Thursday, February 18, 2010

**Umpama Mimpi Dalam Mimpi**


" ok, sekarang saya nak semua peserta berkumpul mengikut agama masing-masing. Yang Islam di sini, yang Kristian di tengah, dan seterusnya...campur lelaki dan perempuan," itu arahan yg diterima yang dikeluarkan oleh Kem Komanden tersebut.

Aku sekadar menurut perintah. Ntah kenapa, apa tujuannya kami diasingkan mengikut agama pun tidak tahu. Kelakar pun ada, suruh diasingkan mengikut agama, tapi dicampurkan lelaki dan perempuan....

"Sekarang semua peserta boleh kembali ke khemah masing-masing untuk rehatkan badan. Selepas ini kita semua akan masuk ke hutan semula untuk sesi berikutnya. Sila berhati-hati kerana ada 'ujian' untuk anda semua," tambah Kem Komanden itu lagi.

Aku jadi musykil, apa hamba Allah yang memberikan arahan ini, agamanya apa ya?? Islamkah atau sebaliknya??

Otak terus bergerak memimirkan asal usul Kem Komanden kali ini, begitu aneh perilakunya sejak hari pertama aku menyertai kem ini. Selaju otak berfikir, selaju itulah kaki ini mengorak langkah dalam keletihan setelah separuh hari kami di 'rendam' dalam hutan itu.

Ntah bila, kenapa aku berada di sini, aku tidak tahu.

Sejak pertama kali aku sedar ketika berada di kem ini, suasananya amat menyeramkan. Terlihat di kiri kanan kem berdirinya deretan askar2 yang lengkap bersejata. Kem apakah ini?? Malah pakaian askar2 tersebut juga bukan askar biasa...

Biar lah, yg penting aku jaga diri sebaik mungkin sepanjang berada di sini..

DUMMMM....

Dalam bermonolog sendirian, halwa telinga kami dicemari oleh suatu bunyi yang amat menggetarkan jiwa. Bunyi yang selama ini selalu di dengar yang menghiasi kaca televisyen tapi saat itu, ia seperti berlaku dalam realiti...

Bunyi letupan bom, bukan sekali tp berkali-kali, Ya Allah, apa semua ni??

"Kinah, lari ke sini....." jeritan suara yang tidak tahu mana puncanya, dari mana arahnya, cuma gerak hati mengatakan untuk berlari di balik sebuah bangunan yang tersergam indah.

Mana datangnya bangunan yang indah ini di dalam hutan belantara ni?? Pelik bin ajaib. Apa yg sebenarnya terjadi??

"Kinah, cepat ikut aku...kita kena selamatkan diri.."

"Tp, kenapa?? Apa semua ni??" aku yang dah memang bingung bertambah bingung.

"Sakinah, sedar la..kite bukan dalam ruang yang biasa, kita dalam peperangan. Kau tak perasan ke sejak kita sampai ke sini, suasana kat sini pelik sangat. Kenapa sebelum bersurai tadi, dia minta kita diasingkan mengikut agama?? Kau tak sedar ke semua tu?? Ini semua diatur untuk menghancurkan Islam!! Bangun la kinah!!" biarpun tak dapat melihat wajah sahabat itu dgn jelas, namun kata2 itu benar2 membuatkanku terkesima sebentar.

Apakah benar apa yang ku lihat dan dengar ini?? Aku berada dlm peperangan?? Antara apa dengan apa??

ARRRGGGHHHH!!!!! AHADDDD!!!

Terdengar satu jeritan yang amat pedih untuk didengar. Benar, aku di dalam peperangan.

Ntah datang dari mana aku mendapat kekuatan untuk berlari sekuat hati dan mampu melompat rintangan yang mendatang dengan mudah...sesekali sempat aku membaling bongkah-bongkah kayu atau besi bersaiz sederhana ke arah penembak yang berada di tingkat bawah bangunan.

Siapa mereka?? Apa yang mereka inginkan?? Soalan itu masih bertalu di telingaku.

Aku tak sedar, rupanya ada beberapa sahabat yang mengekoriku dari belakang, mengikut jejak langkah kaki panjangku ini untuk menyelamatkan diri. Argh...saat ini, bukan lagi menyelamatkan diri, tapi menyelamatkan manusia berdarah Islam yang akan membalas dendam suatu hari nanti..

Kami mengambil nafas seketika di belakang bangunan usang yang terletak agak jauh dari tempat bermulanya bunyi letupan tadi.

"Macam mana kau boleh sampai ke sini, hah?? Kau patut mati...." suara seorang lelaki yang agak berusia sambil kakinya memijak kepala sahabat kami.

Ntah dari mana dia terlihat kelibat kami.

"Kau yang patut mati, binatang!!" seorang sahabat kami tak dapat menahan kemarahannya, lalu di baling batang besi ke arah muka lelaki tersebut..

BANGG!!

Terdengar satu lagi bunyi tembakan ke arah kami. Mungkin itu tembakan untuk menyelamatkan askar yang di balik batang besi oleh sahabat aku tadi.

Semua sahabat2 memandang ke arahku, kenapa??? Kasihanilah sahabat yang dipijak kepalanya tadi, bukannya aku.

Sekelip mata, aku merasa lelah yang amat, kepenatan berlari tadi tibe2 meresap ke tubuhku. Terasa tubuhku mulai sejuk, ada air keringat yang laju membasahi pipiku. Argh, aku takkan tewas begitu sahaja di tangan engkau, aku dan sahabat aku akan bangkit nanti, kau tunggu!!

"Kinah, mengucappppppppp" kenapa nama aku yang disebut???

Suara itu, suara yang selalu aku rindu, suara sahabat yang pernah mengimamkan aku suatu ketika dulu. Suara mereka semakin jauh aku dengar....seolah bergema....

Saat tangan ini cuba mengelap air keringat di pipi itu, baru aku sedar. Aku telah ditembak di kepalaku..dan air yang mengalir itu, darah aku.... Ya Allah, apa semua ini, terlalu cepat masa berlalu.

Engkau memilih aku untuk pergi dulu berbanding sahabat aku yang lain.....

"Adik, bangun, pagi dah ni," sangat kukenal suara itu.

Hp di tatap, jam menunjukkan 6.30 pagi. Sy bermimpi rupanya. Tp, sungguh, anggota sy berpeluh-peluh, seolah ia kejadian sebenar.

Astaghfirulllahala'zim....beristighfar panjang sy pagi tu.

Apa maksud semua ni??

Sehingga saat ini, mimpi itu masih sy hafal gerak gerinya. Masih terakam dalam memori sy. Allahu Akhbar!!

Mimpi yang sekadar mimpi. Ye, memang itu mimpi...mimpi yang tidak pasti apa maksud tersiratnya. Cuma, apa yang boleh dibandingkan, perjuangan saudara seislam di sana.

Berjuang, berjihad disana tanpa takutkan kepada musuh yang menanti...Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...Allahu Akhbar...

Ya Allah, kurniakanlah kekuatan yang luar biasa kepada seluruh hambaMu dalam usaha menegakkan agamaMu di muka bumi ini Ya Allah. Jangan Kau golongkan kami dalam golongan hamba yang munafik dalam perjuangan ini, Ya Allah. Pimpinlah kami dalam mengatur langkah dalam membela agamaMu, Ya Allah. Jangan Kau palingkan hati kami, iman kami dari terus bersama agamaMu, amin Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi