Wednesday, October 14, 2009

**Malam Itu....**


11 Oktober 2009

Setelah penat menyelesaikan produksi Bidadari Cinta pada hari sebelumnya(10 okt 09), sy benar2 merehatkan diri di dalam bilik, tapi tak berapa nk berehat sbb menyiapkan 'amanah' lain yang perlu diserahkan dalam masa terdekat ini. Bukan sikit, tp kita cuba semampu mungkin.

Petang itu, sy mengajak seorang shbt sy ke Taman Tasik Cempaka (TTC) di Bangi. Kami bertolak selepas asar. Target di hati nk mencari pasar malam, nk beli pisang goreng dgn cendol ke utk di makan di sana, rupanya sy tersilap hari, hari tersebut tiada pasar malam. Nasib baik shbt sy membawa bekalan buah jambu dan mangga utk kami makan di TTC.

Petang itu kami isi dengan kisah itu dan ini. Sungguh, terasa damai tatkala melihat ciptaan Tuhan yg indah ini. Tatkala itu juga memori sy ke Penang baru2 ini terimbau kerana terpukau dengan ciptaan Tuhan.

Sebaik shja pulang dari TTC, kmi membuat keputusan utk membeli makan malam di seksyen 16, tunggu punya tunggu, agak lewat kmi memasuki pagar UKM. Kemudian, satu aturan yang Allah susun untuk sy dn shbt bermula.

Ketika melalui Kolej Ibu Zain, sy mendapat panggilan dari senior teater sy utk membawa shbt kami ke klinik kerana kakinya bengkak. Tp, waktu tu, sy dh risau, sbb sepanjang hari tu sy x makan apa2 lagi, then sy pergi ke blk shbt sy tu makan dn solat maghrib di situ.

Shbt, maafkn sy sbb lewat menghadirkan diri utk membawamu ke klinik. Lebih kurang jam 8 mlm, sy dn shbt sy ke blik shbt kami tu. Matanya sama bengkak dengan kaki, tpi bengkak matanya dek esak tangis yang mengiringi betapa sakitnya kaki yang bengkak itu. Sungguh, terasa bersalah sebb membiarkn shbt dlm keadaan sebegitu.

Kami ke seksyen 15 ,Poliklinik UKM, hampa, tutup. Sy mengambil keputusan utk bergegas ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah di Bangi. Alhamdulillah, keadaan dipermudahkan. Pembantu perubatan itu mengarahkan sy agr menghantar shbt sy ke ruang kecemasan.

Dalam kekalutan itu, sy sempat tertarik dgn lampunya kerana menggunakan prinsip sensor, penjimatan elektrik berlaku di situ....bijak!!

Sementara shbt sy dibaringkn di ruang kecemasan itu, sy mendaftarkan shbt sy di kaunter depan. Ini bukan pertama kali sy berkunjung ke sini, buat kesekian kali. Suasana kecemasan itu sudah sy hadam dalam fikiran sy.

Sy lebih bnyk memerhati dari jauh, biarlah shbt seorang lagi yg menemani shbt yg skit itu. Sy di besarkan dalm hospital, rasanya sudah tahu di mana patutnya sy berada....(teringat kat mama)

Setelah di beri injection untuk menahan kesakitan, shbt sy direhatkn dlu. Rasa kelakar pun ada, shbt sy sempat lagi tanya sy, sakit tak kena inject ubat tahan sakit ni.....sy jwb, jgn tnya sy, sbb sy dh lali, dh xde perasaan.

Dalam menunggu giliran doktor utk merawat shbt sy, kelihatan sepasang suami isteri yang sedang mendukung anak kecil mereka yg sedang dipakaikan topeng oksigen. Sangkaan sy asthma, tp bila curi2 dengar perbincangan doktor tersebut dgn psgn suami isteri itu, tergambar betapa serius anak kecil itu. Apa yg sempat sy tangkap ada darah keluar dari paru2nya....ya Allah, sungguh, bayi itu tak berdosa, bgmn hati dn perasaan suami isteri itu tatkala mendengar berita ini??

Benarlah, perkahwinan bukan boleh dilangsungkan atas dasar nafsu semata, tp terlalu banyak aspek yg ingin difikir.

Setelah itu, shbt sy di bawa utk di x-ray kakinya itu. Setelah hasil x-ray di keluarkan, doktor ini bersama 2 orang pembantu perubatan lelaki datang ke arah kami.

~kesan patah tak berapa jelas, tp masih blh nmpk, turut sama adalah tulang jarinya yg telah beralih dari kedudukan asal~

"Dik, patah la dik......." kata2 yg terpacul dari mulut doktor itu. Sambil itu, doktor menunjukkan bahagian yg patah itu pada film x-ray itu.

"Ha..patah..." shbt sy mulai sebak....air mata dia mula berjujuran.

Bengkak yang disangka bengkak biasa, ditakdirkan menjadi sesuatu yg lbh serius. Tp, sy terpikat dgn doktor tu. Bukan terpikat apa, pakaian dia, muka dia....jelas mencerminkan dia bangga menjadi seorang doktor Islam.

Saat itu jg sy teringt semasa appoinment sy dgn doktor dlu, "Adik sakinah, awak ni berpotensi lumpuh sbb awak ada masalah salur darah......."

Situasi yang berbeza, doktor yg sah berbeza, tp mungkin perasaan yg hmpir sama. Dalam tangisan itu, shbt sy mampu ketawa lagi. Benar, shbt sy itu memang ceria orgnya, tp sejauh mana cerianya dia di dalam hatinya bila mendengar brita itu.

Brita yg bukan boleh padam sekelip mata tapi memakan masa.

Setelah selesai membayar kos rawatan, ambil surat utk dirujuk ke hospital kerajaan, kami bergerak ke hospital kajang. Itu satu2nya hospital kerajaan yg sy tahu jalan, hospital putrajaya sy x pasti di mana, pernah melaluinya pun ketika kami sesat.

Tamat kisah di Pusat Rawan Islam Az-Zahrah...terima ksih kpd semua kakitangan di situ kerana memberi layanan yg baik kpd kami.

Di Hospital Kajang, kami sampi lebih kurang jam 10.30 malam. Untuk menunggu turn shja dah memakan masa. Namun, sy memahami situasi ini.

Sementara menunggu giliran, sy dn seorang shbt bercadang utk membeli makanan di kedai berhampiran, ketika itu jam menghampiri 12 t/mlm. Berdebar semua ada sbb kami berdua perempuan, dan kedai makan tu kedai mamak, sah2 la ramai lelaki. Dengan keadaan kedai sekeliling dh pun tutup, mmg kena beranikan diri.

Bila sampai je ke hospital semula, kmi dimaklumkan, semasa ketiadaan kami tadi, berlaku satu pertelingkahan antara kaum melayu dan india yg mana ditenangkan oleh seorang uncle cina ni.

"Kinah, mmg satu malaysia la tadi...sbb 3 kaum ada..." sempat lagi shbt sy menambah ayat.

Kisahnya macam langgar lari....si melayu langgar india, then tak nak bertanggungjawab dan india tu agak nazak tatkala itu. Kelihatan perkarangan kecemasan dipenuhi oleh saudara-mara kaum india tersebut. Lama sungguh sy tidak melihat situasi ini.

Melihat perkarangan itu penuh dgn saudara mara mereka, situasi itu membuat sy terimbau peristiwa 10 tahun lalu semasa arwah atuk sy meninggal setelah berbulan terlantar di hospital. Selama 4 bulan lebih dia terlantar, hanya sekali sy masuk ke ICU menjenguknya, selebihnya hnya menjenguk dari pintu kaca. Alasan yg sy bagi sbb tak nak pakai cap dgn mcm apron tu...tp sbnrnya sy sebak.....insan yg terlalu mengajar sy erti hidup...sy takkan lupa.

Semasa menuggu giliran ini jg, ada sekumpulan ank muda melayu mengiringi shbt mereka yg turut patah kaki kalo tak silap sy. Mcm2 aksi dpt dilihat di ruang menunggu itu, dan jika dilihat satu persatu, semuanya boleh di ambil pengajaran.

Di tengah2 termenung itu, sy terasa nk melihat gmbr2 yg ada dlm hp, dn, sy ternampak gmbr sebentuk cincin yg kini tersarung kemas di jari manis kiri sy ini. Kalau dlu sy memakai cincin belah rotan yg betul emas kuning, lagi la menimbulkan kontroversi, terasa kelakar bila ingt tntg isu cincin ni. Sy pegi ke mana shja, ramai yg bertanya.

~kekaburan gambar ini sgt membantu sy~

Lebih kurang 3 pagi , shbt sy dibenarkn pulang...kmi mengambil keputusan utk menghubungi shbt lelaki utk dtg ke situ, iring kami utk pulang sbb jalan terlalu lengang dn dgn peristiwa yg berlaku d hospital mlm tu, terasa berdebar pun ada nk balik.

Di pertengahan jalan, sy akui, sy kena mengalah, sy sudah tidak boleh drive sbb ad perkara mengganggu fikiran sy tatkala itu......

4 pagi, alhamdulillah, sy selamat smpi ke bilik. Keadaan begitu mendamaikan....

Buat shbtku, semoga tabah menjalani hari2 mendatang.Ini ujian Allah utk hambaNya...Dia sgt mengasihi kita semua. Jangan salahkan takdir, kuatkan semangat k. Kinah mnta ampun sgt sbb x mmbntu dgn secukupnya. Doakan kinah sihat jg ye....


No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi