegur pemuda tersebut, lantas pemuda tersebut menjawab, "senyuman itukan satu sedekah" Dalam dikirannya, cukup dengan senyuman itu untuk dia bersedekah...

Kisah yang agak sinis untuk sama-sama cari erti di sebaliknya.

Bagi kinah, macam mana nak tolong orang tu, lebih di kecilkan sedikit skop, 'orang' tu kita patahkan kepada keluarga sendiri.

Ingat kembali bahawa pahala yang di berikan bagi orang-orang yang menyediakan makanan untuk orang berbuka, bagaimana pahalanya....maka, bagaimana kita membantu ibu di dapur. Still common things...

Menjadi anak tunggal perempuan dalam keluarga sangat banyak cabarannya...huhu. Even ahli keluarga kinah tak besar, tapi boleh tahan lenguh kaki nak siapkan semua kerja-kerja rumah. Dulu, kinah selalu ikutkan 'panas' kinah, kuat juga la memberontak, tolong buat kerja pun ikut mood, tak pernah nk istiqamah jadi surirumah yang sejati.

Makin hari, masa mendewasakan diri.

Mendewasakan dari aspek 'sedar'...buka mata. Mama selalu perli, "Hai, belajar fizik apa, tapi nak buka api dapur pun takut," sampai tahap tu kinah punya alergic dengan dapur. Itu kisah dulu la....hehehe. Sekarang dah insaf.

Jap, langkah cerita jap.

Meh kinah nak tanya, di usia area2 umur kinah ni, awal 20-an, mesti tak lari dari topik kawen-kawen ni kan. Jiran ke sedara mara ke habis sume dah duk bertanya. Diri sendiri plak dah berangan-angan pasangan macam mana yang di damba, anak berapa orang, nak pasangan layan kita macam mana la.....macam-macam la. Doa untuk dapat suami soleh pun mesti tak pernah putus dari solat kan...

Buka balik kisah Imam Hassan AL-banna. Bagaimana seorang lelaki bertanya pada ayah Imam Hassan..(tolong betulkan kinah tentang kisah ni kalau silap)

"Bagaimana kamu mendidik anak kamu sehingga sehebat ini" tanya lelaki itu penuh dengan rasa kagum.

"Aku telah mendidiknya 40 tahun yang lepas sebenarnya," ringkas jawab ayah Imam Hassan.

40 tahun yang lepas.....apa maksud tu?? yakni untuk mendapat anak sesoleh itu, ayahnya perlu mensolehkan diri sejak dari dulu lagi. Dari sekarang!!!!

Kinah mengaku, kinah jahil orangnya, ilmu agama ting tong, iman kejap-kejap lemas, lepas tu timbul balik, kadang-kadang iman masuk hospital, kinah tak jaga iman dengan baik....itulah sakinah, diriku ini.

Tapi, bila berada di rumah, berada bersama keluarga, ya Allah, tak dapat nak gambar perasaan apakah itu. Kinah cuba untuk didik diri biarpun keadaan sangat-sangat mencabar.

Kalau ada yang membaca entry ni adalah sahabat dekat kinah, pasti tahu yang kinah ada sakit, dan sesungguhnya sepanjang kinah sakit selama 7 tahun ni, tak pernah sekali kinah sakit teruk di rumah jauh sekali pengsan, tak pernah. Betapa hebat kuasa Allah kan. Setiap kali sakit, semuanya ketika di hostel....Allah yang jaga kita, Dia yang berkuasa tiap sesuatu.

Mama kinah seorang yang cukup tegas, sangat punch, perfectionist, sangat kemas dan seangkatan dengannya. Maka, kinah sangat bertuah, sebab dengan sikap mama yang sangat positif itu yang ajar kinah untuk siapa kinah hari ini. Alhamdulillah, terima kasih mama, terima kasih Allah.

Berbalik pada kisah ayah Imam Hassan, sama-samalah tanya pada diri, dalam langkahan kita untuk mencapai 'impian' untuk mendapat yang terbaik, apa persiapan kita ke arah itu??

Mungkin kinah salah orang kot, sebab kinah percaya sahabat-sahabat sangat berganda hebatnya dari kinah, maafkan kinah. Harap sahabat-sahabat sudi untuk memperbetulkan segala salah dan silap kinah. Kinah mohon.

Sebab tulah, kinah rasa bulan Ramadhan ni adalah kesempatan terbaik untuk direbut dalam menyediakan diri atau melatih diri dalam memberikan yang terbaik buat keluarga kita terutamanya. Perang dalam rumah, perkara biasa la, tak meriah la kalau takde merajuk ke apa kan.

Biarpun tinggal sehari cuma, jom sama-sama terus dan terus kita rebut peluang untuk berkhidmat sebagai seorang anak, seorang abang@kakak@adik, sahabat, dan paling penting sebagai hamba Allah yang terbaik....doakan agar kita semua dapat bertemu Ramadhan akan datang, insyaAllah.

Akhir kalam, kinah atau nama sebenar Shakinah Sukardhi, ingin mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf untuk segala salah dan silap buat semua terutama yang mengenali diri. Halalkan makan minum kinah, dan kinah sentiasa berlapang dada memaafkan semua kenalan kinah, insyaAllah.

Apapun, coretan dalam entry ini bukan untuk berbangga diri, kononnya kinah ni anak yang baik ke apa, tidak sama sekali.....sebuah catatan luahan untuk perkongsian agar jadi peringatan bersama insyaAllah. Salam akhir ramadhan daripada meja penulis.


p/s: kinah saje attach antara dessert yang kinah sediakan untuk berbuka puasa bersama keluarga, biarpun rupanya tak berapa cantik, yang penting licin habis. ni bukan kes nk berlagak pandai ye....wink2.

~kek lapis yang agak lama utk membuatnya, nak buat lapis demi lapis tu agak menguji kesabaran ye, biarpun rupa tak smooth je, tapi rasa kek ni, mama kata dah lulus~


~ni puding karamel berlapis puding buih, tang dua lapisan bawah tu puding karamel, kinah letak perisa coklat untuk layer tengah tu, tang puding buih tu tak nampak sangat buihnya~


~ni resipi paling famous kat internet, puding roti marble, even tak berapa nak marble, kinah buat dalam bentuk layer, tapi nak kata, puding ni simple dan juicy~

~kinah tak hafal nama puding ni, sebab bunyi pelik sangat, ada dua layer sebenarnya, tapi yang pasti ni puding jelly, lembik2, boleh goyang2 lagi, ni versi laici~

~ikutkan kinah kena pantang coklat, sebab nanti sakit, tapi di rumah takde pantang2 dah, belasah je. Kek coklat moist adalah kegemaran sesiapa pun, apapun tutup mata sebelah sebab topping agak comot di situ~

apapun, sambil memasak, tangan mengacau, lebih cantik andai bibir terhias doa dan zikir agar makanan yang dimasak mendapat berkat, sekali gus mendoakan keakraban hubungan kasih sayang sekeluarga~peringatan buat diri terutama~

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi