Wednesday, July 7, 2010

:: Kebesaran Ciptaan Tuhan ::



Assalamualaikum wbt shbt2 semua....bagaimana keadaan shbt2 saat ni?? Kinah alhamdulillah...cuma biasa la sedang amik lesen 'suri rumahtangga' ni lain macam skit. Mama kinah tak berapa sihat hari ni, dah dua hari dia tak pergi kerja..

Al-kisah, petang tadi mama minta kinah pergi ke Kuantan untuk amik cermin mata mama yang kami tempah last week..smlm org kedai tu call maklumkn dah siap...maka berangkatlah daku seorang diri ke Kuantan.

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30minit untuk sampai ke kedai cermin mata tu, kinah cuba menghayati keadaan sekeliling yang ada di sepanjang perjalanan.

Sedar tak sedar, kinah dapat satu bayangan..ececeh...bayangan la plak..sakinah mengarut di situ ye...

Kinah nak share sumtin tentang perkara yang bermain dalam kepala petang tadi time drive tu. Mungkin ada shbt2 yg dah lama memikirkan ini, tapi kinah petang tdi tibe2 terfikir kejap. Jom same2 berkongsi...give and take la kan.

Air dan tebing....

Tu bukan peribahasa ye, tajuk ringkas tentang apa yang kinah nak kongsikan...dapat agak dah?? Tahniah2, hebat la shbt2 ni...

Kedudukan geografi tempat tinggal kinah yang dikelilingi oleh sungai dan pantai lah yang kinah rasa mempengaruhi kinah untuk bercerita tentang ni.

Sekarang, jom same2 kite bayangkan sebuah sungai...kinah tak nak shbt2 terbayangkan sungai yang dasar dia batu2, tapi sungai yang kiri kanan dia pasir...kalau ada beting pasir sekali pun takpe.

Eh jap, kite skip cite tu, kita explore zaman kanak2 jap ek zaman darjah 6 dlu.

Pernah tak buat experiment atau baca mn2 ke tntg kepolosan pasir?? Mcam penapis air la... Imagine kan macam kat dalam gambar ni, tapi takde la secomplex macam ni kan experiment nye dlu...

Ok...

Biarpun pasir tu kasar ke halus ke, air yang dialirkan tu tetap boleh mengalir kan?? Tuang dari atas, keluar kat bawah...tuang dari bawah, bawah juga keluar (yang ni saje je...).

Dah dapat gambaran kan...kite kembali ke cerita sungai yang ada pasir tu. Bayangkan sungai tu mempunyi isipadu sekian liter ke galon air kan, tapi selama air tu ada kat sungai yang didasari dan di dindingi pasir tu...air tu tak melalui ke butir2 pasir dan turun ke bawah??

Maknanya kepala kinah ni fikir apa taw, secara logik kinah yang sah2 tak berilmu sangat tntg ni, air tu mesti la lalu kat celah2 pasir then turun ke dalam perut bumi melalui lapisan2 tertentu.

Bila dah air tu serap, macam mana sungai tetap ada air?? Bumi tak jadi 'lembik' atau 'cair' ke bila terlampau banyak sangat air serap masuk kat dalam perut bumi ni??

Nak gambarkan betapa kinah tak matang, kinah fikir apa taw, air tu macam disejat bila sampai kat dalam bumi sebab suhu yang tinggi...ada yang jadi likat sebab bercampur dengan apa2 hasil yang ada dlm tanah ni ke then keluar melalui larva la...teruk kan kinah ni berfikir.

Tapi.....

Apa yang sebenarnya nak kinah sampaikan adalah betapa Maha Hebat Allah yang merancang semua ni. Allah tak perlukan dinding konkrit untuk jadi tebing sungai untuk halang air tu meresap ke apa, tapi kehebatan Dia mengatasi segalanya..

Kinah bukan mcam blogger lain, hebat dengan ayat Al-Quran dan hadis sebagai hujah, kinah akui kelemahan kinah itu, tp insyaAllah selagi mana yang kinah tahu, kinah kongsikan.

Tujuan kinah bercerita tu even dalam imaginasi yang agak mengarut, tpi sedikit sebanyak 'mengarut' tu yang bawa kinah mengakui kehebatan Dia sebab segalanya tak pernah tercapai dek akal fikiran manusia....

Mungkin ada pembaca ni dari geologist ke yang lbh arif dlm ilmu ini, sudi kirenya berkongsi segala yang shb2 tahu.

Satu lagi, air tawar dan air masin tak bercampur...rasanya dah ramai tahu hakikat ini kan.

"Dia membiarkan dua lautan mengalir yang kedua-duanya kemudian bertemu. Antara kedua-duanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing" [Ar-Rahman 55 : 19-20]

Ini satu lagi kisah kinah nak share....

Pensyarah kinah Prof. Datuk Dr. Mohd Yusof Bin Othman merangkap Pengarah Institut Islam Hadhari UKM merangkap pensyarah Teknologi Tenaga Suria kinah...ada kisah tentang ni.

Dia seorang pensyarah yang amat kinah kagum...admire habis la...nak ceirta tentang prof ni boleh buat satu entry khas plak rasanya...bnyk cite tntg dia sbb dia amt bnyk ilmu yg dikongsi dgn pelajarnya...

Kembali ke pangkal jalan..

Ada satu kelas dgn prof ni, dia buka kisah air tak bercampur kalo mempunyai suhu berbeza ke masin dengan tawar tu la...rujukan utama sudah tentu ayat tadi.

Ada fakta menarik yang kinah ingat sampai hari ini iaitu tentang air sejuk dengan air panas.

Sebagai ahli fizik, dia kata benda basic macam ni kami patut kuasai, tapi kinah tersentap sebab...meh kinah cite....

Dalam satu gelas, mula diletakkan air panas untuk separuh yang pertama, then air sejuk untuk sepruh yang kedua...maka penuh la gelas tersebut...

Kalau kite biarkan gelas tu selama sejam tanpa buat apa2 atau nak kacau ke, then kita akan dapati air tu akan jadi sejuk kan??

Prof tu explain pada kami, jika dikaji betul2, sebenarnya air panas dan air sejuk tu tetap tak bercampur..ketumpatan berbeza, tapi macam mana boleh jadi sejuk??

Sebab telah berlaku proses pemindahan haba mengikut hukum termodinamik..nak cite hukum termodinamik ni kang pun boleh buat satu entry, shbt2 taw dah kan..

Proses pemindahan haba tu berlaku dengan cara haba mengalir dari cecair yang bersuhu tinggi ke bersuhu rendah...dari situ, sedikit demi sedikit dalam proses pemindahan tu akan ada tenaga yang terbebas dan secara tak langsung air akan menjadi sejuk la..

Hebat tak hebatnya statement dalam Al-Quran, benda ni baru manusia jumpa dalam abad 16 ke 17 mcm tu...

Maka, dapat disimpulkan betapa hebatnya setiap yang Allah ciptakan. Segalanya bergantung pada kita untuk berfikir dan memikirkan akan kebesaran ini, bukan untuk apa tapi melonjakkan tangga iman ke peringkat yang lebih tinggi insyaAllah..

duhai sahabat duhai diri....Allah tak pernah menciptakan sesuatu dengan sia2, maka sebagai hamba yang pernah menandatangani 'kontrak' denganNya, jangan pernah persiakan segala yang ada...

Mohon diperbetulkan mana yang silap, mohon berkongsi ilmu di dada dan mohon ampun...kinah manusia lemah yang masih perlukan shbt2 semua dan sudah tentu Dia yang Esa...

Salam perkongsian...

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi