Wednesday, November 4, 2009

**Pateri janji : cincin di jari**

Salam alaik....salam keakraban ukhwah, moga cinta kita semua terus ditaut pada jalan Allah yang satu ini. Bagaimana keadaan shbt2?? sihat?? Cuaca yang kerap kali memilih hujan sebagai teman sudah pasti mengundang kegusaran untuk dijangkiti deman, selsema mungkin.

Rum8 sy yang pada awalnya sy sangkakan selsema, alhamdulillah rupanya tidak. Mana tidaknya, dia akan mengambil 2 paper hari ini (hari entry ini di tulis), sangat menguji diri.

Entry kali ini mungkin tersasar dari landasan 'hujah' berblog mungkin tapi sy kena paterikan janji. Entry kali ini adalah entry untuk menjelaskan kisah 'cincin' sy. Cukup la, sy rasa sesak nafas dibuatnya dengan soalan2 yang 'menyeramkan'...entry yang ringkas je mungkin. Andai sahabat rasa entry kali ini tidak patut diceritakan, jadi jangan habiskan pembacaan entry ini.

Al-kisah, dulu sy pernah memakai cincin emas belah rotan di jari manis tangan kiri saya. Sekali tengok memang macam cincin tunang. Erm....ada kisah di sebalik cincin tu.

Sewaktu sy berusia 5 tahun, arwah nenek sy telah menghadiahkn cincin tersebut selepas balik mengerjakan hajinya. Jadi sy hanya memakai cincin itu tanpa apa2 makna sehinggalah raya pada tahun 2007.

Pada hari raya pertama tahun tersebut, ada 'keluarga' bertanya tentang 'status' sy, dan sungguh sy memberi jawapan yang tak terkata. Atas permintaan mereka, cincin itu sebagai tanda awal tentang keseriusan mereka gara2 sy 'buat perangai', (panjang kisahnya....taknak ingat dah).

(gambar hiasan)

Tapi, tahun 2008, sy kembali kepada normal, sy hanya dimiliki Dia Yang Esa tanpa ada apa2 ikatan. Atas nasihat akak senior sy, sy bertegas dengan keputusan sy agar tidak menimbulkan fitnah secara menerus.

Dan sy tetap sy je la, seorang hamba yang sentiasa dan masih berusaha untuk perbaiki diri untuk menjadi muslimah umpama wardatul shauqah.

Kini, cincin yang tersarung ini, tiada makna apa2. Memang sy mengatakan ia cincin tunang, tapi bukan lah sy tunangnya. Cincin ini abang yang pilih untuk dijadikan cincin untuk majlis pertunangannya dengan tunangnya sekarang, kak huda.

Tapi, setelah ibu dan bapa sy melihat cincin ini, mereka tidak setuju untuk dijadikan cincin tunang mereka (atas alasan2 tertentu), maka mama dan abah yang pergi pilihkan sendiri cincin untuk dijadikan cincin tunang abang. Pada hari pertunangan abang, mama 'menghadiahkn' cincin ini pada tunang abang, tp tunang abang telah menyerahkan cincin ini kepada sy. Maka ia masih lagi cincin tunang kan....maaf ye...

(gambar hiasan)

Maaf sangat2. Habis digagahkan diri untuk menulis entry ini, kerana adakala rasa seperti tidak patut tapi atas nasihat insan2 yang sy hormat, ada baiknya juga. saya betul2 minta maaf, sebab bukan sekali bukan dua kali, tapi berkali2 insan bertanya tentang isu ini, malah ada muslimin yang tanya saya secara berdepan...maafkan saya.

Harap sebarang kemusykilan tanya la sy directly, jangan la disesakkan sahabat sy, shbt sy tu tidak mungkin akan menceritakan kisah sebenarnya. Sy betul2 minta maaf.



p/s : buat akak yg menggagaskan usul ini, apa pandangan tntg entry ni?? akak, doakan sy ye, harap benda ni boleh meng'clear'kan semua kisah2 sebelum ini... :-)



No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi