Thursday, August 25, 2011

:: Kerana Bola Itu SATU ::


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...alhamdulillah kita masih berada di bulan paling mulia ini, bulan Ramadhan. Orang kata, pejam celik pejam celik fasa ketiga Ramadhan sedang pun kita lalui. Tak lama lagi, kita akan bergraduasi pada 1 syawal, tp layak ke untuk terima sijil graduasi 1 syawal itu, apa setimpalkah segala ilmu dan tindak tanduk kita selama di universiti tarbiyah ramadhan ini??? Sakinah, tolong jujur jawab dengan diri...Allah...

Andai untuk mengulas berkenaan ini, kinah apparently bukan orang yang tepat sebab kinah tahu siapa kinah.

Ok, jom cerita tentang bola...apakah?? Cerita tentang bola zaman bulan puasa ni kinah?? Sebenarnya idea perkongsian ni dah lama muncul dalam kepala, tapi banyak sangat halangan kan.

Kinah tertarik untuk berkongsi perbualan kinah bersama seorang sahabat yang kinah kenal sejak zaman berhingus lagi, betapa lama kami kenal tu. Perbualan yang mengisi perjalanan pulang kami ke kampung tercinta tentang sukan kegemaran dia ni yang sudah semestinya kinah paling tak ambil tahu pun.. Perbualan hampir dua tahun lepas.

Segalanya bermula kes world cup 2010. Kinah bermula dengan zero tentang bola, lagipun baik abang mahupun ayah kinah bukan jenis kaki bola, maka memang tak ambil tahu tentang bola. Tapi, lepas perbualan kinah bersama seorang sahabat ni, sedikit sebanyak buka mata kinah tentang BOLA. Bukan buka mata dari segi bertambah minat untuk hafal nama pemain segala bagai, tidak...bukan yang itu. Buka mata untuk telusuri di sebalik apa itu BOLA.

Masa world cup tu berlangsung, kinah sebenarnya dalam short sem, dan masa tu amik subjek sejarah pemikiran, yang kinah ada share sebelum ni berkenaan Freemanson, Illuminati, perbandingan agama....maka, nak jadi ke kisah, sedikit sebanyak agenda bola ini sangat tepat pada masanya.

Pernah tak terfikir, sebesar-besar padang tu, kenapa hanya ada satu bola je??? Buka beberapa bola...tak pun, kecikkan skit padang tu,

"Apalah kinah ni, kalau padang tu kecik, futsal la namanya.."

Mungkin ada yang berkata sedemikian.

Ayat sahabat kinah, "Kinah, kau pernah tak terfikir, kenapa dia letak bola satu je?? Sedangkan kalau kita fikir, semua orang boleh beli bola sendiri?? Lepas tu, kerana sebiji bola tu, satu dunia duk berebut duk tengok."

Ok.

Kinah termangu sekejap. Simple question but i've never ask myself regardless thinking of the real agenda behind a sphere ball.

Sejarah bola, bagaiman ia bermula, liga apa yang ada, kinah tak tahu dan tak nak tahu pun. Tapi, recall semula untuk apa semua ni dilakukan.

Teringat zaman sekolah dlu, tazkirah yang diberikan oleh ustaz, antara agenda Yahudi adalah melalui sports. Duk berebut bola satu hal, aspek pakaian pun satu hal.

Tapi ada satu lagi tentang bola. "Kau tak rasa ke bola ni boleh mendatangkan kebaikan juga??" soal sahabat pada kinah.

"Hah??"

"Contoh la kan, Malaysia main untuk liga apa-apa la, lawan dengan Jepun ke Kemboja ke. Kerana bola, rakyat Malaysia yang sebelum ni sokong negeri masing-masing, tibe-tibe semua berSATU sokong Malaysia,"

Ok, ada benarnya juga kata-kata sahabat kinah ni. Agak terbuka juga fikiran kinah...slow-slow adapt.

"Tapikan, lagi cantik kalau sebelum main tu, ramai-ramai berjemaah kat atas padang, solat maghrib dulu lepas tu main la."

Sebab tu kinah letakkan tajuk entry kali ni "Kerana Bola Itu SATU"...nak memperkatakan tentang mengapa dalam sebuah padang tu hanya ada satu bola, kerana satu bola itu dunia boleh menjadi sahabat atau musuh dan masyarakat berSATU.

Teringat kisah yang disampaikan oleh ustaz fakhzan, ustaz di sekolah kinah dulu yang merupakan sahabat kepada suami sepupu kinah, tak boleh berahsia time kinah sakit, mesti kantoi, kalau pengsan ke apa, buka mata sepupu kinah dah sampai...ustaz fakhzan akan bagi tahu. Terima kasih ustaz, terima kasih sebab ambil berat terhadap semua pelajar2 ustaz.

Ok, kembali pada kisah. Ustaz fakhzan ni mengagumi Ustaz Hasrizal @ SaifulIslam, tapi zaman sekolah kinah jujurnya tak kenal lagi Ustaz Hasrizal ni siapa orangnya. Teringat kisah bagaimana dia bermain analogi yang menggunakan bola sepak dalam menentukan matlamat hidup.

Andai bermain bola tu tanpa ada golnya, permainan apakah itu?? Maka, gol di letakkan, itu matlamatnya. Sebab, setiap hidup ada matlamatnya yakni di alam sana...

Begitu juga dengan bola ada satu je.Pernah main bola beracun dengan 5,6 biji bola di balik serentak?? Kalau tak pernah, gi main sekarang....hehehe, gurau je. Mesti pernah melihat keadaan begitu bukan.

Tak ke pening kalau bola tu lebih dari satu sebab kita hilang fokus untuk kejar yang mana. Kembali pada alam. Betapa indahnya alam ini di ciptakan oleh Allah YANG SATU!!! tiada duanya.

Jangan lupa juga, kerana bola yang satu itu jugalah manusia bersatu, bersatu menyokong pasukan kegemaran masing-masing dalam cubaan memberikan semangat dengan lepak di mapley bersama rakan-rakan, menonton di layar besar dan segala bagai.

Bila sebut tentang satu ni, teringat juga kinah dengan gagasan satu malaysia skrg ni, kinah bukan nak berpolitik di sini, tapi kinah teringat salah satu ayat dalam surah al-fatihah, "Engkau Tuhan yang KAMI sembah Engkau Tuhan yang KAMI minta pertolongan".

Betapa cantiknya ISlam, sememangnya Islam sentiasa mendahului zaman, tak lapuk biarpun masa terus berlalu. KAMI, rangkuman daripada kinah, keluarga, sahabat handai, para guru, ilmuan, segala pekerja yang ada, saudara sahabat2 pembaca, dan semua. Daripada senarai yang berjela, diringkaskan KAMI....satu. Subhanallah, nikmat Tuhan yang mana lagi yang kita boleh dustakan???

Pernah rasanya kinah terbaca ke terdengar ke apa dah lupa, tentang bagaimana sebuah pasukan bola sepak ni yang selalu menang dalam apa peringkat pun. Dikisahkan, sewaktu masa rehat, semua pemain-pemain ini akan membaca Al-Quran bagi 'merehatkan' diri mereka dan mereka memulakan permainan dengan wudhuk dan cuba sentiasa mengekalkan wudhuk tersebut serta menjaga aurat seorang lelaki ketika bermain.


Isunya bola....mungkin ye, bola merupakan salah satu agenda yahudi laknatullah untuk melalaikan umat dunia terutama umat Islam dari alpa menjalankan tugas sebagai hamba. Bak kata seorang ustazah yang kinah kagum ni..."ramai yang selalu qiamulail, bangun malam, tapi sayangnya bukan menghadap Allah, tapi berkiblatkan yang satu lagi" yakni bangun untuk menonton perlawanan bola pada jam 2,3 pagi.

Daripada sebuah isu negatif, secara sedikit demi sedikit kita kupaskan isu bola ini dari perspektif yang positif, positif yang bagaimana???

Kerana bola yang SATU itu kita belajar bahawa hidup perlukan sebuah tujuan/matlamat di pengakhirannya...

Kerana bola yang SATU itu kita belajar bahawa mana mungkin dalam sebuah perjalanan, titik fokusnya atau tampuk kepimpinan melebihi daripada satu.

Kerana bola yang SATU itu kita belajar untuk bersatu....bersatu dalam saling memotivasikan dalam mencapai matlamat kita semua.


Erm....

Kinah mohon jutaan kemaafan andai entry ini ntah apa2 di mata sahabat. Kinah sekadar ingin berkongsi rasa dan pendapat tentang bola ni. Andai ada pihak yang kurang bersetuju dengan mana2 point, kinah jemput kita berbicara secara matang dan ilmiah dalam memperhalusi lagi hikmah kejadian alam ini.

Kinah mohon jutaan kemaafan juga, sebab andai point2 kinah agak berterabur, kinah sangat2 mengalukan komen dan pandangan daripada sahabat pembaca.

Moga, apa yang kinah nak sampaikan di sebalik sebiji bola ini dapat sahabat fahami. Jemput kongsi ilmu dengan kinah ye...kinah ni jahil orangnya, masih mencari...doakan kinah istiqamah.

Salam ramadhan daripada meja penulis.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi