Friday, June 11, 2010

:: Maafkan Diri Ini Sahabatku ::

Assalamulaikum pembuka penulisan,
Teristimewa buat saudara saudari,
Terasa hati ingin menjelaskan,
Apa yang terpendam di dalam hati.

Buat sahabat2, pertama dan selamanya, kinah nak mohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan diri kinah. Setiap dari kita ada kelebihan dan kelemahan tersendiri kan, dan kinah tak terlepas dari semua ini. Maafkan kinah.

Sejak akhir2 ni, entry dalam blog kinah dah banyak tersasar dari medan 'dakwah' yang ingin kinah kongsikan bersama...malah lebih kepada luahan, apa2 yang bila fikir semula, tak patut kinah tulis dalam blog ni, tp ini adalah kinah...kinah perlukan sahabat2 untuk terus tegur kesilapan kinah.

Macam entry kali ni, kinah nak berterus terang tentang sesuatu yang telah membuatkan ramai sahabat2 kinah terasa...ampunkan kinah.

Bagi sahabat2 yg ada ym kinah, ramai yang tahu status kinah, "menghitung hari PERTUNANGAN" sampaikan junior kinah pun tanya...dahsyat jg ek..

Kinah direct to the point la ek, biar kinah jernih kan keadaan....first, kinah minta sahabat2 baca link ni, insyaAllah slow2 sahabat akan faham...

Bila dah rasa tak taw nak tulis apa kat status, itu je la yang ada dalam kepala ni.

Tibe2 kinah teringat, kisah semasa tingkatan dua, kinah bergaduh dengan salah seorang sahabat baik kinah sebab masa tu ada sesuatu terjadi dalam diri kinah.

Seperti ada ketumbuhan yang membesar di bahagian perut belah kanan kinah masa tu, kinah tak boleh nak tunduk sangat, even nak duduk pun tak berapa sangat sebab sakit bile ketumbuhan tu berlaga dengan tulang rusuk.

doktor kata, once benda tu makin membesar, memang kena operate la sebab ia boleh membahayakan nyawa, benda tu ada urat2 la apa la dah ingat2 lupa...tapi

Tiada siapa yang sangka kan, ustaz yang mama bawa kinah rawat tu minta kinah amalkan ada doa sumtin la, baca doa tu sambil pegang tempat sakit tu, alhamdulillah dengan kuasa Allah, benda yang bengkak tu hilang tibe2....

Tu time sekolah, alhamdulillah, 'pertunangan' kinah tergendala sekejap....

Kes migraine kinah, jeng2....takde la doktor cakap boleh membawa kepada kematian ke apa, cuma boleh effect sampai kinah boleh lumpuh sebab ia melibatkan saraf dan saraf kinah yang belakang leher ni yang berhubung ke otak agak sempit dan tersumbat katanya, tapi lepas makan healin doktor kata saraf tu dah kembang sikit..

Bukan kinah nak tagih simpati dengan cerita2 kinah ni, tapinya nak menjelaskan betapa Allah sahaja yang Maha Mengetahui bila dan di mana kita akan dijemput...

Sahabat, maafkan kinah, bukan niat untuk mengeruhkan keadaan, jika betul kinah nak bertunang, insyaAllah kinah akan bagi tahu (tapi ada ke orang nak meminang kinah??jeng2)...

Harap sahabat2 dah jelas status kinah 'menghitung hari PERTUNANGAN'....

Salam kemaafan dari diri ini..

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi