Wednesday, July 1, 2009

**Belajar erti kesabaran**

Salam, durian oh durian.....

Semalam..sy sekeluarga bertolak pulang ke kampung kami yang terletak di Maran, Pahang je. Perjalanan yang mengambil masa cuma 90 minit....kire brape jam tu kah...

Kali ni, perjalanan kami sunyi skit sebab takde apa sangat yang kami bualkan dalam kereta. Biasanya slot dalam kereta ni, mama yang akan take over untuk tanya perkembangan anak-anak dia..tapi mama penat sgt semalam, sian mama.

Sejak abang terlebih kemahiran bawa kereta ni, setiap kali kami nak gerak mana2, abang yang drive, abah dah duduk sebelah je...biar la abah rehatkan...

Sampai dalam kul brape x pasti dah..cuma main point yg sy nak share kali ni kes....DURIAN...

Apa kaitan durian dengan tajuk post nie??? Mungkin ada yg boleh teka dah kan.. Selari dengan musim durian masa sekarang nie, jadi kami pulang ke kampung utk menikmati nikmat Tuhan yang amat istimewa nie.

Pembuka selera kami adalah laksa...memang sedap.

Sepupu sy yang memulakan sesi makan durian...abang gi pilih durian kat garage kereta kat luar. Biasa je time tu, takde perasaan...

Bila bermula turn sy makan, sy nekad nak buka sendiri durian tu. Baru rasa nikmat bile buka sendiri.

Tapi, cubaan pertama sy mengambil masa yang boleh tahan lama sebab memang tebal kulit durian tu. Tak tipu, memang tebal. Masa tu memang dah geram dan kes durian tu juga buat saya hampir putus asa.

Sepupu sy, " Ina, sabar...sabar....muka macam dah geram sangat tu...durian tahun ni semua susah nak buka..,"

Time tu lega skit, oo..kira bukan kes sy salah buka la, memang kulit durian tu yang prob.

Sambil buka tu, kepala sy menerawang.... Teringat Prof Izi dulu time kat Cameron Highlands, antara kata2 yang melekat dlm kepala nie, " Orang yang berjaya adalah yang berjaya mengawal EQ...emosi...paduan dengan solat..."pe kaitan sabar dgn solat??Renung2kan dan selamat beramal.....

Erm....SABAR ye sakinah.....hanya kerana nak makan durian... Durian??? Berapa ulas je yang ada dalam sebiji durian yang comel tu...tapi...disebalik susunan duri yang tajam itu, ada ilmu yang Allah ingin hadiahkan kepada diri ini..

Mungkin kes sy buka durian tu boleh di jadikan analogi untuk kenal erti kesabaran. Bukan analogi kepada insan yang x berkesempatan makan durian.. :-)

Bukan apa, kalau kerana nikmat dunia yang sikit tu, manusia boleh bersabar mencuba selagi daya, kenapa tidak kita mengaplikasi semangat sabar ni dalam mengutip bekal di dunia sana.

Sebab, 'ku akui..kelemahan diri, ku insafi kekurangan diri, ku kesali kejahilan diri (ciplak lirik nie..) bila mengawal emosi...kadang2 sy tewas dengan perasaan MARAH yang 'menyerang' diri.

Sebagai tambahan,ada hadis berkisar kes ini....
"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)


SABAR ye sakinah....sy kena sabar...sy harus sabar....

Tibe2.....

Apa komen shbt bile nampak gambar nie??Ini betul2, bukan cobaan...(dialek film P.Ramlee). Kucing ni kepunyaan sepupu sy, kucing ni di beri nama Kelabu, tp anak buah sy panggil dia Labu..adui..mcm2..

Mak sy amat tertarik dengan kucing nie. Sebab rase kelakar sgt kucing makan durian. Even manusia sendiri pun ada juga yang tak makan durian.

Ada kawan sy, dia memang takleh bau durian, bau je muntah..masa F5, dia memang tak boleh masuk bilik kami sebab ada shbt yg bawa durian...

Kucing ni memang boleh tahan juga la dia makan. Sy sempat hulurkan pada dia 3 ulas durian, yang sepupu sy bagi pada dia, sy tak kira plak.

Hasil paduan dua buah keluarga...

Ni la hasil dua buah keluarga yang kempunan durian. Ni semua hasil arwah atok dan ayah andak sy yang tanam pokok durian di belakang rumah kat kampung.

Antara yang mengajar erti kesabaran juga bila basuh tangan....sy tak sedar pun tangan sy terluka. Pedihnya....luka di tangan kanan dan kiri...

Sungguh, dalam perjalanan pulang, sy termenung dalam kereta. Betapa cantik aturan Allah.

Sedar atau tak, setiap 'peristiwa' yang berlaku ni, sebenarnya didikan untuk hambaNya untuk kita berfikir. Didikan untuk manusia menjadi positive thinker. Benar la, setiap yang terjadi ada hikmahnye..

Shbt sy yg kini belajar di Australia pernah mengingatkan sy, "Kinah, ingatlah, kita ni sentiasa belajar, di ajar dan mengajar". Simple but practical and the most important thing is, it's very realistic.

Sebut kembali tentang marah, sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

Cantiknya Islam....dari hasil kajian sainstifik, ada banyak reason kenapa kena duduk, selepas tu kalau tak hilang, baring pula...sy tak jumpa sumber tu sy dapat dari mana, tp ni la Islam, sentiasa mendahului sains yg sebenar.

Tapi, sy percaya, shbt tahu sedikit sebanyak kan kenapa bila kita marah, kena minum air ke duduk ke....rasanya ilmu itu masih segar di minda2 kita semua.

Kalau di rumah, di mata sy, mama merupakan pengamal 'petua' ini yang setia. Masa kecik dulu, mama dah pernah dedahkan perkara ni pada sy dan abang. Cuma dulu tak percaya sangat. Sakinah, bare in mind, the only solution is, back to the Quran.....

Renungan sesaat untuk kita muhasabah diri, amat bermakna kan...

Sahabat, asif sangat, sy bukan sesiapa, sentiasa melakukan kesilapan, namun masih dan sentiasa masih mencari lagi ISLAM yang sebenar.

Harap, kehadiran shbt2 dapat membantu sy....Tegur2 la sy...

Jom makan durian....hihi......

7 comments:

  1. salam..mia kn yg xleh bau durian haitu?

    ReplyDelete
  2. salam..a'ah..mia...
    kak cik..maaf la kalo kamu baca poat nie...
    mnta halal ek..

    ReplyDelete
  3. hihi...xpe, kalu mia mrh, btau sy...

    ReplyDelete
  4. haha...kinah akuh tahu sape?
    lalala~mia...haha...2 vote for mia...taniah..heeee~

    ReplyDelete
  5. hehehe..
    sian mia...
    sowi kak cik ek..
    nnti kalau mengidam durian dtg la umah sy..
    2 vote 4 mia....

    ReplyDelete
  6. ho0o0...
    pandai ea k0rank???
    at least k0rank ingat mia kan???
    nmpak sgt mia drindui..
    lalalallal~

    ReplyDelete
  7. oo..mia ke yg x leh mkn doyan tu..
    ahaha~
    rugi bgt mia
    huhu~

    ye, mia diridui
    hee..

    ReplyDelete

Jom berkongsi