Tuesday, November 23, 2010

:: Rebah Di Hening Pagi ::

Di keheningan pagi,

Aku berdiri penuh sangsi,
Wajah sekeliling penuh misteri,
Apakah petanda semua ini,
Bikin hati resah tak terperi,
Timbul persoalan dalam hati.

Di keheningan pagi,

Memecah kesenyian hening pagi,
Berlinangan air mata membasahi pipi,
Pabila berita kau telah pergi,
Menyembah sujud menghadap Illahi.

Di keheningan pagi,

Tiada dayaku menahan sebak dihati,
Aku meratapi pemergianmu ini,
Tak tertahan lagi perasaan ini,
Kenapa semua ini terjadi,
Tika saat semua mengharap kau kembali.

Di keheningan pagi,

Aku mengimbau kembali,
Saat waktu kau di sisi,
Tawa riang kau penyeri,
Kau lah sahabat sejati,
Tiada ganti dalam semesta ini.

Di keheningan pagi,

Berakhirlah sebuah cerita duniawi,
Yang datang dan pergi,
Berlalu meninggalkan setiap insani,
Jasad dan nyawa bakal bercerai,
Perkara pasti yang akan ditempuhi,
Semua insan pasti menghadapi.

Di keheningan pagi,

Aku pasrah takdir Illahi,
Moga aman kau di sana nanti,
Aku sedekahkan kalimah suci,
Untuk kau meniti titian hakiki,
Dengan ini,
Tak akan aku meratapi lagi,
Rebah kau di hening pagi....


Semoga Allah merahmati roh Izzat Rabbani
Al-Fatihah...

note : curi sajak ni dari blog abang kinah...tak pasti dia buat sendiri ke amik dari internet, andai dia buat sendiri, kinah teramat kagum..apapun, nama Allahyarham yang disertakan itu adalah salah seorang sahabatnya yang telah pergi berjumpa pencipta hakiki saat mereka di bangku sekolah menengah lagi. Menurut mama, mama tak pernah tengok abang sesedih itu tatkala kehilangan sahabatnya...

Menurut mama lagi, semasa Allahyarham koma, abang bergilir menjaganya di hospital, dan semasa Allahyarham meninggal, abang menceritakan kepada kami yang dia meninggal dalam keadaan tersenyum dan ada air mata mengalir...terasa sebak bila teringat kembali peristiwa ini. Tambah abang, semasa kafan pun, darah masih mengalir dari badan arwah biarpun telah koma sekian lama....sepengetahuan kinah, arwah seorang yang teramat baek..

Semoga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan para solihin...undangan yang tak mengenal usia...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi