Sunday, September 6, 2009

**Muhasabah di jalan raya**

Salam wangian ramadhan...bgmn shbt2 menghiasi hari2 yg masih berbaki ini?? Semoga kita semua tidak tergolong dlm golongan yg mensia-siakan bulan ini.

Ingin sy kongsikn bbrpa kisah yg telah sy alami sendiri sejak semalam dan hari ini. Mungkin, boleh dijadikan pedoman buat kita semua juga...apa pun, jutaan kemaafan andai susunan ayat2 sy ini tidak menyenangkn shbt2..

Semalam, sy dan abah keluar ke Kuantan utk mencari barang keperluan masing2. Tapi, semalam jugalah merupakan hari shopping bg kaum adam dlm keluargaku. Semalam jg la abgku bershopping....spt biasa, tugas sy jadi 'penasihat' tntg pemilihan warna baju, corak baju, jenis kain, design keseluruhannya....mama tak ikut sebab mama kurang sihat..

Destinasi kami, Mega Mall Kuantan. Abah kata, kalau tak jumpa jg baju yg berkenan, kita pergi East Coast Mall, sebuah shopping complex yg baru diwujudkan di Kuantan. Tp, jujurnya, sy kurang senang ke sana kerana suasana yg kurang mesra rakyat....

Objektif kami, nk cari kemeja dan seluar utk abah, abg plak cari kasut dan t-shirt...tp semua ni takde kena mengena dgn 'baju raya'. Sempat jg abg 'belek' jubah utk mama, sy sendiri tak perasan kewujudan kedai jubah itu melainkan abg yg memberitahu. Tp, takde saiz utk mama sbb mama terlalu comel....

Al-kisahnya, apa yg sy nk kongsikan adlh bbrpa iklan yg menghiasi beberapa buah kedai dan jalan di Kuantan. Erm...agk sedih bg sy walaupun sy percaya empunya iklan itu bukan dari bangsa dan agama sy.

Ada satu iklan ini, tulis, offer utk satu jug minuman keras pada harga yg istimewa sempena hari kemerdekaan dan 1 Malaysia. Sy ada mengambil gambar tersebut, tp takut utk meletakkan dlm blog ini.

Benar, itu mungkin hak mereka, tp adakah ini cara kita meraikan hari kemerdekaan negara yg ke 52?? adakah ini tanda kita merayakan keharmonian negara selama 52 tahun ini?? adakah ini cara kita semua menjadi satu malaysia???

Sy agak terkilan....shbt, bersyukurlah, kita dilahirkn dlm agama yg paling diredhai Allah, agama Islam. Namun, jangan mengharapkan agama keturunan ini membuatkn kita berada di 'safety zone' dlm melayari kehidupan sbg insan di muka bumi ini.

Bukan takde cara lain utk meraikan semua ini bukan...Islam agama yg lengkap segala tunjuk ajarnya... Sy masih ingt masa di matrik dulu, semasa briefing usrah, ada shbt memberi tahu, "Percaya tak kalo ana kata, dlm AL-Quran ada ajar nk buat roti??", lebih kurang mcm tu la ayat dia...sy ni yg sgt jahil ini, mula bertanya pd diri...rupanya, dia menjelaskn, dlm Al-Quran, ada ayt yg menyuruh kita bertanya kepada orang yg lebih tahu tntg apa yg kita tak tahu.

Nah....kan dah ada jawapan...

Banyak lagi la iklan2 yg tidak menyenangkn sy, sy amik gmbr semua iklan itu, tp maaf, sy tak berani nk meletakkan dalam blog ini, takut boleh diambil tindakan pula. Tak terkecuali, gambar ketika kami melintasi kedai nombor ramalan...@ nombor ekor...insan di dalam kedai itu, tak terkecuali jg kaum sy sendiri...sedihnya.....semoga hidayah Allah milik mereka suatu hari nanti, amin.

Itu kisah jalan2 sy pada hari semalam. Ini sy nk kongsikan kisah jalan2 sy hari ini.

Jam 6.05 petang, sy capai kunci motor dan helmet...sy minta izin dgn mama dan abah, sbb mereka pelik sy sampai pakai helmet, biasanya sy tak pakai. Jadi, bila pakai helmet, maknanya, sy akan bergerak jauh. Memang, sy akan bergerak ke Taman Maulana utk cari roti john....ada org mengidam roti john dlm rumah ni...hehe...

Belum sempat masuk jalan raya utama lagi, sy dh nyaris accident. Sy tak dapat kawal motor sebab ada sebuah kereta kancil dari arah berlawanan masuk ke lorong sy tanpa bagi apa2 isyarat. Nyaris nak terbabas ke gerai yg jual kuih kat situ. Nasib baik ada pak cik tolong angkat motor sy. Paling menakutkn sy, ada 2 org anak muda ini mengejar kereta kancil tersebut kerana pemandunya buat tak endah je peristiwa tadi.

Dalam masa yg singkat, 2 org anak muda itu 'mengheret' pemandu kereta kancil itu bersama seorang wanita dan meminta dia minta maaf kepada sy...tp, alangkah sedihnya sy....

"Ala, takyah la nk minta maaf dgn 'ustazah' macam ni...berlagak baik...habis semua orang nk simpati kat dia.."

Kata2 itu lebih sakit berbanding kaki sy dihempap motor tadi...Ya Allah, sy tak mnta sesiapa pun tolong ke apa ke, tambah2 plak 2 org anak muda itu, yg mengejarnya tadi...tp...ayat dia, sgt menghiris sy...

Takpelah, inikan universiti tarbiyah....ikutkan hati, memang nk menangis kat situ, tp lupakan lah...

Sy meneruskn perjalanan dgn penuh rasa berterima kasih pd pak cik dan pemuda itu. Terasa tibe2 menyusahkan banyak pihak. Pak cik itu sebenarnya, suami kepada sedara mama...kami memang kenal, cuma namanya sy lupa...

Perjalanan ke Taman Maulana masih jauh, bila di lihat meter motor, 60km/j....kenapa rasa bergoyang je motor ni..berdebar jap satu badan. Dah lama tak bawa motor, slalu bawa dlm kawasan perumahan je, paling tidak 40km/j je.... Semakin lama, semakin kuat bergoyang....ya Allah, memang aku yg lama tak bawa motor atau keadaan motor mmg mcam ni...bermonolog sy dlm hati jap.

Time tu jg, terlanggar lubang...aduh, sakitnya terhentak. Saat itu jg, teringat abah. Sbb dulu abah terpaksa berulang alik dari rumah lama kami ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikalnya selama sejam lebih setiap kali perjalanan demi membesarkan anaknya. Tak terbanding dengan sakit sy terhentak tadi, terjatuh tadi...semuanya tak terbalas.

Masih sempat sy mengimbau semua ini di atas motor. Terbayang shbt2 muslimin yg majoritinya memiliki motor sendiri di kampus. Terbayang kisah senior sy yg berulang ke Pahang dengan motornya....macam2 kisah bermain di fikiran tatkala itu. Betapa mereka sebenarnya mempertaruh nyawa ketika di atas jalan raya ini, walaupun kadang2 kecuaian itu datangnya dari pihak lain.

Tak semena-mena, rombongan Dato Seri Najib lalu....dgn polisnya, dgn bodyguardnya, dgn ahli rombongan lainnya, ramaila.....tak pasal2 kena 'mengecilkan' diri di tepi jalan sebentar..

Mgkn shbt akan kata, kinah ni, macam dah takde kisah lain je nk cerita dlm blog. Tp, andai shbt betul2 meneliti cerita ini, banyak benda yg boleh memuhasabahkan diri kita. Sebagai pengguna jalan raya, hatta pejalan kaki sekali pun, setiap gerak kita, kalau kita melihat sekeliling, melihat peristiwa yg berlaku di sekeliling kita tu, semuanya boleh di ambil iktibar bukan. Baik sekecil perkara sekalipun.

Kisah sy yg hmpr accident tu, mgkn silap sy jg, sbb kurang peka dgn keluar masuk kereta, dan tak sedar yg kereta tu dah overlapping lorong sy...sama2 kita muhasabah semula...

Kisah sy bawa motor terasa melayang tu, sy cuba bandingkan dgn hamba Allah yg ditakdirkan utk meneruskn kehidupannya dgn 'sebiji' motor yg dimilikkinya. Sbb saat sy terasa melayang tu, dah mcam2 sy fikir...tp, shbt2 yg meneruskn hidup dgn motor, dh mengalami lebih dari apa yg sy rasa...

Tibe2 teringat kata2, "Jalan raya utk dikongsi bersama"..memang...memang betul..jalan raya di sini boleh dianalogikan sbg jalan hidup...andai seorang terpesong, seorang ter'accident', peranan yg lain utk membantu...bukan sekadar memperlahankn kenderaan utk melihat, itu namanya menambahkan kesesakan, tp, paling tidak, sentiasa dan sentiasa berdoa yg terbaik, berdoa tntg keselamatan kita bersama.

Semoga perjalanan kita semua dalam rahmatNya sentiasa....sy mohon ampun dan maaf andai kata2 sy kurang sesuai dgn arus pemikiran shbt2....mohon ditunjukkan jalan yg benar....

Salam muhasbah di jalan raya..

No comments:

Post a Comment

Jom berkongsi