Wednesday, October 13, 2010

:: Saya Masih Haram utk AWAK ::

Membawa peti dari malaka
Berisi pakaian si anak raja
Kalau hati sudah merasa suka
Semua keadaan indah di mata

Pokok selasih pokok bayam
Dalam kepuk buah berangan
Seorang kasih seorang sayang
Tidak bertepuk sebelah tangan

Akar tanjung pagar selasih,
Balung kulit berisi serai;
Alangkah teruk menanggung kasih,
Tak kerana kulit tulang bercerai.

Orang Acheh pulang ke Acheh,
Mengail kurau dapat senangin;
Bakan mudah kita berkasih,
Laksana wau melawan angin.

Ada jantung ada debaran
Ingin bertanya tetapi malu
Kumenunggu penuh harapan
Sudikah engkau menerimaku.
(sumber : internet)

Apalah yang kinah ngarut dengan pantun2 cinta semua ni kan....

Assalamualaikum wbt....alhamdulillah, hingga saat ini segalanya masih dipinjamkan buat kita, terutama nikmat iman, Islam dan ihsan. Syukur juga kerana kita masih 'waras' utk berpijak di bumi yang nyata ni.

Awal2 entry kinah dah buka pantun cinta yang kinah kutip dalam beberapa laman sesawang. Tapi sekali imbas, macam takde kena mengena dengan tajuk entry kan. Ia seperti dua dimensi yang berbeza tapi dari kisah yang sama.

Al-kisah, malam ni tadi kinah menyibukkan diri pada shbt kinah ni gi edar questionnaire dia kat pkns bangi bersama seorang lagi shbt kami, maka kami bertiga la mlm ni. Questionnaire yg sgt penting utk melengkapkan tesis beliau...

Dalam kesempatan yang ada, beli barang dapur skit2 je la....

Namun, kinah dapat ilham sumtin untuk kinah reflek dan kongsikan dalam blog ni. Al-kisah, pak guard ukm tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni sangat kerap membuat spot check kat gate, baik gate utama atau gate blkg.

Kebiasannya, selagi belum jam 12, kawalan gate takde la ketat sgt, tapi sejak akhir2 ni, laen macam je ketatnya. Tapi takpela kan. Itu dah memang tugas dia. Lagipun, kinah dah tak risau sebab, kereta kinah dah 'halal' utk keluar masuk ukm ni.

Dulu, kalau takde sticker ukm tu kat cermin kereta, memang siap la kena tahan kat gate tu kan kalau balik makan malam ke apa....memang cuak habis..macam2 kerja nakal senior pernah ajar kinah untuk lepas kat pak guard, serius kelakar bile ingat.

Antara part paling kinah tak boleh lupa, masa kinah dgn seorang shbt ni balik dari rumah shbt kami jam 12.30 mlm...masa tu kinah masih 1st year, sah2 la haram bawa kereta ke kampus, maka macam2 idea mengarut terkeluar utk selamatkan diri dari pak guard.

Paling tak lupa, kinah boleh bagi cadangan utk baca surah yasin yang Rasulullah baca masa Rasulullah nk berhijrah dulu tu, untuk buat pihak musuh tak nampak Rasulullah, ayat 9 kalau tak silap kinah (betulkan kinah ye). Punya la konon2 tak nak bagi pak guard nampak 'kesalahan' kami.

Eh jap, apa kinah ni, cerita tentang pak guard semua ni...apakah??

Sebenarnya, masa pak guard tu tadi check sebuah demi sebuah kereta, kinah terfikirkan sesuatu. Tapi, bagi kinah, lebih kepada kurniaan ilham sebab point ni datang dengan sendiri dalam kepala...terima kasih ya Rabb kerana menghadirkan ilham itu dengan izinMu.

Macam mana kinah jelaskan dengan ayat ek....

Analogi di sini yang kinah nak sampaikan adalah, sticker yg berdaftar dengan ukm tu umpama AKAD NIKAH.

Erm..sekarang msti dh dapat tangkap ke kinah nak membebel kan.

Anggap, sticker tu adalah akad nikah, si driver dengan penumpang adalah seorang suami isteri atau sepasang kekasih, pak guard yang check tu adalah masyarakat atau ibu bapa kita sendiri.

Kinah teringat kata2 shbt kinah. "Nak kawin sekarang payah, kena isi borang itu la ini la, banyak sgt proses...lepas tu hantaran minta tinggi2. Mas kawin lagi." lebih kurang macam tu la ayt dia.

Paling best, hantaran hari ini seperti harga membeli anak dara orang. Kalau bakal pengantin perempuan ada degree, taraf hantaran standard 10k ke atas, kalau kerja sekian2, standard harga pun sekian...

Eh2, sakinah ni, dah melalut ke bab hantaran segala bagai plak, ok kite kembali semula kes pak guard.

Kinah pernah merasai di soal siasat oleh pak guard tatkala kereta kinah belum didaftarkan lagi masa tahun satu, setahun kereta kinah bergerak secara haram dalam ukm ni, dah memang pesalah jenayah juga la setiap kali kinah masuk kat pak guard tu.

Pada masa yang sama, kadang2 kinah geram juga, sebab ada yang rajin sangat nak tahan orang, ada yang tak kisah pun....jujur, itu yang kinah pernah rasa.

Tapi, kejadian malam tadi, buat kinah merenung kejap. Itu dah memang tugas dia, dan kita tak boleh salahkan dia. sepatutnya kinah kena berterima kasih pada pak cik guard sebab sudi berjaga malam utk menjaga keselamatan mahasiswa/i yang ada.

Bila di 'implan' dalam analogi kinah tadi, cantiknya peranan yang sepatutnya setiap dari kita mainkan.

Saat terlafaz sudah "Aku terima nikahnya shakinah sukardhi dgn mas kawin......" (ececeh, bagi contoh nama diri sendiri kan...), sudah tentu, segala yang dilakukan bersama tiada lagi istilah penghalang.

Bila melihat shbt2 atau saudara2 yang dah berumahtangga, kinah turut merasai kemanisan itu. Manisnya berada di sisi suami untuk membantunya dalam menegakkan agama Allah ini.

Seperti yang kinah katakan di awal tadi, kinah analogikan pak guard tu sebagai masyarakat ataupun ibu bapa sendiri. Kita dapat menjadi saksi kepada dunia hari ini, tak semua masyarakat yang berani 'menegur' pesalah2 yang takde sticker ini...dan salah seorang yang tak berani tu, kinah sendiri la...selalu memandang dengan mata, tapi apa tindakan kinah??? tepuk dada tanya diri.

Sedar atau tak, sedikit sebanyak penyakit ni semakin menular kan....dan, sudah tentu, sasaran virus ini menjalar di kalangan pemuda pemudi yang menguasai komuniti masyarakat yang ada.

Pak guard nak tahan, itu hak dia, itu kerja dia...jika kita salah, salah la kita..jika betul la kita, takde apa yang perlu ditakutkan.

Pernah seorang shbt bertanya pada kinah, kinah pernah bercinta?? kinah loya buruk dengan dia, dan kinah faham maksud dia, pernah tak kinah bercinta dengan istilah cinta hari ini dengan mana2 kaum adam...kinah akan jawab tak...dan itu hakikat.

Kenapa?? dia tanya...apa ye yang perlu kinah jawab...

Kinah ada janji dengan diri kinah sendiri tentang ni, tapi apapun, kinah nak suami kinah jadi cinta pertama kinah selain Allah, rasul dan ibu bapa...

Respon shbt kinah, tergelak kecil. kinah plak yang terkejut. kenapa??

Tapi kinah pernah suka seseorang kan?? dia melanjutkan perbicaraan kami.

Kinah jawab ya, itu memang pernah berlaku...maka, itu namanya kinah dah mungkir janji la, itu jawapan balas shbt kinah.

Kinah terkedu.

Dari isu pak guard, bawa kepada isu akad nikah dan pergi ke kisah 'cinta' kinah....satu kronologi yang berterabur dan kadang2 rasa spti takde kaitan.

Tapi sungguh, bila usia meningkat naik ni, tak lari dari membicarakan dari hal2 sebegini.

Cuma, kinah takut, hari ini kinah boleh la kata, aku takkan la gi dating dengan lelaki ke apa ke, aku takkan itu ini, tapi kinah tak tahu siapa kinah akan datang kan.

Moga Allah tetapkan hati pada tali yang lurus....

Ampun dan maaf dari meja penulis...maaf takde ilmu sangat yang dikongsi dalam entry ni, lebih kepada luahan perasaan.

p/s: mode nak kawen.....boleh ke macam tu?? blajar tak hbs lg kan..

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi