Sunday, July 4, 2010

:: Mulianya Seorang Suami ::

Salam kedaimaian buat bulan barakah yang kunjung tiba ini...kunjungan yang sepatutnya direbut oleh segenap lapisan umat di dunia ini tak terkecuali diri sendiri.

Ampun dan maaf kerana lama menyepi...dek kerana musim exam sempena short sem ari tu ditambah pula masalah internet di rumah, benar2 menyukarkan diri ini melampiaskan buah fikiran yang Allah ingin sampaikan buat hamba-hambaNya yang disalurkn melalui hamba yang hina ini. Baru mlm ni internet ada setelah abang kinah berhempas pulas ke hulu hilir dengan modem dia ap...

Kali ni, kinah nak kongsi satu kisah benar yang betul2 terjadi di depan mata kinah sejak kinah kecik sehingga hari ini. Kisah seorang wanita tabah yang Allah uji dengan ujian hebat dan dikurniakan seorang suami yang cukup mulia di mata kinah.

Jujurnya, kinah tak ingat nama penuh bekas jiran kinah ni...yang kinah tahu, dari kecik kinah panggil dia kak piah. Kedudukan rumah kami yang terletak bersebelahan dengan bersudutkn 90 darjah benar2 menjalinkan ukhwah yang erat hingga hari ini biarpun kini terpisah jarak.

Kak piah ni boleh dikatakan pengasuh kinah masa kecik2, zaman tadika. Bila balik dari tadika, sementara nak tunggu mama balik kerja, umah dia la kinah akan tumpang. Kak piah insan pertama yang memperkenalkan kinah dan abang kepada perpustakaan. Di situ minat membaca mula tertanam.

Nak jadi cerita, kak piah seorang pelajar sekolah agama perempuan yang terkenal di pekan ketika itu dan salah seorang pelajar cemerlang dalam tingkatannya. Ibu bapanya menyara anak2 mereka dengan berniaga di pasar malam, ada kala rezeki lebih ada kala cukup untuk keluarga sahaja.

Kinah ingat lagi susunan dalam rumah kak piah...ada satu laluan tu penuh dengan bawang semua ada asam jawa, tepung dan seangakatan lah. Bila dibelek betul2 ada pintu rahsia belakang bawang tu semua, pintu yang menghubungkan rumah tu dengan rumah kak long, kakak sulong kak piah...mereka berjiran, betul2 berkembar...

Kak piah seorang anak yang baik. Allah uji dia dengan nikmat kesihatan. Memandangkan ketika itu abah di beri rezeki lebih, kami membeli sebuah kereta proton saga...itulah kenderaan yang akan digunakan untuk membawa kak piah ke klinik.

Kak piah ni Allah uji dengan 'sakit perut'..itu istilah yang kinah faham dari kecik. Dia selalu tak pergi sekolah sebab sekali penyakit itu datang, bukan sehari dua. Pihak sekolah sememangnya maklum akan hal ini.

Ada sekali tu, sebenarnya bukan sekali malah berkali, ada satu malam...tibe2 ada orang ketuk pintu rumah kami, bile buka pintu, rupanya mak cik (panggilan utk mak kak piah).

"Dhi, Sal...piah sakit lagi.....nak minta bawa dia ke klinik" itu je yang sempat kinah tangkap dalam mamai.



***********************


Masa berganti masa....bila kinah dah besar sikit dan saat kinah sedar semua ni, masa tu kami dah pindah rumah..same2 pindah rumah.

'Sakit perut' yang kinah digest dalam ingatan kinah dari kecik tu rupanya kak piah ada KANSER RAHIM....Allah....hebat ujian yang DIA atur.

Luluh hati kinah bila dapat tahu kebenaran ini yang dahulunya kinah tak faham kenapa kak piah selalu 'sakit perut'. Mama yang bagi tahu kinah semua ni.

Rahim kak piah dah pun dibuang semasa usianya belasan tahun lagi kalau tak salah kinah..lepas dia tamatkan pengajian sekolah menengahnya.

Kinah percaya, ada dikalangan pembaca kisah ini adalah seorang wanita bukan, apa perasaan bila rahim kita di buang??? Subhanallah, tak tergambar dek kata2 rasanya....

Bukankah itu keistimewaan seorang wanita???Dapat menghadiahkn zuriat suatu hari nanti buat si suami dalam keadaan penuh redha dan barakah Allah swt....

Nak dikongsikan tentang latar belakang pelajaran kak piah ni, dia seorang pelajar hebat. Even dalam sebulan dia cuma datang dua hari ke kelas, tapi hampir setiap kali peperiksaan, dia menjadi pelajar cemerlang.

Ditambah pula, rezekinya yang pernah ditawarkan untuk menyambung pengajian di timur tengah selepas tamat SPM dulu, tapi tawaran itu ditolak atas faktor kesihatan.

Tiba-tiba.....

Masa berganti masa, kinah terjumpa dia di Kuantan. Ketika kinah dan family sedang membeli barang dapur. Perjumpaan yang diaturkan DIA untuk meratib semula untaian ukhwah yang pernah bermula suatu ketika dulu.

Dia berjalan bersama suaminya....

Saat itu, kinah dah tahu tentang sakitnya tapi alhamdulillah, kak piah dah sembuh dari kanser tersebut dengan izin Allah swt. Tak tahulah, kak piah rasa atau tak, tapi kinah terlalu syahdu dalam pertemuan itu, pertemuan yang tak dirancang yang sungguh mengingatkan siapa kinah di sisi Allah.

Suami dia tersenyum kepada kami.

Ya Allah....tak tergambar mulianya hati suami kak piah ini kerana sudi menerima kak piah biarpun kak piah sudah tidak lagi punyai 'kantung rezeki' itu...mulianya suami ini kerana benar2 menerima kak piah kerana Allah...mulianya suami ini kerana redha dengan takdir qada' da qadar yang diterimanya.

Melihat perwatakkan suami kak piah yang insyaAllah mantap iman dan aqidahnya, kinah dan keluarga sentiasa berdoa akan kesejahteraan kak piah...banyak pahala Allah nak bagi kat kak piah....


Duhai diri bernama lelaki, tanya pada diri jika kalian diuji begini...
Bertemu jodoh dengan insan yang tak mungkin melahirkan zuriat buat dirimu,
Beristerikan seorang wanita yang hilang sebahagian 'anugerah'nya,
Bertemankan sepanjang hidup insan yang mungkin menjadi
punca perbalahan dirimu dengan keluargamu,
Apakah insan bernama lelaki ini masih sudi menerima wanita ini??
Sejauh mana, sedalam mana kuatnya dirimu untuk berdepan keadaan ini??
Tanya pada diri.....



Bagi kinah, kinah amat mengagumi pasangan ini. Biarpun kinah tak kenal sangat dengan suami kak piah, tapi insyaAllah, kinah tahu Allah pasti akan hadiahkan suatu yang tak ternilai setelah menguji kak piah dengan ujian yang hebat.

Tau sesuatu tak, saat ni, kinah segala memori kinah melihat kak piah dalam kesakitan sedang ligat berputar di minda ini...terasa masih segar benda ni berlalu biarpun saat semua ini berlaku kinah baru berusia 5 tahun..kinah masih ingat...sakitnya melihat kak piah menahan 'sakit perut'nya itu...Allah...Maha Mengetahui...

Sahabat, kinah percaya, setiap dari kita mempunyai impian untuk mendirikan rumah tangga, mempunyai pasangan yang halal dan seterusnya...

Andai Allah uji KITA sebegini,
Mana KEPERCAYAAN kita pada DIA tika itu agaknya....

Andai Allah uji KITA sebegini,
Mana UKHWAH kita pada DIA tika itu agaknya...

Andai Allah uji KITA sebegini,
Mana CINTA kita pada DIA tika itu agaknya...

Andai Allah uji KITA sebegini,
Mana IMAN kita pada DIA tika itu agaknya...

Apakah redha sebagai balasan??
Apakah ikhlas masih teralas??
Apakah cinta masih berlandas??
atau
Apakah tangisan sebuah rungutan sesalan jadi hiasan....

Subhanallah.... Alhamdulillah.... La ilaha illallah.... Allahu akhbar....

Tiada siapa yang tahu siapa kita, bagaimana kita di masa hadapan melainkan DIA Maha Mengetahui....

Salam perkongsian untuk renungan bersama, ampun dan maaf dari diri penulis....

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi