Thursday, March 18, 2010

**Bila Hati Dibius Pernikahan**



Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia

isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia khadijah

tidaklah setakwa aisyah

pun tidak setabah fatimah

justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman

yang punya cita-cita menjadi wanita solehah

pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajipan bersama

isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya

isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya

isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya

isteri adalah murid, kamu mursyidnya

isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya

saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya

seketika isteri menjadi racun kamulah penawar

bisanya seandainya isteri tulang yang bengkok

berhati-hatilah meluruskannya

pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita

perlunya iman dan takwa

untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T

kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana

justeru, kamu akan tersentak daripada alpa

kamu bukanlah Rasulullah S.A.W pun bukanlah Saidina Ali

suami akhir zaman yang berusaha menjadi lelaki soleh...amin...


p/s : sejak akhir2 ni, sy dan beberapa sahabat mmg tak boleh mendengar kisah2 senior ke atau mana2 shbt yg sudahpun berumahtangga..terbit rasa cemburu, teruja, semua ada...kelakar kan, macam dah takde bahan lain untuk dimuatkan je dalam blog nie...but this is me, sakinah... Jauh di sudut hati ni, hanya Allah sahaja yg tahu kenapa sy amat2 'merindui' zaujan saya, yang ntah siapa empunya diri tu...aku tidak mahu calari 'cinta' yg tersimpan ini utk zaujanku Ya Allah..

Susah ujian utk tahan iman ni ek...ish2..dahsyat..dahsyat....

Ni satu lagi perkongsian, sy copy dari blog shbt sy, menitis jg air mata baca 'mesej' di bawah ni. Ada masa diri ini akan di refresh dengan membaca 'mesej' ni agar sy tak lupa siapa empunya CINTA yang sebenar....

Pada saat itu,Jiwa saya bergelora,
Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon Sony Ericsson
Model Walkman W200i ditekan
------------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...

Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...

Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkanku,
Bidadari di dunia dan diakhirat,
Yang kenikmatannya lebih kekal abadi.....
Amiinn...



1 comment:

Jom berkongsi