Wednesday, December 23, 2009

**Buku : Berdialog Dengan Jin**

Salam perkongsian...entry kali ini, suka untuk saya mematri janji walaupun ada janji masih tergantung. Al-kisahnya, buku yang bertajuk 'Berdialog Dengan Jin' ini telah cuba sy baca tapi baru sekerat jalan gara2 saya menjadi seram membacanya.

Ada masa rasa, betul ke cerita ni, ada masa terlebih feel. Tapi, sungguh, kita tidak boleh menafikan kewujudan hamba Allah yang lain yang sama-sama menumpang di bumi Tuhan ini. Buku yang dikarang oleh Ustaz Abd. Majid Hassan yang merupakan salah seorang anak didik Ustaz Harun Din di Darul Syifa Bandar Baru Bangi.

Buku yang mengisahkan kisah benar peristiwa2 yang berlaku disekeliling beliau digarap dengan cantik bagi fahaman pembaca bersama. Lenggok bahasa yang santai membuatkan sy membacanya pun dengan rilex dengan bercampur perasaan berdebar, ingin tahu yang berkobar dan segalanya lah.

Al-kisah, ada satu malam tu, seperti biasa, sebelum tidur, ada sahaja buku yang akan ditatap untuk dibaca dalam keadaan yang tenang je kan...dan malam tu sy berada di pertengahan buku ini. Sy cuba baca buku ni semasa cuti semester baru2 ni.

Sampai part di mana ustaz menceritakan 'Petunjuk-petunjuk Gangguan Jin', sy baca dengan penuh minat....rasa teruja untuk mengenali hamba Allah ini. Saya pun baca...

A. Tanda-tanda ketika jaga
  1. bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
  2. suara berubah ketika marah
  3. mudah hilang akal,kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan. Adakala ia menggigit lidahnya
  4. berjalan terhoyong-hayang
  5. cara makannya menjijikkan
  6. berpaling daripada membaca Al-Quran, tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat. Apabila hendak membaca Al-Quran, berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang ,enghalang untuk berbuat demikian.
  7. benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za'afaran
  8. pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)
  9. bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya
  10. kelupaan atau sakit kepala ketika solat
  11. tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu
  12. malas dan lemah badan (tanpa sebab)
  13. merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak
  14. denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab
  15. selalu bermimpi
  16. bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan-bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, didapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya
  17. sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh
  18. suka memisahkan diri daripada orangramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati is akan hilang kepercayaan terhadap orang lain
  19. mengabaikan kerjanya, tumah, suami atau isteri dan sekolah atua universiti
  20. sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tnapa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid
  21. beberpaa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat
  22. perjalanan haid wanita tidak teratur. Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada maa yang lain pula ia akan keluar sedikit,
  23. suka berada lama di dalam tandas atau bilik air
  24. was-was
  25. lekas marah dan mudah melakukan kesilapan
  26. didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksuat seperti membunuh atau berzina
  27. lenguh-lenguh badan, sangat malas, dan tidak berdaya
  28. semut-semut badan atau lenguh dengan cara luar biasa
  29. merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya
  30. pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata, telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.
B. Tanda-tanda di waktu tidur
  1. mimpi menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan
  2. bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suata tertentu seperti suara yang tidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh
  3. ia bermimpi berjalan di atas air atau darah
  4. mimpi yang berulana-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atua ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar-benar berlaku dan ini memberi kesan negatif terhadap jiwanya seperti ia bermimpi suatu kejaidan, kemudian ia benar-benar berlaku atau ia bermimpi sesorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar-benar berlaku.
  5. susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring
  6. kerap tejaga tidur di waktu malam
  7. mimpi berjumpa haiwan-haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala dan tikus
  8. berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar
  9. bermimpi seolah-olah ia jatuh dari temapt yang tinggi
  10. bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yang sunyi (lagi menakutkan)
  11. mimpi melihat manusia yang bersifat eplik seperti terlalu tinggi atau terlalu rendah atau melihat manusia hitam.
Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda ketika waktu jaga maka tiada mugkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu terlah diganggu oleh jin atau syaitan"

Subhanallah...sedar atau tidak, bukan golongan manusis sahaja yang mendiami bumi Allah ini. Nak atau tidak, tidak sekali-kali kita boleh menafikan hakikat ini bukan.

Peringatan untuk diri saya dan sahabat2 semua, sama2 la terus dan terus mengamalkan al-ma'thurat setiap pagi dan petang, paling tidak, gunakan teknologi yang ada..

Salam muhasabah dari diri yang masih mencari erti hamba yang sebenar...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi