Monday, October 26, 2009

**Kerana Akaun...**

Salam kemanisan kenangan...salam ukhwah dari diri yang merindui saat lama. Bagaimana keadaan shbt?? terutama shbt2 sy yg sedang bertarung di medan peperiksaan semester ni. Siang tadi, 1 paper dah pun selamat di jawab, hari sabtu ni pula paper seterusnya.

Lebih kurang 10.30 mlm sy msj kpd seorang shbt sy, sbb sy nk pergi ke biliknya utk menyerahkan sstu, kemudia sy mengajaknya utk ke Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) gara2 sy mengidam nak makan roti canai telur..

Lebih kurang jam 11 lebih kami sampai semula ke kolej kami. Saya mengajaknya makan bersama di bilik. Sambil makan, seperti biasa , akan ada cerita akan keluar. Dan ntah mengapa kali ini, kenangan2 semasa di bangku sekolah menjadi target kami. Siapa yang mula, bagaimana ia mula sy sendiri tak pasti.

Selepas di kupas satu demi satu kisah, shbt sy ni menceritakan tentang subjek akaun...yea..dalam hati sy, ini akan menjadi satu lagi bahan utk sy isikan dlm blog sy ni.

***************************************

"Eh, kamu, kenapa masih 'wujud' kat sekolah ni?? Kata nak ambil akaun? Kamu tahu kan sekolah ni dah tak tawarkan subjek akaun??" tegur seorang guru terhadap muridnya di hadapan rakan sekelas yang lain. Pelajar itu terasa sangat malu apabila guru tersebut berkata seperti itu.

"Erm, cikgu....takpe la, janji saya dapat belajar kat sekolah ni, sy sayang sekolah ni," pelajar itu cuba menenangkan hatinya.

Pelajar itu masih ingat lagi kisah semasa dia di tingkatan 3 selepas tamat PMR. Guru2 kaunseling mengadakan ujian apa ntah namanya untuk mengenal pasti tahap kecenderungan seseorang pelajar itu. Dan dalam ramai2 tu, hanya dia seorang yang berminat dalam bidang akaun.

Ye, memang pelajar itu amat meminati akaun. Dia sangat suka kepada kira2, sebab tu semasa belajar akaun sikit2 dalam Kemahiran Hidup dulu, dia berusaha keras untuk membuat buku lejar segala bagai, sebab dia amat minat akaun.

Selepas ujian tu habis di jalankan, guru tersebut bertanya pada pelajar tersebut,
" Ha, kamu, kamu sorang je yang pilih akaun....betul kamu nak ambil akaun??"

"....."tiada kata2, cuma anggukan memberi isyarat.

"Buat pengetahuan semua, mulai tahun depan, sekolah kita tidak lagi akan menawatkan subjek akaun bagi pelajar tingkatan 4 kerana ada beberapa kekangan. Jadi, bagi pelajar yang berhasrat nak mengambil akaun, bolehlah membuat rayuan untuk di tukarkan ke sekolah yang menawarkan subjek tersebut"

Pelajar2 lain yg amat mengenali pelajar itu memerhati pelajar tersebut secara serentak. Masing2 tahu, shbt mereka itu sgt minat kepada akaun. Apakah 'perpisahan' akan menjadi jawapan kepada impiannya itu??

Lamunannya tersentap.

"Kamu ni, bila lagi nak tukar sekolah?? Pergi la cari sekolah yang menawarkan subjek tersebut...pergi cari sekolah lain....atau nak saya uruskan pertukaran kamu??"

Mengapa cikgu ini berkata sedemikian?? Hati keperempuanan pelajar itu terusik. Adakah dia diusir secara berhormat dari sekolah itu?? Atau sememangnya guru2 di situ sudah tidak sanggup lagi menerima pelajar seperti dia??Hatinya berkaca, tapi tidak dizahirkan di matanya, perasaan hormat pada guru masih menguasai diri.

"Cikgu, kalau saya masih belajar di sini, tapi saya ambil tuisyen luar bagi subjek akaun blh tak??" dia masih cuba untuk mencari peluang.

"Takde siapa la nk 'bercara' ke kamu nanti. Kalau kamu bertiga ke berempat ke, takpe juga, tapi masalahnya, kamu seorang. Tiada siapa pun minat akaun dalam rakan2 yang sama tingkatan kamu tu. Susahkan pihak pengurusan je nanti." luah guru itu.

Pelajar itu cuba menelannya dengan semanis mungkin. Kenapa guru lain tidak berkata apa2 tentang ini...demi memuaskan hatinya dia bertanya guru kaunseling yang lain. Hampa. Sebab guru lain tidak memberi respon seperti yang diharapkan. Sedangkan seorang lagi guru kaunseling ni merupakan antara guru yang paling rapat dengannya di sekolah.

Biarlah..sekarang sekolah pun dah mula. Dia sudah pun menjadi pelajar di tingkatan 4 di sekolah tersebut. Dia ditempatkan di aliran Sains Tulen...dia redha dengan ketentuan Allah. Baik sujek biologi, fizik mahupun kimia apatah lagi matematik tambahan, semuanya terlalu asing baginya mahupun pelajar lain. Dia seperti di satu dunia lain.

Awal bulan 4, kata2 guru itu masin juga. Pada suatu pagi di hari cuti, pelajar itu menelefon ibunya untuk bertanya khabar. Tapi, ada sesuatu yang mengejutkan berlaku.

"Assalamualaikum mama....mama sihat??"

"Wa'alaikumussalam syg..mama sihat, abah sihat, ayen pun sihat...adik sihat??"

"Ina sihat mama.." perbualan mereka berlanjutan sehinggalah....

"Adik, baru2 ni ada surat untuk adik..pada sampul tu ada cop kementerian pendidikan. Mama buka la sampul tu, dan, ada surat untuk adik.."luah si ibu dalam nada yang berbunga-bunga.

"Surat untuk ina? surat apa?" semakin confius si anak jadinya.

"Alhamdulillah dik, adik dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh...daftar pada 22 april ni. Tapi, mama taknak paksa, keputusan di tangan adik. Adik fikirlah sebaik2nya. Jangan terdesak buat keputusan. Mama sentiasa sokong adik walau adik belajar di mana pun,"

Tak semena, air mata pelajar itu bercucuran. Gembira kerana impiannya untuk belajar di salah sebuah sekolah berasrama penuh menjadi kenyataan setelah meyaksikan sahabat2 ditawarkan ke sekolah ternama, malah sedih sebab akan meninggalkan shbt2 yg cukup lama dikenalinya di sekolah ini. Shbt2 yg selalu susah dan senang bersama, shbt yg bergaduh manja, shbt yg segalanya.

20 April 2009, tarikh yang tepat untuk pelajar itu meninggalkan sekolah tersebut. Biarlah dia 'keluar' dari sekolah yang tidak lagi mahu menerimanya sebagai seorang pelajar yang dahagakan ilmu akaun. Walaupun dia masih bergelar pelajar sains tulen di sekolah baru itu nanti, tapi dia dapat lepas dari cengkaman subjek akaun impiannya di sekolah itu.

Betapa terharunya, guru kaunseling yang rapat dengannya itu yang menguruskan segala urusan perpindahannya semasa di sekolah itu. Hampir setiap hari guru kaunseling itu bertanya sama ada dia pasti dengan keputusannya untuk bertukar itu atau tidak. Adakah dia bertukar kerana membawa hati gara2 dengan guru seorang itu atau betul2 kerana mengejar cita2 di sekolah baru itu..satu per satu guru kaunseling itu cuba bingkaskan di dalam hati pelajar tersebut.

********************************************

Segala kenangan itu tersimpan kemas di fikiran sy sekarang. Setiap kali sy balik ke sekolah lama, saya tidak pernah lupa untuk berjumpa dengan 2 orang guru kaunseling ini. Mereka masih mengingati saya dan kisah yang berlaku pada saya itu.

Terima kasih cikgu...terima kasih kerana 'mengusir' sy. Sbb dari situ sy belajar untuk mengenal dunia dengan skop yang lebih luas. Dari situ sy mengenal shbt2 yg ada hari ini. Terima kasih sgt2.

Memang, semasa peristiwa tu berlaku, hati sy terasa betapa pahitnya kata2 itu semua. Teras bagai dihiris dan seolah menyaksikan impian sy hancur kerana ketika itu sy bercita-cita ingin menjadi akauntan.

Namun, hari ini, saat ini. bila difikir dengan waras, subhanallah...tersimpan seribu satu hikmah. Hikmah yang sedikit sebanyak menjadikan saya 'manusia' pada hari ini. Dek pengalaman menuntut ilmu di tempat oranglah sy belajar menghargai segala jasa guru2 di sekolah tersebut.

Hampir setiap kali cuti sy akan cuba meluangkan masa untuk kesekolah itu. Kalau dulu, hanya dengan berbasikal, kemudian bermotor, dan sekarang sy ke sekolah tersebut dengan kereta pula. Tak terbayang nikmat yg sy kecapi hari ini akibat kisah lalu...

Terima kepada semua guru2 yang pernah mengajar sy selama 20 tahun ini.....jasa kalian hanya Allah yang mampu membalasnya.

1994-1995 : Tadika di Madrasah Al-Husna, Kg. Parit Tengah, Pahang
1996-Jun 1996 : Darjah satu, Sekolah Rendah Ahmad, Pekan, Pahang
Jun 1996 - Ogos 2000 : Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah, Kuantan, Pahang
Ogos 2000 - 2001 : Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pekan, Pahang
2002 - April 2005 : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, Pekan, Pahang
April 2005 - 2006 : Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan, Kuantan, Pahang
Mei 2007 - April 2008 : Kolej Matrikulasi Melaka, Londang, Masjid Tanah, Melaka
Jun 2008 - sekarang : Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi




~pandangan keseluruhan sekolah dari satelit (SBPIK)~

~kesemua pelajar tingkatan 5 batch 05/06 SBPIK sempena bengkel Matematik Tambahan~



~sebahagian panorama KMM di bangunan makmalnya~
(gambar di ambil selepas selesai menjawab kertas terakhir semester 2)


~panorama yang sama tapi sudut yang berbeza~


~subhanallah....kelihatan blok B5 yg berlatar belakangkan ciptaan Tuhan yg sangat mengasyikkan semua manusia di situ~

5 comments:

  1. benci gile cikgu cmtu...motif sgt die ckp cmtu
    die sbgai cikgu xlayak jd cikgu kalo wat gtu
    die xblaja etika cikgu...huh
    kak nadey penah kene gtuw..sbb akak sgt jahat kt sek smpai cikgu kate sy jamin awk xkn masuk U...so pas akak masuk U akak g lawat sek ...akak ckp terang2 SY DEGREE ZOOLOGY UKM...hehehe

    kinah...xdpt jd akauntan skung xpe mane tau ade rejeki nnti.......

    ReplyDelete
  2. salam..ni afifah,ex-sbpik..(kalau masih ingt laa)..

    nk tnye,ni kisah awak k??

    ap2pun,sungguh tersentuh hati sy mmbacanya...
    Alhamdulillah,atas perancangan Allah yg smemangnya x trcapai dek akal...

    Allah gave u rainbow after some rainy days in ur life..

    :-)

    ReplyDelete
  3. >>to kak nadey
    Salam kak..terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog sy

    kisah cikgu ni, sy dh xde perasaan sbb adat la manusia, kita akan rasa peritnya masa benda tu terjadi, tp skrg, semua ni mematangkan kita semua kn.

    Sikit pun dah tak ambil hati dengan kata2 cikgu tu, sbb skrg Allah bg lebih dari apa yg saya impikan dulu.

    Banyak hikmahnya....sehingga skrg kmi masih berhubung, dan mungkin dia tak bermaksud pun nak 'mengusir' seperti yg sy tulis tu, cuma hati sy yg terlebih terasa..

    Cerita ni pun sy dah pernah luahkn secara peribadi pd dia....dan dia sangat berlapang dada untuk mendengar luahan sy.

    kdg2 rasa kelakar bila ingt..zaman kanak2, biasa lah..

    ReplyDelete
  4. >>to afifah
    masyaAllah, terharunya sy afifah sudi menziarah blog sy nie...

    bgmn kehidupan di negara orang??mana mgkn sy lupa pengerusi BADAR sy dlu..hehe

    kisah ni bukan apa, bukan sekali nk memburukkan cikgu, cuma ia sbnrnya cara Allah nk mengatur sstu yg lbh baik, cuma manusia kan yg selalu memandang dari sudut yg lain terelbih dahulu.

    Sy teramat bertuah utk berada dlm situasi ni.

    Bgmn afifah dan ain d sana skrg?? Berapa tahun lagi balik Malaysia??

    Moga kalian benar2 menjadi srikandi mujahidah yg menjadi idola buat kami semua...

    Salam ukhwah dari shbt lama di malaysia...

    ReplyDelete
  5. salam. kinah g dop reu alumni 20 hb ni? g la..g la.. ehehe

    subhanallah, awop ade simpan gmbo kmm? uhu.. miss dat matrix so much! mase tu sy xde camera. hp pn xde camera lg.. so, gmbr kenangan kt sana mmg ciput gile.

    ReplyDelete

Jom berkongsi