Wednesday, July 20, 2011

:: Part 3 : Aku Seorang Yang Nakal ::

Tiada siapa yang mampu memahami betapa indahnya duduk di rumah kampung….tersangat best!!! Nak buat apa pun, buat la, janji jangan merisikokan diri sendiri. Tapi sekarang semua dah terbalik. Kampung ke Bandar ke, bahaya sama je, tapi ‘aku’ ada menyimpan satu hasrat, ‘aku’ sebenarnya nak …………………………. Kampung. Teka la sendiri.


Andai di kiri rumah adalah rumah kosong, tempat lepak penagih dadah, di kanan umah adalah umah pengasuh ‘aku’ dan abang andai mama kerja siang, depan rumah padang, belakang rumah plak dah lembah…tau lembah tu apa?? Biawak jangan cakap la, mama kata, ‘aku’ masa kecik tak pandai sebut biawak, ‘aku sebut ‘iayak’….lebih kurang macam tu la. Adui. Jap, sebut tentang biawak ni teringat kes botol susu. Haha, ni kes memang segan la. Dalam family, ‘aku’lah insan yang paling lambat bercerai dengan botol susu, 6 tahun pun minum susu botol lagi tu, adui. Ada sekali tu, mama suh baling botol susu tu kat belakang rumah. Dalam botol tu penuh lagi dengan susu masa tu. Botol itu pun dibalingkanlah oleh ‘aku’, dengan juraian air mata, hati tak rela, tangan terpaksa juga digerakkan……suara semakin kuat, menjerit, meraung sebab dah takde botol susu. Tapi, akal seorang kanak2 bernama ‘aku’ tak menghalang untuk terus mencapai impiannya. Dengan perasaan ketakutan kepada ‘iayak’, diberanikan juga diri ke lembah itu mencari kembali botol susu yang dibaling tadi. Yeay!!! Berjaya menemuinya. Tapi, ketahuilah, itulah saat bercerai yang sebenar-benar. Rupa-rupanya, gerak geri ‘aku’ diintip oleh PUAN VVIP, bondaku. Adui, kantoi!!! Selamat tinggal botol susu. Moga anak ‘aku’ tidak mengikut jejak yang satu ini…huhu.


Kembali cerita asal…suke benor memesong. Nak dijadi ke cerita, di antara rumah ‘aku’ dengan rumah terbiar tu, ada pokok jambu batu….ni jambu batu versi warna merah punye ada kuning punye pun ada. Jambu nye kecik comel je, takde biji. Kaedahnya, sile panjat pokok, petik dan terus makan ye. ‘Aku’ tak tahu bagaimana keadaan batang pokok jambu yang lain, tapi pokok jambu yang ada kat umah ‘aku’ masa tu batang dia licin sikit. Nak panjat perlukan kemahiran yang tinggi. Pagar rumah kat tepi tu dah bengkok habis, di jadikan sebagai tangga untuk panjat pokok ni….anak sapa yang buat pagar tu jadi macam tu tak tahu lah…(cea..tak nak mengaku tu).


Dah nama kanak2 kampung kan, ofkos la ada geng sendiri. Dengan rumah kampung yang ala2 tinggi gitu, kalau berdiri bawah rumah xyah tunduk kepala kot, sebab lantai rumah memang tinggi dari tanah. Maka, berbumbungkan lantai rumah, di situ menjadi medan kami main masak2….tempurung2 yang ada dijadikan periuk. Bila dah main tempurung, ada ulat itam kecik-kecik tu, gatal kot. Tapi, semua itu tidak menjadi halangan bagi ‘aku’. Namakan apa resipi sekali pun, semua kami pernah main masak2, tapi bahan2 tetap sama…pasir, batu2 kecik, rumput2 skit, ulam2 yang tumbuh meliar….ulam pegaga paling banyak tumbuh kat tepi tangga umah, besar2 plak tu, petik, basuh dan makan….pergh, awet muda tu.


Bila dah habis main, main lagi. Main benda lain plak. Panjat2 pokok. Yeay!!! Suke2. Pokok jambu itu sudah tentu menjadi pokok kegemaran kami. Ambil giliran untuk panjat pokok tu then pergi kat dahan, dah agak2 dah sampai kat dahan yang lembut, terjun ke bawah. Cabarannya, siapa yang berani terjun dari dahan yang paling tinggi….huhu. Terbaik la kan. Tempat landing dah la berkapetkan rumput hijau yang sangat lembut itu, terbaik kan!!


Nak jadi ke cerita, saat tibanya ‘aku’ punya giliran untuk memanjat, segalanya bermula. Langkah pertama sudah pasti panjat pagar dulu, itu tangga wajib. Ntah langkah ke berapa, kaki tersangkut di tengah dahan, celah dahan. Kan dari batang pokok ada cabang2 kan, kaki tersangkut kat tengah2 cabang tu. Pergh, sakit jangan cakap. Tapi, ini hero kampung la…tak main nak nangis2 depan geng. Adui. Bila masing2 cuba tarik kaki tu, rasa terharu dah, tapi sayangnya sebab semua tak lepas untuk tarik. Paling kagum, nak tarik kaki dalam keadaan berdiri, dah la tengah2 dahan pokok. Pergh, ‘aku’ tak lupa sampai sekarang.


Paling bersejarah, bila saat meruncing. Saat keadaan seperti betul2 tak mengizinkan kaki itu tercabut dari celah dahan itu. Seorang demi seorang geng lari dan akhirnya tinggal ‘aku’ dan abang. Inilah member terbaik dari ladang. Abang cakap, ‘aku’ terlekat kat celah dahan tu lama…..serius tak ingat lama ke tak. Tapi paling rasa lama bila abang pun hilang sama, tak tolong adik. Bayangkan seorang kanak2 yang comel terlekat kaki di celah dahan pokok keseorangan, dan semua lari, tiada siapa yang datang kembali menghulurkan bantuan. Saat dan ketika kejadian tu berlaku, terasa la sedih, tapi saat tangan ni menaip mengingat kembali peristiwa itu, hanya rasa nak tergelak je la.


Akhirnya, setelah teriak demi teriak memanggil nama VVIP, akhirnya heroin muncul. Mama…..yea….suke2. Tapi, kedatanganya, dimulakan dengan bebelan….hahaha, adui. Bak kata mama, muka aku dah sememeh dah masa tu. Taw sememeh tu apa??? Cari sendiri la….


Setelah bersusah payah, akhirnya kaki ‘aku’ Berjaya di cabutkan dari celah2 dahan pokok jambu yang penuh memori itu. Tapi, sepanjang berada di atas pokok tersebut, sempat juga la membahan 2,3 biji jambu untuk din gap atas pokok tu. Sesungguhnya, semenjak peristiwa itu, ‘aku’ sudah tidak berani lagi memanjat pokok itu, andai mengidam nak makan jambu pun, ‘aku’ cuba melompat setinggi mungkin untuk mencapai dahan untuk dipetik buahnya. Biarpun pokok jambu tidak lagi ‘aku’ panjat, tapi pokok asam jawa dan pokok buah katak dekat rumah nenek belakang rumah itu pula yang menjadi tempat melepas gian. Sungguh, kanak2 tak kan pernah berhenti cuba membuat yang terbaik kan…. Pokok buah katak itu jangan di tanya buah tu macam mana, ingatan ‘aku’ sedikit di makan usia, sudah melupakan sedikit rupa bentuk buah itu sebenarnya, yang ingat, warna hijau dan rasanya masam2 pahit. Kenangan pokok jambu terpahat padu di jiwa. Don’t do this at home!!!! Peace……



~part 4 lambat sikit menyusul.....penulis ada komitmen lain yg perlu diutamakan, apapun doakan penulis dapat present dengan baik ye~

2 comments:

  1. tak nafi penulis adalah seorang yg agak nakal suatu ketika dlu, tapi berikan masa pada penulis untuk menyambung kisah kenakalan ni, kerana di akhir nnti, penulis ingin kongsikan sesuatu, sesuatu di sebalik semua kisah ni....

    apapun, kadang2 seronok dapat berkongsi siapa penulis suatu ketika dlu...

    terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak ni....

    ReplyDelete

Jom berkongsi