Sunday, March 28, 2010

**Diari Seorang Hamba**



Salam kerinduan buat ujian yang kunjung tiba....

Kali ni, xde apa sangat yang hendak sy kongsikan, mungkin lebih kepada luahan sy..sekali kenal sy ni, macam seorang yang banyak mulut, tak reti nak senyap kan...cite itu, cite ini, tapi kalau ikutkn, tak semua sy mampu bercerita dgn org.... Banyak jg memendam rasa sebenarnya.

Khamis minggu lepas, kinah dgn partner kinah, uma bertungkus lumus menyiapkan projek Kaedah Berangka yang due datenya jumaat tu, tp kami nekad nk siapkan khamis tu jg. Sungguh, banyak juga ujian nk siapkan projek tu, tp biarlah, adat menuntut ilmu kan..

Buat sahabat2 coursemateku, mira, najah, dan sam,teruskan perjuangan, anggap apa yg terjadi tu sbg mehnah utk kita reflek semula diri kita...kinah pun bukan sesiapa utk berkata seperti tu.

Sebaik shja projek tu dilunaskan, dan tamat sahaja kelas elektronik petang tu, kinah nekad, walau macam mana pun, kinah nak balik rumah...shbt yg selalu temankan kinah balik, tak dapat teman kali ni sebab masing2 ada kerja yang perlu diselesaikan.

Ikutkan, kinah pun tak boleh balik sbb bnyk lg keje tak siap, tapi tak kira, kinah nekad nk balik, sorang diri pun sorang la.

Balik bilik, kemas barang, masukkan apa2 yang patut, dan terus kinah bertolak, niat jamak je nanti kat mana2 hentian nanti. Radio terpasang dengan volume yg agak kuat sbb tak nak bagi mengantuk...

Setiap daerah yang kinah melepasi, kinah akan mesej abah, bagi tahu kinah kat mana, tak nak abah risau. Plus minus, kinah sampai lebih kurang jam 7.10 petang, dah nak masuk maghrib sangat2 time tu.

Lepas maghrib, kinah teman abah makan sbb abah kena gi keje, abah kena kerja malam skrg ni, sbb banyak kes curi balak..sian abah...keje malam lagi penat dari keje siang kan.

Maka, tinggal la kinah dengan mama kat rumah, abang tak balik kerja lagi, abang skrg selalu balik rumah lambat sbb keje dia makin banyak, jadi malam2 mama selalu duduk dengan kucing je kat rumah....

Malam tu tak banyak yang kinah buat, sbb penat drive satu hal, mak pun penat kan...kami banyak bercerita tentang perkembangan 2 minggu ni yang tak sempat nak dicerita dalam telefon...

"Mama, teman aina tengok tv malam ni ek.." sy saje cakap macam tu dengan mama, rupanya mama amik serius, mama setia di atas sofa ruang tamu menonton tv, semanis kurma dengan kinah...sedangkan, kami sama2 penat masa tu...serba salah nya sy..itu kasih seorang ibu kan.

Jumaat pagi tu, macam biasa, rutin sebagai seorang surirumah bermula..ayah dengan penat baru sampai rumah, dengan nk siapkan barang2 abang nk gi keje...kemas rumah..semua la, macam biasa...pagi tu sepatutnya sy kena gi jumpa doktor pakar untuk check perkembangan kinah, tapi kinah tak nak...hehe.

Part paling best, t/hari tu, abah kata abah nak masak...yea....suke2...abah masak ayam kurma dengan sup sayur, sedap.....macam2 mengarut dengan abah pagi tu..kinah sapu dalam rumah, abah sapu kat koridor rumah...kami lap almari same2...kinah rindu sangat saat2 tu...

Mama balik keje t/hari tu, semua dah siap....tinggal nak makan je....

Petang tu, abah dapat panggilan kecemasan, abah kena gi keje lepas asar..sepatutnya keje malam abah bermula jam 9 lebih tapi lepas asar abah dah kena bertolak..ada kes curi balak...sian abah....tinggal la kinah sorang2 kat rumah.

Then, kinah bersiap gi mydin, nak beli barang sikit...lagipun nk beli aluminium foil untuk letak kat tingkap dapur, tak nak bagi kayu jadi reput..petua dari kinah tu....

Balik dari mydin, balik rumah jap, sbb nk tanya mak nak apa2 tak untuk kinah beli kat pasar malam...mak kata, nak benda lembut dan tak pedas, sbb perut mak dah tak macam dulu...mak kena makan benda lembut je sekarang.

Kinah pun pergi la ke pasar malam, mak tak bagi bawa moto, sbb jalan sibuk...bawa je la kereta. Lepas beli punya beli kat pasar malam, terserempak dengan sahabat kinah, sahabat masa di matrik dulu, memang terkejut yang amat.

"Sakinah sorang je ke??" itu soalan pertama.

"A'ah, sorang je, abang dengan ayah keje, mak pula baru balik keje..jadi sorang je la, dah biasa macam ni.." itu jawapan sy.

Tapi, pada masa tu, Tuhan je tahu hati sy, tak sukenya soalan tu, sbb boleh buat saya menangis time tu jg...senyum tetap senyum, tp kinah dah nak nangis, rasa sebak semua ada.

Sahabat sy masa tu bersama seorang sahabatnya tapi sy tak begitu cam muka sahabatnya tu.

Sempat juga la kami bertanya itu ini dalam pertemuan di pasar malam tu.....dah alang2 shbt tu ada di Pekan, kinah ajak juga dia ke rumah, sebab mak pun ajak dia ke rumah...tapi tak memaksa...

Kinah balik rumah...

Malam tu, lepas semua solat isyak, kinah dengan mak main dengan kucing kesayangan kami di ruang tamu...suka tengok mama tersenyum...ketawa..dengan gelagat kucing kami.

Tapi......

Masa mama baling bola ke atas, tibe2 mama jerit, "Adikkkkkkkkkkkkkk........."

Kinah tergamam dari jauh....kinah cuma boleh peluk mama je, kinah tak boleh nak tolong apa2 dah...sebab sakit tu datang dari dalam...hati kinah tak mampu nak berkata dah...

Suasana rumah terus bertukar wajah, dari simbahan keceriaan terus menjadi suasana yg cukup mendebarkan. Mama cuma terbaring di ruang tamu....kinah hanya mampu berdoa....kinah tak boleh tengok keadaan mama macam tu...

Dalam keadaan macam tu, mama sempat lagi tanya kinah, "Adik, esok kawan adik nak datang rumah kita sungguh ke??"

"A'ah mama, tadi dia hntr msj kata nak datang lebih kurang kul 8.30 hingga kul 9 pagi mcm tu" jawab kinah.

"Kita nak bagi dia makan apa dik?? Kita nak masak apa dik nak bagi kawan adik makan??" soal mama dalam keadaan agak lemah.

"Tadi aina ingat nak beli jagung, bahan2 untuk buat puding masa aina ke bandar tadi, konon nak masak esok, tapi tak jadi"

"Kenapa tak beli je...." mama cuba bertegas.

"Tak pe la mama, esok kan ada pasar pagi kat bandar, kita beli je..." cadang saya...baru la mama rehatkan dirinya....

Mama, bukan ina nak menyusahkn mama, ina minta maaf.... Mama tolong la rehat baik2... Mama dah penat jaga kami kan berpuluh tahun lamanya, biarlah ina dengan ayen plak jaga mama dengan abah...

Malam tu, kinah janji dengan diri nak buat keje skit, tapi 1st thing 1st....mama lebih perlukan kinah kan....kinah tak nangis pun depan mama...tapi, hati ni cukup sebak melihat mama terkulai tanpa kinah boleh tolong apa2 selain dari peluk mama sebelum mama terjatuh ke belakang.

Masa bila abang balik pun kinah tak sedar, tahu2, jam 5 pagi...Allah sedarkan kami...

Mama bangun ke biliknya dengan bantuan ina dan ayen...

Lepas hantar mama, kinah marah abang, sbb abang tak bagi tahu pun keadaan mama sekarang ni macam mana....kinah tahu pun dari tunang abang, tunang abang yang mesej ina...mengamuk juga la pagi2 buta dalam rumah tu. Abang senyap je...mungkin dia tak nak adik dia risau kot...

Pagi tu, abah balik lambat dari keje...biasanya time bangun subuh, abah dah sampai rumah, tapi pagi tu, kul 8 pun abah belum sampai..mama ke bandar seorang diri membeli makanan untuk dijamu tetamu kami nanti. Kinah tak dibenarkan ikut sebab mama suh kinah kemaskan dapur semua...abang dah bangun, tapi macam biasa, mengadap laptop je...

Bila abah balik, abah memang dah tak boleh nak buka mata, dia teramat penat dan mengantuk...besarnya pengorbanan abah...demi mencari rezeki untuk anak2nya...

Pagi tu, mama nampak lebih ceria....pagi2 lagi kami dah bergurau di dapur...memang happy family la...cuma kami kena sentiasa berjaga, sbb mama boleh kena bila2 je....

Alhamdulillah, sepanjang shbt kinah datang rumah tu, mama takde apa2...abah dah mampu nak berkata sbb teramat penat....mama sangat ceria pagi tu..alhamdulillah sangat...

Petang tu, kinah nak balik dah...kali ni rasanya peluk mak paling sekejap...tak boleh la, air mata ni cepat je nk turun....mak bekalkan pengat jagung untuk kinah makan kat kampus nanti..sedap..

Dalam kereta, kinah nangis semahunya..mama, kenapa mama perlu berpura depan anak2 dan suami yang kononnya mama masih kuat macam dulu?? Mama tak nak kami jaga mama ke?? Mama tak bagi ina buat itu buat ini, mama kata, mama boleh buat....mama, tolong la...

Kejam sangat ina kan jadi anak mama...sebb mampu tengok je...mama tak bagi ina tolong banyak2....

Juraian tasbih mutiara ini mula menghiasi
Bingkai mata yang semakin dibasahi
Dengan kasih sayang yang tiada akhirnya
Mata ini tak mampu untuk membohongi
Hati nurani yang dipendam lamanya.....

Hati kinah sgt memberontak sbb tak nak balik ukm....ini bukan kisah homesick, tapi ntah la...

Saat ini, hati kinah betul2 terikat di rumah, ntah sampai bila agaknya Allah izinkan kinah untuk menjaga kedua ibu bapa yg amat dicintai ini...

Ya Allah, Kau sembuhkanlah ibuku, Saleha Bt Mohd Yusof dengan sebenar-benar kesembuhan dari Engkau Ya Allah. Jika ini adalah kifarah dosa kami sekeluarga, aku redha dengan ujianMu ini...jika ini caranya Engkau membuktikan kasih sayangMu pada kami, aku mengalukan nya ya Allah..Kau berikan aku sekeluarga kekuatan untuk berdepan semua ini...hambaMu ini selemah-lemah manusia.....ameen.....

p/s : hargai sementara dia masih ada....
p/s : kinah minta ampun bnyk2 ye dengan semua..

1 comment:

  1. ; manisnya rasa cebis kasih itu,, ketika diri diberi peluang merasainya.. semoga mak cik saleha diberi kekuatan.. aminn..

    ReplyDelete

Jom berkongsi