Tuesday, January 12, 2010

**Diari Seorang Hamba**

Salam kerinduan pada ujian yang tak henti kunjung tiba. Sungguh, benarlah, ujian itu ditimpakan pada hamba-hamba yang terpilih sahaja. Salam kerinduan juga pada blog yang amat dicintai ini, bahasa kasarnya, dah 'bersawang' blog ni, lama tak kemas kini.

12 januari 2010...

Pagi tu, lepas kelas habis jam 9 pagi, sy ke wisma aman sebab kereta kinah kena clamp petang semalamnya lagi. Nak uruskan clamp tu, agak memakan masa utk pergi ke sana, maka junior sy la tempat sy minta tolong.

Segala wang di dalam dompet digunakan untuk membayar 'denda' tersebut.

Sy perlu menyelesaikan sesegera mungkin clamping tu sbb sy dan dua orang coursemate sy akan pergi ke rumah coursemate kami kerana ayahnya meninggal dunia petang semalamnya. Rumah dia terletak di linggi.

Lepas settle hal kereta, kami rasa tak selesa kerana semua yang ada hanyalah kaum hawa, kalau boleh kami mencari kaum adam yang boleh mengiringi perjalanan kami. Serius, sy dh agak serik+takut nak travel jika semua kaum hawa...(teringat peristiwa kat gombak, ada motor follow kami, siap ketuk cermin tingkap kereta even masing2 tengah drive)

Bertolak la kami ke linggi...Cari jalan punya cari jalan, maka kami sampai di rumah sahabat kami. Masa tu, rumah agak lengang sebab masing2 di tanah perkuburan lagi.

Kami berbual dengan beberapa mak cik yang ada...banyak juga info2 yg sy belajar dari mereka, bukan apa, pengalaman org lama ni lain, jauh berharga.

Bila sahabat kami pulang dari tanah perkuburan, jelas terpamer garis-garis kepenatan+tak cukup rehat+mata bengkak dan segala bagai di wajah dia dan keluarganya. Tabah sungguh mereka.

Masa kami menyalami dirinya, tiada setitis air mata pun tumpah, malah sy yang berair. Dia masih ceria, periang seperti biasa. Namun, manusia bukan, tiada siapa yang tahu di dalam hati. Sedih juga la sy jadinya...

Setelah semua saudara mara sampai di rumah sahabat kami, ada disediakan sedikit makan2 untuk saudara mara. Dan saya bersama sahabat lain makan satu hidang bersama atuk sahabat kami tu.

Alangkah tersentuh nya saya, melihatkan perilaku sahabat sy tu yg menyuap adik bongsunya. Adiknya tu baru 6 tahun kalau tak silap sy, seperti tidak begitu mengerti kehilangan insan bernama ayah..seleranya tak berkurang, ikan masin menjadi pilihan si kecil itu.

"Tau tak, jam arwah papa dia dah 'cop' awal-awal...dia pakai jam tu sejak semalam lagi, tak buka pun lagi," itu kata2 sahabat sy, memberitahu bahawa adiknya sangat menyayangi jam arwah papa mereka.

Bertuahnya adik, ada seorang kakak yang amat penyayang. Seorang kakak yang sangat tabah. Mungkin itu hikmah terbesar saya tidak mempunyai adik, kerana belum tentu saya mampu menjadi kakak yang baik. Tapi, sy rindukan adik2 sy...walaupun bukan adik kandung...

Melihat raut wajah ibu sahabat sy, benar-benar membuatkan sy teringat mama di rumah. Apa agaknya reaksi saya dan mama jika kami kehilangan abah tanpa di duga.....

Sungguh, saya tak pernah bersedia untuk ini semua dan rasanya seperti tidak mampu untuk bersedia. Namun, hakikat sebagai nyawa pinjaman, nak atau tidak, bersedia atau tidak, segalanya pasti akan berlaku, cuma masa yang akan menentukan.

Pernah suatu ketika dulu, sy terfikir, andai suatu hari nanti saya berpeluang bernikah, sy mesti cuba untuk terus menerima hakikat bahawa saya boleh kehilangan suami itu bila2 masa. Maka, kasih dan sayang pada insan bernama manusia tidak boleh melebihi kasih dan sayang pada pencipta insan yang beranam manusia itu tadi.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali.

Segala kenangan silam berputar di memori ketika itu. Peristiwa menyaksikan arwah atuk meninggal depan mata, segala proses menguruskan jenazah, darah yang masih mengalir ketika kafankan arwah ayah saudara saya, segalanya bermain satu persatu seperti filem di dalam kepala.

"Manusia yang paling cerdik, adalah manusia yang sentiasa mengingati mati"

Setelah itu, kami undur diri terlebih dahulu. Biarlah sahabat itu tenangkan diri, rehatkan diri dan habiskan masa yang lebih banyak bersama keluarganya.

Ujian belum tamat untuk kami.

Dalam perjalanan pulang, seorang sahabat kami mencadangkan utk kami solat zohor terlebih dahulu di surau berdekatan. Surau itu di kunci, hanya boleh menggunakan kawasan luar sahaja, muslimin mungkin tidak jadi satu masalah, tp muslimat???aduh...

Surau satu hal...

Kami terlajak simpang keluar. Agak jauh kami terlajak. Ntah kenapa tiada siapa yang sedar. Sangat jauh perjalanan kami dari simpang asal....aduh...ntah macam mana ada yang boleh sedar yang kami dah tersasar.

Dalam perjalanan patah balik, minyak memberi amaran. Lampu amaran tangki minyak mula berkelip-kelip...alamak, dah la susah nak jumpa stesen minyak ni, macam mana plak ni. aduh...

Serius, agak jauh kami pusing. Bila dah tanya orang kat kedai, dia memberi jawapan yg stesen minyak tu ada di suatu tempat yang memerlukan kami patah balik ke tempat yang kami terlajak simpang tadi, Ya Allah, sempat ke minya kereta aku bertahan??

Masa tu, memang sy betul2 redha, apa nak jadi, jadi lah. Dengan kelapa sawit kiri kanan, nak jumpa kedai pun susah, apatah lagi nak jumpa stesen minyak.

Sampai satu stesen minyak di pekan kecil ni, akak kat stesen minyak tu angkat tangan menandakan minyak dah habis. Hah??akak, biar betul..

"Dik, datang semula lepas maghrib ke lepas asar ke, minyak dah habis la dik..."ringkas akak tu meningkah harapan saya...sabar...

"Stesen minyak yang paling dekat dengan sini kat mana ye..berapa jauh dari sini??" soal saya.

"Adik jalan je terus ni....terus je..nanti akan jumpa petronas, dalam 10km dari sini"

10 km???sempat ke kereta sy bertahan. Sebab tu saya betul2 redha time tu, kalau mati tengah jalan, saya terima seadanya....cuak+berdebar, semua ada.

Dalam segala perasaan tu, sempat juga la saya 'muhasabah' sebentar. Apakah sebenarnya Allah nak mengajar saya cara kita perlu benar2 pasrah dengan ketentuan Dia?? Apakah Allah menyusun sesuatu yg sy masih tak faham maksudnya, tapi tujuannya untuk saya ingat siapa saya di bumi ini??

Tadi, kami ziarah sahabat kami yang baru kehilangan ayah, dan sekarang ujian minyak kereta nak habis. Apa maksud aturan Dia ni??

At last, kami jumpa jg petronas yang di cari. Dan akhirnya kami jamak di hentian seremban je..

" Katakanlah : ' Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanyalah kepada Dia orang-orang beriman harus bertawakal" [ Al-Tawbah : 51]

Tawakal + redha + berlapang dada....apa lagi istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan betapa adunan segala sifat itu penting dalam menyelak halaman kamus kehidupan seorang hamba.

Kamus kehidupan yang tak pernah sunyi dari mehnah yang tiada siapa tahu bila, kenapa, mengapa, di mana...semua lah sehingga lah sudah jatuh di timpa tangga..segalanya di pertegaskan dalam Al-Kahfi ayat 7 yang bermaksud :

" Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang lebih baik amalannya"

Salam peringatan buat diri yang jahil ini...moga ujian yang kunjung tiba menjadi tangga kita memanjat kemanisan iman di samping memperdalamkan rasa kehambaan dalam diri, amin.

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi