Monday, June 21, 2010

:: Lelaki Boroi, Kenapa ek?? ::

Salam kesyukuran buat semua sahabat yang sudi menjenguk ke teratak buruk kinah ni...jemput2 la berkongsi ilmu dan pandangan daripada sahabat2 semua..

Dahsyat tak tajuk entry kinah kali ni?? lain daripada biasakan..hehe..

Apapun, entry kali ni bukan la bermakna kinah nak stereotaip pada mana2 kaum, adam ke hawa ke, cuma seperti baisa, berkisarkan kepada sebuah perkongsian untuk kita renungkan bersama dan pedoman buat diri penulis sendiri.

Kinah direct to the point je la ek, nk panjang2, banyak lagi tak study ni, khamis n jumaat ni kinah ada final exam, doakan kinah dan semua shbt2 lain ek berjaya dunia akhirat, aminnnn

Al-kisah, kinah dgn kawan kinah satu hari dulu2 ada la sembang2 tentang isu kawin semua ni la, then masuk bab ada kawan kinah si A cite yg dia takut perut naik bile dah kawin nanti la sebab dia kata, pak cik2 dia mostly lepas kawin perut naik...

Then, kawan kinah bagi satu pernyataan yang kinah tak boleh lupa...setelah dialih bahasa, maksudnya lebih kruang macam ni,

" Ayah org kate, ada satu petua utk lelaki tak 'boroi' lepas kawin, cari rezeki halal"

Apa pendapat sahabat2???

Kinah jujurnya tersentap jap, senyap juga la..."nasib baik perut abah maintain je selama ina tengok, kire abah cari rezeki halal la utk ina dan semua.." itu antra yg terawal menerjah fikiran kinah.

Buat kaum adam, kinah rasa boleh amik iktibar tntg ni, dan buat kaum hawa, tak salah kot utk dipesan buat suami2 kite nanti.

Tapikan, kinah mohon sangat, jangan cepat melatah dengan statement tu, jgn tafsir direct ek. Baca dulu apa yg kinah nk terang...

Macam ni...rezeki halal yang dimaksudkan tu bukan la merujuk kepada pekerjaan yang jual daging kerbau pendek ke daging anjing ke buka ladang kerbau pendek ke apa...

Jangan plak kate, kerja jadi kerani tu haram plak ke..bukan taw....eh faham ke ayat kinah ni??

Ok2, macam ni....

Contoh la ek, Pak Cik Odd ni keje sebagai petani, dia tanam sayur dengan semua sumber yang halal, dia ada lesen perniagaan yang sah, dia ada pekerja yang sah semua la..kire semua sah dan halal la...tapi ditakdirkan perut dia boroi...

Orang akan kata, itu adat la hukum karma lelaki, perut akan naik...tapi nak dikaitkan dengan 'petua' tu tadi, rezeki halal yang cuba dimaksudkan dari segi amanah dalam kerja tu.

Selama Pak Cik Odd ni kerja, ye la sebagai bos kepada 5,6 pekerja ke dia ada bagi arahan itu ini, then, lepas bagi arahan dia gi lepak kedai minum2 borak2 lame2....lepas tu mula lambat menghantar pesanan kat pelanggan, dia bagi alasan pekerja dia buat kerja lambat sedangkan dia yang 'terleka' kat kedai...kan dah tak amanah betul dalam kerja dia.

Contoh lain, kalo keje kat ofis...tido kat tempat keje...penat mmg penat, tp agak2 la kan. Kinah masa kerja kat tabung haji cuti ni merasaikan kepenatan tu, tp jgn sampai masa tido tu take over masa kerja kita kan.

Dalam bahasa mudahnya, dalam melakukan sesuatu pekerjaan tu, petua tak nak buncit ialah keberkatan...

Bila fikir betul2, ada benarnya apa yang ayah kawan kinah pesankan ni.

Kinah terfikir golongan nelayan...cuba sahabat2 recall semula bgmn keadaan fizikal mereka?? sekeping ke dua keping?? sekeping kan...

Sekeping sbb kehidupan dia org susah?? Sekeping sebab tak cukup makan?? Itu sebab dia orang sekeping di mata masyarakat kan...mungkin ya mungkin tidak...masing2 ada pendapat tersendiri dan benda ni subjektif.

Apa yang ada dalam fikiran kinah, berkenaan hakikat kebenaran apa yang ayah kawan kinah cakap kan ni..ada benarnya.

Kehidupan mereka yang sukar tu lah yang buat mereka sungguh2 dalam mencari rezeki. Sebelum subuh dah keluar, bila senja baru balik...hasil tangkapan plak tak menetu, kadang2 rezeki melimpah, kadang2 sederhana cukup2 utk keperluan sendiri dan kadang2 Allah uji takde pun hasil tangkapan, apa jawapan mereka?? redha...rezeki di tangan Allah.

Pesanan mereka utk anak2, belajar rajin2, jgn jadi macam ayah, kerja tak menentu...bila musim tengkujuh, hanya dapat duduk di rumah, jahit jala ke buat jaring baru..pergantungan mereka pada Allah cukup tinggi di mata kinah.

Selaku keturunan nelayan, kinah merasai sendiri pergi ke laut tangkap ikan bersama ayah, pak sedara dan sepupu. Naik bot arwah atok..kire bot generasi la. Time kecik takpe, kinah tak mabuk laut lagi, ombak tinggi pun kinah cool je lg, skrg kalau bot bergoyang, kepala kinah sekali bergoyang, pening...dah lama tak naik.

Masa nak naik bot, semua orang pakai lengan panjang, pesan abah nanti cuaca akan panas, mula la 'burn' kan...bekalan air batu mmg banyak..kami dibekalkan dengan sedikit makanan dari rumah, tapi disebabkan 'kecerdikan' kinah dan sepupu, roti2 yang ada kami cubit kecik2 dan baling ke laut utk ikan makan, kononnya umpan nak tarik ikan...

Sekali kena tegur, tangkap ikan guna jaring, jaring tu dia akan tangkap ikan yang jauh2, bukan yang kat tepi bot, maka mulalah saling menyalahkan antara satu sama lain..ades, zaman budak2. Eh apa ni, keluar tajuk..ting2..balik ke pangkal jalan.

Masa dapat ikan yang pertama tu, sangat seronok, abah siang ikan tu utk kami makan, bakar atas bot tu jg...segar yg amat tu..(gi ke laut time tu bukan la niat nk tangkap ikan sgt, tp sje bawa kmi jln2)

Ada sekali tu kami terputus hubungan dengan sebuah bot nelayan yang dalam berapa batu ntah dengan kami, gara2 dibawa arus ke macam mana, kinah dah lupa...antara bot dengan bot, berhubung guna macam walkie-talkie dengan frequensi tersendiri.

Bila dah dpt cari smula bot tu, pak cik2 dlm bot tu buat solat sujud syukur atas bot tu la...time tu dah senja2 jg la...dan kami balik ke jeti same2...even masih kecik, tak berapa nak faham, tp kini baru kinah mengerti semua aturan ini.

Maka, sama2 la kita amik iktibar dari 'petua' ni.

Tapi, kinah mohon, jangan salahkan keadaan ke atau insan ke untuk apa2 yang terjadi, mungkin masih terdapat faktor2 lain yang kinah sendiri pun tak tahu....kinah niat nk berkongsi je...terpulang pada sahabat2 utk memikirkannya..

Salam renungan salam kemaafan dari diri ini....

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi