Thursday, August 6, 2009

**Kenapa ia bermusim??**

Assalamualaikum wbt...kaifa haluk ya sohabati??

Entry kali ni sy nk 'meluahkan' perasaan geram atau dengan bahasa lain kecewa sy tentang sesuatu. Sesuatu yang selama ini, kita selalu dengar dan kita pernah buat....tapi, keadaan masa kini seperti melupakan perkara itu.

Apa yang sy cuba maksudkan??

Cuba teka... apakah itu???

Maaf, sy bukan nak menuding kepada sesiapa, tapi saya rasa kita kena flash back semula benda ni. Manusiakan tak terlepas dari peringatan, jadi kali ini mungkin sy ingin sama-sama memperingatkan kepada sahabat mahupun diri saya sendiri.

Ia berkisarkan boikot barangan Israel. Selamatkan Palestine. Saya sangat tak faham kenapa ia harus bermusim....

Bermusim yang sy maksudkan ialah, umat hari ini hanya memboikot ketika kempen itu sedang hangat diperkatakan, seolah-olah kempen itu perlu setiap hari dan masa.

Teringat suatu ketika dulu, kempen besar-besaran untuk memboikot barangan Israel diadakan, segala poster mahupun risalah diedar atau ditampal di mana-mana, time tu juga lah ramai yang kata, ini tak boleh beli, itu tak boleh beli, macam-macam la tak boleh beli, tapi sekarang, dah boleh beli ke??

Adakah kita nampak kesengsaraan saudara-saudara kita itu kian malap?? Andai tentera Amerika umumkan mereka akan berundur, adakah itu maksudnya kita sudah dapat 'green light' untuk menyambung membeli barangan keluaran mereka??

Sy sgt la pelik bin hairan tentang ini. Teringat satu artikel yang sy pernah baca, dalam masa 6 bulan umat Islam memboikot barangan Israel ini, mereka dah kerugian 4.1 juta.

Bila dengar perkataan juta, macam banyak je kan, tapi itu mungkin hanya 5% je dari sumber mereka, tapi takpe, at least kita kurangkan juga 'sumber' mereka tu dengan memboikot, tapi sekarang??

Sy dah tak dengar lagi istilah, eh, jangan beli itu, kita kena boikot....sungguh, sy dah tak dengar. Sedih sgt rasanya, adakah ia perlukan musim memboikot tu kembali lagi?? Di mana semangat nak membantu ekonomi Islam??

Andai la sahabat rasa kata-kata sy ni keras, perkatakanlah...sy terima, sy cuma nak menukilkan kekecewaan sy. Kebenaran memang pahitkan....

Sama seperti filem FITNA, yang dihasilkan di Belanda. Semangat memboikot barangan Belanda hanya seketika cuma je. Filem pendek itu cukup mendatang fitnah kepada Islam, tapi umat Islam hari ini masih lagi bermusim.

Semasa filem itu terhasil, masih sy ingat lagi, ada pasaraya yang tampal notis terang-terangan bahawa ini barangan Belanda, elakkan membeli. Walaupun dia masih jual, tapi sy puji la pasaraya itu sebab dia ada inisiatif.

Cuma, apa inisiatif kita hari ini untuk semangat memboikot tu?? Adakah menjadi lafaz yang tersimpan??(macam tajuk lagu nasyid plak kan). Atau sekadar lafaz yang terlafaz di bibir tapi bukan pada kaki dan tangan kita yang bergerak??

Sy seorang hamba yang lemah, terlalu banyak kekhilafan, terlalu banyak leka, sebab itu sy terlalu banyak dosa....sama-sama la peringatkan sy. Bila fikir tentang ni, sy memang sedih sangat. Maafkan sy ye shbt, andai kata2 sy terlalu tajam.

Harap isu ini dapat dipertimbangkan semula dalam diri setiap daripada kita ini. Biarkan ia sentiasa menjadi 'reminder' tiap kali kita 'bershopping' membeli barang2 keperluan.

Benar, musim tuding menuding memang takde, cuma musim memboikot itu sepatutnya tidak wujud lagi, sama-sama la kita semarakkan kembali perasaan nak memboikot barangan-barangan yang sama sekali tujuannya untuk memusnahkan umat Islam sendiri.

Umat Islam umat berhati mulia,
Setiap geraknya diiringi zikir dan tasbih,
Semangat memboikot perlu bermula,
Agar umat tidak merasa pedih.

Bukan masa salahkan siapa,
Tapi tanggungjawab kita bersama,
Berpeluk tubuh tidak terasa,
Kerana kita manusia alpa.

Rahmat dan berkat menjadi matlamat,
Bekalan untuk di bawa pulang,
Amalan hidup biar bersyariat,
Agar Islam terus menjulang.













p/s : mungkin kita bukan sesiapa, tapi sumbangan dalam memboikot ini merupakan antara lagkah yang baik untuk kita membantu Islam walaupun kita bukan terlalu mewah. Cubalah sedaya mampu...

Maafkan sy....


No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi