Wednesday, July 20, 2011

:: Part 2 : Aku Seorang Yang Nakal ::

Ada satu hari tu, hari hujan…..mama keletihan sebab baru balik kerja malam daa…abah pula bekerja di kuantan masa tu, hanya menggunakan sebiji motor je, sian abah sebab dia terpaksa berulang untuk mencari rezeki sejam lebih. Malah, abah masih lagi berulang dari rumah ke tempat kerja yg mengambil masa sejam 30 minit sampai sekarang, hampir 20 tahun…tapi abah tak pernah mengeluh, malah setiap kali balik masih dengan senyumannya….abah…..argh, babak sedih la pulak. Lupakan sebentar, ‘aku’ tak nak menangis dalam episode ini ye.


Sambung balik. Hari hujan lebat. Satu je bermain di kepala, nak mandi hujan. Jeng2…… Mama dah pesan awal2 jangan keluar rumah, mama mahu berehat, tapi apakan daya, anak2nya masih kanak2, gelora di dada tak dapat dibendung lagi, perasaan memberontak, jiwa terseksa…argh….azam dikuatkan, semangat dipadukan… ‘aku’ dan abang menjadi sahabat baik, sahabat baik yang sentiasa tolong menolong antara satu sama lain, tolong cover line, tolong bagi duit, tolong ringankan denda, tolong segala hal la. Ce bayangkan pintu rumah kampung, rumah ‘aku’ masa tu tersangat la kampung. Pintu rumah yang tinggi yang amat dan kami kanak2 kecil yang ketot je. Menggunakan peralatan yang ada, meja ABC, rotan abah, kami panjat dan cuba menjolok kunci pintu dan…. Taarkkk…kunci pintu terbuka. Yeay!! Tapi jeritan itu sekadar menjadi jeritan batin kerana tak mampu untuk dizahirkan…hehe. Projek bermula.


Tapi ingat, zaman dulu punye hujan tak macam zaman sekarang. Zaman sekarang hujan asid, sebab udara pe sume dah tercemar, dulu kalau balik kampung ayah, ayah yang suh kami mandi hujan, gi gali keledek dalam hujan la, gali ubi la, bersihkan kandang lembu arwah aki la….seronok….selipar memang dah ntah ke mana, budak sekarang tak merasa dah semua ni, kan….


Kembali kepada cerita. Bagaikan rusa masuk kampung je kami…eh, mana plak rusa masuk kampung, bagaikan ayam yang berlepas dari rebannya….itulah kami, excited ya rabbi. Kedudukan rumah yang sangat strategic membuatkan pelbagai perkara boleh dilakukan. Sebelah kiri rumah kami dah la rumah terbiar, situ tempat mamat dadah lepak….depan rumah plak ada macam padang…itu lembu suka datang ragut rumput, sisa2 kumbahan dari lembu pun ada ditinggalkan sebagai kenangan di situ. Disebabkan morfologi padang tu agak melengkung, maka terdapat takungan air di tengah2 padang itu. Air itu yang sudah pasti menjadi larutan kepada bahan2 kumbahan lembu, menjadi daya tarikan kepada ‘aku’ dan abang. Masa tu, takde istilah, “ei….gelinya……”. memang takde istilah tu dalam kamus hidup kami.


Setelah menikmati perasaan berbasahkan air rahmat itu di rumah kawan2 kami, yang terletak di sekeliling kawasan rumah, padang itu menjadi sasaran. Yeay….. biarpun tiada rakan lain yang join sama, argh…peduli apa, ‘aku’ dan abang tetap meneruskan hasrat tersimpan. Air takungan itu menjadi kolam tempat kami bersiram hari itu. Yea…bersiram…suuriram..ram..ram..suuriram….suuriram yang manis….argh, tak tahu ‘aku’ lagu tu sangat.


Biarpun kedalaman air tu tidak mampu membuat biasan cahaya yang baik, tapi itu bukan factor penghalang untuk mengurangkan minat kami. Lupa nak bagi tahu sesuatu, disebabkan ayah adalah dari keluarga nelayan, maka, kami dari kecik telah dicampakkan ke sungai Pahang untuk belajar berenang dengan tunjuk ajar ayah. Maka, ilmu takkan berguna andai tak diaplikasi, betul tak…betul kn…hehe. Maka, berbekalkan ilmu yang ada itu, ‘aku’ dan abang membuat penyelaman di kolam yang tak berapa nak dalam tu. Penyelaman cari apa, tak tahulah…Mungkin lebih kepada untuk berlawan, siapa yang boleh tahan nafas lebih lama dalam air.


Dan sesungguhnya, kemahiran itu sangat2 penting. Penting tatkala terlihat susuk tubuh yang amat kami kenali berdiri di muka pintu rumah kami. Tubuh seorang wanita yang amat kami sayangi.


Saat terlihat susuk tubuh itu, menggunakn segala pengalaman yang ada, ‘aku’ dan abang menenggelamkan diri di dalam kolam yang indah lagi permai itu. Itu dipanggil sebagai camouflage bagi seorang kanak2, haa..jangan main2, kecik2 kami dah belajar pasal semua ni, sains tu.


Tapi, berstatuskan sebagai junior, ‘aku’ tak mampu menjadi juara pada hari itu. Aku menang di tempat ke dua, dan abang menjadi juara. Kalungan medal kami di hadiahkan dari sekali lagi VVIP tercinta PUAN SALEHA MOHD YUSOFF. Kalungan medal dihadiahkan di hadapan pintu rumah yang sudah tersedia tangganya, dimulai dengan sang juara yang berada di tangga teratas manakala ‘aku’ berada di belakangnya, menunggu giliran untuk di sarungkan medal. Argh, sungguh bertuah kami pada hari tu, kerana pengalaman menyelam dalam kolam yang indah lagi permai itu ‘dihargai’ dengan dihadiahkan pingat mengikut pangkat masing-masing.


Penghargaan kepada kami selaku juara tidak tamat di situ sahaja, malah hingga ke belakang tabir kami diberi hadiah yang pelbagai. Air mata terharu, bangga, semuanya menitik-nitik…air mata sang juara!!!! Selari dengan penghargaan yang kami terima itu, maka menandakan pertandingan sudah tamat. Kolam sudah mulai surut dan impian ‘aku’ untuk gergelar juara terpaksa dipadamkan, kerana memang sampai bile2 rasanya title no.2 adalah milik ‘aku’.


~sambung part 3~

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi