Saturday, November 20, 2010

:: Bila Anak Dara Masuk Dapur ::

Tuhanku,
Aku tidak layak masuk syurgaMu,
Namun tak upaya memasuki api nerakaMu,
Terima taubatku Ya Allah,
dan ampunkan dosa2 ku,
sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa hambaMu...

Senikata yang seringkali meniti dibibir manusia bernama insan mungkin...terlalu sinonim rasanya senikata ini, jika dulu hafalan 'zikir' ini sekadar terlafaz, namun masa mendewasakan pemahaman kita semua, dan taraf kedewasaan itulah yang lebih memahamkan kita saat ini. Cuma apakah EGO yang ada dalam diri ini masih 'menggelapkan' hati dan mata untuk terus hanyut dalam pemahaman erti sebenar zikir ini..tepuk dada tanya iman.

Assalamualaikum wbt buat semua....berminggu kinah tinggalkn dunia blog, jika dlu beralasankn final exam, dan setelah itu kinah didatangkan ujian lappy kesayangan masuk 'hospital' maka terputus sekejap dengan dunia maya ini. HP kinah pun masuk hospital...huhu, maka kinah memang terputus betul la...

Sebelum kinah masuk lebih dalam, suka utk kinah ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua shbt yang beragama Islam. Terlalu cepat kan masa berlalu, rasa masih baru lagi aidilfitri yang kita sambut sebelum ini.....benarlah, dunia semakin hampir pada penghujungnya.

Bila baca balik tajuk blog kinah, rasa nak gelak semula plak. Apapun, insyaAllah ada sesuatu yang ingin kinah kongsikn kali ini. Biar apapun, kinah minta ampun jika ada terkurang sana dan sini serta andai topik ini sudah basi bagi shbt, tegur2 lah kinah...

Kisahnya sempena aidil adha baru2 ni. Ntah mengapa, 'naluri' keibuanku terdetik...sudah sakinah, jangan hiperbola.

Selasa malam tu, seperti biasa, plan kinah dan mama adalah untuk masak rendang dan siapkan semaximum mungkin juadah pada esok hari, biarpun kami 4 beranak je, namun kami memiliki keluarga yang besar..(ayah ramai adik beradik..90% duduk sekitar rumah kinah je)

Ntah kenapa, masa 'berpanas' di dapur tu, datang ilham dan rasa nak menangis sangat saat tu. Kinah diamanahkn untuk tolong mama buat rendang ayam...memang rendang wajib family kami setiap kali raya.

Alkisahnya, rendang tu senang sangat nk masaknya, cuma bahan agak cerewet la sebab utk memasak sekilo daging atau ayam, ia memerlukan 20 batang serai, sekilo bawang merah, hampir sekilo bawang putih juga, 10cm halia yang kesemuanya perlu dimayang...disebabkan kinah teramat ramai adik beradik perempuan, maka 'cepat' la siap kerjanya kan.

Malam tu, masa nak masak rendang, segalanya berputar.

Setelah segala bahan yang dimayang tu dimasukkan ke dalam kuali, kinah perlu mengacau semua tu sekurang-kurangnya 30minit tanpa henti..itu pesanan mama. Tanpa henti.


Duhai anak, pernahkah bertanya pada ibu, "Ibu, tak pernah lenguhkah dikau mengacau semua ini??"

Pasti ibu menjawab, "Duhai anak, ibu lakukan ini kerana ini tanggungjawab ibu dan segalanya demi anakanda yang tersayang"

Pernahkah bertanya pada ibu, "Ibu, tak pernah kah ibu merasa panas akibat bahang api dapur itu??"

Pasti ibu menjawab, " Duhai anak, biar panas mana bahang itu, tak pernah sekali ia menyamai bahang neraka...biar peluh ibu mengalir menahan panas ini, namun jangan biarkan air mata ibu mengalir menahan dosa yang dilakukan dari insan yang pernah ku kandungi"

Ya Allah!

Pernahkah bertanya pada ibu, " Ibu, tak serikkah dikau terkena percikan minyak panas tatkala menggoreng makanan kegemaran kami??"

Pasti ibu menjawab, "Duhai anak, percikkan itu berbaloi saat dapat menghidangkan makanan buat anak2 ibu hasil dari percikan peluh ayahmu yang mencari rezeki yang halal buat kita semua"

Tak sedar, air mata kinah mula bergenang saat tangan masih selari dengan bulatan kuali yang terus mengacau rendang yang masih belum dimasukkn ayam. Ntah mengapa soalan2 itu berbalas dalam kepala.

Terdetik juga di dalam hati untuk menulis sebuah cerpen..terlalu lama rasanya tangan ini tidak menggarap idea2 yang terilham.

Kisah seorang guru mungkin yang bertanya akan anak didiknya...kerja apa yang paling susah dalam dunia ini.

Ok.

Jom sama2 kita tanya pada diri, kerja apa yang paling susah dalam dunia ini...jom teka.

Cikgu....mungkin, sebab tugas seorang guru adalah mendidik anak bangsa untuk berbakti pada agama bangsa, malah cabaran guru hari ini makin hebat berbanding dulu plak kan. Mungkin juga.

Engineer....mungkin, sebab tugas dia bermain dengan mesin2 yang sah2 banyak membantu manusia sehari malah jika salah kendalikan mesin tu, ada yang terkorban kan. erm, mungkin juga...

Bomba...mungkin, sebab setiap kecemasan yang mereka terima tak tentu tahap bahayanya. Dan mereka mempertaruhkan nyawa mereka sendiri...dan itu bukan satu tugas yang senang kan. Mungkin juga...

Doktor...mungkin, lagi takde alasan untuk menidakkan pekerjaan ini sebagai kerja yang berat kan bermain dengan nyawa orang setiap masa. No doubt!

Perdana Menteri...lagi la. Insan yang bertanggungjawab untuk menjaga rakyat dibawahnya pada masa yang sama memegang amanah yang sah2 la teramat berat. pun no doubt with that!!

Bertanya anak murid pada gurunya, apakah kerja yang paling susah dalam dunia cikgu??

Jawab si guru, kerja paling susah dalam dunia adalah menjadi insan bernama IBU dan BAPA biarpun berapa ramai anaknya. Ibulah doktor yang merawat anaknya dengan kasih sayang meneman siang malam tanpa kenal tidur, ibulah chef terhebat dunia biarpun si ibu hanya menggoreng telur dan masak nasi putih, ibulah fashion designer teragung tatkala seluar dan baju kita terkoyak, ibulah cikgu paling mulia kerana sabar mendidik anak2nya tentang ilmu kehidupan, ibulah kaunselor tersohor tatkala si anak dilanda seribu macam masalah, ibulah segalanya....

Dan ayah...

Ayahlah orang terkuat dunia kerana telah memikul amanah terbesar dengan tanggungjawabnya yang perlu menanggung dosa ahli keluarganya, ayahlah jurutera terhebat tatkala paip rumah terbocor mahupun perkakas rumah tidak berfungsi dengan baik, ayahlah pemandu F1 yang paling berjaya kerana tak pernah jemu menghantar dan mengambil kita dari tempat mencari ilmu, ayahlah bomba paling mantap sebab sentiasa menyelamatkn anaknya biar apapun keadaannya, ayahlah segalanya....

Yup, susahnya tugas dua insan ini.

Dua insan yang mungkin dengan izin Allah kita menjadi salah seorang darinya...mungkin bergelar seorang ibu, mungkin jua bergelar seorang bapa.

Tadi, kinah berkesempatan chatting dengan seorang sahabat yang sememangnya kinah rindu dan tibe2 dia memunculkan diri dalam ym. Isu kami tak lari, nikah...yup, sama2 mengidam.

Cuma kinah tersentap dengan ayat kinah sendiri...."kita dambakan suami itu ini, namun, diri sendiri masih tak berrefleksi" lebih kurang macam tu la ayat.

"diri kononya bermimpi utk menjadi isteri yang solehah, namun tatkala ini, tanggungjawab sebagai seorang anak yang baik pun belum terlunas, apakah itu??"

Indahnya hidup ini bila disandarkan pada DIA. Setiap yang tersusun buat kita semua, setiap yang berlaku, setiap yang kita lalui....segalanya....segalanya bersandar pada DIA.

Bukan senang untuk 'menyedapkan' hati saat berada dalam sesuatu keadaan yang tidak kita senangi, tapi berlatihlah...cubalah...biar masa menjawab rasa itu, namun jangan biarkan diri terlelap dalam lena letih.

Hari ini kinah menaip semua ini, esok lusa Allah akan uji kembali kata2 ini pada kinah, dan saat itu sahabat, janganlah memencilkan diri dari menegur diri yang jahil ini..kinah insan biasa yang penuh dengan khilaf dan dosa...

Salam perkongsian dari meja penulis...salam aidil adha.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi