Friday, February 26, 2010

**Rahmat Tuhan**

Saat ini sungguh, puas kinah menjaga, puas kinah mendidik 'Rahmat Tuhan' ini agar ia benar-benar terpelihara. Ingin kinah hadiahkan 'Rahmat Tuhan' ini buat insan yang selayaknya, yang insyaAllah akan selalu menemani kinah saat suka dan duka.

Hati ini tidak kuat Ya Allah, semakin hari, terasa iman ini diuji dengan ujian yang Kau susunkan buat diri. Kinah lemah, semakin lemah... Dalam kesamaran, kinah mencari kekuatan itu, adat dunia, segalanya datang dan pergi.

Air mata ini menjadi saksi, saksi betapa 'Rahmat Tuhan' ini perlu kinah perjuangkan sehingga ke akhir nyawa. Kinah tak boleh nak tipu....kinah tak kuat...kinah perlukan insan di sisi untuk terus berjuang.

Kinah ada ALLAH!!!

Benar, kurniakanlah kinah 'pemimpin' dalam meniti titian cubaan ini. Allah menunjukkan kasih sayangNya bukan sahaja melalui nikmat2 yang diberi, malah melalui cubaan yang melanda, kakisan perasaan ragu, sedih perlu kinah lakukan...agar ujian ini terlihat hikmahnya.

Kinah tak kuat Ya Allah.....

Kinah lemah Ya Allah....

Kinah terlalu hina untuk berada di bumi ini....

Allahu akhbar...sungguh, tiada kata yg boleh diungkap untuk meluahkan apa yang dirasa saat ini.
Malah kinah gagal mengawal 'Rahmat Tuhan' ini dengan sebaiknya...

Cuma, saat semua ini melanda, kinah teringatkan pesan seorang sahabat yang amat kinah kagum sejak dari di awal pertemuan kami lagi...sahabat yang tak jemu mengingatkan diri dengan kalimah2 Allah....


Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Doakan kinah kuat......

2 comments:

  1. mksd kinah 'rahmat tuhan' ape?

    ReplyDelete
  2. salam syg shabatku zarin..
    mcm mn ye sy nk maksudkan perkataan 'rahmat tuhan' tu...

    sy cuba menggantikan perkataan 'cinta' itu sendiri dengan perkataan 'rahamt tuhan' ekoran perkataan 'rahmat tuhan' tu sendiri mampu membuatkan saya perlu sedar apa itu cinta sebenar...

    lebih kurangnya mcam tu la....

    ReplyDelete

Jom berkongsi