Saturday, September 19, 2009

**Bila Diri Terkenang Sesuatu**




Salam alaik shbt...bgmn keadaan fizikal dan mental shbt tatkala ini?? Andai soalan itu ditanya pada sy semula, jawapannya, kedua2nya kurang stabil. Bgmn hari konvo shbt??

Saat entry kali ini ditulis, sy amat la pasti, kedua ibu bapa sy sedang lena diulit mimpi setelah penat memerah keringat sepanjang hari ini. Dan sy pasti jg, abg sy belum tido, dari dalam bilik sy, boleh dengar lagu2 yg abg pasang, malah sebentar tadi baru je abg tanya sy kuih tat sy simpan kat mana..sah2 dia belum tido.

Kenapa sy belum tido?? Mcm2 bermain d fikiran. Rasa rindu pada blog ni pun ada... Baru siap kemas rumah lagipun...biasalah, ni la kehidupan bila 'ramai' adik-beradik, al-kisah, sy pula tunggal perempuan, mmg mantap la kerja yg menanti dlm rumah ni.

Eh jap2...ada sstu sbnrnya sy nk bercerita kali ni. Hari ni, sepanjang siang hari, keja kami semua tak lari dari dapur, baik abang, abah, sy apatah lagi mama. Mama mcm biasa, chef kami, abah plak uruskan daging dan seangkatan dengannya, abang plak buat pertama kalinya dia turun dapur tlg kupas bawang..waa...amazing tu... ni la penyakit bila org nk kawin, bila dh nk kawin baru nk blajar tlg semua ni, sian kak huda (bakal isteri abg, insyaAllah).

Dan kinah?? 1kg bawang merah, 7 labu bawang putih, 20 batang serai, 3 inci halia dan beberapa helai daun kunyit...semua itu daku perlu menghirisnya sehalus mungkin....inilah padah bila pandai mengorder sbb sy yg request dgn mama utk masak rendang apa ke nama tu ntah...then mama kata, kalo adik nk makan, adik siapkan la bahan...bahan2nya semua yg tersebut di atas tu. Tp, mmg tu la rutin kami sekeluarga di petang raya.

Macam2 aksi hari ni kami sekeluarga membuat kerja di dapur. Abg tak sabar nk komen rendang yg di masak dan sibuk suruh puji sup tulang yg dia tolong kacau tu...ei...geram betul sy dgn abg. Ayah tak kering bagi petua cara potong daging agar betul2 empuk dan masak sepenuhnya. ye la, dulu main potong je, rasa bentuk tu comel je, jalan.....tp, salah rupanya...hehe...

Time berbuka tu, tibe2 jadi sebak. Sebab, ini buka yg terakhir bg ramadhan kali ini. Adakah kami sekeluarga akan berjumpa dgn ramadhan akan datang?? Ya Allah, izinkan lah hambaMu terus mengecapi nikmat di bulan yg mulia ini, amin.

Mak ada la bagi tazkirah skit time berbuka kali ini. Mmg control habis muka, sbb tak nak nangis depan rezeki. Abg plak tak habis2 buka kisah dia beraya di plantar minyak tahun lepas, dia kata sedih sgt beraya kat sana....dah la kat sabah, jauh jg la kan. Makanan tentulah perkara utama yg abg pentingkan, dan makanan di sana amatlah tidak kena dengan tekak dia. Itu lah abg, kuat makan orgnye...mak pernah panggil dia apa taw, naga sungai pahang....sebab semua dia makan kecuali kayu dan batu je.

Time tu jg sy tinjau, apa lagi urusan dlm rumah ni yg masih belum selesai...satu, satu masuk dalam list kepala sy, sbb mama mmg penat sgt dah. Abah mcm biasa, dia adalah insan yg paling pendiam dlm keluarga kami. Dia tak banyak cakap, kalau dia ketawa pun, macam tak dengar je suara dia, sgt unik. Tp anak2 dia, masyaAllah, kecoh kot...nk pulak time kami bergaduh, mmg bising la rumah, walaupun 2 org je adik beradik.

Saat terdengar takbir raya dari surau dari perumahan depan, time tu, hanya sorang je yg bermain di fikiran sy, arwah bohwe sy. Insan yg amat garang, muka dia macam semua org salah, suara da sgt la tegas, tp bila dlm solat je, bila mengaji je, dia la yg akan paling banyak menangis. Suara arwah bila azan, subhanallah, sgt la sedap. Arwah ajar kami mengaji, rotan panjang tak lepas dari tangan dia. Tp, setiap kali takbir raya, suara dia lah yg akn sentiasa terngiang di telinga sy. Suara dia yg sebak sambil meneruskan laungan takbir dalam rumah, suara sebak time dia mengetuai bacaan tahlil di kubur arwah isterinya, semuanya bermain di fikiran sy.

Arwah bohwe.....walaupun sekejap sy membesar dgn dia, tapi segala kenangan tu tercalit indah dalam memori minda sy. Sy dapat rasakan segala kasih sayang yg dia curahkan kepada semua cucu2 dia.

Time dengar takbir ni jg, sy terbayang sesuatu. Suara seorang lelaki yg akan mengetuai sy utk sama2 melaungkan takbir ini dari rumahku ini. Suara seorang lelaki yg mampu mengingatkn sy bahawa ramadhan akan berlalu pergi tanpa memberi khabar yg pasti saama ada akan berkunjung lagi di suatu hari nanti. Suara yg benar2 meruntunkan jiwa keegoan sy yg amat tinggi ini. Suara seorang insan bernama suami....


Bunyi macam kelakar, jgn plak ada yg menyindir sy tntg ni. Itu perasaan sy utk di kala itu dan tersimpan sekelumit perasaan utk mengharapkan ia menjadi kenyataan, but, i know who am i. Sy sedarkan semula bayangan ini dengan mengingatkn diri, aku tak layak utk lelaki sebegitu.

Ok2, tutup kisah 'bayangan' itu. Sambung kisah malam raya kami sekeluarga. Sy tanya mama lagi, nk buat kerja apa lagi, then mama kata, nk mandi kn HAWA.... abg dh jerit sbb abg tak terlibat dlm proses memandikan hawa.



Hawa adalah seekor kucing kacukan yg dibeli abg utk dihadiahkn kpd mama. Sbb mama selalu keseorangan di rumah, jadi abg nk hawa ni menemani mama tatkala mama berseorangan di rumah. Hawa mmg jaga mama, sebab hawa selalu buat mama ketawa, mama senyum...kalau kami balik, hawa seolah cuba menarik perhatian semua org...

Time nk mandi dia kali ni, agak mudah. Kelakar kan, bukan manusia je raya, tp kucing pun nk raya jg...nk wangi2.... time mandi ke kucing pun mama sempat berpesan kpd sy macam2 perkara. Segalanya tentang ramadhan yg akn meninggalkn kita. Betapa manusia lebih dimanjai dengan mood raya lebih dari rasa pilu ditinggalkan ramadhan....sejajar dengan itu, kedengaran bunyi mercun di sana sini.

"Org melayu kaya sgt la tu, dah takde tempat nk menghabiskn duit,so beli la mercun buat bising" ayat abg...

Terasanya diri ini. Nyaris sy nk membeli bunga api dan mercun time nk balik ke pekan ni. Sbb nmpk banyak sangat jual kat bangi hari tu. Kinah main mercun?? Kinah main bunga api?? Biar betul?? Kalau beli pun, may be main bunga api sorang2 je kot. Mercun tu simpan, bg kat cousin, main kat kampung....biasanya mcm tu la...jgn la beli mercun bola ke ketupat ke, setakat mercun gasing tu ke, dah la kan....sj nk melepaskn rindu zaman kanak2.

Tutup kes mercun. Lepas satu keja siap, so sambung yg seterusnya. Turn menggosok plak. Abah telah menghadiahkan sy 3 helai baju melayu, 4 helai kemeja, abg plak 4 helai kemeja dan sepasang baju melayu utk sy gosokkan.....ya ampun, sikitnya....Sbb time sy nk start menggosok tu, hanya ada 2 helai baju melayu dan 2 helai kemeja, tibe2, ayah dan abg keluar dari blik masing2 dengan membawa baju2 itu. Apakah semua ini???

"Kenapa banyak sgt??? Ada lagi tak?? kang kata aina tak tolong gosok baju plak..." hehe ayat nk kenakan pemberi baju....

"Ala, adik gosok semua ni sekali, kan senang, nnti abah boleh pakai je, tak yah dah nk suruh adik gosok lagi...adik boleh buat keje lain," simple je ayat abah...

"Nak tambah lagi boleh??" soalan yg sgt bijak dari abg.

Takpe2, bila lagi nk cari pahala dgn ahli keluarga kan, dah la jarang balik, pastu, sejak form 1 kot dh duduk hostel, so bila ada masa bersama, manfaatkn la kan. Itu antara pesan seorang shbt sy. InsyaAllah akn sy cuba sebaik mungkin.

Pepun, moga ramadhan kali ini benar2 mampu mentarbiyahkan setiap daripada kami agar menjadi muslim sejati.

Sahabat, diri ini bukanlah manusia sempurna yg lahir tanpa cacat dan cela mahupun noda dan dosa, diri ini penuh dengan kehinaan dengan segala kesilapan dan kecuaian yang mungkin dibutakan oleh keduniaan, insan yang hina lagi lemah ini memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan rangkuman segala aspek...

Sy, shakinah sukardhi, memohon jutaan kamaafan dari semua pihak yang mengenali diri ini. Segala keterlanjuran, salah bicara, segalanya, sy benar2 mohon ampun dan maaf. Halalkan segalanya dunia dan akhirat. Dan sy sentiasa sedia memaafkn shbt semua walaupun sy tahu, sy terlalu berdosa dgn shbt semua. Maafkn sy...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN





No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi