Wednesday, July 20, 2011

:: Part 1 : Aku Seorang Yang Nakal ::

Ya, memang seorang ‘aku’ itu nakal orangnya. Aku yang bernama manusia ataupun insan. Ntah mengapa kata-kata pensyarahku berkumandang di telinga ini…


“Dalam hidup ni, kadang-kadang tak best juga jadi baik sangat, kena ada nakal skit, baru warna hidup. Nanti bila dah keluar habis belajar, at least ada benda yang akan kita ingat, iaitu ‘kenakalan’ kita”


Kenakalan….kata akarnya adalah nakal….definisi nakal adalah jauh sekali jika dibandingkan dengan jahat. Kerana, bagi ‘aku’, kanak-kanak mahupun remaja hari ini, bukan lagi nakal, tapi boleh mencapai taraf ‘jahat’. Argh, siapa ‘aku’ untuk mengatakan seseorang itu jahat… ‘aku’ baik sangat ke?? ‘aku’ Cuma nak menggambarkan bahawa betapa masyarakat hari ini tidak lagi dipenuhi nakal yang baik. Nakal pun ada baik buruknya ke?? Memang ada. Nakal zaman dulu bukanlah nakal sampai tahap ‘dewa’ jika ditafsir mengikut kamus muda mudi hari ini. Nakal zaman dahulu, nakal yang benar-benar mengikut naluri seorang kanak-kanak. Naluri yang tidak sedikit pun membawa kepada kurang ajar terhadap ibu bapa mahupun menjadikan keadaan seteruk kes bunuh.


Nakal ‘aku’ bagaimana??? Yang ‘aku’ tahu, nakal ‘aku’ paling teruk adalah masa zaman tadika, sekolah rendah, malah ‘aku’ akui, sedikit sebanyak terbawa sehingga sekolah menengah malah masih tersisa hingga kini, ketika aku berusia 21 tahun 9 bulan.


Segalanya bermula ketika sedari ‘aku’ kecil kerana seingat ‘aku’, ‘aku’ dibesarkan bersama-sama seorang abang, yang sudah pasti adalah lelaki. Kiri kanan aku adalah lelaki. Di tadika, memang ‘aku’ bertadika versi agama gitu, iaitu PASTI….tudung bulat, lipat tudung pun bulat…segalanya bulat. Tapi, memori ku masih terpahat betapa ‘aku’ tetap sebahagian daripada lelaki.


Paling memalukan apabila seorang rakan tadikaku yang sama-sama bersekolah rendah denganku, masih mengingati beberapa kenakalanku di tadika sewaktu kami sama-sama masih kecil dan peristiwa itu masih diingati dia hingga saat ini. ‘Aku’ berkawan dengan semua, tapi saat balik ke rumah, itulah paling terbentang siapa ‘aku’. Kawan-kawan abang adalah kawan ‘aku’ juga. Main masak, pun jalan…. Mandi lumpur, pun jalan…. Mandi hujan dekat padang yang penuh najis lembu, pun jalan…. Main bola, tukang bagi semangat kat tepi je la kan…. Ponteng mengaji, pernah sekali je dalam seumur hidup, itupun sebab abang hasut… dah la ponteng mengaji, lepas tu gi main kat semak depan balai raya , takde rasa bersalah…pun jalan….tapi, ni part antara the best, sebab betapa kanak-kanak dulu sangat kreatif. Menggunakan lalang-lalang yang ada di depan balai raya tu, kami ikatkan untuk dijadikan pistol, buah lalang tu adalah peluru kami…kanak-kanak sekarang ada taw buat?? ‘Aku’ berani jamin, tak jumpa dah…


Part tak best, tok cik yang mengajar mengaji tu buat report kat mama daaa….itulah sehari dalam seumur hidup ‘aku’ dan abang ponteng mengaji. Tak berani buat dah lepas tu….


Hari esoknya tu, ‘aku’ dan abang gi mengaji di eskot oleh VVIP iaitu PUAN SALEHA MOHD YUSOFF, mama ‘aku’ daa…. Mama hantar sampai dalam pagar umah tok cik tu, punye tak percaya kat anak-anak dia yang terlajak nakal skit semalam tu. Ish…ish…. Anak sape tu daa….


Part nakal lain, korek duit tabung. ‘Aku’ dan abang ada tabung tersendiri, ala zaman dulu kan ada tabung macam bangunan tabung haji tu…. ‘aku’ punye warna itam putih, abang punye warna biru gelap kalau tak silap. Disebabkan ‘aku’ ni berjimat skit compare dengan abang, maka duit ‘aku’ banyak la sikit dari dia, sampai sekarang abang ungkit tu kisah ni, adui. Sesungguhnya, abang ‘aku’ bertuah ada adik macam ‘aku’ sebab, ada satu hari tu, abang nak minta duit, dia minta duit adik dia. Adik dia yang lurus dan sayangkan abang ni, korek la duit tabung tu.


Cop, perasan tak sumting?? Macam mana nak korek duit tabung tu?? Tabung tu sah2 la berkunci kan… Maka, nak diberitahunya, sejak dari kecil, dua beradik ni sudah mahir melakukan kerja2 teknikal sebab tu dua beradik ni amik fizik sekarang. Si adik berusaha bersungguh-sungguh membuka tabung tu demi memberikan berapa posen dah lupa pada si abangnya. Duit belanja kat tadika bukan banyak pun masa tu, dalam 20sen je sehari, kalo dapat 50sen sehari, orang kaya baru dah tu…. Tapi dulu, eskrem 5 sen pun ada lagi masa tu, tak luak la duit. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, dapatlah si adik memberikan duit pada si abangnya. Tapi, si adik ni tak reti menipu mak ayah. Esoknya dia memberitahu mama yang dia telah mengorek duit tabung…..mama dapat mengagak bahawa itu adalah arahan si abang. Maka, dua beradik itu mendapat kad kuning dari mak ayahnya, nasib baik tak dapat kad merah. Ades.


‘Aku’ terselamat sedikit sebab mama dengan abah tahu, ‘aku’ banyak di hasut abang. Tapi, ketahuilah sesungguhnya ‘aku’ tak pernah serik.



~sambung part 2~

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi