Sunday, May 9, 2010

:: KITA Bertuhankan Pencipta Yang SAMA ::

Salam kerinduan pada blog yang amat disayangi ni...rindu, tapi still tak curi masa untuk 'bersama' blog ni, sekadar jeling dari jauh je, teruk betul empunya blog ni, sape la tu...

Sejak akhir2 ni, ntah kenapa, kinah dihurung oleh satu peristiwa yang dah berlaku hampir setahun kot. Peristiwa yang mendedahkan kinah siapa pencipta alam ini sekali gus pencipta sekalian isi alam.

Kinah tak boleh dedahkan tempat peristiwa tu berlaku, siapa yang terlibat, tarikh, masa, anjuran pihak mana, memang kinah tak boleh dedahkan. Dah tu kenapa kinah still nak cite dalam blog nie?? Sebabnya kinah nak share pe yang mungkin Allah nak tunjuk pada kami.

Lebih setahun yang lalu, kinah dapat invitation dari seorang sahabat untuk menjadi fasilitator bagi sebuah program motivasi untuk adik2 tahun 6 bertempat di atas bumi Allah ni la. Disebabkan jarak yang tidak jauh dari tempat kinah tuntut ilmu Allah ni plus kelapangan masa yang ada, maka kinah menerima dengan terbuka.

Punya semangat sehinggakan sehari sebelum program, kinah survey dulu tempat program dengan bertemankan seorang sahabat anak pahang kinah agar kinah tak tersesat esok harinya, ye la esoknya sah2 la kinah akan ke tempat kejadian seorang diri kan..

Program yang diamanahkan selama 2 hari 1 malam itu di aturkan di sebuah masjid yang cukup indah dimata kinah di samping masjid itu hidup dengan pelbagai program baik motivasi mahupun rohani.

Sesampai nye kinah di tempat kejadian pada hari ditetapkan, kinah di maklumkan yang barisan fasilitator perempuan hanyalah 3 orang termasuk kinah...kaum adam ada dalam 6 orang kalau tak silap kinah.

Sesi taaruf mula mengambil tempat dengan kami memperkenalkn diri masing2 kerana berlainan universiti...dan pembentangan modul sepanjang program ini. Seronok dapat berkongsi ilmu dan pengalaman sahabat2 ini kerana latar belakang kami yang berbeza memvariasikan lagi kelompok2 ilmu yang dapat dikongsi.

Sharing is caring...sampaikan ilmu biarpun satu ayat...segala kata2 itu benar2 dilampiaskan setiap dari kalangan mereka, kerana jelas tiada sifat 'kedekut' ilmu di antara mereka. Kinah sebagai orang luar, banyak memainkan peranan sebagai pemerhati bebas je.. :-)


Hari pertama program....


Adik2 dtg dengan harapan yg berbeza, tp matlamat mereka satu.


Begitulah manusia, kita datang dari background yg berbeza, tp matlamat kita tetap satu, syurga hakiki.


Ibu bapa mereka menghantar ke perkarangan masjid, terpamer di wajah ibu bapa mengharapkan yang terbaik untuk anak2 mereka.


Modul ta’aruf mengambil alih slot yg pertama, pertemuan pertama sy dgn adik2 kumpulan sy...


Subhanallah, saat adik2 ni memperkenalkan diri, sy dah menyedari cabaran bg sy. Sbb mereka mempunyai ’keperluan’ yang berbeza..Modul demi modul dilaksanakan mengikut apa yang dirancangkan, alhamdulillah berjalan lancar.

Dengan masa makan, kami makan bersama-sama mengikut kumpulan masing2, bersila ramai2 dengan penghulu baca doa.

Time ni ada la gaduh2 manja sesama fasi...masing2 nak bagi taw yang adik2 kumpulan masing2 hebat2 sebab volunteer baca doa la, makan tak bersepah la, kelakar sangat. Kinah diamanahkan untuk satu kumpulan ni, agak unik adik2 dalam kumpulan kinah, sebab masing2 ada kekuatan yang berbeza yang mampu menjadi pelengkap antara satu sama lain.

Masa makan ni la adik2 ni amik kesempatan untuk bertanya soalan macam2 pada akak dia ni, haish, habis dia orang nak selongkar itu ini tentang fasi dia ni...semua berebut kan nak duduk sebelah fasi time makan...

Tapi, masa makan ni, antara perkara yang kinah tersentuh, adab adik2 ni dengan makanan. Macam2 gelagat, ada yang membebel kat kawan dia yang lain sebab makan bersepah, dengan air tumpah (habis tikar masjid), cara tadah tangan....satu2 capture my interest.

Ni peluang dakwah...biarpun adik2 baru 12 tahun, tapi ini peluang untuk ditegur dengan cara berhikmah.

Sebelum adik2 tu pergi makan, kinah sempat buka 'tazkirah' ringkas yang tak berapa nak ringkas sebab tibe2 jadi sedikit panjang sebaik semua selesai solat asar. Kinah rangkumkan adab ketika azan, adab bercakap dengan abang2 dan kakak2, adab di masjid (ye la, sbb sepanjang program berlansung, 100% di masjid)....kinah bukan sesiapa tapi ntah la, rasa benda tu kena sebut, siap minta izin dengan ketua pengarah lagi takut kacau jadual program je...

Dengan kehidupan di bandar besar, mereka sgt nampak kekok ’membawa’ diri, kinah tak merasakn kerana mereka masih di sekolah rendah merupakan alasan yg kukuh, tapi kehidupan realiti cerminan setiap peribadi.


Kinah tak salahkn siapa2, cuma adik2 ni menyedarkan kinah hakikat dunia kanak2 hari ni.


Bila di tanya tntg game, mereka menyebut computer game dgn fasihnya, satu persatu di cerita stage demi stage, namun kinah tak faham satu pun.


Syg seribu kali syg, mereka tak jumpa game yg bermain di atas tanah, mereka tak main dengan lumpur, mereka tak main dengan rumput. Bagi kinah, itu game yg selama ni kinah tahu....


Antara solat maghrib dan isyak, kami selitkn perkongsian hidup akak2 dan abg2 ketika bergelar seorang pelajar sekolah. Mcm2 soalan yg adik2 ni tnya....semakin seronok nk bercerita.


Namun, dlm ramai2 tu, ada ahli kumpulan kinah yg kinah gagal utk menarik perhatiannya, dia lebih cenderung membuat hal sendiri. Kinah cuba pelbagai cara.....


Selepas solat isyak, Allah datangkn ujian kepada kami semua.


Termasuk diri kinah, migrain kinah dtg kembali, sungguh seminggu ni kinah selalu tidur jam 5 pagi, bnyk benda nk siapkn, rehat yg tak cukup, mn tidaknya kinah boleh terlepas dari migrain nie...


Tak cukup dengan migrain, Allah uji setiap fasi yg ada dengan satu ujian yg sangat hebat. Walaupun ketika itu, kepala kinah teramat la sakit, tp kinah cuba renungkn kembali rentetan mehnah Allah ni.


Sebelum kinah bertolak ke masjid nie, kinah berbelah bagi sama ada nk bawa ke tak Al-Quran mini pemberian Dr. Aminuddin, paling tidak, bawa Al-Ma’thurat, sebab itu yg biasa kinah bawa ke mn2 prgrm, Tp, kinah fikir, kat masjid nnti mesti la bnyk je Al-Quran semua ni, so, kinah decide tak nak bawa.


Bila ujian ni tertimpa, baru rase menyesal sebab tak bawa, kerana apa, kerana dlm Al-Quran tu, kinah ada tandakn beberapa ayat2 penting....


Argh...menyesal tak sudah kinah..tapi, insyaAllah ada hikmah kan.


Masa saya migraine tu, macam biasa la, satu perkara je, nak muntah....maka, sahabat2 fasi perempuan ni membawa kinah ke tandas. Ketika kami mula menuruni satu laluan tu, kinah tibe2 merasakan diri terlalu lemah untuk berdiri dan terjatuh di situ, saat itu kinah dikhabarkan keadaan bertambah kelam kabut.


Bukan kinah pengsan, cuma badan lemah yang teramat dan kepala tak dapat nak fikir dengan begitu baik untuk imbangkan badan. Maafkan kinah ye sahabat, sebab mereka tidak biasa merawat orang migraine...


Serentak dengan itu, Allah datangkan ujian yang mengejut buat kami.


Salah seorang peserta program tersebut tibe2 menjerit kerana 'diganggu makhluk halus'. Bayangkan, kami semua berada di perkarangan masjid, betul2 di luar tempat solat, masing2 kelam kabut.


Kinah ditinggalkan seorang diri di situ kerana semua fasi bertumpu pada adik yang seorang ni. Kinah dapat 'arahan' untuk rehatkan diri je...tapi, siapa boleh tenangkan diri dalam keadaan macam ni.


Menurut cerita adik2 yang lain, adik yang di ganggu tersebut sememangnya pernah beberapa kali 'diserang' di sekolah dan ia bukan lagi peristiwa asing di kalangan mereka. Tapi, terlalu asing buat fasi2 ini rupanya.


Bila merasakn diri ini agak2 sihat, kinah tetap bangun kuatkan diri untuk melihat keadaan yang terjadi..bertongkatkan dinding masjid, berpapahkan tiang2 masjid, kinah berpaut untuk berjlan, badan masih lemah kan..tp still degil.


Keadaan serius jadi sangat kelam kabut, kami fasi dalam 9 orang, adik2 ada dalam 70 orang kalau tak silap kinah..dengan dua lagi fasi perempuan yang ABC, keadaan agak teruji.


Kami cuba asingkan adik2 yang diganggu ini daripada adik2 yang lain, agar tak 'berjangkit' sebab dari masa ke semasa bilangan yang 'dijangkiti' bertambah dan salah seorang yang kena adalah adik kumpulan kinah...


Masa dalam masjid, adik2 ni di ajar untuk membaca surah2 ringkas, seperti 3 qul, ayat kursi sebagai benteng dia orang..tapi keadaan menjadi bertambah tegang apabila ramai adik2 perempuan tak dapat mengawal perasaan takut menyebabkan semakin bertambah yang 'dijangkiti'.


Masa tu, kinah rasa nak menangis sangat2, bukan apa, kinah tak dapat baca ayat kursi dengan betul..kinah cuba nak ajar adik2 tu baca ayat kursi, tapi kinah tak boleh nak habiskan ayat tu, sentiasa salah bacaan...Ya Allah, banyaknya dosa aku sampai aku tak mampu membaca ayatMu itu dengan sempurna,ampun ya Allah..dengan bercampur perasaan kelam kabut..


Bilangan adk2 perempuan sah2 la lagi ramai dari adik2 lelaki, kami plak fasi perempuan 3 orang, memang tak terkejar..


Lama kelamaan, baru kelihatan beberapa pakcik datang membantu kami..puas juga bertarung tadi..


Bayangkan, ada satu ketika, seorang peserta kami yang 'diganggu' tu dipegang oleh abang2 fasi, satu anggota seorang yang pegang, tapi masih boleh terlepas dari pegangan tersebut ketika seorang pak cik ni cuba merawatnya..betapa kuatnya tenaga yang ada dalam badan adik tersebut.


Dengan tibe2 adik tersebut berlari keluar dan menghala ke arah adik2 perempuan yang seperti nak mencari seseorang...habis semua menjerit, ades..dalam masjid sayang..sabar...Dalam lemah cam tu, semua orang akan jadi kuat juga kan.


Post mortem malam tu kinah tak pergi, kinah diminta berehat..kinah bersama adik2 yang lain di bahagian masjid kat bawah..


"ishh..senyap la, ustazah nak tido, sian ustazah, ustazah pun sakit" terdengar suara seorang adik ni membuatkan kinah tersenyum, tak lena kinah dibuatnya dengna gelagat adik2 ni..


'Ustazah'???kinah tak pernah layak untuk title tu...tapi, takpe la, mama memang nak sangat anak perepmpuan dia ni jadi cikgu, tak dapat betul2, tipu2 pun jadi lah..


Lupa nak kongsi, adik2 ni panggil kami 'cikgu' bukan kakak ke abang..ad jg yg panggil kakak tp sikit sgt la, tibe2 sampai turn kinah semua nak panggil ustazah, ades, adik2 ni kelakar la jga..


Malam itu menyaksikan suatu pengalaman yang tak terduga buat kami...dalam sesi menenangkan mereka, fasi2 sendiri yang perlu ditenangkan, walau dalam keadaan tegang sebegitu, kinah dapat lihat reaksi shbt2 kinah yang agak terkejut kerana ini pengalaman pertama mereka berhadapan situasi seperti ini secara 'live'.


Kinah pun bukan sesiapa, tapi ini bukan pertama kali, cuma keadaan kali ini sangat berbeza dengan sebelum2 ni...terkilan sgt sbb tak dapat baca ayat kursi dengan baik dan sampai habis...


Saat keadaan jadi lebih tenang, tak pasal2 kinah pun rupanya terkena sekali...takde fasi pun perasan kinah di belakang pintu masjid seorang diri sebab tak mampu nak buat apa2, tp ada pak imam tu nampak kinah, cepat2 dia lari sambil renjis air kat kinah...huhu..


"Dik, kuatkan semangat, lawan dia..adik kuat, ingat Allah" itu kata2 pak imam tu sambil kinah di minta dia untuk ikut bacaanya bagi beberapa surah, serius, satu perasaan yang tak dapat di gambar tatkala itu.


Malam itu berakhir agak lewat....


Kesunyian melanda suasana malam tu, tiada siapa menduga ujian ini datang buat kami...benar bukan, ilmu perlu sentiasa di dada, jangan memandang remeh untuk mendalami ilmu2 berkaitan makhluk Allah ini juga.


Pagi esoknya, setelah bersarapan semua, modul mula seperti biasa. Adik2 ramai juga yang tak mandi pagi tu, haish, katanya, air sejuk...maka, hasilnya, modul bermula dalam keadaan ramai yang tak mandi, kelakar la adik2 ni. Takpe dik, akak2 dengan abang2 ni tetap sayang adik2.


Modul matematik kalau tak silap kinah mengambil tempat pagi tersebut dan modul bahasa inggeris....nasib baik darjah 6, kinah ni bukan pandai BI sangat pun.


Part paling seronok, adik2 ni dibekalkan dengan soalan past year matematik..jeng2...fasi2 yang sibuk buat soalan tu, termasuk la kinah...dah lame tak jumpa soalan upsr...


Dengan masa sesi kuiz antara kumpulan, ramai fasi tak puas hati dengan seorang adik perempuan ni, sebabnya, setiap kali soalan di ajukan, memang tak pernah ada muka lain, dia dan dia..memang dia tak bagi peluang langsung pada sahabat2 lain.


Ramai fasi geleng kepala, hebat sangat adik ni, soalan kuiz dalam BI plak tu, tp dia cool je jawab..akhirnya ketua fasi memberi arahan, "Kamu dah tak boleh jawab dah, sebab dah sampai ** soalan, bagi peluang kat sahabat2 lain" adik2 kumpulan lain suke sangat la..sian adik tu, dia pun ke belakang la..


"Exam hari tu dapat berapa matematik??" ada abg fasi yg cuba bertanya kat adik ni semasa dia ada bersama kami di belakang.


"Baru2 ni dapat 98, biasa dapat 100"selamba je adik ni jawab, huh, berpeluh kinah dengar ayat adik ni, patut la kan.....


Dalam 'keseronokan' bermodul pagi tu, ujian untuk kami belum lagi habis....penat semalam belum pun hilang, tibe2 Allah uji lagi kami semua pagi tu.


Semasa sesi modul berkumpulan, salah seorang adik kumpulan kinah pandang ke suatu tempat ni...sikit pun dia tak pedulikan kinah.


"Ustazah, tengok dia ni....dia tak dengar ustazah cakap, dia pandang kat situ.." ada seorang adik ni mengadu sambil sorang2 semakin dekat dengan kinah sebab takut jadi apa2.


Dalam masa yang sama juga, adik yang 'diganggu' ni semakin dekat dengan kinah, mata dia mula merah dan berair...dia tarik tangan kinah dan terus menjerit, dia berlari ke arah pintu utama masjid.


Huh, kinah pun apa lagi, cuba untuk tangkap dia sebab rupanya dia mencari adik yang memang selalu 'diganggu' tu. Bertempiaran semua fasi berlari ke arah adik ni, tp di sebabkan dia adik kumpulan kinah, kinah lebih rapat dengan dia.


Suasana menjadi kelam kabut semula...masa tu lebih kurang jam 10 pagi...adik2 lain lari menjerit2 sebab dirundum rasa takut lagi, maka kami kumpulkan setempat.


Dalam masa kinah cuba untuk tenangkan adik yang 'diganggu' tu, seorang demi seorang adik2 lain 'dikacau' secara bergilir malah hampir serentak...bayangkan, kami hanya dalam 9 orang, dengan 2 fasi perempuan lain yang uzur (mudah terdedah la kan), seorang abang fasi bukan muslim, kami sangat2 kekurangan pertolongan.


Boleh dikatakan, seorang fasi yang tinggal ni jaga seorang adik yang 'dikacau' ni. Pagi tu, menyaksikan beberapa bilangan adik2 lelaki yang 'dikacau' agak serius, bukan seorang tapi beberapa orang....


Suka untuk kinah kongsikan part ni, bukan apa, kisah benar yang buat kinah berfikir berjuta kali betapa Allah itu Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.


Allah mengizinkan kami berdialog dengan 'makhluk' tersebut melalui jasad adik kumpulan kinah tu, sebab adik2 yang lain alhamdulillah masih terkawal, cuma adik yang sorang ni agak serius.


Adik2 yg lain kami dah asingkan mereka dan tempat kan mereka di dalam masjid...kinah cuba ajar beberapa zikir ringkas untuk 'pagar' diri adik2 tu.


"adik2 pernah dengar tak ayat ni...(sambil kinah bacakan zikir2 tu)" kinah cuba untuk tarik perhatian mereka, tpi alangkah sedihnya respon yang kinah dapat, tiada siapa yang tahu zikir yang kinah kongsikan tu...Allahu akhbar..luluh hati ini Ya Rabb..


Jangan putus asa sakinah, ini masa Allah nak 'ajar' zikir2 tu....kinah kuatkan diri, sebab sebak bila memikirkan yang adik2 ni tak tahu zikir tersebut, kinah tak tahu apa nama zikir tu, tapi ia sebagai salah satu cara perlindungan diri.


Ia dalam bentuk lagu, macam ada rentak sikit, awal2 tu, tiada siapa dapat ikut, tapi lama kelamaan alhamdulillah, adik2 ni mula ikut sedikit demi sedikit. Bila adik yang di ganggu tu 'menjerit' memarahi bacaan2 zikir tu, semakin kuat adik2 ni membalas zikir tu.


Allahu akhbar...Allahu akhbar...Allahu akhbar...bergema lagi zikirMu Ya Allah di dalam rumahMu ini, bagi mengingati siapa Engkau Pencipta segala isi bumi ini. Tak dapat nak bayang perasaan kinah masa tu, sebab mula merasai sebak dengan alunan zikrullah dari adik2 ni.


Bila adik2 ni dah mula menguasai zikir2 tu, kinah tinggalkan mereka dengan 2 orang akak fasi tu, kinah cuba membantu adik kumpulan kinah tu.


"Kinah, kita nak buat apa lagi ni dengan adik ni..."tanya seorang fasi lelaki pd kinah, mungkin semua dah tak dapat nak berfikir dengan baik saat tu.


"Baca benda yang basic je, kinah pun dan ting tong ni, tapi jangan berhenti ayat kursi la.." itu je yang mampu kinah balas. Alhamdulillah, pg tu, kinah dapat baca ayat kursi dengan lancar..syukur sangat.


"SIAPA KAU???" salah seorang sahabat kinah 'memulakan' sesi dialog dengan makhluk tu pagi tu. Buat insan yang lemah semangat, sila jangan terus membaca... tp seronok untuk kongsi di sini.


Lama menunggu jawapan tu, sebab soalan kami hanya di balas dengan dengusan kasar dan jeritan perkataan PANAS...dengan suara yang kasar, memang boleh menaikan bulu roma.


"SIAPA KAU??"soalan tu diulang berkali-kali.

"AKU SYAITONNN....AKU IBLIS LA'NATULLAH..." kalau boleh rekod suara tu, nak je rekod, tapi sememangnya ia terekod dalam kepala ni. Bertambah seriau suara tu kinah dengar.


Ya Rabb, adakah ini benar2 makhluk yang Kau ciptakan di dunia ini?? Adakah benar kami sedang berhadapan dengan makhluk ini yang menyerap di dalam jasad adik ini?? Kau kurniakan perlindungan buat kami semua Ya Allah dari terus di ganggu...kami manusia lemah


Panjang lg la sesi berdialog kami...tapi ada certain part yg sangat2 kinah nk kongsi. ada satu lagi soalan yang kinah takkan lupa jawapannya.


"KENAPA KAU DATANG SINI??" soalan yang kesekian kali di tnya oleh fasi lelaki.

"DAH LAMA AKU IKUT BUDAK NI, AKU NAK DIA ORANG SEMUA" itu jawapan balas yang kami terima.

"KENAPA KAU NAK DIA ORANG, APA YANG KAU JANJIKAN UNTUK DIA ORANG??" soalan berikutnya.

"NERAKA, AKU JANJIKAN DIA ORANG NERAKA....(sambil makhluk tu ketawa)"


Sentap jantung dengar perkataan tu, selama ni dengar kisah itu ini, baik ceramah agama ke, hasil bacaan peribadi ke, tapi kali ini kinah dan sahabat2 lain dengar live yang sungguh tiada lainnya, syaitan memang ingin menarik umat Muhammad ini ke NERAKA JAHANAM.


Panjang lagi sesi dialog tu, tapi itu point yang antara kinah nak cuba ketengahkan. Sebab sedar tak sedar, Allah nak mengingatkan kami siapa yang paling berkuasa di alam ini kan...tiada siapa yang mampu tandingi semua ini.


Siapa sangka, program yang diadakan di masjid pun boleh terjadinya perkata sebegini. Logik akal manusia mungkin menidakkan, tapi hakikat ini terlah terjadi pada kinah dan sahabat2 sendiri. Dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang, baru semua ini selesai dengan baik, suatu tmpoh masa yang lama untuk kami 'bertarung' dengan iman.


Pengalaman kinah di tampar oleh 'makhluk' tu, antara yang kinah tak leh lupa. Masa tu, kinah jaga adik kumpulan kinah tu, sebabnya abg2 fasi yang lain sedang merawat adik2 yang lain sebab adik2 yang lain di'rasuk' sorang demi seorang. Secara purata, seorang fasi menjaga seorang adik yang diganggu pagi tu.


Memang mantap la kami diuji. Sakit sangat2 rasa ditampar kali tu, mak ayah sendiri pun tak pernah tampar muka anak dia ni, huhu... Mungkin dia marah kot, kinah keep in baca ayat2 memuji kebesaran Allah.


Dengan masa azan berkumandang, keadaan lagi jadi kelam kabut, jeritan suara 'adik' tu tersangat kuat, 'dia' macam nak lawan azan.


"SUARA APA TU, TAK BOLEH SENYAP KE? SUARA APA TU" itu yang keluar dari mulut 'adik' tu saat azan berkumandang.


Bila adik tu tenang sekejap, dia berada dalam keadaan sedar. Lega sekejap kinah di buatnya, memang kinah sorang je di sisi adik tu time tu...


"Ustazah, sakitnya...sakit sangat ustazah....kenapa 'dia' datang kat saya..." luah adik tu pada kinah.

"Sabar sayang, Allah sayang *****, Allah takkan tinggalkan adik sorang," air mata kinah mula nak keluar, tapi kinah kena jauh berganda lebih kuat, sebab masih ramai yang mengharapkan kekuatan kinah tu. Sebak sebab seawal usia tu diuji dengan ujian ni, sedih sebab hanya dia yang merasakan 'kesakitan' tu...segala perasaan bercampur.

"Ustazah, 'dia' datang......" adik tu memberitahu saya dalam keadaan lemah.


Sekelip mata, suara 'adik' tu bertukar. Tadi kinah tengok dia lemah je bila dia sedar, tibe2 jadi sangat bertenaga bila 'suara' tu bertukar. Terus kinah jerit nama sahabat kinah, sebab dia meronta dan kinah tak kuat untuk jaga sorang2.


Ada 2,3 orang fasi lelaki datang berlari ke arah kinah, dengan air di tangan tercampak ke lantai, air dalam botol tertumpah sebab keadaan kembali kelam kabut...macam mimpi pun ada.


Erm....banyak sebenarnya kinah nak cerita tentang ni, tapi tak mampu nak tulis dengan perkataan. Cuma, segala apa yang berlaku tersisip kemas dalam fikiran kinah. Allah nak tunjukkan kami sesuatu....


Setelah pulang ke kampus masing2, kinah dikhabarkan oleh sahabat kinah tu, semua fasi2 yang balik dari program tu demam....kesian shbt2. Teruskan mencari kekuatan ye shbt2.


Duhai sahabat yang sudi membca kisah ni, satu je yg paling penting kinah nk kongsi. Sesi dialog tu antara komponen penting yg nk disampaikn. Biarpun dunia beralih kepada semakin moden, tapi niat asal syaitan tak pernah berubah untuk menyesatkan umat Islam yang ad hari ini. Kinah harap, shbt2 dapat amik point2 dari kisah ni.


Sesungguhnya, kinah insan yang lemah lagi hina..mohon sudi shbt2 perbetulkn segala kesalahan kinah dan mendoakan kesejahteraan untuk seluruh umat Islam baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.


Salam Tuhan yang Esa dari kinah.....







No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi